Wednesday, April 16, 2014

Fatimah & Aisy ❤



Ni sebenarnya entry lama tau! Dah lama terperuk dalam draft sebab bila baca balik gaya karangan I macam buku fiksyen yang sangatlah bosan dan skema badut! Ntah ape2 ntah! I pun tak tau mana perginya emosi, jiwa, dan kegilaan terlampau berblog macam masa dulu2 dulu! Mungkin sebab geng dah takde. Mungkin sebab umur dah lanjut so macam dah matang dan taknak buat benda hek eleh membazir idea tenaga masa dan wang ringgit. Mungkin sebab blog ini hanyalah blog tatapan sendiri je tapi cara tulis macam lah semua orang datang nak baca...mungkin lah... I pun macam tunggu masa je nak bubarkan diari alam maya ni! Cheeewah! 


Hari ni I nak tunjuk gambar buah hati kesayangan I punya kesayangan! Baby Mimi dan baby Tasha!!! Boboiboy dan gegegirl! 

Ini baby Mimi! 


Ini baby Tasha 


Ok, dah jadi makcik dah aku ni!! Tak pasal2 dah dapat anak sepasang. Heeehiii... Tapi sampai sekarang belum sempat2 lagi nak jumpa baby2 dan mama2 baby!!!  Baby Mimi panggil I auntie mommy (kalau mimi tulis dia cakap mami hawa je) and baby Tasha panggil I auntie princess (tasha tulis auntie pwincess ). Kenapa ntah panggil macam tu I pun tak tau! Macam bajet barbie je!! bhahaha...


aisy mikail dan auntie princess 


For both Nur Fatimah Azzahrah and Aisy Mikail auntie mommy / auntie princess  doakan awak semua jadi anak yang soleh dan solehah, bijak, kuat, dan baik, macam yang umi dan mama awak nak!!! Take care of your mom okayh cause they both are my bestie and girlfie!!! Dua2 kawan gila2 I dah jadi mama!!! Eh korang,,, bilanya kita nak bermadu ni???? pfftttt..just kidding!!! 



:: Next year entry untuk baby Tighraaa pulak sebab Tighraaa nak kawin dah.. Una dan Effa, next and next =)






Love,h'wawa









Tuesday, April 15, 2014

Walimatul Urus Yayan ❤


Haiii. Jumpa lagi setelah 2 minggu berlalu. Nampak tak busyyyy nya I sampai nak update blog tua ni pun kena tunggu betul2 bebas akal fikiran dan tubuh badan! Tetiba rindu pulak masa dekat uitm dulu. Buka buku tapi terbuat entry baru dekat blog. Heeheeek....macam best je! =)


Sabtu hari tu kan, 12 april hari tu, I dengan bff pergi kenduri kawin bff yang lagi satu. Best sangat!! Sebab datang pukul dua lebih dekat2 pukul tiga and masa pengantin tengah posing2 depan pelamin and orang macam dah tak ramai and makanan tersangatlah banyakkkk especially ayam goreng yang masak ranum!!! Perghhh, tak sia2 I dengan Sue datang lambat! Paling best, nak bergambar dengan pengantin tak payah beratur. Siap sembang2 lagi... Dan pengantin sangatla cantik!! Pakai kale emas2 gitu!!! Heeeee



See... Tengoklah I yang paling semut dan paling comot bersama pengantin pemes dan Sue yang vogue! T_T


Pelamin nikah boleh transform jadi pelamin sanding! Magic kan?? Haha... I seorang je yang rasa magic! Jakun kot! Tak pernah jumpa!! Dan.....untungla Sue pakai baju kale dekat2 dengan pengantin! Nampak sangat I dikawantirikan dekat gambar tu! Sobs


Dan ini... Lagi satu gambar selebet I. Menyampah tau!!! Ni semua gara2 kejar pakcik LRT lepas habis class!!! Waaaaa




Kami malu!! So takpayah tunjuk muka! Ngeee



Kesian Sue! Kita terpaksa crop gambar ni awak sebab muka kita selebet gila nak mati!!! *Hugs 

Kesian dekat bff I ni yang kena tunggu I sejam terlebih! Haha...sejam terlebih tau!!!  Biasalah.. budak takde lesen! Jadi naik public transport je la.... Lagipun KL dan PJ jammed!!! Lagipun kelas habis lambat!!! Lagipun I taknak pergi sensorang!!! (nampak tak banyak betul halangan disitu!) :))) Kelam kelibut sangat sampai hadiah pengantin pun kitorang tak tulis nama!!! 



