Wednesday, January 30, 2013

Gorgeous B! ♥



Kenapa Barbie sangat gojes dan cantik? Tinggi lampai. Rambut panjang. Badan macam jam pasir. Kaki halus. Mata cantik. Hidung mancung. Bulu mata lentik. Soft spoken. Comel. Lagi comel bila selalu je pakai kale2 pink ni! High heels lagi. Clutch and dresses yang cantik2! Buat mata I pusing2 je tau! Nak cantik macam Barbie jugak! Tapi boyfriend Barbie si Ken tu takla handsome sangat. Handsome lagi Ben10 kan! Ben10 kawin dengan Barbie ok apa. Nanti warna tema combination between pink and green. So sweet! =) 



Tengok Barbie punya stuff untuk red carpet ni pun dah buat naluri I goyah! Auch! Heels dia meletop! Nak jugak macam tu! *wishlist 



Sweetpie! 









LoveBarbie,h'wawa













Pointless!



For today punya entry lebih kepada mood romantis picisan sedikit. Lagipun rasanya dah lama perasaan jiwang karoot ni dipendamkan! That's it! 


Ramai yang cakap I telah dipengaruh oleh rancangan television 100%? Alaaa, senang cerita terpengaruh dengan cerita2 yang ada dekat tv tu. Tak kisahla melayu ke cina ke tamil ke hollywood ke filipina, indon, jepun, korea, arab, mexico, singapore, taiwan, thailand, apa2 semua bagai! Remy Ishak ke.. Yang pasti otak dah termakan hasutan cerita2 dekat tv. Hebat betul! 


Actually bukan la nak sangat cakap pasal pengaruh tv. Tapi kepada emosi! Bukan spiritual atau fizikal. Hanya emosi sahaja. Oooooohoi! Saya sangat jealous sekarang. Tak tau la sebab apa. Pengaruh laman sosial mungkin! On twitter scroll sampai bawah nak tengok kalau2 Thyra ada reply apa2. Sekali nampak tweet lain. Tak mau assume. Kang salah, dosa! Aiyoook.. Tiba2 jadi jelly2. Even orang tu selalu cakap I pen -jealous dengan seseorang yang ibarat adik tapi buat apa nak mengaku kan! Omoooo... Apa kena ntah! Baru je handphone dekat sebelah bunyi pun buat tak tau. Malas tau nak angkat! Tapi bila stop bunyi baru la rasa alamaaaaakkkkkkk kenapa dah tak bunyi! Silly me! Tadi tak nak angkat sangat. Haishhhh.....


Saya pen-jealous! Lagi2 bila Anuar Zain cakap nak gadis idaman macam Nora Danish.. #eh. Macam iklan susu budak2 dulu2. Dua scoop. Satu untuk sekarang. Satu untuk masa depan! =) Dan yang untuk masa depan itu let it follow the flow. Flyyyyy... Macam kata seseorang dahulu. "Kena yakin dan percaya baru la hubungan berjaya" walaupun orang yang cakap tu tak tau la dia percaya ke tak (wink).




Motif gambar ini? Saja2 je. Memang takde kena mengena dengan entry =) 
With beautiful mommy to be! Yeay 




Dan sebenarnya I tak tau apa motif entry ni. Semuanya kosong....kosong...ko...song! Tu sebab orang dulu2 cakap jangan ikutkan hati. Kalau ikutkan hati macam ni la. Merepek tak tentu pasal. Hmmmm... Lebih tepat lagi mata dah ngantuk sampai dah mereng tak boleh pikir apa. Hewhew.... Dan.....kenapa phone ni taknak bunyi lagi???? Bye!







Love,h'wawa











Tuesday, January 29, 2013

Selamat Tidur ♥



I can't sleep. Ni semua lepas mata segar sebab nanges tengok Kassim Selamat pemain saksefon. Beribu lemon kali tengok pun asal sampai je part yang cocok mata dengan garpu tu mesti nak sentap sikit. Menghayati la katakan! =) Tapi disebabkan jam laptop ni dah tulis sekarang dah pukul 4.27 pagi, maka terpaksalah berhenti menaip, tadah tangan baca "BISMIKALLAH HUMMA AHYA WAAMUT" !  Kena paksa tidur jugak! 




