Thursday, March 31, 2011

Go Green For Today! ♥

Salam pagi Khamis dan hijau semua! Yeah, Go Green! Hari ni penuh semangat I nak pergi kelas bel. Presentation time! Muah! So maksudnya segala penat terlajak kitorang buat questionnaire selama ini akan dipertontonkan kepada group bel bm2304a. Titik!  =)
So siapa2 yang nak tengok I pakai baju hijau silalah datang kelas hari ni ye. Wah, Wawa pakai baju hijau. Selalu tu pink je kan. Demi group bel tersayang baju hijau sanggup kupakai. Hehe. Lagipun tajuk presentation kitorang is No Plastic Bag Day! Bag kertas tak pe ye.



Wah, tomeynye bumi ni....heee



Awak rasa patut tak UiTM pun tetapkan satu hari dalam seminggu khas untuk hari tiada beg plastik ni? For sure bertambah bersih dan cantik UiTM dihatiku ni kan. Kalau pelawat datang pun mesti kagum and bangga sebab student kita semua pembersih dan ikut cakap. Especially orang yang macam I yang memang tak suka tengok orang lain suka2 hati campak sampah sepah2. Baikkan I sampai terpuji diri sendiri pulak. Ish, kalau la I ada magic Harry Potter kan dah lama I abracadabra kan semua biar patuh sikit dengan kempen2 kemasyarakatan macam ni. Takde lah masalah alam sekitar nanti. Kita kan kena sayang bumi sendiri kan =)


Baru2 ni kita sambut Earth Hour. Best! Semua pun gelap je. Macam candle light dinner. Romantic tu. Haha. Eh jap2. Awak sokong tak earth hour ni? Weyh kalau malas tahap gaban pun nak tutup semua elektrik tutup lampu je pun sudah. Bukannya susah pun. Apa la. Macam mana bumi nak sihat. Then bila bumi dah sakit semua pun takut. Kejam betul la.  =(
Tau tak selain dapat sejukkan bumi untuk beberapa jam kita pun dapat save kan bil elektrik tau! Best kan. Tak payah nak bayar bil elektrik beratus ratus ni. So lepas2 ni kalau nak jimat seminggu sekali buat earth hour peringkat rumah je. Barulah economy kan! Heee.



Before and after earth hour at my beloved KLCC ...muaah!


Selain kempen tiada beg plastik dan earth hour macam2 lagi kempen yang dilancarkan untuk selamatkan bumi kita ni. Hehe. (Tiba2 macam skema badut je ayat kan. Macam buat rumusan Bahasa Melayu je. Hahaha. ) Sebagai rakyat bumi yang patuh apa kata kita sokong je program2 macam ni. (hee, mesti PM bangga dapat rakyat macam I ni kan! Sangat patriotik!) Barulah rasa berbakti sikit.



Go Green untuk presenter hari ni..Aa Wawa Zati...Peace....


Opss, alamak dah sebelas setengah. Ok la I nak siap2. Baju hijau pun tak iron lagi. Wish me luck for my presentation tau! Haha. Kan awak semua sayang Wawa. Muah2 la my darling.*tetibe!


Siapa rindu I cepat datang kelas hari ni. Jangan ngada2 nak ponteng kelas Fin ea!  =P
I dapat mesej mR _ _







Love,h'wawa

Tuesday, March 29, 2011

Crying Hearts.

Semalam I down seharian. Tak tau la kenapa. Rasa nak menangis menangis dan always menangis. Rindu dekat Razman agaknya kot. (Hah, tibe2) Kesian dia sakit. Hmmmmm. Rasa sedih terlampau plus dengan rasa nak melempang orang. Wah, ganasnya Hawa Wawa ni. Masa duduk berdua-duaan dengan Cik Kaede dekat meja mcd lagi I dah tak berapa nak betul. Mata pun terkelip-kelip nak tidur. Kesian pula dia merapik sorang2. Haishhh. Sampai dekat kolej lagi la bertambah sedih gila nak mati. Masa mandi ambil peluang nangis puas2. Takde siapa tau. Hehe. Puas hati I. Masuk bilik mata macam cina bukit. Tengok dekat handphone miscall macam apa. Macam2 nombor ada. Serius takde mood nak jawab call. Sorry mama!  =(




Tu la banyak gelak lagi...kan dah nangis~~~~


Melepet atas katil je kerja I. Macam orang meroyan. Dalam takde2 mood paksa juga diri buka buku macro. Dekat dua jam baca muka surat yang sama. Ntah apa yang I baca pun tak tau. Tiba2 terbayang I duduk dekat dunia sorang2 takde orang lain.  =(
Sedih sangat2 macam takde sorang pun sayang dekat I.
Ntah bila I tidur pun tak tau. Sedar2 dah pagi tengok muka pucat gila annoying. Haishhhh....apa nak jadi la Siti Hawa!


