Tuesday, June 28, 2011

Bula 12 Kita Bersetadi! Yeay =)



Salam hati pecah dari Hawa Wawa untuk kesayangan semua. Haha. Today I had bad heart day okayyy! Lets ignore je this nonsense kerepek pisang sebab ada benda lain dalam entry ni.


Tadi I log in UiTM student portal. Haruslahkan! Nama pun student UiTM. Takkan I nak login IMU student portal pulak. Cehh, perasan doktor la tu. Hehe. 
Actually, tiba2 je terasa nak tengok academic calender untuk session Sept-Jan 2011/2012. Ini semua pasal terexcited membicangkan tarikh kakak I yang selim tu nak kawin. Pengantin tak apa2 I yang lebih. Haha. Takpe. Tabiat semulajadi. Semua orang tau keterexcitedan Hawa Wawa ni. Jangan marah haaaa~~~



Hadoi! Sangat tak cantik jadual baru ni taw! Elok2 zaman muda2 dulu bulan 12 boleh cuti now tak pasal2 kena bersetadi. Ok kawan2! Kita kena bersetadi di bulan December yang menyeronokkan itu. Yeay! 



Tengok see lihat! Kuliah start 12 September. Maknanya kita diberi peluang untuk berselamat hari raya sakan. Sila buat list rumah siapa nak serbu raya nanti! Gila naik 5kg buka sem nanti. Erkkk....


Lepas tu bulan sebelas baru dapat cuti seminggu nak selamat AidilAdha juga! Yang ni no hal bagi I. Lagipun before this kan dah cuti lammmmaaaaaa. Heee.


Sambung kuliah from 14 Nov to 23 Dec. Ini yang tak berapa best. Bukan sebab kena sambung lecture. No no no plis dont say that ye! I suka pergi kelas dapat jumpa....eh...
Atually tarikh wedding kakak selim masa lecture session. Bukan time cuti.
Means tak dapat la nak santai lebih2 masa sikit dengan sedara mara masa buat rewang nanti. (adik pengantin yang baik harus berajin!)
Peluang nak bertukar2 cerita sensasi bersama sepupu2 juga terhad. Oh, itu belum lagi masa terluang yang digunakan untuk berkenalan dengan tetamu baru. Segalanya terpaksa dikawal!


And lagi tak best masa bertandang nanti berkemungkinan besar I tengah exam. Ayoyo! Bapak best cenggini kan! 
Orang lain kepang kepong pukul kompang I ketak ketik tekan calculator. Opsss...teringat zaman jadi student account dulu. I MISS THAT MEMORIES!........ T_T



Sekarang ni pulak I yang tak sabar2 nak jadi wedding planner kakak. Sangat tak boleh blah okay!. Siap belek2 majalah nak cari baju. Maklumlah, orang tak pernah dapat abang! Kikiki...




Kesayangan semua, if ada tau bridal boutique or photographer yang berpatutan lemme know okay! Hawa Wawa si PA pengantin nak buat budget! ^^




Now nak mandi dulu. Jap lagi nak tengok MARIMAR...Awww!




LoveSometimes,h'wawa

Sunday, June 26, 2011

D.E.M.A.M

Tekak perit.


Tekak gatal.


Mata bengkak.


Mata berair.


Kepala berat.


Kepala sakit.


Tengkuk panas. 


Leher panas. 




 Tak Larat~~~




Dah agak dah nak demam!


T_T






LoveSick,h'wawa

Friday, June 24, 2011

Untuk Capital F ♥

(Entry ini untuk someone capital F)

Okay! I miss you like orang meroyan sangat2 okehhh! Tak kisah la you tak suka dekat I ke, you suka tipu2 je ke, you saja2 je ke or apa2 aja je ke yang I tau sekarang I rindu you!


Owow..jahat you ni kan. Ada ke patut bagi I rindu2 dekat you. Tak heran la kalau you tak suka dekat I pun sebab memang terang lagi nyata yang I.....haha...paham2 je la kan! 




(Ish, tengok! Kan I dah ngokngek malam ni..bhahaha)



Dah seminggu kita tak message. Nak send message malu. Takut you cakap I terkedek2 macam donald duck. Haha. Tapi semalam message yang I nak send dekat adik tersent dekat you. Siap sebut nama you lagi. Adoi...nampak sangat rindu. Kantoi! 