Selamat malam sayangs ku! Semoga dibuai mimpi indah!




Kalau ada yang tak boleh tidur sebab rindu dekat I, 




TEPUK BANTAL 3 KALI




SEBUT NAMA I TUJUH KALI



Selamat Mencuba!




I U







Love,h'wawa









Izz Zackwan ♥




Hari ni dah Selasa kan? Selamat hari Selasa semua orang! =)  Nanti pukul 9 malam ada Shah Jazle dan Wawa (I kot) dekat tv3. Don't missed it okay! =)



1 2 3 4 5. Lagi 5 hari tak termasuk hari ini Izz Zackwan  the baby nak balik! Yeay. Punyalah lama nak dok tunggu nak tengok muka anak buah pertama sampai kena tunggu 3 bulan. Phewww. Dari kurus sampai dah demok dah mommy tunggu Zackwan! Kalau tulis hikayat cinta dengan Chef Adu mau masuk sampai bab 24 ni. Perghhhh...



Izz Zackwan




Siapa nak lullaby ni?


Zackwan punya pasal sekarang dekat depan ruang tamu tu dah penuh dengan beg2 sampah benda alah apa benda ntah. Operasi pembersihan bilik besar besaran. Couple weeks ago mama Zackwan call cakap nak tukar bilik dengan Tok Abah. Maka terpaksalah lakukan rombakan kecil. Zackwan ambil bilik Tok Abah. Tok Abah ambil bilik mommy kembar. Mommy kembar ambil bilik Zackwan. Sayang punya pasal tak apa la. Excited mengemas. Macam nak selamat hari raya pulaks! Nasib tak cat rumah ni kale pink! Hmmmm... Jakun jap. Orang tak pernah ada anak buah! Hewhew... Tapi bila Zackwan nak balik ni terpikir jap. Hmmmmm... Penuh lagi la rumah ni dengan budak kecik! Masuk Zackwan dah tiga dah budak  kecik armour hero dalam rumah ni! Plus lagi satu budak tak berapa nak kecik. Campur semua jadi empat! Nasib baik abang polis sebelah rumah tak jadi hantar baby boy dia. Kalau tak jadi kilang pemprosessan kanak2 lelaki la rumah ni! Euuuu...mana geng high heels I ni????







LoveZackwan, h'wawa








Pecah Kaca



Sekarang ni memang hobi suka update cerita expired dekat blog! Kononnya baru la datang idea nak merepek apa. Kalau tak duduk la berjam jam depan kompuer riba tu last2 komputer yang tengok kita balik! Hmmmm... 


Kalau tengok cerita zaman dulu2 yang takde kale lagi especially cerita melayu dengan tamil mesti kalau kita terpecahkan apa2 benda kaca yang terkena jari ke kaki ke lengan ke dan mengeluarkan darah lepas tu mesti ada nenek or mak2 yang cakap ada benda buruk nak jadi. Pernah tak tengok? Pernah kan? Pernah kan? Siapa cakap tak tu memang tipu ah... Bukan duduk Malaysia agaknya! 


Benda tu agak2 nya betul ke bohong? Eheh.. Macam bohong kan? Macam la. Tak kata betul2 bohong pun. Tapi kalau bohong betul2 pun mana la tau kan? Kan? Kan? Ok, cuba tengok gambar dekat bawah ni. Agak2 sebab apa? Kenapa pecah? Ke sebab banyak sangat tengok cerita P.Ramlee dengan MGR ni? Agak2 betul ke bohong ni? Tengok la... Tengokkkkk



