Tuesday, September 15, 2015

Life...

Everyone will go through some hard times at some point. Life isn't easy. Just something to think about. Did you know the people that are the strongest are usually the most sensitive? Did you know the people who exhibit the most kindness are the first to get mistreated? Did you know the ones who take care of others all the times are usually the ones who need it the most? Did you know the three hardest things to say are I love you, I'm sorry, and help me? Sometimes, just because a person looks happy, you have to look past their smile to see how much pain they may be in. 



:: Be positive and keep moving forward






Love,h'wawa





Monday, September 14, 2015

Mee Bandung, Sate, dan 434 ❤️

Kalau balik Muar, mesti nak datang sini. Takde la mesti sangat pun, kalau rasa macam dah lama tak datang la baru datang sini. :) Dia punya mee bandung perghhh sedap sangat. Pedas and marvellous dan paling best takde daging. Abang yang ambik order tu pun handsome jugak.  Selain mee bandung ada juga makanan lain. Laksa, soto, bihun sup, mee kari, nasi berlauk, macam2 lagi. Bihun sup pun super sedap. Lagi2 kicap cili tu memang pedas terangkat!! 


Mee bandung special


Ok, yang macam dekat gambar tu mee bandung special. Dapat udang besar tiga  ekor, tu sebab namanya special. Kalau mee bandung biasa pun sama je bentuk dan rasa cuma takde udang besar tiga ekor tu je la. 

Kedai ni memang kitorang satu keluarga akan pilih kalau nak makan mee bandung. Dah biasa dari kecik2 lagi makan dekat sini. Tapi takde la setiap kali order ambik yang special macam tu. Order meebandung biasa pun sedap jugak. Mee bandung special tak ada sepanjang hari tau. Ikut kuantiti udang. Kalau pagi tu ramai yang order mee bandung special, jadi petang tu maybe mee bandung special ni dah habis. Sebab udang habis. Kuah mee bandung segera pun ada jual. Balik rumah tambah air je. Rasa maintain sama.


Nama kedai ni Mee Bandung je. Dekat jambatan Muar lama. Sederet dengan restoran Murtabak Singapore. Murtabak Singapore tu pun memang best! Masa kecik dulu rajin jugak makan dekat situ. Sekarang ni tak tau la murtabak tu sedap macam dulu ke tak. Hihi..


Kalau kitorang balik ikut jalan lain, tapi teringin nak makan mee bandung, ada lagi satu kedai. Betul2 dekat bandar Muar. Kedai apa ntah. Orang cina tapi halal. No worries. Kedai ni memang dah famous dari dulu lagi. Kalau datang makan dekat sini mesti nak order mee bandung dengan sate sekali. Sate dan mee bandung. Inilah trade mark orang muo. Hikss

Hari2 makan mee bandung! Daebak ❤️


Mee bandung sedap. Sate pun sedap. Tapi I lagi suka kedai yang dekat jambatan tu. Tapi sebenarnya mana2 pun I telan. Nyummeh! 


Haaa.. ni nak cerita pasal kopi pulak! Arghhhh...I'm caffein addicted! Bestnya dapat bau kopi! Marvellous sangat2. Nak datang sini kalau nasib baik dapat la tempat, kalau tak kena tunggu dulu orang habis makan minum baru boleh duduk. Macam2 kopi ada. Yang paling mahal dan yang paling murah. White coffee dengan roti bakar kahwin, telur separuh masak! Ya Allah! Memang kick. 

Kedai kopi 434. Kopi, nasi lemak, roti bakar.


Nasi lemak otak2. Johor ni memang famous dengan otak2 . Nyummy


Ni kopi terbaru (masa kitorang pergi tu la) . Tak ingat apa nama dia. Kopi mahal untuk abah! :p


Kedai kopi Sai Kee 434. Kopi 434 ni kopi paling famous dekat Muar. Takde jual dekat luar. Kalau nak memang kena datang Muar. Online pun ada kot sebab I macam pernah nampak iklan 434 ni dekat highway. Kalau dekat kedai, ada juga jual kopi untuk kita bancuh sendiri. Ada yang timbang ada yang segera. Besttt!! Sebelum balik KL tapaw dulu instant white coffee banyak2. 


