Saturday, July 17, 2010

Rumah Saya Hebat!!!


Readerssss, hyeeeee! Rindu la kat uoolsssss!!! Ops, ada ke readers I ni? Hehe...tak kisahla. Kalau takde orang baca I baca sendiri en! Chill! Hehe.

Ok, kali ni kan I rasa sebesar besar hati kaki mata dan tangan nak berstory telling pasal rumah lebih2 lagi dah lama I tak balik kat rumah kesayangan lepas I daftar kat Shah Alam hari tu. Hehe. Sekarang ni kalau korang semua nampak en (haha...confirm2 korang tak nampak kan! jangan tipu plisss) I tengah senyum2 tau sebab dapat balik rumah; aww bestnyeee...dapat golek2 dalam bilik; hehe, I rindu tempat ni.....dapat makan mak masak; sedap tauuuu......dapat jumpa adik dan baby yang comel lagi gemuk; ni yang I sayang ni....dapat tengok tv astro yang mana melambak lambak dah movie yang I tak dapat tengok; I dah missed benci bilang cinta =( ....... dapat makan dan baring dan makan lagi sesuka hati I; hehe...ni yang buat tembam ni..... dapat itu dapat ini....haha....dan mostly yang paling I rindu dapat menghirup udara KL yang aman lagi harmoni dan saksama always salam satu Malaysia! Hehe. I love you KL! Cayalah..... T_T


Jadi conclusionnya rumah itu INDAH! Bye bye Shah Alam and hye hye my dearest KL. *Senyum2 manja*. Heeee.

Nak lagi mengkepohcikan keadaan I terexcited nak bagi tau korang yang rumah I even kecik kemetot tapi tetap canggeh! Best seyh! You cakap je nak pergi mana. Hospital; oh...dekat je..... Shopping Complex?; memang dekat.....stadium futsal? ; gila dekat kot.....sekolah rendah, agama, menengah? ; small the pieces man! Masjid?; no hal lah....McD? ; ala, call je terus terpacak depan pintu...siap boleh masuk landing2 lagi macam ini rumah aku yang punya!!! Haha. So plissss cepatt say lah korang nak apa kan so nanti boleh la macam nak hari2 datang rumah I kan. So nanti ada la yang terbuat tak nak balik rumah kan. So nanti mula la rumah I sesak dengan segala macam orang kan. So kesian la kat I kan yang terpaksa buat2 haaaa,,,, ohhhh,,, silalah...but plisss,,, jangan robohkan rumah hamba. And korang pun terfikir-fikir la kan wow bapak hottest and bapak bestest rumah I la kan boleh dapat benda2 macam ni la kan. Dan uoolllsss pun sibuk la tanya kan " eh, rumah you area mana ye? Which one? Sebelah rumah besar tu ke? " dan I pun dengan gelak golek2 nya pun cakap je la kan actually I duduk flat je! Dekat Ampang je kot! Heee. Boleh???

Ini la rumah I yang bapak hot tu! Haha. Konon! Comel kan! Suwit je macam lolipop!

So, salah ke kalau I kawan korang ni...or bff korang ni...or exgirlfriend korang ni...or bakal girlfriend tak jadi korang ni....or musuh*ohh, homaigod*korang ni....or whatever apa2 korang ni tinggal kat rumah flat yang warna hijau sejuk mata memandang yang kat belakangnya ada sungai yang mengalir dan kat atasnya ada flyover 3 tingkat dan kat sebelahnya ada apartment yang ada pak cik guard! Fuh, pewnat I cawkap tauwww!