YAYAN, HADIAH YANG PALING BESAR TU KITORANG YANG BAGI TAU!!!


Selamat pengantin baru awok!!! Tahniah!!!   Ayam goreng tu sedap sangat!!! Tapi paling best kasut awak tu!!! Gila cantik!!! Macam nak minta je!!! Heeehiii



Dah cakap kan!!! Kasut dia super gorgeous!!  Sampai masuk dalam mimpi I.  Nak jugak!!! 




:: Lagi sekali tahniah untuk pengantin!! Dan thankie untuk Sue yang setia tunggu walaupun hujan!! Lepas ni tinggal kita dua je!!! Cepat osom!!! Awak ke kita dulu??? pffftttttttt 






Love,h'wawa
















Friday, April 4, 2014

Maksudnya? Ok, dah faham



Kehadapan blog yang sangat saya rindui! Smile :) . Sumpah I rindu you blog! Dah 3 bulan 3 hari berlalu baru rasa kali ni punya entry yang nak I publish seluruh alam! Gagaga. Mungkin sebab perasaan gila annoying nak mati tu masih tersisa lagi! Cheewah! 


Actually, malas dah nak main luah2 rasa dalam blog ni. Maklumlah...dah tua! Kena la matang kan??? 26 tahun! Semalam birthday I tau!(2/4/14) Heehee... Nothing changed except lemak tepu yang makin bertambah dekat dalam badan! Noob di situ! Mencik!!! Hokayh! Hari ni Khamis! (Kalau ikut sistem 24 jam dah Jumaat dah pun) . Lepas tu Sabtu! Maknanya I ada class! Yeay! Last week masa hari Khamis jugak time tengah tengok Romi cinta Julia lecturer I message cakap class cancel!


Sorry to inform you that this Saturday our class need to be cancelled because sir da urgent matters outstation.please inform others as well.


Macam tu lah bunyi messagenya! Sebenarnya Sir message I 8.48 tapi dah dekat pukul 10 baru la baca message tu! Biasa lah, budak suka tinggal handphone sepah2! I lettew! =) Ok, ni mukadimahnya je. Sebenarnya ada benda lain nak cerita ni! Tadi I tunggu2 lagi dengan harapan sir message cancel kan class lagi!(Minggu ni banyak benda macam nak kena settle!) Tapi takdek pun. So, dengan tabahnya buka balik nota2 ala2 nak meng-refresh balik ilmu2 minggu2 lepas2. Baca je dulu sikit sebab cikgu tak bagi kita kerja sekolah lagi! Fine! Lepas tu macam ngantuk macam nak kesegaran! Buka laptop kesayangan! Kalau dah buka laptop tu tau je la kan! Ntah kenapa mengapa dan tetiba terjadi pulak stalker! Ehhhhhheeee.... Maka terjumpalah sesuatu yang mendatangkan tanda tanya! ????????????????



Dan ingatan pun terimbas kembali kejadian 2 minggu lepas masa dalam class. Lecturer I yang baik hati tu cakap "awak orang perempuan kena ingat ni ea....even dah bertahun2 awak kenal lelaki apatah lagi husband sendiri jangan ingat awak betul2 faham diorang. they can change" 


THEY CAN CHANGE! Ok... Macam betul! Macam pelik! Habis tu yang siap janji2 nak kahwin hujung tahun tapi kena postpone bulan 2 next year tu, nak datang meminang tu, nak cakap orang ramai peminat tu, tapi ada orang tu siap macam nak tackle orang lain tu macam mana pulak eh? Ok, lupa! Lelaki boleh pasang 4!




Sekian saja enrty ini! Confirm korang tak faham enn! =)



:: Semalam celebrate birthday I dengan kakak kembar time orang balik kerja. Duduk depan Haniffa makan keropok lekor dengan kopi 1. Tengok orang lalu lalang sambil diiringi lagu latar Tamil. Ekekeke. Shuwit kan????  





Love, h'wawa











Tuesday, December 31, 2013

Wish List



Hampir lumpuh blog ni kena tinggal dengan I! Sangat kesian! What to do kalau mood makin hari makin menipis macam kulit baby! Cheewah! Lagipun kawan2 seangkatan semua dah bersara dari dunia blogging ni! Yang tingga lhanya serpihan! Konon!