Opsssss



Untuk tidak memberi peluang korang membuat cerita bohong dan memeningkan kepala lagi, maka inilah kisahnya. Mug yang macam kawah gunung kalahari tu adalah mug yang telah pecah oleh perbuatan diri ini sendiri. Grrrrr. Ni semua gara2 tengok Shiro masa final MLM hari tu. Excited gelak2 tengok Shahrul Shiro  yang hensem tu tangan ni nak ambil bantal atas kerusi tetiba "pangggggggg" kuat2. Mug dekat tepi kerusi dah terbaring. Semua orang dalam rumah tengok. Mak dah jeling2 dah! Haha..omaigod! Scary you! Dengan muka tak bersalah tapi agak cuaknya kutip la kaca yang pecah tu. Dah la atas carpet. Siapa kena cucuk kaca nasib! Aiyoook. Nasib baik kaca tebal. Pecah pun besar2. Senang nak kutip. Pejam mata pun boleh! Hewhew... =) Setelah 17 tahun maka ni la kali pertama I pecahkan barang kaca! Rasanya last pecahkan gelas masa darjah dua kot. Takpun darjah satu. Tak kisahla... Maka berakhirlah riwayat koleksi mug yang satu ni. Geng mug ni yang lain2 semua dah pecah. Bapak lama umur mug ni. Rasanya masa I sekolah rendah lagi kot! Babai sayang. Sorry terpecah! Ni semua salah Shiro 



Tu la... Banyak sangat tengok cerita Abang Kassim dengan Pudu Padaa Vaa agaknya!






Love, h'wawa








Jeritan Batinku


I kenot selip! Teringat senyum Shah Jazle tadi. Dah la dia senyum dekat Wawa. Sadly, bukan dengan Hawa Wawa. Mewncik! And guess what, ada sorang classmate I pun ala2 macam Shah Jazle. Hihiks. Tapi cannot mention here. Kang nanti ada yang perasan pulak! Ok, tata!



Baik, yang intro tu hanyalah iklan je! =_=  Orang kata perempuan biasanya takut dan geli dekat lipas. Kot la..Sebab orang yang kata. Bukan I yang kata. Tapi, bagi penulis blog ini lipas hanyalah sekadar ibarat kertas hitam yang perlu dikeronyok sahaja! Fine. Ketuk lipas dengan objek sampai dia tergedik2 pusing2 sambil terbalik lepas tu tabur bedak atas badan lipas sampai putih macam letak tepung nak buat biskut raya. Agak2 dia dah kaku tak bernyawa tu ambik tisu and campak lipas durjana tu ke dalam bakul sampah. Jangan lupa basuh tangan ye sebab lipas is kotor! Euuu.. Tapi kalau dah letak bedak lipas masih lagi berusaha untuk hidup maka ambik je botol ridsect dan ketuk la sekuat hati macam ketuk sambal belacan! Habis keluar semua isi perut. So cruel kan? Tak kisah la. Tapi memang cara tu pun yang I buat bila nampak je lipas lalu depan mata. Annoying tahu tak?


That's it! Lipas sangat annoying. Tapi tak se-annoying cicak! My truly enemy! Hates lizard much! Mungkin bagi spesis lipas I adalah di antara manusia yang digeruni. Takde keje lain. Asyik nak bunuh lipas dan keluarga je. Tapi bagi golongan cicak diorang lagi suka kalau I ada kot. Sebab cicak berjaya buat I menjerit sampai tekak rasa pedih sangat. Mungkin terluka! Stupid cicak! Tercetusnya entry ini pun disebabkan baru je lepas menjerit pukul 11 malam tadi dengan rumah dah gelap gelita sambil lari naik atas kerusi! Punyalah. Konon lepas tengok tv tadi buka laptop landing2 atas katil. Rasa penat then baring jap. Tiba2 terpandang atas dan GULPPPPP...CICAK BAPAK BESAR BETUL2 TEPI LAMPU DAN KEPALA CICAK TEGAK MACAM 90DARJAH NAK TERJATUH TERJELEPUK ATAS KATIL! I AM FREEZE. Turun perlahan2..Sambil meniarap. Takut punya pasal. Buka pintu bilik. Duduk depan pintu then "syuhh syuhh" dari jauh. Degil betul! Bukannya nak lari. Tak puas hati ambik rotan yang selalu cikgu mengaji guna tu lepas tu ketuk2 atas kerusi. Aikkk, tak nak lari jugak. Makin melekap dekat ceiling ada la. Tiba2 abah keluar. Agaknya dengar kot bunyi syuhh syuhh dalam gelap. Ingat kan apa benda. Bila tau pasal cicak terus gelak2! Tensi tau. Abah yang tolong halau. Tapi cicak gedik tu lari pulak nyorok bawah lampu. Sampai sekarang tak keluar2. Dan sampai sekarang jugakla lampu bilik tak tutup2 lagi! Kang esok pagi bangun2 tengok cicak tidur kat sebelah! No wayyy!