Ntah la. I rasa I sama je kot macam orang lain. Makan nasi juga. Kalau yang cakap tak makan nasi tu pun jangan risau coz spaghetti pun I telan. Hehe. Sedap je semua. I still mandi guna air. Bukan guna pasir k! Guna lumpur ada juga tapi just as masker letak kat muka je la. Whatelse? Solat? Seharusnya even I tak menutup aurat sepenuhnya. Main lompat katak? Yup, I pun main juga. Sama macam masa korang kecik2 dulu. Hehe. So kelainannya adalah I Siti Hawa dan korang....ala, korang korang la kan korang! =PApa2 pun pada I rumah besar kecil tak penting! (hehe, nampak sangat tipu en en en! mestila penting kan sebab dapat sumbat macam2...hehe....nak2 high heels yang cantik dan melambak lambak tuu oh pliss plisss....) Yang penting kenikmatan dalam rumah. Home is where the love is! Macam I. Dulu love I dekat je kot. Sekarang dah tak ada even dekat. Sebabnyaaaaa....haha...tak mo cite! Hehe. Ok, dia dah ada special yang lagi baik and best dari I kot. Hehe. *Tiba2*
Kalau nak diikutkan setakat ni macam2 jenis rumah I dah merasa tinggal. Hehe. Macam tak betul je ayat ni en! Takpe la. Abaikan. Hmmmmm. Actually dulu I pernah duduk kat kawasan setinggan. Lama. Dari I lahir sampai I form 2. Best! Memang best! Setinggan2 pun still dalam bandar lagi. Ala2 setinggan dekat Kerinci tu. Hehe. Teres dua tingkat pun pernah. Rumah tanah lot yang kecik sangat pun pernah even just berapa bulan je kitorang duduk kat situ. Teres setingkat pun pernah. And semestinya teres ala2 banglo kat TCU masa tinggal dengan member2 I dulu. Haha, Best kot dapat rasa macam2. Hehe. Korang ada tak macam ni ada tak ada tak? Haha...jangan tipu tipu!!! -_-

So sekarang amacam rumah korang? Best en! Perghhh! Macam2 ada. Pendek kata rugi laa siapa2 yang tak balik rumah tu. Kalau duduk hostel tu rajin2 kan lah diri anda untuk balik ye! Macam saya. Haha. Nasib baik kali ni dekat kot. Tak de la macam masa I dapat belajar kat Terengganu dulu. Time orang semua balik duduklah merepek merabai sorang2. Haha. Kesiaaannn! So sekarang di pagi hening nan sejuk beku ni I macam rasa nak tersambung tidur je. Hehe. Menikmati keindahan rumah sepenuhnya. Esok dah balik Shah Alam. Dannnn.....assignment still dalam beg lagi! Weeeeee....

Wednesday, July 7, 2010

Happy Birthday Abah!


Happy birthday to you.....happy birthday to you.....happy birthday to abahhhhh....happy birthday to youuuuuu! Heeeeee....Happy Birthday Abah!!! Love you.... May Allah bless you forever. Semoga kesihatan abah baik, panjang umur, murah rezeki, ceria selalu.....Hehehe. I wish all the best for you. Abah forever!!!

Jangan lupa doakan yang very the2 terbaik untuk kitorang adik beradik ek! Haha. Doakan Awe dapat habiskan degree dengan success. Pasti yang terbaaaeekkk!!! =)



Love Forever!

Tuesday, July 6, 2010

Argghh,, I'm worried!




I'm scared and nervous very much since I heard about the news yesterday! Can I accept it? How can I prepare myself to be in that situation. I was think and think and think hardly. This is challenging for me! I need to bet myself to prove anyone that I can save myself in the way that I have choose. I need to be strong. I must be strong. I know I can do it even sometimes I feel tired, exausted and going down. But I believe that God always be with me. Allah with me. Haha. It just a small matter! Chill up babe!




From now I need to be strong, hardworking and not only rely on anybody too much. This is fact! Only me can help myself. Allah takkan mengubah nasib seseorang hamba itu melainkan dia sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Hehe. Fikirkan boleh. I hope I really2 can do it successfully! May God bless me pliss. Hehe. I never ever want to regret anymore.





