Saturday, April 23, 2011

Diri Ini Yang Terlampau! :(

Gara2 minggu exam ni takut pula I tengok diri sendiri. Ish...Masa tengah subuh pagi tadi time sujud rasa sakit semacam. Adoi. Sakit dekat dahi dengan kaki. Gila lah. Rasa nak menangis. Haha. Kalau orang tak tau mesti ingat I khusyuk gila bersolat sambil menangis. Insyaallah la kan! :)
Tapi bila tengok dekat cermin eiiiiiiiiiiiii bergelimpangan jerawat dekat muka. Fuh, nasib baik tak berapa nampak. Just rasa sakit je sebab time sujud. Ahhh, tapi bukan dekat dahi je, dekat bawah bibir dekat kening semua ada. Hmmmm, sakit jiwa lah macam ni! :(

Lepas tu tengok kaki pula kenapa rasa sakit semacam. Nak kata sakit masa terpleot dalam bilik air hari tu macam dah hilang dah. Owh, ouch! Sakit dekat betis gemuk ni. Lebam pula tu. I pun tak tau kenapa. Tapi lepas fikir punya fikir maybe ni semua sebab terlanggar meja kecik dalam bilik masa I tidur ni. Maklum lah musim exam je tak sah kalau tak tidur dengan buku kertas segala. Dah macam kilang kertas dah tengok bilik ni. Bangun pagi rambut pun selebet serabai macam hantu ngengsot! Lampu pun on je tak tutup2. Semua pun bergelimpangan! Haishhh......




Gambar betul tak boleh tunjuk. Nanti pengsan awak tengok!



Gigi pula sakit tiba2. Ish, nak tumbuh tu tumbuh je la. Takpayah la nak sakit2 ni. Geram betul. Masa ni la semua pun nak sakit! Oh my!

Dah time2 exam macam ni kawan baik I semestinya nescafe. Konon tak nak tidur la tu! Tapi kalau dah ngantuk lepas minum je terus pengsan. Buku ke mana orangnya pun ke mana. Then bila banyak sangat minum caffein mula la nafsu makan macam hapa. Tengah2 malam masuk dapur cari apa2 yang boleh dimakan. Kalau tak ada apa last2 maggi la jawabnya. Kalau dah makan maggi pula alamatnya diet pun hancur. Bila mengenangkan yang diet I dah hancur lagi la bertambah stress!!!!! Bila dah stress pula lagi la I asyik makan je sebab geram. Lepas makan rasa menyesal sebab tiba2 rasa macam badan ni dah naik sepuluh kilo setiap kali makanan masuk dalam mulut! Waaaaaaaaaaaaaaaaa.....macam mana nak kurus ni! :(((((


Bila dah tension semua benda buat pun macam nak nanges then masuk bilik update blog. Haaa, tu la kerja I minggu ni. Study sikit, nescafe, makan, stress, blog. Study lagi...nescafe..makan..stress..blog.....lagi dan lagi sampai la sekarang ni. Waktu I menaip ni!
Dekat luar diorang semua sibuk bising2 baru nak makan. Nak2 ada sedara yang datang sekarang ni. Semua pun macam best je makan pari bakar kat luar tu.

Hehe...I tak terliur pun.. Sebab? Hmmmm...tadi masa pari tu baru masak je terus sambar dari dalam kuali and makan dekat situ jugak! Haha. Memang buruk perangai kan! Dah la kicap cili tak sempat siap lagi dah ambik lepas tu tuang kicap and gaul semua dalam mangkuk. Makan la I dekat tepi washing machine tu. Eiiii, sila jangan tiru ini di rumah ye!
Pula tu sebelum pari tu masak dok melantak kuehtiaw goreng semangkuk! Mana la tak gemuk. Asalnya nak protes la sebab konon mood rajin nak study tiba2 kena kacau. Dah tu pergi salam dengan sedara I dengan muka selebet rambut serabai. Malu la weyh!


Bila dah menaip naip ni ternampak pula buku statistik. Adoi! Berdebar balik. Banyak tak cover lagi ni. Setiap chapter baru buat satu latihan. Belum lagi paper yang lain.....
Lagipun esok dah nak balik Sham Alam. Barang pun tak kemas lagi!


Jadi setiap kali musim exam datang I macam ni la....selekeh.....serabut....serabai....and....GEMUKKKK!



Jeles sangat tengok awak semua yang macam heaven je tak kisah la time apa pun! Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......






Love,h'wawa

1 comment:

  1. alah lek r siti hawa....hihihih..tp i setuju st lah ngn serabai serabut selekeh tue..sebb i nya..serabai serabut n selebet...gud luck ea darl....=)

    ReplyDelete