Now I dekat office! Ambik peluang is imasa lapang sementara tak busy macam zombie gila! Buat blog walking sana sini sampai tergerak nak update blog sendiri! J Actually ada something I saja nak mencoretkan dekat sini! Hiks….tak lama lagiI’m going back to school Rasa macam dah lama tak letak kepala atas meja masa lecturer sibuk cakap2 deka tdepan! Dan geng I semestinyaZat icomel! Wuuuu……rindu!!!


Ok, lain kali kita cerita pasal tu k! Sekarang ada benda lain lagi yang I nakcerita! 
2013 around the corner je! Tahun baru hijrah pun dah masuk bulan ketiga! So, macam biasa lets senaraikan beberapa azam dan cita2 yang kalau tak kuat semangat nak buat mau satu pun tak tercapai and keep on forward untuk tahun2 berikutnya! Sangat ntah apa2 enn!


So, these is my to do list for the new year new hope! Mudah mudahan


SATU
1)      Cari kerja baru yang sesuai dengan minat dan kerjaya dan mestilah office hour dan mestilah di area Lembah Klang! Gila demand banyak cekada kbetul! (Macam la kerja sekarang bukan office hour kan? Pffffttttt)


DUA
2)      Focus on my study! Kalau ikut umur macam dah tua sangat nak belajar. Part time pulak tu! Ntah bila la boleh grad! Tapi takpe….pakcik umur 60 pun semangat nak belajar! Chaiyok2 HW! PSPINK ;)


TIGA
3)      Kahwinnnnnn! Yeay! Actually not in my wish list sangat la sebab kahwin ni lagi 2 tahun insyaallah! Tapi orang duk hantar sireh junjung mai rumah ni apa cer????



EMPAT
4)      Attend kenduri kahwin kawan2! Insyaallah! (Dah cakap dengan Reenie nak tempeh tiket flight pergi Kelantan next year! Reenie kawin! ) 

LIMA
5)      Belajar masak dengan my beloved ibu sebagai persediaan umur yang semakin meningkat! Hoi, 26 je! Chill
.

ENAM
6)      Visit my sweetie pie Tasha and Mimi! Diorang nak bersalin dah awal tahun depan! Wuhuuu…


TUJUH
7)      Merajinkan diri mengemaskini blog terbiar ini! So what kalau takde idea still tak boleh nak merapu jugak enn? Hmmmm


LAPAN
8)      Yang ni yang biasa semua orang akan buat! Menjadi anak yang baik, taat, glamor! Eh? Hihi


SEMBILAN
9)      Menambah koleksi high heels yang semakin berkurangan! Ntah kenapa macam makin kurang je kasut2 tinggi deka trumah ni…Hmmmm

SEPULUH
   Get a happy life with my beloved hearts! (anda rasa cantikjika dikelilingi orang tersayang..oh mai!!!)



Lagi apa lagi nak disumbatkan dalam wish list ni? Tak payah banyak2 la kankang nanti senaraisampai 100 pun belum tentu bulan jatuh ke riba! Ececeh! Cukuplah 10 dulukan? Kan? Kan? Tahun depan kalau I dapat fulfil semua list ni confirm belanja diri sendiri handbag dengan high heels 2 pasang! Wahhhh….



Eh, ada lagi satu wish list yang tak pernah tertinggal dalam senarai!



SEBELAS
 SAYA NAK KURUS MACAM BINI POPEYE!!!!!






HAPPY NEW YEAR 2014 !!!!! =)






Love,h'wawa



Wednesday, August 7, 2013

Sebelum Raya =)



Fuhhh..ingatkan lagi 2 hari nak raya jalan KL clear tapi memang hampeh kenot blah! Haha...still jammed gila tapi tak berapa kritikal macam biasa. Macam tadi masa kitorang nak cari parking area masjid jamek kena pusing dekat Leboh Ampang dulu sebab jalan tutup! Mood raya punya pasal so tak kisah pun! Lagipun KL tanah jajahan I! Setakat tutup jalan ni pusing jalan tu no hal la! Piece of cake man! =) 