(lots of confident! hehe)
My moms' said if you feel down or confius just take your breath and take time to zikir as much as you can. In a few minute you will cool down and feel more relax. Believe me. It works! And I'm not forget to baca juga Ayat Kursi, Biamillah enam, Zikir munajat and tasbih memuji Allah. The important thing is never say never! Hehe. (looks like I never said that word langsung...hehe...tipulah) And now I want to take my bath and prepare myself for the coming challenging. Muahaha. Follow me jom! Miss you alls! Tata.......

Wednesday, June 30, 2010

Classmate vs Suwit Dream

Ok, this picture masa I darjah 3. Haha. Kalau korang student yang bapak bijak cepat teka mana satu I yang sopan santun plus pendiam plus pemalu plus penyegan tu! Hehe. I wish if you could guess! Haha. Tetibe je kan. Wekk!
Yang ni pula masa I darjah 5. Haha I tau gambar yang ni mesti lagi complicated en korang nak teka. Macam dalam fb; i loikeeee! Thumbs up! Hehe. Cepaaattt. Teka cepat! Siapa2 yang dapat teka nanti I belanja topup sepuluh hengget naktaknaktaknaktak? Haaaa, siapa cepat dia dapat!

Ok, kembali normal ye! Actually hari ni I tergerak nak masukkan gambar2 lama ni just sebab sekarang ni I rasa rindu gileeer dekat member2 sekolah rendah dulu. Homaigod! God bless us! =)

Ntah la. Honestly dah dua hari berturut-turut I mimpikan budak2 ni tau. Betuuuulll! Sumpaaahhh! Tak teypuw punyer taw! Especially my bestie yang beberapa orang tu. Heee. Dah tu yang buat kelakar tak ingatnya bukan mimpi masa masing2 dah besar ni tapi mimpi masa sepuluh tahun dulu masa kitorang semua tengah selekeh selebet serabai and masa tengah cuba2 belajar nak jadi kemas macam budak sekolah menengah. Muahaha. Lawak je en!
Pastu en dah elok2 jadi budak sekolah tiba2 tak pasal2 dah jadi besar macam sekarang tapi pakaian still uniform sekolah lagi. Memang dah sah2 mimpi! Hehe. Kalah bedtime story. Agak2nya mimpi I ni boleh jadi Bedtime Story 2 pula kan. Merasa la I nak berlakon dengan Adam Sandler. Fuhhh, peeeewit! =P (sambil gelak golek2 dengan cara paling bersopan). Haha, poyo je en gelak golek2 dengan cara paling bersopan. Lempang nak?

By the way I dengan Fat baru2 ni ada juga plan nak buat reunion ni memandangkan almost exstudent dulu dah jumpa and mana2 yang tak jumpa lagi tu sedang diusahakan untuk dijumpakan. Haha. Kalau ada cikgu bahasa melayu yang baca blog I ni mesti naik hangin kan coz bahasa macam rojak buah basi! Euuu! Mesti cikgu tu pelik macam mana BM I leh dapat A and mula la kerut2 kening nak faham satu2 apa yang I merapik kat sini and tak pasal2 terus keluar dekat Aduan Rakyat tv3 pasal blog I yang ibarat melukut di tepi gantang ni! Haha. Takde maknanya.

So I harap sangat2 impian kitorang nak wat reunion ni berjaya la. Tak semua pun kira ok la. Kalau bff I lagi laaaaa okkkk! (weekkk..baik tak payah reunion kan....hehehe). Special for my exclassmate I'm glad to say" I want nobody2 but you! aah haaa ahhh ahhh" Awww, seksi tak I nyanyi seksi tak seksi tak? Haha. And siapa2 yang nak topup free cepat2 la teka ye! Tata!
P/S: Pagi tadi I mimpi lagi. Tapi bukan pasal classmate I. Lagi baeeekk punya. Tapi.....nightmare. I seram tapi I suka kalau benda tu jadi betul2. Tapi I takut gak kalu betul2 jadi dekat I. Ohhh, apakah? Haha. >_0 Jeng jeng jeng..........!!!








Saturday, June 26, 2010

Dua Z ini siapa ye?