Euuu..Hanya gambar ini saja yang mampu ditunjuk..goliden!



Bukan batin je yang menjerit. Jeritan batin I lagi kuat dari jeritan batin Abang Kasim. Tekak dan otak pun jerit sama. Hidup dalam ketakutan kalau nampak cicak! Ini bukan cobaan. Ini betul2! *tsk... Kalau tak takkan la I sanggup upah singgit dekat budak 4 tahun suruh check kalau2 belakang2 baldi dalam bilik air tu ada cicak ke tak (mati kalau ibu dia tau..erkk), kalau tak takkan la I sanggup tidur atas meja seroja masa part 4 dulu (sebab cicak betul2 atas ceiling dekat kepala katil..mongoks!), kalau tak takkan la I sanggup letak semua barang yang ada atas meja dekat atas katil sebab cicak ada dekat tingkap! Tak suka :(



Separuh jiwaku pergi kalau nampak cicak. Banyak sangat kenangan buruk antara kami. That's why la kitorang memang tak boleh ngam! Mungkinlah. Bukan mungkin. Memang pun! Hmmmm.... Tak tergamak rasanya nak cerita apa yang cicak dah buat dekat I. Dari dulu sampai sekarang tak sudah2 dia buat hal. Dulu pernah jugak I tanya kawan yang kerja hotel macam mana dekat hotel cicak tak boleh masuk even suara cicak pun tak dengar then kawan I cakap hotel memang panggil orang sembur taknak bagi serangga or binatang2 tak diingini masuk. Grrrrrrr..... Bilalah ultraman mebius nak datang selamatkan I dari cicak. Kadang2 terfikir jugak kalau orang lain sibuk nak cari hero malaya yang ala2 hero setia hujung nyawa atau pun Shah Jazle dengan dia punya Qaseh, tapi I nak hero yang boleh selamatkan I dari cicak yang lagi kecik dari raksasa. Agak2 ada tak? Mestilah tak ada kan! Fine...Goodnight...Babai!



P/S: Dulu masa diploma ada sorang kawan I ni ok je tak takut dengan cicak. Waaaaah. Orang lain dok jerit cicak...cicak (I la yang paling kuat jerit =_=) dia boleh ambil cicak tu tak payah guna tisu pun lepas tu baling cicak jauh2. Ntah mana la cicak tu pergi. Gila kagum I dengan dia. Dulu2 dia la  hero malaya...tapi apakan daya...Terengganu dan Ampang tidak bersatu... #eh ...ahaha.. ngokngek! ;p





Love, h'wawa















Tuesday, January 1, 2013

Dulu Seringgit Makan Seorang Sekarang Seringgit Makan Dua Orang ♥ #Siri 2



Happy new year 2013 peeps! Kebam kebom bunga api. Macam bunyi pistol pun ada! Heheh... Where are you guys now? Celebrating? Dating? Praying? Studying? Watching? Sleeping? FYPing? or Bloging? Dekat mana2 dan apa2 yang kita buat pun semoga 2013 merupakan sinar baru kepada kita dan 2012, simpan segala memori ketat2. Masuk dalam beg berkunci okay! 



