Saturday, September 24, 2011

Straw ♥


Hati sebesar straw. Ye straw! Yang kita guna untuk menyedut minuman tu. Yang pasti straw tu besar ke? Tak..straw tak besar pun. Straw hanya panjang dan mempunyai lubang yang kecil. Owh, ya. Kita bercakap mengenai straw asal yang halus dan kecil. Bukan straw besar dan gemuk yang keras itu! Kenapa hati sebesar straw? Setiap perkataan dan perbuatan manusia kadang2 tidak semua menyenangkan. Bila dah tak suka itu mulalah sentap sana sentap sini. Tetapi selalu sangat2 sentap2 pun tak guna juga! Nampak sangat tak boleh terima kenyataan kan!

Hati bagai straw sebab dia halus dan kecil. Jadi apa2 yang orang cakap memang I sangat cepat terasa. Tak kisah la benda buruk ke baik. Ibaratnya kata2 awak semua telah disedut oleh straw dan terus meluncur masuk dalam hati. Fuhhh. Bila dah touching mula la kecil hati. Macam lubang straw yang sempit. Tapi itu tak bermakna I langsung tak boleh terima. Sama juga macam fizikal straw yang panjang dan halus. It means that I perlukan masa untuk normal. Oh yeah...Lagipun I merajuk tak lama..Menjauhkan diri dari orang yang mengecilkan hati selama 20 minit dah ok dah. Kalau orang tu jahat gila, sehari pun ok la. Tapi kalau betul2 jahat awak fikir la sendiri ye. Straw juga ada yang lutsinar ada yang tak. Same goes to me. Kadang2 I juga perlu hipokrit seperti straw yang plastik untuk jaga hati orang! Auchh...

Ok la..Bloggie mesti tak faham apa yang I merepek ni. Sebenarnya nak cakap pasal mulut. Tadi straw sekarang mulut pulak. Mulut? Ada apa dengan mulut? Yang paling tepat sekali percakapan la. Eh, tak..I tipu. Actually pasal I. Ok, faham2 je la kan! Sorry. Tapi sebenarnya tak sorry pun! Ini semua hanyalah apa yang I rasa. This is my personal blog. My personal online diary yang I bagi orang baca. For sure masa nak fikir apa yang nak tulis dalam blog ni I fikir banyak2 kali. Takkan la cerita yang ntah apa2 mengarut kerepek pisang yang tak berasas I nak publish! Sangat tak sesuai ok. Tapi apa yang tak best sekarang ni ramai yang tersalah ertikan maksud disebalik cerita2 yang ada di sini. Honest, I keep talk about my self. My daily activities. My experience. My sweet and my sour. The baddest thing that happened in my life and all about me or something around me yang I rasa senang nak bercerita. Kalau nak buat blog pasal fakta yang betul2 fakta, yang langsung tak cakap hal peribadi memang I tak tau. Lagipun blog yang macam itu memerlukan seseorang yang betul2 komited berdepan dengan laptop berjam2. Dan itu memang bukan I. Jadi I hanya tau cakap benda merapu saja. Fine!


Apa2 yang I tulis adalah apa yang I rasa. Nak berblog pun I ikut mood. Kalau awal2 dah rancang nak update blog maknanya memang tak lah. Sebabnya tak ada mood. Jadi tak heran la blog I tak ramai follower. Siapa weyh yang nak baca blog main2 ni.


Manusia boleh berubah dalam seminit sahaja. Jadi kalau semalam I cakap lain hari ni mungkin I akan cakap lain. Haha. Tak boleh blah ennnn. Ok, sebenarnya I boring taip entry ni sekarang. Rasa macam skema badut je ayat dia. Baik kita straight to the point saja okay!



Banyak versi yang I dengar pasal entry yang I post awal tahun hari tu! Yang orang sebut2 tu. Tak payah la nak spesifik sangat kan! Haha....  

"suka dekat boyfriend orang?" 


Ada yang tanya siapa yang mula dulu. Mula apa pun I tak tau. Mula gedik2 kot! Mungkinlah. Ntahlah. Memang pada awalnya tak pernah terfikir pun nak cakap pasal dia. Kebetulan. Tapi lama lama..lama lama..whatever......