Korang kenal tak siapa 2 Z yang I nak cerita kali ni? Diorang ialah Dzaihan (walaupun nama start dengan D, tapi bunyi still macam Z...hehe...) and Zulhusni. Kenal tak? Ala, kalau yang baca blog I ni kawan2 sekolah dulu dah sah2 la kenal en!

Dua Z yang I kenal ni lain2 negeri and lain2 tahun tau. Seorang Sabah and seorang lagi Pahang. Actually yang buat I tergerak nak masukkan diorang dalam entry ni just because I berkawan baik dengan diorang ni secara tak disengajakan. Hehe. Accidently la lebih kurang. =P Asalnya I memang la tak kenal diorang ni. Tapi disebabkan I ni terada tersuka dekat kawan baik diorang masa muda2 dulu so secara tak sengaja terkenal la juga dengan 2 Z ni. Itupun bukan terus je kenal. Macam An (Dzaihan) tu I kenal setahun lepas I kenal kawan dia dan Zul pula I baru je main tegur2 awal tahun ni rasanya. Haha. Ntah apa2 la kan. Dulu orang kata kalau nak dekat anak kena la tackle hati orang tua dia dulu kan kan kan! Tapi kes I pula kalau nak somebody ni kena la kenal2 dengan kawan2 dia pula. Kui kui kui! -_- Kiranya sebagai sumber maklumat la ni. Hehe. Penampar nak? Suka2 je I ni en en en! Mcam la diorang nak kat I! Hmmmm. Tapi itu dulu la. Sekarang ni kawan2 diorang yang I suka tu ntah kemana la. Haha. Kisah zaman2 silam dulu. Pfffttt. Malu I. *meh sama2 tutup muka dengan tangan*
So sekarang ni boleh dikatakan I dengan An dah jadi BFF la sekarang. Tahun2 sebelum ni kerja kitorang asyik main miskol2 je. Tengah2 malam buta tu lagi best kalau dapat buat miskol. Time air liur basi meleleh leleh tu. Perghhh. Best gileeee! Hehe. Dengan Zul pula asyik kerja nak poke mengepoke je walaupun bukan I sorang yang dia poke. Hehe. Dah la penyakit dia dulu asyik nak menglike je apa2 status I yang I update kat fb. Lawak bebenor la diorang ni.
Eh, lupa. Kenapa entry kali ni macam kosong je ek? Owh maybe sebab tak de gambar diorang kot. Nak tengok tak? Meh I tunjuk meh! Jommm!




Orait, ini gambar An dengan girlfriend dia! =)

Yang ni pula gambar Zul.

So harap harapnya lepas2 ni I still jadi BFF diorang la. Tak rugi pun kan kan kan! Ok, sekian saja untuk kali ini. Hehe. Tata!

Thursday, June 24, 2010

Kenapa Saya Berbelog?

Kenapa saya ada blog? Kenapa saya mesti ada blog? Kenapa blog ada saya? Haha. Kenapa I tanya macam ni ea? Ok sebabnya ada juga beberapa orang kawan ni tanya dekat I. "Wa, best tak ada blog ni? Follower awak dah berapa?" and I pun jawab, "Best la juga tapi follower I sorang je kot! Haha"





(muka simpati nak attract follower....heheh...amacam? nak jadi follower I tak? cehh, bajet ek!)

Sebenarnya masa I mula-mula ada blog dulu tak dinafikan memang I nak sangat blog I ni jadi salah satu blog favourite and ada ramai follower. And suatu masa dulu pun boleh tahan la juga walaupun followernya tak ada la sampai ribu2 tapi better la than sekarang. Masa zaman I muda2 dulu kalau boleh semua jenis account online ni I nak ada. Kata orang ikut trend la. Haha. Friendster, My Space, Website, Facebook semua I ada dulu. Emel pun lebih dari satu(standard la tu en!). Tapi sekarang yang ada facebook je. Yang lain dah tutup. Friendster pun tunggu masa yang sesuai je nak tutup. But lepas kes I terlupa my password dulu terus I buat blog baru and now terhasil la blog yang korang tengah baca ni. Hehe. Sekarang I pun tak kisah la berapa orang follower I. Blog I pun tak de la best sangat pun sampai nak ada follower riban2 ni en! >_<

