Sunday, November 28, 2010

10 Dec? Dug Dag Dug Dag

Adoi! Ni la penyakit I tiap2 kali result exam nak kuar. Gila takut. Even rasa macam dapat score paper pun still takut gila. Hmmm. Rasa nak tercabut je jantung ni. Tiba2 terfikir bastnya kalau takde jantung. Takde la rasa dug dag dug dag ni. Time2 macam ni la baru teringat alangkah bestnya kalau dapat patah balik and buat balik exam betul2. Baru la rasa nak menyesal taknak main2 tahap gaban segala. Nak bagi full consentration la. Nak rajin buat exercise la. Nak rajin jumpa lecturer la. Semua pun nak rajin. So nanti time nak keluar result takde la takut2 lagi. Tapi dah lambat dah. Lidi spaghetti dah menjadi lembut. Boleh dimakan dan ditelan2. Apa2 pun I kena go on je la. Haisshhh! =(


Dekat facebook sibuk bebudak ni semua tag tarikh result exam keluar. Biasa la. Budak pandai. Masing2 cool je. Macam takde apa2. Hehe. I je la yang macam panda dengkat lari sana lari sini. Nak tidur teringat result. Nak makan pun teringat result. Apatah lagi mengenangkan detik I nak log in kat student portal nanti. Memang mati katak pisang la jawabnya. Honestly bila I dapat tau je result keluar bila for that week memang macam orang meroyan la I. Siap merapik ntah apa2 ntah kat adik I. Kesian dia kena dengar kakak dia mengarut yang bukan2 je. Mood ber fb pun hilang tiba2. Apatah lagi mood berbelog dan bercangkerama dengan kawan2. Menyepikan diri la konon. Maklumlah. Sindrom untuk budak yang tak berapa pandai macam I. Gila annoying! Masa nak check result pun omaigod omaigod plis plis plis macam2 la surah and doa yang dibaca. Harap2 berkat la.



Maaakkk, saya takut!!! waaaaaa~~~~~









Muka I yang ketakutan dan kehilangan kesenyumannya...wekkk!!!




Dan pada pagi 10 December yang tak berapa nak hening pun I berani2 kan la diri nak check juga result yang merupakan admirer I selama beberapa minggu ni. And overall Alhamdulillah! I passed all the papers. Amin.












Even pointer tak capai target pun but thank god! Actually dah lulus semua pun amin sangat2. (haishhh...ni la...belajar takat nak lulus je...) I risau sangat kalau ada paper yang gagal because masa jawab final hari tu ada satu paper ni macam tak confident je nak jawab. Ye ke satu? Ntah. Semua kot. Slumber je I merapik ntah apa2. Janji jawab. Haha.



Then bila dah tau result ok baru la senyuman kembali berseri. Memang mengada ngada awek Edward Cullen ni. Hehe. Jantung kembali berdenyut secara normal. Takde dah takut2 lagi. Kalau denyut tak betul pun tu semua effect sebab I stress amat mengenangkan badan yang semakin gemuk tembam dan kembang ni. Ahhhhhhhh, kena diet ni.*tetibe* hehe.



So, for the next time hopefully result I lagi better dari sekarang. Kiranya azam tahun baru la ni. Thehehe. Awak2 semua yang bijak2 dan calon ANC semua pelis la kongsi2 tips sikit macam mana korang boleh jadi bapak pandai macam ni. Cara2 belajar ke. Doa2 ke. Tak pun alamat bomoh2 yang korang jumpa ke. Opsss, sorry. Haha. Just jokes ok! Tak salah kan kongsi2 sikit. I pun nak juga bijak macam korang. Nak juga nak juga nak juga~~~~~~








Love,h'wawa.

Saturday, November 27, 2010

Anda Di Mata Orang Lain

Dearest readest I semua, jom kita cekidaut benda ni sama2 ye! Terima kasih kepada sumber maklumat yang nak I kongsi benda ni dengan korang semua~~~ Ayoohh bebeh =)







Suatu hari seorang motivator terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.


Sambil memegang wang RM100 dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?"


Kelihatan ramai penonton yang angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ini dulu."


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas ramas dengan tangannya sehingga renyuk.


Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu wang ini?"

Jumlah tangan yang mengangkat tidak berkurang.


"Baiklah", jawabnya


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Kini wang itu menjadi amat kotor, lusuh dan renyuk.


"Ok, sekarang masih ada yang berminat?"


Tangan2 yang mengangkat ke atas masih tetap banyak.


"Hadirin sekalian, anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk, lusuh da kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga."


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu kita merasa tak berharga, tak bererti.


Padahal apapun yang telah dan akan terjadi anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih2 lagi di mata tuhan.




Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubatlah jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Kita adalah makhluk Allah yang dipandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.
P/S: Agak2 nya mcam manalah I di mata korang semua enn. Adakah macam Bella Cullen or Wawa Cullen? Hahaha. Lu pikir la sendiri ye! =PP
Love,h'wawa


Friday, November 26, 2010

Sickness Fever~~~ Owhh


Musim sakit seluruh badan. Haha. Kesian dekat I yang baru nak menikmati keindahan cuti ni kan! What a scary Thursday night. Muntah tahap gaban yang sangat menyakitkan. Lama2 muntah keluar air je. Sampai tertido2 kat dalam toilet tu. Kalau cakap pun for sure awak semua tak caya kan! Slim la sekejap untuk sehari bila semua isi perut dah keluar. Ramping dan bergaya tak perlu lagi tummy trim. Thehehe. =P


Lepas sakit2 muntah2 tu ingatkan bangun pagi dah ok la. So bangun pagi buat slumber badak minum ais segala. Ambik kau, makin sakit ada la. Seharian kot asyik tidur je. Hehe. Nasib baik bangun jugak enn kalau tak faham2 je la. Haha. Bila rasa macam sakit dah kurang tu it's time for mandi. Sudah semestinya la budak baik macam saya kalau tak mandi pun cun jugak kan. So mandi lambat2 ni dah biasa dah nak2 kalau time sakit cam ni. Then lepas mandi tetiba demam pulak. Adoyai, nampaknya melepet la lagi atas katil. =(


Pagi ni bangun macam dapat spirit baru pulak. Abracadabra. Rasa lebih lega. Hehe. Terima kasih kepada twiggies sebab dah berjaya menyembuhkan saya. (malam semalam sebelum tidur sempat makan 2 pack twiggies). Tak memasal twiggies yang dapat nama pulak kan. Kah2. Ok la. Bangun pagi2 ni actually saya ada appoinment dengan dentist. Memang dari kecik lagi febret saya suka pergi jumpa doktor. Hobi la katakan! Pergi check gigi then mengadu la kat dentist yang baik hati dan kacak tu. Haha. Bukan main banyak tanya soalan mentang2 la dentist baik. Ni yang rasa nak jumpa dentist tiap2 bulan ni. Selagi dapat klinik panel ni baik la ambik peluang enn enn.*senyum lawa*. Tanya kat dentist nape kalau makan asyik tergigit pipi je. Amboi, ni masalah gigi ke pipi. Hee. Tak kisah la. Check punya check rupanya takde pape pun. Gigi geraham baru nak tumbuh. Laaa, itu je ke? T_T




Arrow menunjukka pipi yang tembam. Mungkinkah gigi yang baru tumbuh membuatkan pipi selalu tergigit or pipi yang tembam membuatkan gigi selalu tergigit pipi? Hmmm~~~

Bila check keseluruhan nampaknya gigi saya sihat dan kuat. Cayalah. So untuk mengisi masa yang terluang minta la kat dentist tu nak cuci gigi. Hehe. Best jugak enn. =)


Siapa yang taknak gigi sihat dan cergas! Jom kita jumpa doktor gigi!

Sebelum balik dentist ada pesan suruh jaga gigi yang baru tumbuh tu elok2. Then dapat la satu botol antiseptic mouth.


Even kat pharmacy pun boleh dapat ubat ni but still nak yang doktor bagi juga! Haha >_<
SAYANGI GIGI ANDA SETIAP HARI.
VITAGEN!
Love,h'wawa

Wednesday, November 24, 2010

Happy Birthday Dea




Happy birthday to my cantik sayang miss Nadia Shariful. Amboi, dah besar dah bestfriend saya ni. Sebagai kawan awak yang sama cantik sama padan (haha...tipu jap) saya harap semoga awak mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah. Please dont lupakan saya ye sayang! Kalau tak boleh ingat selalu ingat sikit2 pun tak pe. Ingat la saya yang pernah hadir dalam hidup awak masa sekolah rendah dulu. Cewahh, ayat!

Lama gila kot rindu kat awak cik! Ingat lagi masa dulu2 kita duduk kat belakang sekali masa darjah tiga kelas Cikgu Ayob. Heehee. Tiap2 tahun awak pegang jawatan kan babe! Rindu sangat masa tu. =(


Awak ingat tak patung kecik yang awak bagi kat kite dulu2. Masa tu darjah lima. Kite still simpan lagi. Awak patung boy kite patung girl. Kita dua main same2 sampai Cikgu Norsiah yang ajar Kajian Tempatan tu tegur. Heehee. Rindu lagi masa tu.

Awak tau tak first kite kenal awak masa darjah satu. Kite tengok "eei, budak cina tu best la..hari2 pakai baju kurung.." tapi bila dapat tau rupanya awak orang melayu. Haha. Kiut sangat awak masa tu. Masuk darjah dua terus kita kawan kan sampai la kite kena pindah sekolah lain.


