Wednesday, June 30, 2010

Classmate vs Suwit Dream

Ok, this picture masa I darjah 3. Haha. Kalau korang student yang bapak bijak cepat teka mana satu I yang sopan santun plus pendiam plus pemalu plus penyegan tu! Hehe. I wish if you could guess! Haha. Tetibe je kan. Wekk!
Yang ni pula masa I darjah 5. Haha I tau gambar yang ni mesti lagi complicated en korang nak teka. Macam dalam fb; i loikeeee! Thumbs up! Hehe. Cepaaattt. Teka cepat! Siapa2 yang dapat teka nanti I belanja topup sepuluh hengget naktaknaktaknaktak? Haaaa, siapa cepat dia dapat!

Ok, kembali normal ye! Actually hari ni I tergerak nak masukkan gambar2 lama ni just sebab sekarang ni I rasa rindu gileeer dekat member2 sekolah rendah dulu. Homaigod! God bless us! =)

Ntah la. Honestly dah dua hari berturut-turut I mimpikan budak2 ni tau. Betuuuulll! Sumpaaahhh! Tak teypuw punyer taw! Especially my bestie yang beberapa orang tu. Heee. Dah tu yang buat kelakar tak ingatnya bukan mimpi masa masing2 dah besar ni tapi mimpi masa sepuluh tahun dulu masa kitorang semua tengah selekeh selebet serabai and masa tengah cuba2 belajar nak jadi kemas macam budak sekolah menengah. Muahaha. Lawak je en!
Pastu en dah elok2 jadi budak sekolah tiba2 tak pasal2 dah jadi besar macam sekarang tapi pakaian still uniform sekolah lagi. Memang dah sah2 mimpi! Hehe. Kalah bedtime story. Agak2nya mimpi I ni boleh jadi Bedtime Story 2 pula kan. Merasa la I nak berlakon dengan Adam Sandler. Fuhhh, peeeewit! =P (sambil gelak golek2 dengan cara paling bersopan). Haha, poyo je en gelak golek2 dengan cara paling bersopan. Lempang nak?

By the way I dengan Fat baru2 ni ada juga plan nak buat reunion ni memandangkan almost exstudent dulu dah jumpa and mana2 yang tak jumpa lagi tu sedang diusahakan untuk dijumpakan. Haha. Kalau ada cikgu bahasa melayu yang baca blog I ni mesti naik hangin kan coz bahasa macam rojak buah basi! Euuu! Mesti cikgu tu pelik macam mana BM I leh dapat A and mula la kerut2 kening nak faham satu2 apa yang I merapik kat sini and tak pasal2 terus keluar dekat Aduan Rakyat tv3 pasal blog I yang ibarat melukut di tepi gantang ni! Haha. Takde maknanya.

So I harap sangat2 impian kitorang nak wat reunion ni berjaya la. Tak semua pun kira ok la. Kalau bff I lagi laaaaa okkkk! (weekkk..baik tak payah reunion kan....hehehe). Special for my exclassmate I'm glad to say" I want nobody2 but you! aah haaa ahhh ahhh" Awww, seksi tak I nyanyi seksi tak seksi tak? Haha. And siapa2 yang nak topup free cepat2 la teka ye! Tata!
P/S: Pagi tadi I mimpi lagi. Tapi bukan pasal classmate I. Lagi baeeekk punya. Tapi.....nightmare. I seram tapi I suka kalau benda tu jadi betul2. Tapi I takut gak kalu betul2 jadi dekat I. Ohhh, apakah? Haha. >_0 Jeng jeng jeng..........!!!








Saturday, June 26, 2010

Dua Z ini siapa ye?

Korang kenal tak siapa 2 Z yang I nak cerita kali ni? Diorang ialah Dzaihan (walaupun nama start dengan D, tapi bunyi still macam Z...hehe...) and Zulhusni. Kenal tak? Ala, kalau yang baca blog I ni kawan2 sekolah dulu dah sah2 la kenal en!

