Tuesday, January 29, 2013

Jeritan Batinku


I kenot selip! Teringat senyum Shah Jazle tadi. Dah la dia senyum dekat Wawa. Sadly, bukan dengan Hawa Wawa. Mewncik! And guess what, ada sorang classmate I pun ala2 macam Shah Jazle. Hihiks. Tapi cannot mention here. Kang nanti ada yang perasan pulak! Ok, tata!



Baik, yang intro tu hanyalah iklan je! =_=  Orang kata perempuan biasanya takut dan geli dekat lipas. Kot la..Sebab orang yang kata. Bukan I yang kata. Tapi, bagi penulis blog ini lipas hanyalah sekadar ibarat kertas hitam yang perlu dikeronyok sahaja! Fine. Ketuk lipas dengan objek sampai dia tergedik2 pusing2 sambil terbalik lepas tu tabur bedak atas badan lipas sampai putih macam letak tepung nak buat biskut raya. Agak2 dia dah kaku tak bernyawa tu ambik tisu and campak lipas durjana tu ke dalam bakul sampah. Jangan lupa basuh tangan ye sebab lipas is kotor! Euuu.. Tapi kalau dah letak bedak lipas masih lagi berusaha untuk hidup maka ambik je botol ridsect dan ketuk la sekuat hati macam ketuk sambal belacan! Habis keluar semua isi perut. So cruel kan? Tak kisah la. Tapi memang cara tu pun yang I buat bila nampak je lipas lalu depan mata. Annoying tahu tak?


That's it! Lipas sangat annoying. Tapi tak se-annoying cicak! My truly enemy! Hates lizard much! Mungkin bagi spesis lipas I adalah di antara manusia yang digeruni. Takde keje lain. Asyik nak bunuh lipas dan keluarga je. Tapi bagi golongan cicak diorang lagi suka kalau I ada kot. Sebab cicak berjaya buat I menjerit sampai tekak rasa pedih sangat. Mungkin terluka! Stupid cicak! Tercetusnya entry ini pun disebabkan baru je lepas menjerit pukul 11 malam tadi dengan rumah dah gelap gelita sambil lari naik atas kerusi! Punyalah. Konon lepas tengok tv tadi buka laptop landing2 atas katil. Rasa penat then baring jap. Tiba2 terpandang atas dan GULPPPPP...CICAK BAPAK BESAR BETUL2 TEPI LAMPU DAN KEPALA CICAK TEGAK MACAM 90DARJAH NAK TERJATUH TERJELEPUK ATAS KATIL! I AM FREEZE. Turun perlahan2..Sambil meniarap. Takut punya pasal. Buka pintu bilik. Duduk depan pintu then "syuhh syuhh" dari jauh. Degil betul! Bukannya nak lari. Tak puas hati ambik rotan yang selalu cikgu mengaji guna tu lepas tu ketuk2 atas kerusi. Aikkk, tak nak lari jugak. Makin melekap dekat ceiling ada la. Tiba2 abah keluar. Agaknya dengar kot bunyi syuhh syuhh dalam gelap. Ingat kan apa benda. Bila tau pasal cicak terus gelak2! Tensi tau. Abah yang tolong halau. Tapi cicak gedik tu lari pulak nyorok bawah lampu. Sampai sekarang tak keluar2. Dan sampai sekarang jugakla lampu bilik tak tutup2 lagi! Kang esok pagi bangun2 tengok cicak tidur kat sebelah! No wayyy!



Euuu..Hanya gambar ini saja yang mampu ditunjuk..goliden!



Bukan batin je yang menjerit. Jeritan batin I lagi kuat dari jeritan batin Abang Kasim. Tekak dan otak pun jerit sama. Hidup dalam ketakutan kalau nampak cicak! Ini bukan cobaan. Ini betul2! *tsk... Kalau tak takkan la I sanggup upah singgit dekat budak 4 tahun suruh check kalau2 belakang2 baldi dalam bilik air tu ada cicak ke tak (mati kalau ibu dia tau..erkk), kalau tak takkan la I sanggup tidur atas meja seroja masa part 4 dulu (sebab cicak betul2 atas ceiling dekat kepala katil..mongoks!), kalau tak takkan la I sanggup letak semua barang yang ada atas meja dekat atas katil sebab cicak ada dekat tingkap! Tak suka :(



Separuh jiwaku pergi kalau nampak cicak. Banyak sangat kenangan buruk antara kami. That's why la kitorang memang tak boleh ngam! Mungkinlah. Bukan mungkin. Memang pun! Hmmmm.... Tak tergamak rasanya nak cerita apa yang cicak dah buat dekat I. Dari dulu sampai sekarang tak sudah2 dia buat hal. Dulu pernah jugak I tanya kawan yang kerja hotel macam mana dekat hotel cicak tak boleh masuk even suara cicak pun tak dengar then kawan I cakap hotel memang panggil orang sembur taknak bagi serangga or binatang2 tak diingini masuk. Grrrrrrr..... Bilalah ultraman mebius nak datang selamatkan I dari cicak. Kadang2 terfikir jugak kalau orang lain sibuk nak cari hero malaya yang ala2 hero setia hujung nyawa atau pun Shah Jazle dengan dia punya Qaseh, tapi I nak hero yang boleh selamatkan I dari cicak yang lagi kecik dari raksasa. Agak2 ada tak? Mestilah tak ada kan! Fine...Goodnight...Babai!



P/S: Dulu masa diploma ada sorang kawan I ni ok je tak takut dengan cicak. Waaaaah. Orang lain dok jerit cicak...cicak (I la yang paling kuat jerit =_=) dia boleh ambil cicak tu tak payah guna tisu pun lepas tu baling cicak jauh2. Ntah mana la cicak tu pergi. Gila kagum I dengan dia. Dulu2 dia la  hero malaya...tapi apakan daya...Terengganu dan Ampang tidak bersatu... #eh ...ahaha.. ngokngek! ;p





Love, h'wawa















No comments:

Post a Comment