Semua orang pun tak percaya tengok I gelak2 gedik2 dekat fb. Macam takde apa2 je minah ni. Nasib ada blog kesayangan tempat I nak merepek repek ni. 

See now apa dah jadi. Hidup I berantakan ni. Semua pun selebet serabai je. Owh my! Go on Wawa! Don't give up!





h'wawa






Saturday, March 26, 2011

Tanya Sama Hati ♥




Tanya pada pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin nan goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
Nanti jawab langit tanyalah awan

Awan nanti kata aku kandung air
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang



Masa kecik2 dulu suka sangat nyanyi lagu ni. Pantang nampak lopak air yang lepas hujan lebat tu mesti nak nyanyi. Masa tu tak tau lagi lagu ni ada dalam cerita P.Ramlee. Then bila dah besar sikit baru la tau. Itupun masa baring2 atas kerusi panjang dekat rumah. Tak ingat pulak masa tu darjah berapa. Tiba2 masa tengah tengok tv ada pula terselit lagu ni. Owh, baru la ceq tau lagu pokok2 ni lagu P.Ramlee. Hehe. Bila dah tau lagi la bertambah koya(perasan). Mandi je nak nyanyi lagu ni. Ye lah masa kecik2 dulu bilik air gila besar. So suka sangat mandi dalam besen panjang yang tempat mak suka rendam baju tu. Kononnya kolam la. Siap buka air hujan lagi. Wah, berenang2 la dalam kolam. Haha. Tak pun tadah air dalam tong besar yang tempat orang simpan air masa zaman takde air dulu. Ala yang ada kale merah ngan biru tu la. Isi air sampai penuh then masuk berendam dalam tu. Sumpah best! Dua tiga jam tahan duduk dalam bilik air. Selagi tak biru bibir tu memang tak naik lah kan! =)



Ok, itu cerita masa zaman muda2 cantik jelita dulu. Hehe. Sekarang ni I nak cerita pasal lagu ni je. Sampai sekarang I suka lagu ni. Gila jiwang enn! Senang cerita bukan lagu ni je. Mana2 lagu P.Ramlee memang best la. I kan type Klasik Nasional. Layan la juga lagu2 gini. Wah, hebat tak hebat tak I suka dengar lagu cam ni? Mesti awak kagum kan! Hehe. Hari2 tengok pun ok je. Nak2 siri yang ada bujanglapok2 ni. Best kot! Dah la sekarang bulan P.Ramlee kan. So dekat Astro ni tak habis2 cerita P.Ramlee. Dah seratus satu kali I tengok pun tak boring. (hehe..ala kalau ada part2 yang boring tu tukar la channel). Pagi tadi pun tengok Seniman Bujang Lapok. Cerita yang ada Sarip Dol samseng kampung dusun tu la...Takkan awak tak ingat kot! Haaa, sekarang ingat tak ingat tak? Yesss! Ingat pun. >_<



Actuallykan, paling I kagum kalau tengok cerita dulu2 ni sebab tengok pinggang heroin dia. Gila ramping. Sebijik kerengga! Dasat weyh! Apa la yang diorang buat ek sampai pinggang pun dah macam leher budak lima tahun. Bila la pinggang I nak macam tu. Haha. =P


Baiklah, awak dah dengar belum lagu yang I post ni? Dekat fb pun I post lagu ni tau! Silalah dengar please. Jom kita berjiwang-jiwang sesama. Hehe. Sekali sekala kita bermadah berayat metafora melankolik mesti best kan! Ibarat bulan jatuh ke riba. Takkan lari gunung dikejar. Kalau jodoh tidak ke mana. Buah hati kekasih orang. Eh, opsss. Haha. Tetibe enn!
Cuba dengar betul2 lirik dia satu2. Memang sesuai sangatlah untuk korang semua yang dilanda badai asrama ni. Ececeh...hehe..badai asrama ke asmara? Nak2 tengah duduk sorang2 tiba2 ada pulak angin sepoi2 meniup. Fuhh...terbang2 rambut ni. Takpun tudung yang bergerak-gerak. Masa ni la teringat- ingat dekat buah hati pengarang jantung! Ahaha. Asyik nak senyum2 je. Kejap2 nak tengok handphone. Lepas tu kalau dekat facebook tak sah kalau takde status hati berbunga bunga ni. Semua pun mesti nak ada love2 enn! Woih, hebat tu!