Dua Z yang I kenal ni lain2 negeri and lain2 tahun tau. Seorang Sabah and seorang lagi Pahang. Actually yang buat I tergerak nak masukkan diorang dalam entry ni just because I berkawan baik dengan diorang ni secara tak disengajakan. Hehe. Accidently la lebih kurang. =P Asalnya I memang la tak kenal diorang ni. Tapi disebabkan I ni terada tersuka dekat kawan baik diorang masa muda2 dulu so secara tak sengaja terkenal la juga dengan 2 Z ni. Itupun bukan terus je kenal. Macam An (Dzaihan) tu I kenal setahun lepas I kenal kawan dia dan Zul pula I baru je main tegur2 awal tahun ni rasanya. Haha. Ntah apa2 la kan. Dulu orang kata kalau nak dekat anak kena la tackle hati orang tua dia dulu kan kan kan! Tapi kes I pula kalau nak somebody ni kena la kenal2 dengan kawan2 dia pula. Kui kui kui! -_- Kiranya sebagai sumber maklumat la ni. Hehe. Penampar nak? Suka2 je I ni en en en! Mcam la diorang nak kat I! Hmmmm. Tapi itu dulu la. Sekarang ni kawan2 diorang yang I suka tu ntah kemana la. Haha. Kisah zaman2 silam dulu. Pfffttt. Malu I. *meh sama2 tutup muka dengan tangan*
So sekarang ni boleh dikatakan I dengan An dah jadi BFF la sekarang. Tahun2 sebelum ni kerja kitorang asyik main miskol2 je. Tengah2 malam buta tu lagi best kalau dapat buat miskol. Time air liur basi meleleh leleh tu. Perghhh. Best gileeee! Hehe. Dengan Zul pula asyik kerja nak poke mengepoke je walaupun bukan I sorang yang dia poke. Hehe. Dah la penyakit dia dulu asyik nak menglike je apa2 status I yang I update kat fb. Lawak bebenor la diorang ni.
Eh, lupa. Kenapa entry kali ni macam kosong je ek? Owh maybe sebab tak de gambar diorang kot. Nak tengok tak? Meh I tunjuk meh! Jommm!




Orait, ini gambar An dengan girlfriend dia! =)

Yang ni pula gambar Zul.

So harap harapnya lepas2 ni I still jadi BFF diorang la. Tak rugi pun kan kan kan! Ok, sekian saja untuk kali ini. Hehe. Tata!

Thursday, June 24, 2010

Kenapa Saya Berbelog?

Kenapa saya ada blog? Kenapa saya mesti ada blog? Kenapa blog ada saya? Haha. Kenapa I tanya macam ni ea? Ok sebabnya ada juga beberapa orang kawan ni tanya dekat I. "Wa, best tak ada blog ni? Follower awak dah berapa?" and I pun jawab, "Best la juga tapi follower I sorang je kot! Haha"





(muka simpati nak attract follower....heheh...amacam? nak jadi follower I tak? cehh, bajet ek!)

Sebenarnya masa I mula-mula ada blog dulu tak dinafikan memang I nak sangat blog I ni jadi salah satu blog favourite and ada ramai follower. And suatu masa dulu pun boleh tahan la juga walaupun followernya tak ada la sampai ribu2 tapi better la than sekarang. Masa zaman I muda2 dulu kalau boleh semua jenis account online ni I nak ada. Kata orang ikut trend la. Haha. Friendster, My Space, Website, Facebook semua I ada dulu. Emel pun lebih dari satu(standard la tu en!). Tapi sekarang yang ada facebook je. Yang lain dah tutup. Friendster pun tunggu masa yang sesuai je nak tutup. But lepas kes I terlupa my password dulu terus I buat blog baru and now terhasil la blog yang korang tengah baca ni. Hehe. Sekarang I pun tak kisah la berapa orang follower I. Blog I pun tak de la best sangat pun sampai nak ada follower riban2 ni en! >_<