Asal dekat2 nak raya je macam biasa la kitorang melawat tempat wajib setiap tahun, masa, dan ketika. Kawasan Jalan TAR dengan Masjid Jamek! Dah rasa macam kawasan rumah sendiri dah. I rasa lagi selamat ada dekat kawasan ni kalau nak dibandingkan dengan area BB tu! Kan situ banyak foreigner kot tu yang agak scary mary sikit! Hihi... Dulu masa kecil2 ingat lagi boleh dikatakan setiap hari or paling koman pun seminggu 4 atau 3 hari I pergi jalan TAR. Sebab mak dulu tailor so rajin keluar nak cari benang butang semua untuk pelanggan! Fuh, mula2 macam excited tengok barang2 jahit kahwin semua tapi kalau dah hari2 mengadap bosan gila okayh! Asal balik sekolah je mesti mak tanya "penat tak? jom ikut pergi beli barang".. Dan tempat yang selalu dituju dulu kedai Klim Craft dekat masjid india tu! Sampai sekarang wujud lagi kedai tu! Fine... Dah merapik jauh gila!


Tadi pun shopping ala kadar je. Tak banyak pun! Pergi beli girl's stuff and barang raya untuk abah! Sakan shopping sampai kena flying kiss dengan budak comel! Aaahai! Nasib kakak tak pengsan dik! Kang kalau Chef Adu nampak habis la!!! ;p Barang I tak banyak pun beli. Macam takde mood je nak raya sebab badan ni taknak cooperate dengan diet! Macam makin tembun je I rasa. Bila test baju raya tadi memang nampak sangat bulat macam doraemon! Mood raya pun jadi 20% je! Mewncik! So nanti kalau nampak I macam lain sikit masa raya buat senyap je tau! Jangan pandai2 nak tanya soalan yang menyentuh jiwa raga! Touchable sangat!



Kawan2 yang on the way nak balik tu hati2 ye! Jangan lupa buka radio dengar info trafik kalau taknak sesak dalam jam! Drive safely! Senang2 datang la Ampang! Bawa duit raya sekali! Selamat hari raya kesayangan hati semua! LOVE YOU! 




Esok nak pergi lagi melawat tanah jajahan I tu! Siapa2 nak buat2 terserempak datangla ye. Kita jumpa sekat situ! =)






Love,h'wawa











Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya =)



Weeee weeee... Feeling excited nak raya! 3 days to go! Insyaallah! Means ada dua hari je lagi untuk terawih! Sedih betul! Jadi sayang2 semua jom la kita manfaatkan 3 hari ramadhan penuh keberkatan ni mohon doa yang baik2! Insyaallah makbul! Berkat bulan ramadhan kan! =)


Kepada yang balik kampung hati2 ya! Pastikan kenderaan anda di-servis dahulu! Yang naik public transport tu nak servis dah sah2 bukan awak yang kena buat so baca doa banyak2 je la moga selamat! Hehe... Meh2 jemput datang rumah semua! Perantau2 yang tak pulang ke desa, rumah saya sentiasa ada untuk anda! Nak gantung ketupat sama2 pun boleh! Yang dah memang tak ada kampung pun boleh join! Tiap2 tahun rumah kitorang je la yang meriah dengan lampu kelap kelip! Nak buat macam mana. Dah memang tanah tumpah asal usul dekat KL neh! Jangan malu jangan segan okayh! 


Kepada yang menegnelai I nak minta maaf betul2 ikhlas dari hati. Tak percaya operate la dada. Tapi kalau korang betul2 nak operate lepas raya la sebab I nak raya dulu. Hewhew... Dah tua2 ni kalau boleh nak bahagia je malas dah nak fikir kecik2 hati sentap2 sana sini! Biasa la tu gurau2! Tak payah la nak touching sangat =)




Selamat Hari Raya




Tahun ni tema raya kitorang kale purple! Nak tengok datang la rumah! First time guna kale neh! Tak tau la I berseri ke tak guna purple neh! Fuh...purple, please be nice okayh! =)



SELAMAT HARI RAYA SAYANGSKU





Love,h'wawa















Wednesday, July 31, 2013

Minta Maaf Siapa yang Kena :)



Salam ramadhan sayang2 dan selamat hari raya! Wow...7 days to go! Cepat rebut lailatulqadar! Lepas ni kalau panjang umur setahun lagi baru boleh jumpa! =)


Phewwww... Dah lama tak membelog and jari pun dah lenguh nak menaip sebab dua hari I mendelete friend list dekat facebook yang actually takde la banyak sangat macam hot setap tu! Biasa2 je. Tapi biasa2 pun kalau dah separuh yang hampir tak kenal baik delete je kan! Lately kalau buka facebook macam pelik sebab ingatkan orang lain punya ID. Check punya check seribu kali pun dah sah memang akaun facebook I. Tapi yang keluar dekat home semua macam stranger je! Scary mary you!