Banyak benda la yang kite rindu zaman kecik2 dengan awak dulu. Masuk PBSM sama2, pergi camping sama2, main laut darat sungai sama2, taknak kawan orang lain sama2, rehat sama2, menangis sebab Lavanya pindah sama2, semua lah yang kita buat sama2 dulu! Rindu rindu sangat!


Last kite contact awak masa form1 sebab kite happy nak bagi tau yang kite dapat adik lelaki. Hehe. Lepas tu lama2 terus hilang je. Masing2 lost contact. And now jumpa balik. Best gila! Dapat gak jumpa dengan awak. Setiap kali kite online kite mesti taip nama Nurul Nadia. Tapi macam2 nadia yang keluar. Sampai la kite jumpa link awak lastly! So sweet sangat!




Sayang semua yang dalam gambar ni! =)))



Even kawan awak dah beribu2 lemon pun tapi kat sini kite still ingat awak ngan kawan2 yang lain. Happy birthday again bestie! I miss you! I love you! Heeeeeee. >_<
Love,h'wawa

Tuesday, November 23, 2010

Merindukanmu Wahai Burger

Wah, rindu gila la awak. Hari2 duk menunggu pintu tengok2 mana la tau kalau abang burger dah balik. Tapi tetap sama. Abang burger tak muncul2. Sikit2 nak usha abang burger punya stall. Konon nak melepas rindu la. Pehh, gila annoying kan! Ni semua semangat beraya korban Aidiladha yang meninggi. Alhamdulillah. Lama benor abang burger cuti ye. Kempunan 5 hari nak beli burger tapi tak dapat2. Tepakse telan air liur je. Nasib baik la sedap jugak. Haha.




Itu satu hal. Lagi satu kes pulak kedai mamak febret yang teh ais nya memang bapak addicted. Fuh! Ntah ape la yang mamak tu buat sampai tiap2 hari pun ketagih nak minum teh ais cap kedai mamak warga permai court. Segar dari ladang. =))) Amboi, bukan main lagi! Mamak ni pun cuti lama2 macam abang burger ye. Mak cakap, dah namanya pun raya..mesti la orang balik nak beraya..nak buat korban... Sebagai anak yang baik maka saya pun..hmmmm..ye lah. Terserlah sikap anak yang menurut kata disitu. Kahkah!


Semalam berita baik. Hehe. Abang burger selamat kembali ke pangkuan saya. Buwekkk, perasan jap. Haha. Sungguh seronok ibarat budak kecik yang dapat hadiah cekedis lepas dapat baca ABC sampai Z. Pandainya. Terima kasih kepada susu Dugro. Thehehe!!! Saya sangat excited. Lagi bertambah excited bila dapat tau abang burger ni orang Terengganu. Patut pun cuti tak balik2. Heehee, masa ni la baru rasa nak bagi tau semua yang saya dulu pernah belajar kat Terengganu. Pro la juga dialek2 diorang ni. Kalau tak paham pun buat2 paham je. Ni semua sebab abang burger. Haha.Adik pun hampir pekak sebab tiap2 10 minit asyik cakap jap lagi belikan abang burger ya...ni lah ayat lazim semenjak abang burger ni wujud. Tapi semua tinggal kenangan. Hasrat untuk menikmati santapan burger yang lazat musnah di tengah jalan. Adoi, sape tak nebes bila tengok kat cermin muka dah macam kuih apom dah ni. Confirm kalau awak tengok mesti tak dapat bezakan muka saya ngan labu air kan kan! Haaa, tak baik tipu! So malam semalam saya tidur dengan sedikit kekecewaan sebab tak dapat makan burger febret. (kihkih, actually seronok la jugak sebab akhirnya dapat gak control nafsu makan yang macam dinosour ni..hehe...aummmm).








Ternyata hati memang tak dapat tipu kan. Hari ni kantoi jugak kononnya nak kurus2 tanak makan burger lagi dah. Tak boleh tahannnn! Terpaksa juga saya paksa adik belikan burger. Ambik kau! Siap order burger special lagi. Gila gaban makan senyum2 depan tv macam dapat date ngan Edward Cullen. Haha. Nikmat sangat la tu!





Terciptalah burger special hasil butan kasih sayang abang burger! (haha, padahal lebih kurang sama je ngan burger pasar malam enn)






Entry special ni khas untuk abang burger. Waahh, kedesperate-an di situ. Ngahngah. Abang plis jangan malu2 buat macam tak paham bila baca belog ni ye. Hehe. Andalah perosak jadual diet saya ! Euuu, bencilah! Haha =PPP
Love, h'wawa

Friday, November 19, 2010

Sembahyang Dalam Air.

Sekadar nak berkongsi dengan awak semua, saya baru je dapat emel ni pukul 10 tadi. Jom tengok. Buat tatapan untuk kita sama2 memuhasabah diri.