Honestly I tanya korang suka tak baca blog I ni? Haaaa, suka tak suka tak suka tak? Tak suka kaaaannn! I'm sure masa I tanya ni pun ntah2 tak ada orang jawab. Haha. Ok, sebenarnya blog I kali ni adalah lebih kepada apa yang I terlintas nak tulis je. Tu la pasal waktu updatenya tak menentu. Isunya pun tak ada la very the the sangat. Lebih kurang macam diari online pun ada. *senyum nakal* Haaa, baik kan I bagi korang semua baca diari I! Kalau diari online ni senang2 je la pula nak bagi orang baca tapi kalau diari yang tulis dalam buku comel2 yang kale pink tu ohh mak,,, bapak pening kepala ni nak cari tempat strategik nak sorok diari tu. Hehe. Even kalau ada orang yang dah terbaca rasa macam nak pengsan time tu juga. Kalau tak terpengsan pun nak buat2 pengsan. Heee. Baru la rasa tragis sikit!

Apa2 pun I tau ada juga silent reader kat blog I ni. Tak kisah la korang nak comment ke tak nak comment ke, nak jadi follower ke tak, nak chat ke tak, nak say hye wawa ke tak or apa2 je ke tak sebab yang penting bagi I blog I ni tak kacau siapa2 kot. Hehe. Kot la. Kalau ada yang terasa tu sorry2 la ea. Hehehehehhehehehehhe. Meh semua ketawa hehe macam I. T_T

So kepada kesayangan I yang rajin mengrepot repotkan diri kat blog I ni terima kasih beribu ribu lemon ea! And now korang tau la kan kenapa I berbelog! Eehehehehe.
















Wednesday, June 23, 2010

My Big Day

Dearest kesayangan semua, nak tengok tak gambar I masa konvo 29/5/2010 hari tu? Jom la. Tipu la kalau tak nak tengok. Kalau korang tengah baca entry ni dah sah sah la terpaksa tengok juga pic I en en en! *tinggg*. Ok, sedia....mula!




wif mami and dedi




mami and kakak and adik



wif my little boy
awwwww...tengah panas pun senyum jeee....
Ok, ini je. Actually ada lagi tapi cukup la kan. Banyak banyak nanti kang korang tak suka pula. Heee. So ini lah dia kesayangan korang(opsss, ye ke kesayangan korang? hehe) yang telah berselamat berkonvo beramai-ramai. Diploma in Accountancy. Insyaallah bulan depan aka bulan tujuh aka jumaat minggu depan I daftar untuk Bachelor in Business Economics pula. Aaaah, apa? Kenapa ekonomi? Alaaaa, adik beradik la juga tu. Akaun and ekonomi. Pelajaran pun sama je. Hehe. Apa yang penting macam lecturer I cakap setiap course ada cabaran masing-masing. Hihi. Just terpulang pada kita macam mana nak create cabaran tu. I pun masa sekolah menengah dulu ambil Sains Tulen yang ada fizik bio kimia and add math tu. Tapi bila buat diploma ambil akaun. And sekarang buat degree ambil ekonomi pula. Haha. Terror kan I. Kalau la I ni teramat excellent and kalau la buat degree ni setahun je tiap-tiap tahun I nak buat degree and ambil kos lain lain. Law, medic, engineering, architect, art and design, masscom, haha...semua la. T_T
Ingat lagi masa sekolah dulu cita-cita I nak jadi doktor. Tapi masa isi borang UPU lepas SPM hari tu tiba-tiba je minat gila nak jadi lawyer. Apa kes??? And now..........dot dot dot......no comment! >_<> So, enjoy je apa yang korang buat ea. Ok ekkkk. Cantekkk! (tagline Maulana AF8) hehe.