Ok, fine...tak excited nak tulis lagi. Kalau lima orang I jumpa lima lima tu bagi ceita yang berlainan. So, how come? 


Kalau rasa I jahat stay away from me la. Jaga boyfriend and girlfriend anda baik2. And kepada anak2 teruna jangan mainkan perasaan anak dara orang especially girlfriend tercinta anda dan juga mangsa keadaan seperti I. Noob! 



Ahaa, sakit otak layan I kan! Ciskek betul. Eh, I kalau minum air kan mesti guna dua straw. Best! Cepat sikit habis....


Dua straw...satu untuk sekarang...satu untuk masa depan..




LoveYou, h'wawa



Friday, September 23, 2011

Ini Adalah Kerepek Pisang ♥

Hai my dearest sweetheart bloggie! It has been a long time I tak manja2 dengan you kan! Nak buat macam mana sayang, I faced many problema. Chewah! Senyum sikit =)


Actually I saja nak lepas gian. Tak tau pasal apa I nak cerita. Saja nak manja2 dengan sayang I ni. Weeee...Esok I ada kelas pukul 8.30. Tapi tengok la sekarang pun sempat lagi nak berbelog kan! Jangan tiru perangai ini. Kononnya nak melepas ketension-nan selepas berjam2 siapkan add maths economy. Hehe. Very the alasan. 


Eh, awak tau tak, semenjak masuk sem ni mula lah kehidupan I yang agak clumsy. Paling ketara tang rambut ngan matanya. Haiyaaa....naik je sem baru perkara yang wajib berlaku ialah eyebags. Mata dah macam mata panda pulak kan! Kalau tak lebam macam kena tumbuk tak sah. Dah la kulit pun dah memang lebam. Lagi la tak nampak apa kan! Kan awak kan! Tak tau dah macam mana nak pulihkan mata I ni. Puas ditenyeh2 dengan teh pun tak hilang jugak! Sangat nakal ye mata ni...ish ish....


One more thing yang buat I ketidak tenteraman adalah berkaitan dengan mahkota rambut! Erkkkkkkkkkk...ntah apa ke masalahnya asyik nak gugur je. Kalau tengok dekat lantai bilik ni takut pulak. Macam orang sakit kronik! Ish, Nauzubillahhiminzalik....Makin teruk lah rambut I macam ni. Dah la kering tak terurus. Hmmmm..mintak2 la nanti kalau I lalu depan awak awak tak jerit cakap orang gila ye. Sangat terguris hati nanti......uwaaaaaaa.......


Lagi satu pasal yang tak puas hati. Mood I nak berbelog jadi tersekat. Sebab? Owh, awak tau tak laptop I ada masalah sikit dengan tempat memory card itu. Macam mana ntah boleh patah wallaualam...So macam mana? Dah la bluetooth pun setting dah hilang. So annoying kan! Maknanya nanti I buat entry tanpa gambar sebenar. Dan entry tanpa gambar sebenar adalah tidak seronok kan! kan!


Lagi nak merepek sebelum tidur. Tadi I post lagu perpisahan terasing dekat facebook. Nak post dekat twitter tiba2 line tak elok pulak. Ciskek betul...hmmm...I pusing lagu tu banyak banyak banyak kali. Konon la nak feeling2 tengah2 malam. Haha. Maklumlah, anak dara. Hehe...


Pusing lagu tu banyak kali dengan harapan dalam mimpi dapat jumpa Khairy Jamaludin kesayangan I tu. Perghhh....terus dapat ngokngek sebijik dari kawan I. Haha. 


Eh awak, I dah ngantuk. Okay babai. .....Tapi kan hari selasa hari tu baju I koyak kena iron terlampau panans. Maklumlah guna iron orang. Orang rumah dekat kan tak boleh bawa iron. Buat berat bag je. Thehehe...Ok dah...goodnyte darlingskuuuuuu....


Eh lagi satu nak cakap...I bukan lah stalker yang hebat...Ish ish...tak best betul...Baru nak perasan2 jadi superstalkerwawa.. I kena intip oleh someone punya someone punya tut tut...haha...



