Tuesday, March 31, 2015

Selamat Pagi Mac :)

Selamaatttttt pagi kesayangan semua! Wah... semangat betul I update entry pagi2 hujung Mac ni! Heheh...tak boleh tidur malam. Termimpi mimpi I handbag cantik Carlo Rino tu aww aww! Agak2 esok handbag tu naik harga tak??? #ehhh hihi :p 


Cepat betul masa berlalu. Malam ni habis dah tiga bulan pertama untuk 2015. Esok kita jumpa April. Bulan yang sangat cute bagi I! Hiks... April, please be nice to me ya! :) Dan Mac....hurmmmm...banyak betul tragedi Mac! Takpela...tata Mac. Awak sungguh menjengkelkan (erkkk). 

Target bulan ni nak update entry banyak2 pun tak dapat sebab line maxis I problem! Arghhhh...saya rindu blog saya! Bukan main lagi pusing2 kan handphone kiri kanan nak cari line..nasib baik terconnect juga! :) Oh...lupa.. I sekarang dekat Sabah. Nak hantar buah hati kesayangan dua orang tu! Gonna miss them badly lah lepas ni! Dah confirm ibu meroyan seminggu dua! Sobssss...


Salam selamat pagi dari Sabah! Love.. 


Kesayangan ibu


Kesayangan ibu lagi.


Waaaa...mesti ibu rindu gila nanti! Takpela...nanti ibu cari teman lelaki upahan teman ibu jumpa Izz ngan Eid ye! Ehehe... 



:: Gst esok kan? Kalau I nak include gst dalam duit hantaran aci tak??? Pleaseee :p




Love,h'wawa




Thursday, March 26, 2015

Luahan Sosial

Masa facebook baru2 popular dulu, semua orang bukan main excited lagi! I pun sama. Suka la kan dapat jumpa kawan2 sekolah dulu. Nak2 orang yang asyik tukar sekolah macam I ni! Teringin sangat nak jumpa balik kawan2 lama, bestfriend masa kecik2 dulu walaupun sekarang dah tak berapa bestfriend sangat pun (anak sungai lagikan berubah), cikgu2, semua la. Bila dah jumpa, mulalah reunion bagai! Seronok kan! :) Itu yang bestnya facebook. Mak dengan abah pun macam teruja masa I bagi tau kitorang selalu keep in touch dengan sepupu dekat jauh guna facebook je. Betapanya laman social boleh mengeratkan silaturrahim! Cheewah...hihi


Dalam dok puji2 facebook ni hebat mantap dan cepat Mak selalu pesan jaga adab jaga bahasa jaga sopan kalau nak update apa2 dekat facebook. Nak upload gambar pun biar yang senonoh sikit. Dulu Mak selalu tegur I bila tengok I snap gambar makanan banyak2 upload dekat facebook "makanan pun nak tunjuk?" macam tu la.. Hihi. I rasa I pun dah banyak kali buat entry dekat blog yang ustaz pun ada pesan jangan itu jangan ini dekat facebook! Betul! Tak semestinya dekat facebook je. Tak kisahla dekat ig ke, twitter ke, blog ke apa ke sama je semua. Kena tapis, kena fikir dulu sebelum nak cakap apa2! Kalau bukan nak cakap pasal orang pun, maksudnya nak cakap pasal diri sendiri pun kena la fikir dulu. Kadang2 kita tak perasan apa yang kita cakap tu buat orang terasa sampai menitik air mata nanges2 baca status kita. Biasa terjadi macam ni kalau update status masa kita tengah marah atau sedih! Wah, macam2 keluar! Ye...kita ada hak nak memgekspresikan perasaan (main emoji je cukup la...erkkk) tapi cerita sebenar hanya kita dan orang tertentu je yang tau. Orang lain yang tak tau apa2 ni nanti senang je nak bagi tanggapan buruk! Tak caya? Percayalah...mesti ada punya! Kalau kita cakap status tu takde nak burukkan sesiapa pun tapi percayalah dalam beratus-ratus friendlist kita tu mesti ada juga yang soksek soksek "eiii, jahatnya dia tu" , "eh, muka je nampak baik", "takpe...buat jahat dibalas jahat", "alaaa..tengok cara je pun dah tau dia macam mana".. dan bla bla ntah apa2 lagi. Tak pasal2 orang lain semua dah pandang serong sampai tahap jadi hipokrit semua. Ehhh...heheh :p