Tak memasal entry ni ada lagu hindustan kan! Haha..Eh, best apa lagu ni. Takpayah nak gelak sakan sangat la. I tau korang suka kan lagu ni. 
Dia punya maksud pun best apa. Yang I tau baris pertama yang lelaki tu nyanyi maksudnya "berjanjilah yang awak takkan lepaskan dan tetap bersama saya"....lebih kurang macam tu la. 


Ish, ni tak tipu kan. I kan layan hindustan jugak. So tau la apa yang dia cakap. 
I pun dah lupa dengan lagu ni sebenarnya but last weekend masa I tengah tidur tiba2 dengar lagu hindustan. Ingatkan mimpi. Rupa2 nya ibubapa tengah layan B4U dekat depan tv. Haha. Hebat enn..pagi2 layan hindi.



Bila dah ingat balik lagu ni tu yang terus download tu. Thehehe. Best apa. Tengok cara laki tu mengorat. Haha. Lagipun dah lama tak ada orang mengorat I macam ni. Rindu pulak zaman sekolah dulu..erkkk *tiba2*.....
Mengorat sambil ice skate pulak tu. Romantik gila nak mati.  =))))


I nak jugak macam ni pelisss... ^^
Nanti I skate dekat Sunway silalah you yang dimaksudkan ngorat I pliss. Serius I ingat sampai bila2. I sayang you thousand times la macam ni. Hihi.
Opss, gila gegeli Hawa Wawa. Sorry! >_<




Ok2..lets layan lagu sambil golek2....


IMY


fs




LoveSick,h'wawa



Thursday, June 23, 2011

Sad Sonata for You; The Person That I L........♥






I don’t know. It haunted me day and night. I keep on thinking about it. Yes, I know it’s you! And how could this happen. I thought it’s only my curious thinking but till last I knew that I’m not wrong. How could you. I know it’s you. Steel my heart and played with it. Why do you touch this heart if you can’t feel the soul? You broke it. And day by day it become into tiny pieces.


(Ish, memang betul pun itu you! T_T )


Every time I text you I meant it. Every moment I think of you I meant it. Every single word I’ve said to you I meant it. Every time I wrote about you, yes, I always meant it. 


(Tapi you still tak buat2 tak paham kan! Tak bestlah! T_T
Nak bagi tau lagi ke???)

(Ok la...ILY and IMY! t_t
)



I’m mad about you! Everybody knew this.
Today I still miss you! Miss you more. More than you know.


(Memang awak tak pernah tau pun...banyak2 kali bagi tau pun asyik tanya je... T_T   imy okehhh!)




Slowly, you are going to let me go.....Please don’t. 

But....I can’t stop you.


(Ala, I know awak miss her like crazy kan! T_T   Saje je nak main2 kan kita! )



Although you far away, far from my eyes and far from my heart there’s someone still missing you!


 And that’s me!  


(Kalau tak suka honest je la....bagi peluang dekat orang lain....arghhh....LIAR di mana2........ T_T)



IMY...
waaaaaaaaaa



(and now I'm crying! semua sebab you! T_T )
fs



LoveLorn,h'wawa



Tuesday, June 21, 2011

Secret ♥




CHERISH OUR MOMENTS TOGETHER



Ini yang buat Wawa jatuh cinta.
Gila annoying la macam ni. Banyak kali tengok cerita ni pun tak jemu. Romantic gila nak mati. 




Paling best masa dia pegang tangan.
Ahaha. Gila gedik I masa tengok cerita ni. So suwit la awak.






Cerita ni pasal budak sekolah yang belajar music. Bestttt! Jay dan Rain. Watak utama dalam cerita ni. So sweet of them! But ada sesuatu yang Rain rahsiakan dari Jay. Kesudahannya adalah secret.






Kali pertama I tengok cerita ni I realize yang I dah suka gila dekat Jay Chou! Oh my!!! Bertambah lagi la koleksi artis Cina kesayangan Wawa
















LoveSecret,h'wawa












Saturday, June 18, 2011

Mabuk Cinta ke Gila Bayang? ♥

Semalam selepas waktu maghrib Wawa, adik dan kakak g duduk bertiga-tigaan sambil mula bercerita perihal hikayat kerepek pisang.....


Wa: Mesti fs dah taknak kawan kita lagi sebab kita tak pandai...T_T  (cakap dengan penuh keyakinan disertai kesedihan yang terlampau...)

