Hari tu kan 3 Jun kan hari Khamis kan I keluar pergi jenjalan dengan BFFs I dekat Pavillion tau. Jumpa je I terus cop awal-awal cakap nak tengok Lagenda Budak Setan sebab teringin sangat nak tengok movie ni lepas bertahun-tahun I baca novel dia. Gosh! Nasib baik Cik Alice in wonderland dengan Cik Fat ok je and tak banyak songeh. Hehe. So kitorang pun pegi la beratur beli tiket and dapat tempat 8,9,10. I cakap kat diorang yang ni cerita sedih bukannya huha macam Adnan Sempit hari tu and diorang pun still ok je. Baiknye! Hehe.
Asalnya kitorang janji 5 orang tapi Sya on duty and Dea pula tak dapat datang sebab ada emergency. So kitorang go on je la 3 orang pun. Bila dah masuk dalam tu tak tau la kenapa kitorang ni excited semacam. Cik kakak dua orang ni siap keluarkan lagi kamera diorang tu and mula la klik sana klik sini. Posing sakan you! Nak ambil gambar excited semacam tapi segan pula dengan orang keliling. Cehh, kiranya semua orang yang ada kat dalam tu terpaksa la tahan mata tengok aksi anak dara tiga orang ni dalam panggung. Nasib baik segan nak berdiri. Kalau tak dah macam-macam pose dah I bagi masa tu. So terpaksa la ambil gambar sambil duduk je. Haaa, ni hasilnya
Haaa, see see. Kan I dah cakap. Ini pun tak banyak sebab masa ni diorang tengah bereksperimen dengan kamera Fat. Berapa kali klik gambar tapi tak jadi. Lenguh dah I senyum tau! Hehe. Ini baru dalam panggung belum lagi dalam toilet, turun esclator, atas tangga, tengah jalan and kat mana-mana lagi la. Untung tau kalau dapat jalan dengan photographer ni. Jalan sikit klik. Jalan lagi klik lagi. Rambut I selebet selebet pun dia main klik je. Aaaahh, malu I. Keluar public muka selebet. Dah la rambut melepet macam tu je. Ishhh.
Kalau korang nak tau I nangis sikit je masa tengok movie ni tau and Fat yang banyak nangis. Hehe. Apapapun Alice in wonderland tetap maintain cun. Cayalah. Lagi satu masa kitorang nak beli popcorn kan I jumpa somebody tau. Nak tau siapa? Hehe. Junior I dekat UiTM. I jumpa Jamal. Hehe.
tgok muvi ta ajak!!
ReplyDeleteni na majok ni...
save budgt yang! len kali ye <3
ReplyDelete