Kedai ni berhadapan dengan stesen bas Muar. Bawah jejantas. Selang dua belah kot dari kedai rempah. Tak ingat la. Tapi jangan risau, buka waze taip sai kee 434 memang ada :).



:: Dah lama tak minum Kopi 1.






Love,h'wawa









Sunday, September 13, 2015

Di Muar

Safely arrived at Muar! Alhamdulillah :). Kitorang sampai tepat2 waktu orang mula majlis. Best gila datang awal tak payah nak rebut2. Heheh. Dan paling best bila tema pengantin adalah pink ❤️. Omoo... Comel betul! 

Sebelum makan biasalah mak bawa tawaf dulu pusing2 jumpa sedara. And guest what, lebih 90% yang datang tu semua sedara. Ingatkan jiran ke, kawan pengantin ke, tapi semua yang kita jumpa mak cakap 'ni sedara ' jumpa lagi yang lain 'ni sedara' dan lagi dan lagi. Tapi sebenarnya tak heran pun, sebab sedara mak memanglah super ramai. Pergi kenduri sedara mana2 pun mang itu lah aktivitinya. Cuma kita ni je yang susah sikit nak ingat nama diorang. Tu yang kena repeat banyak kali macam kaset rosak.

Nasi dan ayam


Tengok gambar tu. Orang lain berselera je makan lauk kenduri. Kita makan nasi putih dengan ayam masak merah je. Hukhuk... Lauk ni special untuk orang yang tak makan daging dan kambing macam I. Mula2 macam nak menangis ingatkan kena makan nasi kosong. Sebab lauk yang ada kurma daging, kambing masak apa ntah, acar buah apa ntah, dan dalca sayur campur hati ke apa  ntah tak tau. Semua tu I tak makan. Seriously, kalau makan daging mesti muntah. Nasi pun terpaksa ambik nasi putih sebab tak berani nak ambik nasi lain sebab I dah serik makan nasi yang macam tu. Muntah banyak kali sebab nya sebelum2 ni, nasi tu semua (minyak dan beriani) masak campur dengan air stok daging! Waaaa....nanges! Patutla rasa pelik semacam. Biasanya, kalau kenduri sedara2 yang rapat memang ayah teh yang masak. Dan kalau ayah teh yang masak, daging and kambing mesti ada. T_T. Jalan selamat, makan nasi putih je.


Lepas makan, terus masuk rumah cop tempat depan pelamin. Tak larat nak tunggu dekat luar. Lagipun tetamu ramai gila, kena bagi tempat dekat diorang. 

The dais


Best weyh dapat landing2 dalam rumah. Orang tak ramai sangat so kita cop tempat depan tepi dinding. Biasalah, I kan macam makcik2 sikit. Cepat nau sakit kaki. Dah dapat dinding tu apa lgi, sandar dekat dinding siap lunjur2 kaki lagi. Kehkeh.. Tiba2 rasa ngek sebab nenek yang duduk sebelah I tu pun kuat lagi siap boleh turun naik angkat kotak goodie bag.


Sampai pukul tiga dekat rumah pengantin lepas tu terus pergi rumah pakcik. Weee...best gila dapat baring! Super capek. Datang2 cari plug nak charge aipong. Lepas tu tengok running man. Nak ambik gambar baby pun tak sempat. Heh.



:: Mee bandung dan sate! Daebak :)






Love, h'wawa







Saturday, September 12, 2015

Kepada Allah Kita Kembali


Innalillahiwainailaihiraajiun. Pagi2 lagi dah dapat berita buruk dari Mekah. Subhanallah. Sedih betul tengok. Lepas mandi siap2 nak pergi Muar dapat whatsapp dari group Cucu tok abah dan mak tok, sepupu I yang bagi tau. Mula2 macam 'eh ..ye ke?? tak keluar tv pun...ntah2 berita tipu kot' sebab I memang susah nak percaya viral2 zaman sekarang ni. Banyak fitnah dari yang betul. Tapi lepas tengok satu2 gambar tu terfikir jugak..'takkanlah berita macam ni orang nak tipu kan'. Tak sampai hati nak tengok gambar2 tu semua. Lepas tu terus laju2 suruh adik buka Awani. Confirm betul. Semoga Allah selamatkan kita semua. 