Sembahyang Dalam Air.

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak tukar ke permukaan dulu, tukar2 baju apa pun mungkin tak sempat, jadi diteruskan saja solat dalam air.


Tak salah!
Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan Islam.








Dalam air pun orang solat inikan pula di permukaan yang kering. Lagi mudah.
Kat mana manapun kita berada jangan tinggalkan solat. Cuma maut/mati yang terhenti solatnya.
WALLAHUALAM.





Love, h'wawa

Thursday, November 18, 2010

IMY ♥ ILY


~ I Miss You ~



Being apart from you isn't easy. I find myself missing you so often, in so many ways. But even though we can't be together right now, gentle thoughts of you will my days, and dreams of you will my nights......



Although the miles come between us now, I still feel close to you, and I just keep hoping the days fly by because I want you beside me to talk to, to hold, to love.



I Love You.




Love, h'wawa

Friday, November 12, 2010

Benda Inilah Membuat Saya Tersiput Lalala

Hamboi, bukan main dia. Hari tu siap merajuk rajuk lagi dekat FB konon malas nak online ok saya merajuk titik. Semalam pun rasa bangga tahap mengannoyingkan bila seharian menghampiri 48 jam tak jenguk langsung mukabuku yang banyak pe'elnya. Adoi, bangga la sekejap. Tengah tekun dan khusyuk menghadap buku OPM tiba2 bayangan kekasih gelap pun muncul. Kahkahkah. Lalu serta merta memujuk hati supaya melupakan bayangan yang menjelma. Aww, berjaya juga akhirnya. Then, baca lagi sampai la tajuk Inventory yang banyak sangat subtopiknya. Menguap nguap saya baca akibat terlalu fokus. Wing2* =) Bayangan menjelma kembali. Budak2 lain sibuk bising2 di luar bilik. Ele, macam la tak tau. Sibuk nak balik la tu. Mengomel sendirian(tapi dalam hati je). Okey, kembali fokus. Lalu, ishh..bayangan tersebut kembali semula. Amboi, suka sangat datang kacau time kita tengah confident nak dapat A+ ni. Tak suka! Akibat terlalu kerap dia mengacau dan bercampur aduk dengan tajuk Globalisation tiba2 rasa ingin bergosip membukit. Haha. Tekan2 handphone mencari mangsa. Roomate telah hilang entah di mana. Dan akhirnya salah seorang classmate menjadi mangsa.

Dan bermulalah aktiviti ke arah mengkayakan Maxis dengan menghadiakan setiap sen untuk bergosip..


Woot2...banyak dah stady?... mukadimah la dulu..hehe
Tak pun. Baru nak buka. Kawan pun membalas.
Haha. Saya rindu dekat tut tut .... migrain dah ni.... sengaja mencampur adukkan sakit kepala yang menyerang...
Ooooo...xmsg ke? si dia mula menggundahkan perasaan.
Takmo..segan la....btw dapat kata2 semangat dari dye tau..haha...i loikeee ...senyum siput.
Wah..Patot b'smgt je..Ayat pn pnh bunge2 cinte..Haha galak dia membalas


Agak lama pembaziran kredit di situ. Lagi dan lagi sampai la terasa nak menjenguk kat luar apa yang bebudak ni syok sangat gelak2. Hmmm, tak de apa pun.


Lalu, akhirnya malam itu saya tidur dengan lenanya tanpa menaip facebook di carian google. Cayalah(ele, padahal masa tak de fb dulu ok je hidup..gemuk lagi..thehehe) >_-


Penat jawab exam pagi tadi, mak abah pun datang nak bawa balik anak terlampau disayangi keluarga ni ke pangkuan rumah. Home sweet home..Haha..Balik2 nampak laptop atas meja. Broadband sedia terpasang. Tiba2 halamak tertekan fb la pulok. Ngahngah. Terlerai juga janji pada diri yang kononnya nak merajuk dari ber fb ni. Baiklah, lain kali saja k! Hihi. Seperti biasa ada beberapa orang yang add, beberapa mesej dan juga comment received yang sedia menanti untuk dibelai(konon bajet panas la tu =P)



Memang tak bley blah la. Bila dapat satu post ni baca lepas tu terus kerut2 muka nak tahan2 senyum takut budak kecik yang mak jaga tu nampak riak wajah yang bercahaya.. Hampeh... Bunga2 dalam hati... Pandai Kaede Atikah ni ye.. Malu I ~~~~ lalala




Mari awak semua klik benda inilah membuat saya tersiput tak sudah2. Haha, nakal ye you ni Cik Atikah oooii. Biasa dia!



Haha. Lain kali nak tepuk tangan kena dua2 belah ye. Baru la ada bunyi lagu Enrique Iglesias sikit. T_T