Owh...lapar gila nak pengsan bila nampak kerepek ni! Selamat hari raya


Sorry atas kegilaan untuk topic ini...Yang sebenarnya I dah mengigau..Tak sabar nak tidur pergi kelas Fin esok! 



Ini adalah cerita kerepek pisang! Muax



LoveKepekPisang,h'wawa

Monday, September 5, 2011

Ketuk Ketuk Sorang Sorang!


Ketuk2 Ramadhan dah lama habis. Setiap hari kot I tengok. Maklumlah, orang free sepenuh masa. Hehe. Ketuk2 Syawal? Langsung tak tengok. Pagi satu syawal sampai hari ni I sibuk ketuk2 dapur sebab perut ni selalu ketuk2 nak makan. So takde masa nak tengok tv.


Sekarang pulak I sibuk ketuk2 keyboard nak buat entry pasal ketuk2 rasa nak ketuk visitor yang datang belog I. (Eleh, macam la I berani sangat nak ketuk anak orang kan! Tipu je okehh!) Ok la, kenapa rasa nak ketukkkkkkkk? 


Mari kita lihat ini ye.......



Ini adalah shout box dekat opss auch auww. Ye la dekat blog ni la. Tengok nama2 yang terpamer yang rajin menyinggah blog I. Terima kasih sangat kepada awak yang sudi datang baca blog kerepek pisang ni. Lagi berterima kasih dekat awak yang sudi say hye2 dekat I. Really appreciate this so much! 


Tapi kan, yang buat rasa nak ketuk2 ni sebab awak bagi link yang merepek meraban. Siapa2 yang tegur yang tinggalkan link semua I follow balik. Tapi bila tekan link yang awak bagi terkaku jap tiba2. Aikkk, link apa kau bagi???? Adoi makkkk....Macam mana nak say thank you macam ni. Yang mana bagi link betul tu ada la juga. Senang je I follow balik. Masalahnya ni yang bagi kerepek pisang punya. 



Paling tak boleh blah masa I guna layout baby dulu. Ada seorang manusia ni dia promote barang2 baby dekat I. Hamboi, agaknya dia ingat I gadis melayu beranak lapan kot! Haha. Ada juga tak habis2 promote alat nak kuruskan badan. Weyh, tau lah I asyik mengeluh nak kurus je. Haishhh....Macam2...Nak cari jodoh, nak melancong, nak kawin, nak makan, nak ke sana, nak ke sini....semua pun nak invite. Ini nasib baik dia bagi link yang takde kena mengena dengan I. Paling bast ada yang bagi link expired dekat I. Gila pelik nak pengsan! 



So korang rasa boleh percaya ke dengan shout box ni? Maybe korang punya betul la kot! I punya yang ntah apa2. Dah la bagi link mengarut, paling tak boleh blah nama pun nak tipu. Kalau tengok semua la nak letak nama hollywood gitu! Ish, tau la I dulu teman tapi mesra Richard Gere kan! Pandai diorang ni. Visitor I foreigner yang pandai baca Melayu. Tapi bila pikir2 balik mungkin diorang rakyat Malaysia yang memang faham tulisan melayu kot! That's why la diorang bagi comment positive. Mungkin. Mungkinlah! Ahaksss....


Kalau si kacak ini yang baca blog I takpe la jugak!


Atau mungkin juga blog I yang tenat! Semua widget pun tak berfungsi dengan baik! Seperti yang anda boleh lihat sekarang. Segalanya serba gonjeng. Header pun kosong! Hanya dipenuhi bunga bungaan sahaja. Mungkinlah! Mungkin. Terasa sakit hati disitu!



Tapi I rasa I tau kenapa widget I buat hal. Mungkin kerana blog opss auch auw dipenuhi salji. Mungkinlah! Mungkin! Rasa nak ketuk ketukkkkkkk je!





LoveKetuk2,h'wawa



Friday, September 2, 2011

=) ♥



=)


<3


10.05 pm 


1st September 2011 (3rd Syawal) Thursday


Te quiero



LoveYou,h'wawa