Gambar lain I tak berani nak share. Sedih dan ngeri.


Hari rabu lepas pun I dapat dua berita kematian. Arwah atok sedara sepupu I dan sorang lagi kawan abah. Woah. Terkejut tengah golek2 tidur tiba2 mak masuk bilik cakap nak pergi ziarah orang meninggal. Lepas tu abah pulak cakap nak ziarah kawan abah meninggal. Tiba2 sebak je rasa. Terus tak boleh nak tidur. Bila orang yang kita kenal 'pergi' macam tu je, rasa terkejut, sedih, and berdebar tiba2. Kuasa Allah. Bila2 Dia nak tarik nyawa kita pun kita tak tau. Muda bukan alasan nak hidup lama dan sihat bukan makna kita lambat mati. 

Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat kepada mereka yang telah menemuiNya. Amin.. Dan semoga kita yang masih hidup ni mendapat keberkatan dan kerahmatan hidup.


Insaf sangat dengan berita kematian ni. I pun nak minta maaf dekat semua tak kisahlah kenal secara langsung atau setakat dua tiga kali jumpa ke, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf kalau ada terbuat awak semua terasa tersentap kadang2 termenangis. Halalkan segala kata2, perbuatan dan makan minum semua. Hutang2 lapuk yang tak teringat. Yang ingat tu insyaallah akan bayar..haha. Termasuk loan PTPTN. Nanti I bayar :) .


Setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan. I pun sama. Minta maaf kalau I memang salah. Insyaallah akan berubah baiki diri. Beri saya peluang okay!! 
Everybody deserve the second chance kan!

Yang penting bersihkan hati dan positifkan minda. Go Wawa go!


Tata, doakan perjalanan kami :)



:: Janji pada diri hari Isnin ni kena kurus!! Kurus2 macam bini popeye ❤️





Love,h'wawa







Thursday, September 10, 2015

Kisah Pelik

Ntah kenapa. Tak tau kenapa ntah. Penyakit terbaru. 'Jeles hokay bila tengok  keluarga bahagia ex boyfriend, ex scandal, bakal boyfriend tak jadi, ex secret admire, dan orang yang suka dekat kita tapi kita taknak" ohmaigod ohmaigod. Statement tak boleh blah betul. I ingat hari tu bila I tengok A bukan nama sebenar upload gambar wife dan anak dia je yang I jeles, tapi lepas sorang2 tunjuk gambar anak masing2 tiba2 hati kita macam eh eh no no what happen what happen? kenapa aku jeles ni omooo omoo! Arghhhh...boleh rasa tak perasaan tu bila tengok bakal boyfriend tak jadi buat macam tu? Tak kisahlah samada kita yang buat tak jadi ke atau dia yang buat tak jadi, tapi kusss semangat separuh jiwa ku terbang! 
Bila dah tengok gambar tu mula la cipta dialog sendiri 'hmmm...kalau la kita kawin  mesti anak tu anak aku jugak" haha..muntaaaahhhh!!! Bila I cerita dekat kakak pasal benda ni dia pun laju je cakap 'kenapa awak ni? sakai' .. Haaa ...macam tu la. Pendek je ayat dia. Memang tak membantu langsung nak tenteramkan jiwa kita ni! 
Tapi tak semua lah yang macam tu! Biasa yang jadi macam tu kalau orang tu dulu memang antara hampir 'to be in relation' dengan I. Tengok, kesian I kan! Hampir to be. Memang belum be lagi pun! Tiba2 hilang! Mana la tak sentap kita bila tengok gambar dia kan! Dah la dulu masa nak kawin pun tetiba je dapat invitation. Tak tau bila masa ntah hubungan kita berakhir. Heheh..lebih kurang macam tu la. Lompat2 jantung kita bila dapat invitation tu. Awak nak kawin kita nanges! Sick! 