Honestly I tanya korang suka tak baca blog I ni? Haaaa, suka tak suka tak suka tak? Tak suka kaaaannn! I'm sure masa I tanya ni pun ntah2 tak ada orang jawab. Haha. Ok, sebenarnya blog I kali ni adalah lebih kepada apa yang I terlintas nak tulis je. Tu la pasal waktu updatenya tak menentu. Isunya pun tak ada la very the the sangat. Lebih kurang macam diari online pun ada. *senyum nakal* Haaa, baik kan I bagi korang semua baca diari I! Kalau diari online ni senang2 je la pula nak bagi orang baca tapi kalau diari yang tulis dalam buku comel2 yang kale pink tu ohh mak,,, bapak pening kepala ni nak cari tempat strategik nak sorok diari tu. Hehe. Even kalau ada orang yang dah terbaca rasa macam nak pengsan time tu juga. Kalau tak terpengsan pun nak buat2 pengsan. Heee. Baru la rasa tragis sikit!

Apa2 pun I tau ada juga silent reader kat blog I ni. Tak kisah la korang nak comment ke tak nak comment ke, nak jadi follower ke tak, nak chat ke tak, nak say hye wawa ke tak or apa2 je ke tak sebab yang penting bagi I blog I ni tak kacau siapa2 kot. Hehe. Kot la. Kalau ada yang terasa tu sorry2 la ea. Hehehehehhehehehehhe. Meh semua ketawa hehe macam I. T_T

So kepada kesayangan I yang rajin mengrepot repotkan diri kat blog I ni terima kasih beribu ribu lemon ea! And now korang tau la kan kenapa I berbelog! Eehehehehe.
















Wednesday, June 23, 2010

My Big Day

Dearest kesayangan semua, nak tengok tak gambar I masa konvo 29/5/2010 hari tu? Jom la. Tipu la kalau tak nak tengok. Kalau korang tengah baca entry ni dah sah sah la terpaksa tengok juga pic I en en en! *tinggg*. Ok, sedia....mula!




wif mami and dedi




mami and kakak and adik



wif my little boy
awwwww...tengah panas pun senyum jeee....
Ok, ini je. Actually ada lagi tapi cukup la kan. Banyak banyak nanti kang korang tak suka pula. Heee. So ini lah dia kesayangan korang(opsss, ye ke kesayangan korang? hehe) yang telah berselamat berkonvo beramai-ramai. Diploma in Accountancy. Insyaallah bulan depan aka bulan tujuh aka jumaat minggu depan I daftar untuk Bachelor in Business Economics pula. Aaaah, apa? Kenapa ekonomi? Alaaaa, adik beradik la juga tu. Akaun and ekonomi. Pelajaran pun sama je. Hehe. Apa yang penting macam lecturer I cakap setiap course ada cabaran masing-masing. Hihi. Just terpulang pada kita macam mana nak create cabaran tu. I pun masa sekolah menengah dulu ambil Sains Tulen yang ada fizik bio kimia and add math tu. Tapi bila buat diploma ambil akaun. And sekarang buat degree ambil ekonomi pula. Haha. Terror kan I. Kalau la I ni teramat excellent and kalau la buat degree ni setahun je tiap-tiap tahun I nak buat degree and ambil kos lain lain. Law, medic, engineering, architect, art and design, masscom, haha...semua la. T_T
Ingat lagi masa sekolah dulu cita-cita I nak jadi doktor. Tapi masa isi borang UPU lepas SPM hari tu tiba-tiba je minat gila nak jadi lawyer. Apa kes??? And now..........dot dot dot......no comment! >_<> So, enjoy je apa yang korang buat ea. Ok ekkkk. Cantekkk! (tagline Maulana AF8) hehe.




Sunday, June 20, 2010

Happy Fathers Day!

Happy Fathers Day untuk abah! Sayang abah. Happy fathers day juga untuk semua yang bergelar bapa dekat mana-mana je. Anda yang terbaik. Hehe. =)
So sempena hari bapa hari ni boleh share tak apa plan korang untuk daddy daddy tersayang? I maybe tak buat apa-apa kot. Hehe. Ucapan yang ikhlas dari hati je. Haha. Actually I pun tak tau lagi nak celebrate macam mana. Kalau ikutkan zaman sebelum sebelum ni just ucapan and ada la hadiah yang tak seberapa je yang I bagi. Suwit kan I kan kan kan! Senyummm.




