Saturday, November 27, 2010

Anda Di Mata Orang Lain

Dearest readest I semua, jom kita cekidaut benda ni sama2 ye! Terima kasih kepada sumber maklumat yang nak I kongsi benda ni dengan korang semua~~~ Ayoohh bebeh =)







Suatu hari seorang motivator terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.


Sambil memegang wang RM100 dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?"


Kelihatan ramai penonton yang angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ini dulu."


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas ramas dengan tangannya sehingga renyuk.


Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu wang ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tidak berkurang.


"Baiklah", jawabnya


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Kini wang itu menjadi amat kotor, lusuh dan renyuk.


"Ok, sekarang masih ada yang berminat?"


Tangan2 yang mengangkat ke atas masih tetap banyak.


"Hadirin sekalian, anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh da kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga."


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah dan akan terjadi anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih2 lagi di mata tuhan.




Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubatlah jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.
P/S: Agak2 nya mcam manalah I di mata korang semua enn. Adakah macam Bella Cullen or Wawa Cullen? Hahaha. Lu pikir la sendiri ye! =PP
Love,h'wawa


No comments:

Post a Comment