Yang lagi sorang ni langsung tak jemput. I tau dia dah kawin pun masa tengok facebook kawan lain. Woahh...pecah2 hati kita! Dia ni lagi best, dah hampir punya hampir punya hampir nak jadi, tiba2 senyap senyap dan senyap, lepas tu kawin pun senyap2. Tapi dengan I je la. Dengan orang lain dia tak kawin sorok2 pun! *lapairmata.. Tasha je yang tau betapa gigihnya 'si dia' ni ngorat I dulu. Sampai tersedak sedak I kena bahan dengan Tasha bila I suruh Tasha angkat call masa 'si dia' telefon. Haha...kenangan sangat! Dan ada jugaklah dua tiga orang kawan yang datang masa kakak I kawin dulu yang senyum sambil buat ehem2 dekat I bila tengok 'si dia' ni pun datang sekali lepas tu tanya  "ayah awak mana?" . haaaa....mana tak ehem2 nya...dulu2 dia cakap aku, I pula panggil nama dia je. Tapi lepas dah macam "kuch kuch hota hai" terus tukar awak saya! Awwwww...so shuwit awak ni! *blushing


Dan, yang terbaru...I dapat tau bekas secret admire separuh mati I dulu dah update relationship dia dari single kepada "in a relationship with ........." ! Hah? Kita terasa sikit je wak! Alaaa, sikit je. Taklah...sebenarnya terasa banyakkkkk!!! T_T

Masa dia ngorat I dulu, biasalah..hari2 call! Eh, bukan dia je. Siapa2 yang dah on the way nak 'getting closer' dengan I biasanya pun memang akan call je. Sebab diorang tau I taksuka mesej2. I lagi prefer cakap2 dekat handphone dari main mesej2 ni! Memang rimas siapa2 yang pernah jadi roomate I dulu sebab handphone asyik bunyi je. Kesian! Ok, sambung balik cerita tadi. Bila bakal boyfriend I ni call je kan, dia ni takde topik lain nak cakap. Tak habis2 nak ajak kawin. Masa tu I sem tiga degree. Dah la umur kitorang sebaya. Dia pun tengah study jugak. Tapi U lain. Lepas tu ada satu hari tu dia hantar I balik rumah. Sanggup ambik I dekat UiTM ni! Hihi...masak aku kena ngorat sepanjang jalan nak balik rumah. Tengah sedap2 dia  ayat I, tetiba ayat dia macam pelik sikit. "Awak, FS tu siapa wak?". Uhuk...huk huk huk huk.. Tersedak iolls! Alamak..kantoi! Rupanya dia nampak I mesej2 dengan FS masa dia dok potpet2 ngorat I sambil drive. Kesian dia. I senyum2 sengeh2 dia ingat I setuju nak jadi girlfriend dia. Padahal tangan I ni laju berdesup reply mesej FS. Kejam betul. Lepas tu dia sambung balik tanya 'dekat blog dekat fb awak asyik tulis nama FS je...dia siapa wak? boyfriend awak ea?" . Gulp. I pun macam 'emmm aaaa emmm ehem' speechless. I senyap je. Tak tau nak cakap apa. Nak cakap FS tu boyfriend I (masa tu) macam tak kena je. Kang kalau FS tau dah sah2 kena cop perasan setepek. So, I diam. Dalam hati dah dupdapdupdap. "alamak..dia marah aku la tu..jgn berhenti tepi jln plisss" .. takut sangat kena kekkong beg tetengah malam sorang2 ni. Scaryyy sangat! Tapiii...ingatkan dia marah. Lepas tu dia sambung balik cakap "takpe..selagi awak  tak kawin dengan dia, saya ada peluang lah kan...awak taknak keje lepas kawin dengan saya nanti pun takpe..saya bagi awak duduk rumah..saya bagi la awak elaun RM1000 sebulan..". Dia cakap dia senyum dia cakap dia senyum. I pun macam 'haaa...heeee' . Padahal muka cuak tak tau nak buat apa. Dah la sedap rasa je suruh orang duk rumah lepas kawin (padahal memang cita2 pun..haha). Macam tau2 je I ni homelytype. Tapi...tu dulu... Sekarang...


