Wednesday, March 16, 2011

Nak Macam Olive ♥







Macam mana nak kurus? Atau paling tepat macam mana nak buang segala lemak2 yang terlebih dalam badan yang tidak diperlukan lagi? Sangat takut ok tengok depan cermin. Atas kembang, bawah tembam, tepi gemuk, kanan lebar, barat daya, timur laut segala pun macam terlebih kembang je. Haishhhh! Risau dah ni (risau2 pun mulut asyik nak menguyah je!). I punya jadual diet makin hari makin decrease ok. Memang merepek sangat2. Tak makan dua tiga hari then tadi bila dah start makan semua la nak telan. Semua pun macam sedap je. Nampak choki choki pun rasa macam nampak turkey golek. Sangat annoying kan!





Dari pada dulu sampai sekarang kalau I online je perkara yang mesti I buat google menu diet, senaman nak kuruskan badan, macam mana nak kurangkan nafsu makan, how to get fit and segala macam berkaitan nak kurus2 ni semua I google. Wah, macam hebat kan! Tapi tak pernah nya nak jadi keding macam Liyana Jasmay tu. Jeles I tau! =P







Tiba2 teringat pulak lecturer economy I cakap yang kalau dah average berat badan macam tu still macam tu je la. Jangan harap la nak kerempeng macam bini Popeye. >_<


CANTIKKAN OLIVE OYL NI! KURUS SLIM JE...HEHE
UNTUNG POPEYE DAPAT BINI KEDING!




Baru2 ni I timbang berat badan. Maintain je sama macam dulu. Even kalau turun pun bentuknya still tak berubah. Kalau ikut apa yang I tau itu semua just penurunan air dalam badan je. Means kalau kita makan balik berat pun naik. Eiiiiii. Apa ni? Tak best la. Memang ketara sangat badan dah naik. Lengan I adalah sasaran pertama yang I nak kuruskan. Tapi macam mana? Bila I baca majalah rapi (majalah feberet untuk orang yang excited nak sihat dan kurus macam I) doktor cakap lengan tak boleh nak kurus. Bila kita buat dumbell lemak yang ada ditukar menjadi otot. Wahhh, nanti lengan ketul2. Euuu! Taknak la.



Lepas tu I nak kecilkan saiz kaki. Dah macam apa dah. Lebih sangat makan ayam kot! Dah banyak isi macam ayam dah. Betis pun gemuk je. Hari2 I panjat bukit nak pergi fac pun still macam tu lagi. OMG! Bencilah!



Muka pun dah tembam. Pinggang pun dah takde bentuk. Haishhh. Nampak sangat kehidupan tak sihat kan. Hahaha. Lain kali jangan malas bersenam ye kawan2. =)














Gambarajah manusia di atas adalah gambar I. Tak payah cakap apa2 pliss. I dah tau dah! Ok, bahagian yang I bulat bulatkan dengan warna hijau itu adalah bahagian yang mengalami masalah tahap kritikal. Bahagian ini yang menjadi punca masalah kelebihan berat badan I. (Cehh cakap je la nak kurus satu badan enn!) Tengok, banyakkan yang I kena kuruskan. So, kena la hardwork nak kembali slim macam dulu. Eiiiii. Itu dugaan yang sangat besar. Berperang dengan nafsu. Nafsu makan dengan nafsu nak excercise. Dulu2 konon macam rajin la buat seat up 100 kali pagi and 100 kali malam. Tahan dua minggu je lepas tu senak perut sebulan. Haha. Iman goyah terus stop nak buat! Boleh? Euuuuuu. Tak boleh la macam tu kan. Kita kena kuat semangat. Go Wawa go!





Memang tipu siapa2 yang cakap I kurus. Lempang nak? Cubit pipi tu karang baru tau! Nak tipu pun agak2 la. Lebih2 lagi kawan2 I dekat Shah Alam ni. Maybe awak semua tak nampak sebab I pakai baju kurung pergi kelas kot. Konon nampak slim je. Haha. Ngokngek la. Tapi bila pakai seluar semua pun pakat tanya soalan yang sama. "Badan dah naik ke?" ....~~~~~~








Baru2 ni dekat kolej Seroja ada buat program ke arah mahasiswa sihat. I antara orang yang excited nak nak join. Siapa yang taknak orang bagi ceramah pasal kesihatan. Then masa program kali pertama tu I join la. Macam best je aktiviti dia even ada penceramah tu sedikit ntah apa2. (sempat lagi bergossip tu). Eiii. Tapi lama2 I rasa macama pelik je. Malam2 bagi kitorang makan nasi yang penuh dengan karbohidrat. Dah la nisbah nasi, ayam dengan sayur langsung tak balance. Macam merepek je diorang ni ek. Kalau setakat letak sayur satu sudu besar je nak balance macam mana tu bang oiii? =P



Lepas tu untuk minggu yang seterusnya I still join lagi. Rela tak balik rumah kot nak pergi program kurus punya pasal. Family dekat rumah dah bising tak bagi I ikut program tu. Dah kurus katanya? Ye ke? Hehe. Ntah la. Macam biasa sebelum program bermula kitorang dijamu lagi dengan makanan yang tidak seimbang juga. Lapar punya pasal telan je la balance ke tak balance pun. Janji kenyang! Lepas tu ceramah lagi. Paling tak boleh blah bila masuk bab LDK, I kena perli dengan tuan punya program. Haha. Agak la. Nak berhungga hungga dengan kebaya. Terbelah pula tu. Siapa la yang tak rasa kelakar. Macam2 nak kurus ni kan!




So, nampaknya esok I kena start diet balik. Kali ni betul2 kena kuat semangat. Harap2 la I tahan. Kalau tak boleh pun kita bawa ke hari esok punya esok. Hehe.(Banyak cantikkan! Kalau macam ni sampai bila2 pun tak kurus. Makin tembun adalah.)




Jadi sebenarnya kalau nak kurus ni benda yang paling penting sekali kena disipilin dalam berexcercise. Yeah! Lepas tu makan ikut la yang piramid makanan tu bagi. Makan banyak buah buahan dan sayur sayuran juga bijirin. Air putih minum banyak2 tau. Nanti baru boleh cantik macam Fasha Sandha. Haha. Tidur kena cukup fikiran kena positif. Baru aura tu timbul. Hehe.



Jom kita sihat dan cantik sama2 jom! ^^















Love,h'wawa.























2 comments:

  1. ko tu kurus... perasan je gemuk... kalo bdn cm aku ni lain la oi! watpe nk jd keding ala2 olive tu... euw... lelaki x suka perempuan keding... cuba r bersenam... bg bdn tough sikit... badan pn cantik & sihat... x guna ko p tahan nafsu mkn tp t ko lak x leh nk control... kempunan konon...kih3...
    pape pun, terpulang la pd ko... asal ko sihat... jgn t time kt kelas ko pengsan dah...

    ReplyDelete
  2. haha..korang sume xnmpak weyh...lengan org dh gemuk dh ni..kaki pun besar je...haha..xpe la kalau org pengsan..call je ambulans...gerenti beres!

    ReplyDelete