Alright, pembuka 2013, mari buat entri bersambung pasal kenduri kawin. Wah, murah rezeki masing2 semua nak naik pelamin! Amin. Kalau dekat facebook calender tu semua pun dah fixed. Sehari sampai 4 kenduri. Punyalah! Belum kira lagi mak punya sedara, abah punya sedara, adik beradik punya kawan, kawan2 punya kawan, kawan2 punya family, makcik jiran lagi.  Hmmm, no wonder penimbang berat badan dah bertambah angka! Sedih di situ ! *tsk Y_Y



Jalan2 makan kenduri! Yeayess!




The Economist


Okay.. Gambar yang semua orang bersenyum sakan di depan camera ni adalah masa kenduri Zira. Yeay! Tak rugi datang jauh2 ke Melaka sebab nasi kenduri Zira sedapppppp! Sumpah sedap. Lagi sedap bila I dapat makan dua kali. Sebelah pengantin pulak tu. Heuheuheu (saja bagi hint). Lagi pulak pengapit pengantin lelaki handsome. Eh, jap2...ni semua terpengaruh dengan Myra tak habis2 cakap pengapit Zira handsome.. Huntunglaaaa ;p


From head to toe, pelamin, khemah, kad kawin, air, rumah, hantaran, semua ungu okay! So, kalau orang yang tak kenal pengantin pun memang tau la mesti pengantin ni suka kale ungu. Kalau yang still tak perasan tu mungkin masalah rabun warna di situ. Lolol. To be honest I pun boleh blank kejap nak pakai kale pink. Padahal terang2 kad kale purple. Zira laju je mesej. " Wawaaaaaa, jangan pakai pink!! Baju kita purple ribena so Wawa pakai la purple muda. Pengapit laki pun pakai kale tu." Opss, terbuat macam kenduri sendiri pulak semua pun nak bantai kale pink! Nasib la dapat reminder dari Zira kalau tak memang kartun la I atas tu sorang2 pakai kale pink. Noob sungguh!

Suwit ;)


Tau tak. Besides ke Melaka sebab nak pergi kenduri Zira, I sebenarnya ada hajat yang lagi besar. Heheh. Beberapa hari sebelum kejadian awal2 dah mention dekat kakak and adik kembar merepek kerepek pisang. I cakap "eh, nak pergi la Melaka nanti. Remy Ishak kan orang Melaka. Ntah2 nanti kenduri Zira dia datang. Ntah2 dia sedara dengan Zira. Ntah2 dia jiran lama Zira yang terpisah. Ntah2 dia kawan Zira punya kawan. Ntah2 dia pengapit lelaki. Kalau macam tu senang la. Terus duduk atas pelamin sama2.. Hakhak 1000x..."  Macam biasa kakak dan adik just pandang macam eh, kenapa ntah dia ni. Gila. Lebih kurang macam tu la! Bukan lebih kurang. Memang macam tu pun! Lolol



Balik dari Melaka jom ke Sabah pula. Kali ni superbestfriendforevertogetherever yang kawin. Hooohoi! Siapa cakap lelaki perempuan tak boleh jadi besties? Selalu update pasal bff girlfie yang kawin. Kali ni nak cerita bff boyfie pulak yang kawin. Ann ann ann nama dia! Kawan I masa sekolah dekat Sabah dulu. Lain kelas lain tahun! Haha. Macam mana jadi bff? Ok, itu lain cerita punya hal.

An dan isteri. 2012 semua pakat pakai purple kan! Tengok pelamin dia pun kale purple. ;D


Dapat je invitation terus suka suka suka sambil terangguk sekali kapala. Betapa eksitednya I. Lepas tu terus google2 cari tiket nak pergi Sabah. Sambil google otak ni pikir2 jugak nak pergi minggu ni ke minggu depan sebab kalau minggu depan kakak pulak nak meletup bersalin kat Sabah jugak. Hmmm hmm hmmm. Esoknya buka balik terus jerit kuat2 and tangan kuat2 tekan mouse. Semalam murah hari ni dah 5 kali ganda harga. Ciskek cisbeger betul!

