Wednesday, August 7, 2013

Sebelum Raya =)



Fuhhh..ingatkan lagi 2 hari nak raya jalan KL clear tapi memang hampeh kenot blah! Haha...still jammed gila tapi tak berapa kritikal macam biasa. Macam tadi masa kitorang nak cari parking area masjid jamek kena pusing dekat Leboh Ampang dulu sebab jalan tutup! Mood raya punya pasal so tak kisah pun! Lagipun KL tanah jajahan I! Setakat tutup jalan ni pusing jalan tu no hal la! Piece of cake man! =) 


Asal dekat2 nak raya je macam biasa la kitorang melawat tempat wajib setiap tahun, masa, dan ketika. Kawasan Jalan TAR dengan Masjid Jamek! Dah rasa macam kawasan rumah sendiri dah. I rasa lagi selamat ada dekat kawasan ni kalau nak dibandingkan dengan area BB tu! Kan situ banyak foreigner kot tu yang agak scary mary sikit! Hihi... Dulu masa kecil2 ingat lagi boleh dikatakan setiap hari or paling koman pun seminggu 4 atau 3 hari I pergi jalan TAR. Sebab mak dulu tailor so rajin keluar nak cari benang butang semua untuk pelanggan! Fuh, mula2 macam excited tengok barang2 jahit kahwin semua tapi kalau dah hari2 mengadap bosan gila okayh! Asal balik sekolah je mesti mak tanya "penat tak? jom ikut pergi beli barang".. Dan tempat yang selalu dituju dulu kedai Klim Craft dekat masjid india tu! Sampai sekarang wujud lagi kedai tu! Fine... Dah merapik jauh gila!


Tadi pun shopping ala kadar je. Tak banyak pun! Pergi beli girl's stuff and barang raya untuk abah! Sakan shopping sampai kena flying kiss dengan budak comel! Aaahai! Nasib kakak tak pengsan dik! Kang kalau Chef Adu nampak habis la!!! ;p Barang I tak banyak pun beli. Macam takde mood je nak raya sebab badan ni taknak cooperate dengan diet! Macam makin tembun je I rasa. Bila test baju raya tadi memang nampak sangat bulat macam doraemon! Mood raya pun jadi 20% je! Mewncik! So nanti kalau nampak I macam lain sikit masa raya buat senyap je tau! Jangan pandai2 nak tanya soalan yang menyentuh jiwa raga! Touchable sangat!



Kawan2 yang on the way nak balik tu hati2 ye! Jangan lupa buka radio dengar info trafik kalau taknak sesak dalam jam! Drive safely! Senang2 datang la Ampang! Bawa duit raya sekali! Selamat hari raya kesayangan hati semua! LOVE YOU! 




Esok nak pergi lagi melawat tanah jajahan I tu! Siapa2 nak buat2 terserempak datangla ye. Kita jumpa sekat situ! =)






Love,h'wawa











Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya =)



Weeee weeee... Feeling excited nak raya! 3 days to go! Insyaallah! Means ada dua hari je lagi untuk terawih! Sedih betul! Jadi sayang2 semua jom la kita manfaatkan 3 hari ramadhan penuh keberkatan ni mohon doa yang baik2! Insyaallah makbul! Berkat bulan ramadhan kan! =)


Kepada yang balik kampung hati2 ya! Pastikan kenderaan anda di-servis dahulu! Yang naik public transport tu nak servis dah sah2 bukan awak yang kena buat so baca doa banyak2 je la moga selamat! Hehe... Meh2 jemput datang rumah semua! Perantau2 yang tak pulang ke desa, rumah saya sentiasa ada untuk anda! Nak gantung ketupat sama2 pun boleh! Yang dah memang tak ada kampung pun boleh join! Tiap2 tahun rumah kitorang je la yang meriah dengan lampu kelap kelip! Nak buat macam mana. Dah memang tanah tumpah asal usul dekat KL neh! Jangan malu jangan segan okayh! 


Kepada yang menegnelai I nak minta maaf betul2 ikhlas dari hati. Tak percaya operate la dada. Tapi kalau korang betul2 nak operate lepas raya la sebab I nak raya dulu. Hewhew... Dah tua2 ni kalau boleh nak bahagia je malas dah nak fikir kecik2 hati sentap2 sana sini! Biasa la tu gurau2! Tak payah la nak touching sangat =)




Selamat Hari Raya




Tahun ni tema raya kitorang kale purple! Nak tengok datang la rumah! First time guna kale neh! Tak tau la I berseri ke tak guna purple neh! Fuh...purple, please be nice okayh! =)



SELAMAT HARI RAYA SAYANGSKU





Love,h'wawa