Adik dan kakak masing2 tiada response....

Wa: G, nk duit g..tepon kita dah rosak..message asyik hilang je..dah la message fs yang banyak hilang..message orang lain taknak pulak hilang...(geram bercampur keciwa)

Kakak: Talifon awak dah kena virus..awak letak lambang cinta kan kat nama dia?

Hawa Wawa buat2 terkejut sambil tersipu-sipu malu lantas terbayangkan image hati yang berwarna merah..

Kakak: Tu sebab tepon awak rosak..macam lagu dewa laskar cinta tu...laskar cinta sebarkanlah benih2 cinta..musnahkanlah virus2 benci..virus yang bisa rusakkan jiwa....(kakak pun mula menyanyi dengan penuh yakin dan konfidennya..owh pelisss laa...)

Wa: Tapi kan tadi dia message cakap sem depan boleh ambik fin dengan dia...heee :)  (bahagia menjelma..tapi sikit je la)

Adik dan kakak still tak ada response and terus buat muka tak ada perasaan diorang tu..hmmmmm. Tanpa mempedulikan ekspressi muka yang dihadiahkan oleh kakak dan adik Hawa Wawa menyanyi...

Aku inginkan dirimu...datang dan temui aku...kan ku katakan padamu..aku sangat mencintai dirimu....


Habis sahaja menyanyikan chorus lagu tersebut, Hawa Wawa pun memandang kakaknya dan berkata

Wa: Awak dengan adik sama je kan! Hari tu orang forward message yang fs bagi korang tak reply pun!

Kakak: Ek eleh..buat apa nak reply.

Adik: A'ah..

Wa: Reply je la...hati kita bunga2 kot bila dapat message dia yang tu..heee... (sambil tersipu-sipu excited)

Kakak: Ala....ntah apa2 la..eh, awak tau tak...sebijik macam budak2 bercinta...

Wa: Eiii..mana ada...tu namanya serasi bersama...ahaha..

Kemudian Hawa Wawa sambung kembali menyanyikan chorus lagu Dadali tersebut...Tiba2 kakak bersuara...

Kakak: Eh, masa fs tak layan awak dulu mesti awak nyanyi lagu ni sambil sedih kan?

Wa: Heee...(suara excited terlebih)

Kakak: Hahah...dulu masa orang first dengar lagu ni tanya adik tajuk apa...patut pun adik tak tau..salah nada rupanya nyanyi..haha

Adik: Ntah..awak kan suka ubah nada...tak kena langsung!

Wa: Tapi kan....(dengan nada serius Hawa Wawa memotong perbualan mereka) tapi kan seminggu tak message...(ayat tergantung)


Kakak dan adik pun senyap..heheh..macam suspen je budak ni!


Kakak: Tapi apa?

Wa: Tapi kan..seminggu tak message fs ibarat macam sebulan pulak... T_T   (bercakap dengan nada paling sedih ibarat isteri yang kecewa ditinggalkan suami seperti yang ada dalam kisah wanita kat tv1 tu...eh, lupa nak tambah lagi..sambil membaca message2 yang disent oleh fs)

Sebaik saja Hawa Wawa menghabiskan ayatnya spontan kakak gelak kuat2 yang tahap menyampah nak tengok! Cisss, kau gelakkan aku ye!!!!


Kakak: Ye la...ingatkan awak nak cakap apa tadi...dah la tiba2 je serius..lari topic pulak tu..orang tengah cakap pasal lagu dia cakap pasal fs pulak...cakap ibarat tak message sebulan...ahahahahahahahahaha...lu jiwang la babe!

Wa: Weyh, apa ni gelak2 kan orang haaa? Korang tak rasa excited ke? Korang tu yang tak ada perasaan halus...benci! Hati keras!..tengok macam orang ni..romantik..eheheh..

Kakak: Mana adaaa....kitorang rock la...ahahaha....tengok dik...apalaaaaaa....macam budak2...budak2 kalau bercinta macam ni la...