Pernah kan dengar ayat "fikir dulu sebelum cakap"? Sekarang kita tukar sikit ayat tu jadi "fikir dulu sebelum tulis"! Sebabnya...fikirlah sendiri. I pun masa sakan kemaruk guna laman sosial ni macam2 nak bagi tau orang. Heheh. Malu weyh bila baca balik status facebook masa mula2 dulu dengan entry2 dekat blog masa zaman remaja riang ria dulu! Apakebenda ntah (tutup muka). Bila dah berumur ni kena la sopan santun ingat2 sikit! Kalau excited  macam mana pun kena behave. Dah takboleh nak teruja sangat macam I umur 23 dulu. Time tu kena ngorat dengan orang pun nak update status "saya cantik". Haha..konon hot lettew! Sekarang pun kalau sedih atau marah kena upload macam ni je "saya sedih.k bye!" ataupun "grrrr...I marah gila ni"... hmmmm.. Should I?


Peringatan! Untuk siapa2 yang tak puas hati dengan I maybe sebab I tergores terhiris terbuat awak marah ke so pleaseeeeeeeee jangan nak kutuk2 nak marah2 nak hina2 guna bahasa awak yang paling sopan! Bahasa sopan la... Maksudnya jangan nak guna ayat lapik. Sebab tu lagi buat I sentap. Baik terang2 awak update "wawa si jahat", ataupun "hawa gila" woah.. I lagi ok kot macam tu  dari awak cakap "orang kalau berlagak baik macam tu la...plastik je lebih..penting diri" takpun "ada orang tu macam bagus..pakai kasut tinggi tapi terpleot  jugak" erkkkk... Kadang2 kita nak smash orang tapi taknak cakap nama orang tu. Padahal bila baca status kita tu pun orang dah senang je boleh agak siapa yang kita maksudkan. Dan akhirnya....facebook yang dulu pernah merapatkan akhirnya jadi pemusnah! Kalau taksuka message je terus dekat number I. Tapi yang pentinggg..jangan libatkan keluarga! Kamon la! Be matured sikit boleh tak?? Grrrr grrr

Ok lah. Agak2 nya entry ni wujud sebab I tengah marah ke sedih ke gembira ke  atau tengah lapar??
Take care and good evening semua! Saya tak kuat muah sikit! Tata :))



:: Saya juga mangsa laman sosial! Lebih sangat nak update semua lastly kita yang kena balik! Silly me! 





Love,h'wawa






Tuesday, March 17, 2015

Terima Kasih

Dari dulu I selalu cakap dekat adik kakak dan kawan2 baik I, kalau ada siapa2 yang cakap buruk, mengata, marah, kutuk I dan I tak tau benda tu tolong la jangan bagi tau. Sebab kalau dah tau memang tiba2 jantung jadi laju (mungkin sebab terkejut kot) , dan marah dan nangis. I rela awak semua kutuk senyap2. Esoknya kalau jumpa buat macam biasa je sebab tak tau apa2 kan! Dari kecik sampai sekarang! Pernah dulu I kecik hati dengan keluarga sendiri jugak bila dapat tau ada orang mengata! Nanges. Tu je la keje. 
Dan tadi ada orang tweet I cakap "maybe  post tu mcm utk awak". Ok.. Thank you! I boleh2 nak tutup semua bagi orang tak tau apa2. Nak update rasa "frust" atau "sad" pun fikir dua kali. Tapi bila baca post tu macam orang lain boleh agak apa yang dah jadi sekarang dan of course memang I la yang nampak dominant dan jahat sangat dekat sini. 


Sekarang baru faham kenapa KakLong taknak geng dengan social network ni! Lagi satu, blog beza dengan facebook atau twitter. Kita tulis apa2 je dekat blog untuk siapa2 yang rela hati nak datang singgah dan baca. Yang lain2 tu dah sah2 akan keluar dekat homepage......