Ok, inilah gambar abah kesayangan. Handsome tak??? Cheeewaah. Kalau siapa-siapa nak kenal abah I meh datang rumah ye. Hehe. Baik kan I ajak korang kan. So plis cakap thank you! =p

Abah I ni memang lah dari luarnya nampak macam garang je. Tapi sebenarnya ok tau. Nak nak kalau kita slow talk dengan dia. Memang best. Hehe. Paling best kalau bab makan. Kalau kita teringin nak makan apa-apa cepat je dah ada and kalau boleh dia beli banyak-banyak dan suruh kitorang semua makan. Nah, ambik...makanlah sampai kenyang. Tu sebab I ni tembam je. Heeee.

Lagi satu abah I ni memang dalam kategori klasik nasional. Kalau dalam kereta tu memang radio klasik nasional je la jadi pilihan. So kitorang adik beradik ni pun just hmmm ye la. Dengar je. And disebabkan itu I pun terror tahap gaban tau dengan lagu-lagu lama ni. Tak caya??? Meh try meh. Boleh masuk jangan lupa lirik lagi. Hehe. Confirm confirm Pak Nil pun tabik spring ganda dua kat I nanti. Terror kan I kan kan!

Kalau nak tau lagi abah memang minat sangat dengan berkebun-kebun and bunga bunga ni. Ibaratnya kalau jumpa tanah ada je la yang nak ditanamnya. Jauh beza dengan I yang oh oo omaigod. Malasnya nak pegang tanah ni. Awww, tanak la I. Cehhhh, gila gedik. Haha. Ok, pendek kata I tak minat langsung dengan itu semua ye. And kalau ada pun bunga yang cantik cantik je I tanam. Itupun dalam pasu. Hehe. >_<
Ok, itu la sikit je yang I nak cerita pasal abah I dekat korang. Ishhh, mana boleh banyak-banyak! Nanti tak de la seperais kan. Heeee. So untuk abah yang tengah tidur masa I sedang gigih*poyo je* menyiapkan belog ni Wa nak ucap SELAMAT HARI BAPA. Terima kasih dah jaga Wa sampai umur 22 tahun ni and of course untuk tahun next next next next next. Hehe. Lots of love.
And untuk readers tersayang, tak kisah la samada ayah kita ada atau tak cuma apa yang pentiiing................kerjaaaaasama! Haha. Opsss, sorry. Apa yang penting kita sama-sama ingat jasa mereka yang gilaaaaa tak ternilai. Hehe. Jom kita sedekahkan Fatihah and doa yang terbaik untuk parents kita ye! Kamon! Eh, jangan ingat Fatihah untuk arwah je tau. Ustazah I cakap untuk kita yang hidup ni pun elok sedekahkan Fatihah. Baru la berkat. Kan ustazah kan! Hehe.

Monday, June 14, 2010

Haha. I'm speechless.

Babe, nak tau tak, tadi kan baru je tadi kan tak sampai pun lima belas minit kan I ada buat satu kuiz eh silap dua kuiz dekat facebook tau. Kuiz Siapa teman tapi mesra anda? Hehe. And the result goes to........korang tengok la sendiri dekat fb I ea. Hehe. Ni yang buat I rasa macam nak tutup muka dengan topeng cina boncet ni.*Senyum malu*


Inilah muka yang terspeechless disebabkan kuiz tersebut!!! Hehe. >_<

Kenapa I rasa malu macam pergi jalan-jalan dengan pakwe hensem tiba-tiba terkentut depan dia. Opsss, auwch alamak! Hehe. Biasala, naluri semulajadi manusia. Sebabnyaaaaa.....sebabnya....ok, sebabnya ada beberapa nama kat situ macam tau tau je yang I ni teman tapi mesra. Ehh, mesra ke? I wonder! =)


Korang tau tak lepas je I tengok result tu rasa macam ohhh homaigod! Macam perli aku je kuiz ni. Ini boleh mendatangkan marah tau! *kening berkerut*


So actually tak de apa apa pun. I saje je nak suka-suka dengan korang. Ok, lain kali kita main kuiz lain pula ye! Babai and muah muah!!!