Wa: Eh..mana ada...misha omar dengan adam macam ni jugak tau..orang tengok dalam cerita main2 cinta tu...elehhhhh

Kakak: Alaaa....itu cerita ngok la...ntah apa2 la...stail orang besar bercinta message senyap2...tak bagi tau siapa2..baru romantik...ini nak cerita dekat orang..ntah apa2 la...sebijik macam budak sekolah...ahahaha

Wa: Eh..betul la..hari tu rasa rindu gila dekat dia..dah lama kitorang tak message..bila baca balik message yang lama2 baru tau last message dua hari lepas...tapi rasa macam berminggu-minggu tak message taw.. (perasaan di hati diluahkan dengan rasa terharu tetapi dengan riak wajah yang gembira..haha...amboiii..gatai nooo)

Mendengarkan itu kakak dan adik gelak sakan..Hawa Wawa gelak jugak...tapi dalam masa yang sama terfikir...


"ek eleh..aku cakap serius diorang gelak pulak...betul apa...takkan cakap rindu gila dekat fs pun diorang rasa kelakar? macam la aku ni gila bayang sangat! eh, ye ke gila bayang...rasanya rindu je kot....hmmm...ntah2 mabuk cinta kot? tapiiiiii, kitorang bercinta ke??????"






Lovesick,h'wawa♥

Friday, June 17, 2011

I Wish! T_T

Lagi beberapa jam je. Insyaallah kalau semuanya baik kena buat yang lebih baik lagi untuk yang akan datang. Tapi kalau tiada rezeki nampaknya kena lah tingkatkan kembali usaha dan menilai semula kemampuan diri.


Rindu saat menjadi pelajar rajin yang hidupnya teratur masa Form3 dulu. I miss that memories. I hope I can do the same thing like what I've done before. I need that aura and energy! 


Walau apa pun keputusan yang diterima esok, I hope I can face it dengan redha. This is life. I don't have power to switch back the time. Life must go on.


So Wawa, please face this reality with a big heart!



Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim...semoga Kau tabahkan hatiku Ya Allah untuk menghadapi kenyataan esok! 


Gulpp....... -_-








WorriedLove,h'wawa


 

Thursday, June 16, 2011

Result, Dentist, Handphone dan My Self ♥

Ok lepas ni kalau result awak semua hebat dan gempaq pelis tolong jangan nak tanya2 I punya pulak sebab dah confirm lagi yakin awak semua memang hebat dan pandai dari Hawa Wawa dan kalau next semester nampak I dekat kelas yang tak sepatutnya so sila pelis paham2 sajalah ye ok thanks bye!



Sumpah nervous! First word yang I terfikir nak cakap bila budak2 ni sibuk bagi tau result nak keluar dah. Hadoi! Memang tak tenteram jiwa dan raga okehhh! Semenjak dua menjak ni asyik nightmare pasal result exam, hostel, subjek dan segala macam perkara lagi yang seangkatan dengannya. Makin lama difikir I rasa makin bergegar otak nih! Haishhh!


Ok la. Tinggalkan dulu pasal tu. Semalam I jumpa dentist. Rasanya dari awal sem hari tu nak jumpa tapi dipostpone2 sampai la sekarang. Lastly petang tadi dapat jugak jumpa dentist kesayangan. Ehehe. Biasalah, nama pun jumpa dentist. Mesti la ada penyakit gigi ni. Ish...kalau taknak guna polident baik kita jumpa dentist kan! 
Haha. Gila sejam I tunggu dekat sana. Kali ni main redah je pergi. Tak buat appointment pun. Tak pasal2 kena tunggu customer mana ntah yang duk berejam2 dekat dalam tu. Benci tau! *emo tibe2*. hehe....


Lagi satu cerita tak puas hati pasal handphone I. Ntah kenapa la nak jadi agaknya. Hari tu dah la message I yang beribu-ribu dah hilang. Gambar semua dah corrup. Notes reminder bagai pun hilang jugak. Games macam chipsmore. Kejap ok kejap tak ok. Records pun cepat je nak hang. And paling sakit hati inbox yang I usaha kumpul balik sampai jadi ratus2 tiba2 hilang lagi petang tadi. Tinggal 96 je. Hadoi makkkk! Tekanan jiwa la macam ni. Dah la yang hilang semua message orang tu! Alaaaa...gila annoying!