I atas katil tengah menaip naip entry ni sambil teringat kisah lama. Lenguh jari weyh. Rindu nak berblog dekat laptop. Tapi keyboard laptop tu dah semakin uzur. Habis kena cabut satu2 dengan Izz. Hmmmmm....

Kesayangan ibu ni la yang rajin cabut satu2 huruf dekat keyboard tu! uwaaa




:: Semoga penyakit ni cepat hilang. Tata




Love,h'wawa












Ayat Itu....tu tu

Hai blog kesayangan hati. Akhirnya penyakit lama datang kembali. Terimbas kembali zaman dulu. Diwaktu ghairah darah muda berblog. Ketak ketuk menaip. Senyum2 teringat kenangan indah. Haha.. Blog tersayang menjadi pilihan untuk luahan hati. Ini bukan blog ilmiah. Tapi blog opss auch aww. Dan sekarang I kenot slip. Sistem biologi badan dah jadi macam masa belajar dekat UiTM dulu. Haha. Taktau kenapa I gelak. Rindu kot zaman tu. 
Dan mungkin sebab masa tengah kemas2 dokumen dalam laptop separuh tadi, I ternampak banyak kenangan manis mengusik jiwa aww aww. Senyum2 tutup muka dengan bantal. Kekonon zaman 'panas' muda mudi dulu. Facebook cinta, twitter cinta, dan mesej cinta lama. Ohmaaiiiii!!! Ni yang mengganggu gugat perasaan ni! Sumpah I rindu masa tu. Tapi apakan daya. Let bygone be bygone. 


Nak pengsan weyh bila terbaca balik ayat tu! Haaaa....comelnya dia masa dia taip ayat tu untuk I! 
Paling best bila orang lain pun kopipes ayat tu sebab nak bahan I. I loikeee.


"Nanti dah topup, u org pertama I msg k ❤️"


Agak2 nya ingat tak ayat siapa ni??? Of courseee la I ingat. Oh maaannnnn! *pengsan






Love,h'wawa





Sunday, August 30, 2015

Sakit Kaki

Tau tak lenguh kaki tu apa? Sakit kaki yang terasa sakitnya dan kalau boleh nak duduk je dan kalau best lagi ada orang yang tolong urutkan dengan minyak panas. Besttt!!  I pun tak tau nama sebenar dan nama saintifik penyakit ni tapi tu laaa...dari kecik asyik terdengar mak cakap kaki lenguh or lenguh kaki. 


I kena penyakit ni dari kecik lagi. Masa umur empat lima tahun dah kena dah. Tengah sedap2 tidur lepas tu tengah2 malam rasa kaki sakit sangat. Macam kena cucuk dengan besi. Sakitnya Ya Allah! Dah la kena masa kecik lagi. Masa umur macam tu tak tau nak buat apa. Menangis huk huk huk je. Bila rasa kaki sakit tu I nanges je. Mula2 nanges slow2. Agak2 tak tahan sangat tu terus nanges kuat2. Nanges kuat sampai mak dengar. Bila mak dengar mak datang tengok. Takpun bila dah rasa sakit tu, I yang datang nanges2 masuk bilik mak. Mak gosok2 dengan minyak panas. Kalau mak tertidur abah pulak yang buat. I pun tidur bilik mak sampai pagi.

Biasanya penyakit I ni datang kalau banyak sangat berjalan, berlari, berdiri. Dekat kawasan rumah I dulu, pasar malam setiap isnin dan khamis. Jadi kalau mak pergi pasar malam waktu malam (biasa kitorang pergi pasar malam petang2) awal2 mak dah pesan I jangan ikut. Sebabnya, kalau pergi pasar malam je balik tu mesti I lenguh kaki. Nanges meraung raung. 