Friday, June 11, 2010

Thanks Mr Haikal Khairuddin

Dengan sukacitanya saya, Wawa nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Haikal Khairuddin di atas pertolongan anda beberapa minit yang lalu. Thanks a lot ya! Entry ni dibuat khas untuk you dekat blog I yang tak seberapa ni. Kalau sudi tolong la lagi. Hehe. >_<

Nak Jadi Macam Diorang

Nak jadi macam diorang ok tak? Macam siapa? Macam diorang la yang time exam je mesti dapat cemerlang and excellent and terbaeekkk and dean list lagi! I'm proud of them la yang bijak-bijak ni. Gosh! Macam mana diorang study ye. Ok, fine! Dah sah sahlah diorang tak study macam I yang tak tentu arah study. Hehe.*Diam je*
Tadi I dapat tau kakak senior masa I sekolah menengah dulu dapat 4 flat exam baru ni. Cayalah! Congrats kak. Hehe. Tak sia-sia kita jadi kembar lain tahun kan kan kan! Haaa, time ni la baru nak mengaku kembar la, adik beradik la, sedara mara la, bff la and macam segala. Wink** ^^

Sungguh menakjubkan kakak yang seorang ni. Dari sekolah rendah lagi memang excellent! Weewit! Nak autograf sikit!!! Macehhh!










Another good news adik I yang ala-ala ganas plus perempuan tu secara rasminya dapat melanjutkan pelajaran di UK. Wow! I'm proud of you la adik! Tak macam kakak dia yang sorang ni. Hehe. Insyaallah. Belum rezeki lagi. Lepas ni boleh la belikan high heels untuk kakak kesayangan ni ye. Saiz 5 semestinya. Setiap bulan sepasang pun dah kira orait la tu. *Senyum malu* Hehe. Time ni juga la nak buat baik dengan adik and ada gelaran adik kesayangan. T_T Insyaallah kalau tiada aral melintang bulan 9 ni dia pergilah demi segulung ijazah(bajet macam dialog drama swasta..hehe) Lagi sekali diulangi, INSYAALLAH. Dan ini dia adik yang berjaya itu~~~




So sekarang nampaknya I je la yang masuk angin keluar asap. Hehe. Kerja pun tak belajar pun tak. Sob sob. Pilu rasanya. Terima kasih kerana sudi bersedih bersama saya. =( =(
Haha. Gedik sekejap. Ok I pun sebenarnya tengah tunggu tawaran sambung degree bulan 7 ni. Kalau dapat I pergi la and kalau tak dapat I nak pergi juga. Tak kisah. Nak pergi juga. Nak juga. Nak juga. Nak juga. Boleh?
Actually ramai lagi kawan-kawan yang bijak-bijak and pandai-pandai ni. Kalau nak list kan rasanya tak terlist pun. Ye ke? Nanti kalau korang rajin korang la tolong listkan yeeee! Heeee.. >_<
Lastly one question from me?
Korang makan apa ek sampai jadi bapak bijak macam ni?????






Thursday, June 10, 2010

Dalam Panggung Pun Boleh...

Hari tu kan 3 Jun kan hari Khamis kan I keluar pergi jenjalan dengan BFFs I dekat Pavillion tau. Jumpa je I terus cop awal-awal cakap nak tengok Lagenda Budak Setan sebab teringin sangat nak tengok movie ni lepas bertahun-tahun I baca novel dia. Gosh! Nasib baik Cik Alice in wonderland dengan Cik Fat ok je and tak banyak songeh. Hehe. So kitorang pun pegi la beratur beli tiket and dapat tempat 8,9,10. I cakap kat diorang yang ni cerita sedih bukannya huha macam Adnan Sempit hari tu and diorang pun still ok je. Baiknye! Hehe.