Hilang semua bukti2 gurau senda rajuk kitorang selama ni. Waaaaa....Apakan daya dugaan menjelma.... T_T



Aaaaaaaaaaa...message Imyt<3 pun dah hilang!   :(




 Haha..nasib baik ada photoshop..inilah teman dikala Wawa kebosanan kesedihan ketensionan! Ehhhh, kalau korang pandai ada berapa image Hawa Wawa dekat dalam gambaq tu??? Cepat cepat...siapa cepat I belanja! ;)))








Then sekarang ni selang beberapa hari je mesti I demam. Telan pil ok la. Tapi dua empat hari lepas tu demam balik...begitu begitu dan begitulah seterusnya sampai sekarang!




Owhh...nampaknya saat ini hidup I diawan nanokan dengan kesakitan, kitidaktenteraman, keserabutan dan ketidakproperan..
Kepala sudah pusing!




Ini je yang I nak update sebenarnya. Lately rasa malas gila nak online. I rasa astro sepuluh ribu kali best!!!! Hahah....


Dekat chanel Celestial tu banyak sangat cerita Daniel Wu kan!




Eh jap2...tadi dekat twitter kawan I cakap ada gerhana kan! Kenapa I tak tau pun ek???




Love,h'wawa 





Friday, June 3, 2011

Puasa dan Demam!



Amin. Berjaya jugak puasa hari ini. Nasib baik tak terlupa niat dah. Tadi I buka makan lauk je. No nasi2. Tak tau la tahan ke tidak. Tapi rasanya tahan kot! Hehe. Nak kurus punya pasal semangat kena kuat! 


Hari ni I demam sikit. Tekak panas semacam. Perit gila. :(  Kepala jangan cakap la. Berdenyut-denyut je. Tadi lepas zohor pun I terlelap jap. Aish! Rasanya baru je baik demam tapi sekarang dah datang balik dah? Hmmm. Adik I cakap demam rindu. Semalam ada somebody cakap pun I demam rindu! Ye ke? Hmmm.....ye la kot! Hehe....


Kalau puasa tekak mesti rasa nak makan macam2 kan! And now tiba2 je rasa nak makan keropok lekor. Tapi yang rebus punya. Nyum nyum! Nasib dalam fridge ada keropok lekor. Hehe.





Esok kita puasa lagi eh! Jangan lupa niat! Hehe.  :)))


I nak makan kopok. Nanti pukul 9 nak tengok gerak gerak gerak khas! 




Love,h'wawa. 

Thursday, June 2, 2011

Beginilah Setakat Ini! :) ♥




Hye my darling sweetheart! Esok dah satu rejab! Dah ganti puasa belum awk semua ni??? Jangan sampai kena bayar fidyah tau! Hehe. Ok, memandangkan malam ni malam Jumaat so lets2 kita baca yasin sama2 nak! Doa2 la apa yang patutkan!


Doa dimurahkan rezeki, doa disehatkan tubuh badan akal fikiran, doa permudahkan segala urusan, doa tolak bala, doa keselamatan, doa nak dapat kerja, doa mudah belajar, doa lulus exam(heheh), doa diselamatkan dari bencana, doa nak bersalin, doa nak kawin, doa nak kurus(i like!), doa nak boyfriend...eh, takpayah la...huh! 
Dan bermacam-macam doa lagi la. Amin amin amin! 


Actually dari hari tu nak puasa tapi mesti terlupa niat. Ni dah masuk dua minggu dah postpone puasa. Tapi esok mesti kene paksa jugak! Go Wawa go..



My darling semua ni tengah kerja ke tido ke study ke apa ke? Haha..seronok kot cuti. Setakat ni kerja I dekat rumah...banyyakkkkkkk sangat!. Ish, ye ke banyak Cik Hawa?



Orang bagi cuti kita cutilah!
Betul tak? Ke tak betul? Dah orang bagi cuti kita cuti je la. Ini time class penuh siap nak ponteng2 lagi konon tak cukup rehat. Tapi bila dah bagi cuti sampai 3 bulan terpikir pikir pulak nak buat apa. 
Ramai yang tanya I termasukla mamidedi nak kerja ke tak cuti ni? Haha. Risau kot tengok I "membesar depan mata" mereka. Hahah. Honestly memang nak apatah lagi mengenangkan dah lama gila I tak shopping high heels baru. :(  Tapi nanti2 la dulu. Cuti tak habis lagi. Nak2 dekat tv sekarang ni cerita semua menggoda hati perasaan. Mana tahan! AF dengan maharaja lawak dah nak habis. Kalau boleh taknak terlepas. Hari Jumaat ada gerak khas. Ada Imamuda. Lepas tu semenjak dua tiga empat menjak ni I gila layan channel celestial pulak. Semua hero kesayangan ada dekat situ. Tergugat iman weyh!