Akhirnya tak pergi juga wedding An. Takpela. Pergi tengok kakak meletup je la. Then, petang hari kenduri An (10/11/12) mak pulak call. Mak cakap kakak dah meletup. Lagi la macam aaaaaa apaaaaaa.!!!!! Esok terus call kakak. "Awak cakap baby keluar next week?"  Kakak cakap "Mana la tau weyh, dah dia nak keluar. Ini pun kena bedah!"  Hmmmm...fine! Izz Zackwan ni nakal tau!



Selamat pengantin baru An! =)



Kita dekat Sabah lagi. Kali ni cerita tunang. Ema tunang. Classmate I masa form 2 dulu. Antara kawan pertama masa baru pindah sekolah dekat Sabah! Masa tu meja empat. I duduk segroup dengan Ema, Ayuni, lagi sorang tu Albar ke Daniel. Tak ingat! Heheh. Banyak makan semut mungkin!

Sama je macam zaman sekolah dulu2. Biru pengawas =)


Lagi sorang Ayuni yang I cakap tadi pun dah selamat dah jadi isteri orang last week kalau tak silap! Alhamdulillah. Tahniah la kawan2. Tahun ni memang tak sempat nak ke Sabah. InsyaAllah next year! Aku tumbuk muka kau bah! #Eh...



Next, pertunangan model jelita. Hikss! Pija the beauty punya E-Day. Manis gula batu! Pink pulak tu. Menanah mata I tengok orang pakai pink! Gila suwit!!


See, betapa cantiknya pink dia! $$$$$$$$$$$


Pija si sepet! Dulu2 masa belajar dekat Terengganu hostel kitorang sebelah2. Masa part 1. Dengar cara gelak pun dah tau yang itu Pija. Hihi. Comel sangat dia gelak. Tapi hari tu bila I remind balik cara Pija gelak cepat2 dia cakap itu zaman dulu2. Dah tak relevant dah kalau nak gelak macam tu sekarang! Kekonon! ;p


And she's so beautiful! =)



Orite, kali ni memang betul2 surpise prise! The economist bertunang serentak. Kalau tak silap I la. Bangun pagi sebelum subuh dengan mata macam kena lekat gam UHU tak boleh buka nampak laptop pun macam kecik je. Bila buka fb tengok serentak budak2 ni upload gambar dah tunang. Nasib bukan tunang yang sama #eh..haha...

Pink =)


Pengantin akan datang. Zai. Classmate I. Housemate Zira dengan Myra. Tengok2 dah bertukar status. Ke selatan lagi la kita next week! Myra jaga2 eh, kang nanti jangkit kat Myra pulak ntah2 esok dapat kad jemputan. Huehue... =D


Lagi sorang. Aten! Aten yang comel. Suara pun sexy. Happy sentiasa. Ntah la. Tak pernah pulak nampak Aten moody. Dah la masa kelas SM dulu, dalam orang lain takut2 boleh pulak la si Aten ni cakap dengan Dr Azmi nak pergi toilet. Hahah. Kelakar!



Dan...owhh...pink lagi???


Tahniah Aten! =)


Lots of kenduri nasi minyak! Tahniah semua pengantin2 dan bakal2 pengantin! Muka semua pun berseri-seri je! Alhamdulillah! =)


P/S: Hari tu kan. Entri yang dulu kan. Ada seorang ni kan. Dia tanya tau. Dia cakap.. "Babe, you bukan dah lebih 3 kali ke jadi pengapit pengantin? Suppose majlis you la pulak lepas ni sebab mama I cakap siapa lebih tiga kali jadi pengapit orang tu kawin cepat! Haha..Lepas ni I jadi pengapit you eh! =) Tapi kan I ada baca siapa yang banyak kali jadi pengapit dia kawin lambat! Takut la pulak sebab I pun dah dua kali jadi pengapit. Hehehe..."


I macam eh aaaa? opsss..owww...haha...gila kelakar soalan! Macam mana nak jawab? Alia  ni suka merepek kerepek pisang tau! ... ;p  




Happy new year 2013 sweetpie! =)



Love,h'wawa