Kadang2 penyakit ni datang bila I banyak berlari. Pukul lima petang keluar rumah nak main dengan kawan2. Mula2 main masak2, batu seremban, congkak, tengteng. Lepas tu main police and theif. Kalau dah main polis pencuri tu memang kejar2 sekuat tenaga la. Tu belum lagi main sorok2 hantu2. Nak lari dari kena cekup dengan hantu punya pasal, lari sambil jerit2 macam nak tercabut anak tekak kalau ikut versi mak2 yang cakap. Rasa masa tu macam betul2 nyawa dihujung tanduk hantu datang nak bunuh kita. Dah terbayang-bayang dah yang aku ni tak sempat besar dah takde dah agaknya. Macam tu lah. 


Bila dah banyak lari2 macam tu sampai tekak pun dah pedih2 banyak sangat menjerit ketakutan, malam tu dah sah2 'si lenguh kaki' ni akan menyerang. Kalau dah diserang penyakit lepas tu I nanges sekuat hati masuk bilik mak, nasib la...sambil sapu minyak sambil potpet2 mulut mak marah " mak dah pesan tadi jangan galak sangat main...ni sampai tercabut anak tekak awak menjerit...lari sana lari sini". Jadi malam tu I nanges ada dua sebab. Satu sebab sakit sangat rasa bisa kaki sampai ke tulang. Satu lagi sebab kena marah dengan mak.


Penyakit lenguh kaki ni nak kata hilang terus tu taklah. I kena lenguh kaki yang sampai nanges2 tu sampai darjah satu je. Mungkin masa tu kecik lagi dan antibodi tak boleh nak terima kesakitan yang macam tu. Masuk je darjah dua, walaupun sakit, dah boleh dah kawal sikit tapayah nak nanges meraung sangat. Lagi satu masa umur lapan tahun tu memang dah dilatih jalan jauh nak pergi sekolah, nak pergi jalan semua, sebab sekolah agama I tu memang takde bas dan lagi jauh sikit dari kawasan pasar malam. Jadi, kena cekalkan hati dn belajar jalan jauh2. T_T


Sekarang ni, umur I dah penghujung 20  -an pun, sakit ni tak hilang2. Tapi taklah datang serangan yang teruk macam kecik2 dulu. Cuma rasa tegang kaki, tapak kaki denyut2 sikit. Lenguh kaki. Semua penyakit yang lebih kurang tu la. Rutin setiap hari sebelum tidur mesti kena lumur minyak panas dekat kaki.  Orang lain sapu losyen. Kita sapu minyak panas. Paling best dapat minyak panas yang warna merah tu. Kalau tak letak minyak memang tak lena tidur. Tu sebab masa I diploma dulu, roomate pernah panggil I orang minyak. Sebanya minyak zaitun letak dekat rambut taknak bagi kering. Minyak baby sapu dekat tangan taknak bagi kulit kering. Minyak kapak sapu dekat kepala sebab I migrain. Minyak panas sapu dekat kaki urut2 sikit sebab kaki tegang. Heheh. 



Saket kakiku


Kadang2 takpayah tunggu malam. Kalau dah banyak sangat jalan2, lepastu berhenti kejap...masa tu dah mula rasa ' ahhhh...skit ehh kaki'. Tu yang dekat mulut asyik terkeluar perkataan ' capekkkk' 'capekkkk' je. Kadang2 sampai hilang mood, rasa nak marah je dibuatnya. Huh.. Tu sebab kalau keluar jalan2 dengan keluarga tersayang atau dengan kawan2 baik, selang setengah jam mesti I orang pertama yang diorang tanya 'penat ke?' . Sebab dah tau dah ada orang yang super capek tapi buat2 ok.


Dan sekarang ni sambil buat entry ni sambil baring2 sebab kaki dah tegang. Redha je buat muka tak malu baring2 dekat rumah orang.
Kalau banyak jalan macam ni la. Semalam jalan sampai malam. Hari ni sekarang ni pun dekat rumah orang. Esok nak jalan lagi. Stok minyak panas dah nak habis :(. Sobs



:: Kakak I pun ada penyakit yang sama.  Asal sakit kaki je mesti dia cakap 'bingbing, agaknya orang yang lahir 2 april ni memang ada penyakit kaki ye???'
Hmmm...mungkinlah. Sebab I dengan kakak memang lahir 2 APRIL.  




Love,h'wawa