 Nak kasut ini!  :(



Apa kerja Hawa Wawa setiap hari?
Kerja? Bangun pagi kalau rajin terlebih buat yoga yang dah lama I tak buat. Kalau rajin la. Nak buat yoga ni pun ambik masa sejam. Lepas tu mandi. Lepas tu makan. Sidai kain. Sapu sampah kalau sepah sangat. Lepas tu tengok tv suka2 hati. Time ni la yang awak semua kol asyik tak angkat je. Hp tinggal dalam bilik okay! 
Lepas tu malam2 I suka basuh pinggan and basuh kain. Tengok tv lagi. Kalau tak pun duduk je dalam bilik. Kalau tak online godek2 je benda yang ada dalam laptop. Tak pun berphotoshop. Haha. Tak pun baca balik novel2 and majalah lama2 yang melambak lambak dalam bilik tu. Paling tak pun tengok kipas, tengok lampu, merepek ntah apa2. Kalau tak ada benda langsung pukul 10 dah tido. Gudnyte! :)


Mari berphotoshop!







Betul ke tengah frust?
Lately ada kawan2 yang rapat dengan I message tanya I ok tak. Hmmm. Tak tau la kenapa. I ok je. Tapi sedikit strees mengenangkan cara drastik apa yang boleh kuruskan badan! Huh! 
Diorang cakap status dekat fb ngan twitter macam putus cinta. Dekat blog pun tak habis2 cekewa..haha..cekewa ke wawa? Tapi honestly memang tengah sedih pun. Tapi cukup2 la kisah sedih dalam blog ni kan!
Opss, no comment! T_T






Mari buang lemak!
Ok. Menyampah gila tau bila tengok balik gambar I dekat Langkawi. Gila gemuk! Semua pose pun tak memberansangkan and tak teransang! Opss, salah taip. Hehe. Muka ketara dah tembam. Selalu kalau I pose gambar senget kepala ke kanan nampak la muka slim sikit. Ini dah macam kuih apom hangus. Ish2. Semenjak cuti ni susah gila nak diet. Pantang nampak makanan asyik nak makan je. Even lapar pukul 3 pagi pun nak makan jugak. Takde lauk suruh adik masak. Takde benda nak masak makan megi. Best!
Jadi mulai esok kena start puasa direct 3 bulan sampai la puasa enam syawal! Haha. Avoid nasi, maggi and caffein untuk 2 bulan. Boleh tak agaknya?
Exercise tak terkecuali. Tapi ini yang malas nak buat! KLCC tunggu aku!



 Muka kuih apom!



Mari berebut remote
Sekarang cuti sekolah. So adik I yang lelaki tu cuti. Tambah pulak 2 orang lagi budak kecik lelaki yang mak jaga. Jadi ada tiga hero ultraman mebius dekat rumah I. Nasib baik yang sorang tu baru nak masuk 4 bulan. Itupun dah pandai melalak sekuat kuat alam. Adoiii! Migrain I. Asal bangun tido je aktiviti kitorang adalah BEREBUT REMOTE ASTRO! Hahaha. Budak2 kan..mesti la nak tengok ceria tak habis2. Siapa dapat remote dulu dia punya. Ahaha.
Kalau kena kartu yang best2 tu barula I join sekali nak tengok. Tapi Rafeek I baru belajar2 nak tengok! Macam best!

Tapi kan itu rebut dengan budak2. Kadang2 rebut dengan mak abah. Hmmm, channel orang tua apa lagi..Astro Oasis! :)  Sekarang pulak tv Alhijrah!
Last2 masuk bilik terpaksa tengok channel 1 2 3! Hmmm... 




Ni si budak kecik sebulan yang lepas..now gemukss giles okes!




Now nak tengok tv pulak. And nak makan! Esok nak puasa so kena sahur la. Sekarang sahur peringkat pertama. Kejap2 lagi sahur balik ye.




Esok I nak ikut mak abah pergi ChowKit. Kalau nak buat2 terserempak datang la ea! 
Itupun kalau rajin la...malas la nak masuk pasar ikan! :PPPP








Love,h'wawa