Asalnya kitorang janji 5 orang tapi Sya on duty and Dea pula tak dapat datang sebab ada emergency. So kitorang go on je la 3 orang pun. Bila dah masuk dalam tu tak tau la kenapa kitorang ni excited semacam. Cik kakak dua orang ni siap keluarkan lagi kamera diorang tu and mula la klik sana klik sini. Posing sakan you! Nak ambil gambar excited semacam tapi segan pula dengan orang keliling. Cehh, kiranya semua orang yang ada kat dalam tu terpaksa la tahan mata tengok aksi anak dara tiga orang ni dalam panggung. Nasib baik segan nak berdiri. Kalau tak dah macam-macam pose dah I bagi masa tu. So terpaksa la ambil gambar sambil duduk je. Haaa, ni hasilnya


Haaa, see see. Kan I dah cakap. Ini pun tak banyak sebab masa ni diorang tengah bereksperimen dengan kamera Fat. Berapa kali klik gambar tapi tak jadi. Lenguh dah I senyum tau! Hehe. Ini baru dalam panggung belum lagi dalam toilet, turun esclator, atas tangga, tengah jalan and kat mana-mana lagi la. Untung tau kalau dapat jalan dengan photographer ni. Jalan sikit klik. Jalan lagi klik lagi. Rambut I selebet selebet pun dia main klik je. Aaaahh, malu I. Keluar public muka selebet. Dah la rambut melepet macam tu je. Ishhh.
Kalau korang nak tau I nangis sikit je masa tengok movie ni tau and Fat yang banyak nangis. Hehe. Apapapun Alice in wonderland tetap maintain cun. Cayalah. Lagi satu masa kitorang nak beli popcorn kan I jumpa somebody tau. Nak tau siapa? Hehe. Junior I dekat UiTM. I jumpa Jamal. Hehe.

Facebook vs Gambar


Kelmarin I dapat message dari kawan I around jam 8.34 malam. Well kawan I suruh I fowardkan messege tu tapi disebabakan kredit I yang dah sedia termati tu so I rasa nak inform dekat korang semua. Itupun kalau ada yang terbaca la. Silakan semua... =)
Salam.buat semua kwn2.sila dlete gmbr anda yg t'dpt dlm fb krna israel sdang giat scan body prempuan mslimah utk d'tlanjangkan..krna smua pgkalan data fb adalh hak mlik pnuh israel..jaln t'baek adalh boikot fb n ttp account fb.hbahkan utk slmtkn sdara2 kita.hancur israel laknatullah.cegah sblm tlambat,gmbr yg diedit bleh tpapar di stp web search. Selamatkn wanita islam-sbrkn-4wd

Untuk maklumat anda semua message ni I copy sebijik sebijik tau. Tak tipu punya. Siap ada perkataan sebarkan lagi. Heee. Ok, secara jujurnya I pun tak tau nak percaya ke tidak benda benda macam ni and I memang susah dari dulu lagi nak percaya apalagi nak baca mesej mesej berantai samada dekat e-mail, handphone, facebook atau kat mana-mana je la. Tapi mungkin yang ini ada benarnya sebab Israel sekarang ni pun tengah dikecam oleh satu dunia atas perbuatannya terhadap Palestin* Tiba-tiba rasa macam wartawan lak. Hehe * Maybe diorang ambil peluang ni la untuk balas dendam terhadap semua orang Islam. =(

Honestly, I tak delete lagi gambar-gambar I kat fb tu apatah lagi nak tutup akaun fb. Hehe. Rasa ralat je. Tapi kawan I dah selamat dah tutup akaun dia kalau tak silap I la coz masa I nak view dia tadi tak jumpa jumpa pun and hasilnya I sekarang tengah selamat berlanding di atas tilam yang empuk lagi nyaman. Hehe.