:: Goodnyte




Love,h'wawa





Friday, March 13, 2015

Dewan

Siapa2 yang dah tempah dewan untuk kahwin tahun ni...dewan area KL.. Kalau rasa2 takjadi kahwin tu dan nak cancel dewan, cepat2 inbox I ye! Kawan baik I tengah gigih siang malam nak cari dewan  kahwin! Dewan semua fully booked untuk 2015 sampai awal tahun 2016. Orang yang jaga dewan tu cakap ramai book awal2 sebab takut kena gst! 

Nak kahwin tahun depan, tahun lepas lagi dah kena book! Itupun siapa yang bagi deposit dulu dia yang dapat! Bukan main zaman sekarang ni nak kahwin dekat dewan pun kena rebut2 siapa cepat dia dapat! Nak2 dewan area KL, Putrajaya, dan bandar2 besar Selangor ni! Hmmmmm.....


Ok, jangan lupa tau.. Kalau ada siapa2 yang nak cancel dewan bagi tau I cepat2! Kesian kawan I kempunan nanti! Tata...



:: Kalau takde calon pun nak tempah jugak dewan! Heheh...




Love,h'wawa




Thursday, March 12, 2015

Mimpi Epal

Mimpi memang mengarut! Kadang2 rasa nak ketawa bila diingat balik. Heheh... Betul lah orang cakap mimpi tu mainan tidur dan ada juga mimpi tu yang betul. Tapi bergantung kepada keadaan kita masa tu (sila rujuk adab2 doa dan tidur).  Setuju? Mimpi pun boleh mungkin kerana siangnya kita terlalu banyak sangat berfikir sesuatu benda. Tu yang sampai termasuk-masuk dalam mimpi! Betul tak? :)

Macam I, terlalu sakan sangat main game dekat handphone, blogging, chatting, recording dan macam2 lagi tiba2 malam tu tak pasal2 nak mimpi gadjet! Menggelabah la sangat! Mimpi tiba2 iPhone I dah upgrade jadi super duper hebat. Dunia betul2 dihujung jari je. Just click click and click! Nak masuk rumah pun tekan je skrin iPhone. Dah macam Doraemon dan poket ajaib dah pulak! Kehkeh. Lepas tu iPod yang hilang ntah kemana (iPod hilang dalam rumah tapi sampai sekarang tak jumpa kat mana...hmmm) tiba2 dah jumpa dan boleh tukar2 jadi besar dan kecik ikut tempat mana kita nak simpan. Erkkk... Macbook pun boleh lipat2 masuk poket dan dalam mimpi tu I bukan main excited nak lipat2 Macbook tu jadi popia! :)  Aikk, makin upgrade pulak mimpi ni. iPad yang skrinnya dah retak pun tiba2 boleh tukar jadi baru! Nak main game pun dah takpayah nak agak2 dah! Touch saja dan semuanya okay! Semua benda la berubah jadi baru dan lebih berkuasa! I pun bila terjaga je terus rasa "woah...kagum betul mimpi aku malam tadi...tak pasal2 nak mimpi gadjet2 ni..."


Sedapnya la epal hijau!! aummm


Tapi yang tak boleh blah sangat...kenapa ntah I mimpi semua produk Apple yang kat rumah ni! Dahla ada yang dah rosak! Tiba2 dalam mimpi jadi elok. Hmmm... Mungkin sebab I apple user kot! Mungkinlah... Tu yang termasuk dalam mimpi.  Atau pun... Mana tau ada orang nak bagi I iPhone 7 8 9 ke?? Haha... Tapak tangan kanan pun dah gatal neh! *pppffftttttt :P



:: Pakai smartphone tapi kredit takde...euuu



Love,h'wawa



Sunday, March 8, 2015

Nak Ini

Sebulan dah mimpi baju ni! Tak kisahla tak cantik pun! Tapi shuwit sangat sebab kale pink 😘 . Nak pelisshhhhh!! 

Pink with love! 


Meh datang dalam mimpi I lagi malam ni!! I wishhhhh :)


:: Seronok tengok baju pink banyak dalam almari 




Love,h'wawa