Sebelum ni jumlah friendlist I yang latest (13 June 2013) adalah sebanyak 1989 orang je! Tak banyak macam uolls kan! Yang request dalam 50 lebih tolak yang I dah block awal2! Sikit je kan! Yang follow pun tak banyak. Dalam 55 je kot! Maybe la! Masuk kali ni dah lebih 15 kali kot I buang mereka2 yang kurang berkenaan. Semalam tambah hari ni dengan gigihnya I usahakan jugak nak mendelete. See, dari 1989 tiba2 dah jadi 568 orang je! Yeayess! Itu pun jumlah kasar je kot. Sebab yang mana dah deactivate I tak boleh nak delete. So, total dalam 530 la kot! Yang request pun semua dah delete. Accept yang betul2 kenal je! Yang follow pulak semua dah block! Sorry!




Lama gila nak mendelete. Sebab? Kena check nama satu2 dengan teliti. Ada yang sama nama sampai 6 orang. Kang salah delete kang ada yang merajuk tak tegur I setahun! Lepas tu yang identiti kurang dikenali tu kena buka balik page dia tengok mutual friend, about, gambar nak bagi kenal. Kalau dah naik kering otak pikir tapi still tak boleh recognize baru la delete. Kalau setakat satu sekolah tapi tak kenal tak payah add la. Lagipun sekolah tukar2! Lain la kalau stick dekat sekolah yang sama dari darjah satu sampai tingkatan lima. Tu baru otai! Ini baru nak kenal kawan2 dah kena pindah! Hmmmm


Kali ni yang betul2 ada dalam list I:


1. happy family (siblings, in law, kupu2, keluarga kembang kembangan)

2. jiran tetangga yang bersua muka

3. kawan2 kelas dari tadika sampai u

4. kawan2 yang tak sama kelas dari tadika sampai u tapi kenal

5. kawan2 yang sama schoolmate, campusmate, hostelmate tapi kenal

6. kawan2 adik / kakak / sedara / yang saling kenal mengenali

7. bakal2 boyfriend yang tak jadi (crushes la tu)

8. geng2 blogger/ skype/ twitter/ yang dikenali dan mengenali


9. kawan2 punya kawan yang saling kenal mengenali (maksudnya kawan atas kawan yang saling kenal mengenal je..yang tak kenal harus diremove...tak kisahlah kalau ada 50 mutual friend pun)


10. ustaz/ ustazah/lecturer/cikgu/ boss yang dikenali dan mengenali


11. dan beberapa orang yang dijumpa secara tak sengaja di mana2 lepas tu terus jadi kawan baik! (interview ke, jumpa dalam tren ke, tengah jalan ke, dekat KLCC ke)




Yang terpaksa I delete tu sorry banyak2! Tolong jangan search dan add semula. I memang sombong pun! Lagipun korang ni add tipu2 je kan!


Yang I delete pula:

1. Yang ada facebook akaun sampai dua tiga. Yang ni I pilih ikut mana yang korang semua selalu guna. Slah jangan marah ea!


2. Yang tak guna nama betul lepas tu bila tengok gambar pun still tak kenal. Letak nama belon hijau tapi gambar kereta merah. So?


3. Yang ada mutual friend satu je. Ini memang sah add saja2 je.


4. Orang2 yang memang tak dikenali (dulu2 gatal nak add admire punya girlfriend/ skandal)


5. Anda yang dulu pernah jadi kawan/tegur/cakap2 then add dekat facebook sebab ada mutual friend ramai. Tapi bila tanya kenal ke tak tiba2 leh jawab "kenal kot...rasanya lah". Fine. Kalau dah macam2 bukti then uoll stil tak ingat...tata!


6. ada lagi yang dalam K.I.V sebab antara nak kenal dengan tak




Kawan2 yang kena minta maaf banyak2 ye. Kalau I salah remove bagi tau k! Jangan marah2. Ini bulan baik.
Lagipun friendlist sikit ni senang. Kalau nak invite apa2 tak payah nak tapis2 bagai! Invite all je :)







Do Add To Talk...Not To Stalk





SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI YANG MULIA MAAF ZAHIR BATIN







Love, h'wawa