Sekarang korang semua nak buat apa? Nak ganti pic yang lain something like kek ke, high heels ke*I like! Hehe* , patung barbie ke or ape ape je except muka sendiri or nak delete je fb tu? Haa jawab cepat jawab cepat. Kalau korang tanya I mestilah I jawab tunggu reaction korang dulu. Hehe. I kan follower terbaik. Kata bff. So cepatlah! Apa-apa pun yang penting kita kena selalulah berhati-hati apatah lagi dalam dunia IT ni. Jadi siapa-siapa yang kuat berposing macam I ni kalau nak upload gambar tu ingat-ingatlah sikit ye. Even gambar sopan tengah makan pun diorang boleh edit ini pula gambar zssssssss. Opss auch aww! Hehe. Kalau la kita yang girls ni tutup fb mesti lepas lepas ni fb didominasi golongan lelaki je kan. Haha. So take your time and think about it! Oh, dunia dunia!

Wednesday, June 9, 2010

Kami Student Account

Guys, today I would like nak kenal-kenalkan dekat korang semua dengan my housemate masa we all tinggal dekat rumah mak cik tv dulu. Hehe. Sebenarnya entry ni dah lama dah I buat tapi tak terpost-post disebabkan kemalasan yamg menghantui I semenjak dua menjak ni. Ok, korang semua dah tau kan I dulu belajar dekat UiTM Terengganu yang kaya dengan keropok lekor and batik. Waaah, keropok lekor dia memang wallawey! Tipu lah kalau I cakap I tak rindu langsung kat kopok lekor. Hehe. Emmm nyum nyum bapak sedap! ^^
Ehem, ok kita lupakan sebentar keenakan keropok lekor yang bapak sedap sebentar. Sekarang adalah sesi suai kenal dan beramas mesra. Hehe.


Ok yang pakai tudung pink sebelah tingkap tu Mek Chah. Sebelah dia Cik Yu or kadang-kadang I panggil Liza. Yang pakai tudung putih sebelah tudung biru tu Qis. Tudung biru Nadya. Baju kuning Atik and sebelah Atik is Kak Mala. Yang baju biru Wawa*saya la tu..hehe* and yang pakai tudung hitam Nad. Yang berdiri tu Kak Tes. So ni la semua muka budak-budak akaun UiTM. Hehe. And diorang juga housemate I except Kak Tes. And diorang juga kawan sekelas I faham! *muka serius*
Hehe. Korang nak kenal diorang lagi tak? Naktaknaktaknaktak? Hehe. Kalau nak kenal lain kali I buat entry lain pula ye. Gila banyak kalau nak cerita semua. Memang banyak la benda mengarut ngarut ni. Sekarang pun kalau I teringat cerita dulu-dulu still boleh ketawa lagi. Ntah apa apa ntah. Salah satunya masa I dengan Chah balik dalam hujan naik motor. Konon tak nak basah I buka la payung. Tak sampai dua saat payung pun terjongket ke atas. Budak-budak sekolah yang ada kat situ semua ketawa. Lagi satu kes motor juga. Kali ni dengan Nadya. Disebabkan I terlalu syok sangat duduk ala-ala gadis melayu lastly kain I termasuk dalam rim motor. Haha. Tau je la apa jadi en. Nasib baik sikit je. ^^
Itu belum lagi kes pengat pisang Qis yang tak berapa nak jadi formulanya. Hehe. Sorry Qis. Tak jadi tak jadi pun kitorang hentam sajalah. I la kot yang paling banyak makan. Tapi makan pisang je la. (-_-)
Ok, sebelum I terlupa ada lagi dua orang yang tak ada gambar kat sini. Teh and Fathiah. And exhousemate kitorang Anis dengan Linda. Diorang pun kalau datang idea mengarut boleh tahan juga. Yang penting layaaannnnn!
Hehe. Well tak kisahla kalau korang semua tak rasa kelakar ke hapa ke lapar ke. Lapar? Tiba-tiba*. Hehe. I tulis ni pun saja nak sukasukasukiajinomoto. Kalau nak ikutkan memang banyak lagi nak cakap. Korang tau tak kes biawak disangka buaya? Ataupun cerita I tercabut tombol bilik A-1-2? Takpun masa kena kacau dengan budak motor balik dari extra class? Ataupun masa main bunga api bulan puasa hari tu? Takpun masa buat picnic waktu malam dekat depan rumah je? Haaa, tatau kan. That's why la I cakap tak boleh cerita semua. Hehe. Jangan mara haaaa. Daaaaa.