Tiap2 saat rasa nak messege je. Lepas tu taip "I RINDU KT U". Then bila orang yang dimessage tu balas "I PUN RINDU KAT U" balik mula la tergolek-golek kiri kanan. Kembang semangkuk! Hihi. Tak habis2 la dengan i rindu u u rindu i. IMY dibalas balik IMYT lah! Bak kata kakak I ibarat budak sekolah baru belajar bercinta. Cinta monyet. Heee.
Bukan main lagi senyum sorang2. Tak bagi tau siapa2 pun. Amboiiii..........


Hari2 pun tunggu hp berbunyi. Bila dah lama sangat sangat sangat tunggu tak berbunyi juga mula la resah. Nak tak nak terpaksa juga hantar sekeping mesej. Baru ok. Tapi bila orang tu tak balas2 mesej mula la rasa nak merajuk and fikir ala, dia dah tak suka aku....Mood pun takde. Esok dapat mesej I tertidur la u...Automatik senyum balik. Start lah bermesej semula.


Tapi tiba2 ada orang tau pula kes uda dan dara ni. "I baca mesej u dgn someone td...hari2 pun rndu kt org tu..bncilah :( "
hahahaha......

Alamakkkkk...kantoi! Malu giles ah!







♥fs...h'wawa♥




Thursday, March 17, 2011

IMYFS ♥ ツ





it hurts to love someone and never find the courage to let the person know how you feel!
owh FS!ツ
i swear i miss you!♥






♥FS♥
♥wawa♥




Wednesday, March 16, 2011

Nak Macam Olive ♥







Macam mana nak kurus? Atau paling tepat macam mana nak buang segala lemak2 yang terlebih dalam badan yang tidak diperlukan lagi? Sangat takut ok tengok depan cermin. Atas kembang, bawah tembam, tepi gemuk, kanan lebar, barat daya, timur laut segala pun macam terlebih kembang je. Haishhhh! Risau dah ni (risau2 pun mulut asyik nak menguyah je!). I punya jadual diet makin hari makin decrease ok. Memang merepek sangat2. Tak makan dua tiga hari then tadi bila dah start makan semua la nak telan. Semua pun macam sedap je. Nampak choki choki pun rasa macam nampak turkey golek. Sangat annoying kan!





Dari pada dulu sampai sekarang kalau I online je perkara yang mesti I buat google menu diet, senaman nak kuruskan badan, macam mana nak kurangkan nafsu makan, how to get fit and segala macam berkaitan nak kurus2 ni semua I google. Wah, macam hebat kan! Tapi tak pernah nya nak jadi keding macam Liyana Jasmay tu. Jeles I tau! =P







Tiba2 teringat pulak lecturer economy I cakap yang kalau dah average berat badan macam tu still macam tu je la. Jangan harap la nak kerempeng macam bini Popeye. >_<


CANTIKKAN OLIVE OYL NI! KURUS SLIM JE...HEHE
UNTUNG POPEYE DAPAT BINI KEDING!




Baru2 ni I timbang berat badan. Maintain je sama macam dulu. Even kalau turun pun bentuknya still tak berubah. Kalau ikut apa yang I tau itu semua just penurunan air dalam badan je. Means kalau kita makan balik berat pun naik. Eiiiiii. Apa ni? Tak best la. Memang ketara sangat badan dah naik. Lengan I adalah sasaran pertama yang I nak kuruskan. Tapi macam mana? Bila I baca majalah rapi (majalah feberet untuk orang yang excited nak sihat dan kurus macam I) doktor cakap lengan tak boleh nak kurus. Bila kita buat dumbell lemak yang ada ditukar menjadi otot. Wahhh, nanti lengan ketul2. Euuu! Taknak la.



Lepas tu I nak kecilkan saiz kaki. Dah macam apa dah. Lebih sangat makan ayam kot! Dah banyak isi macam ayam dah. Betis pun gemuk je. Hari2 I panjat bukit nak pergi fac pun still macam tu lagi. OMG! Bencilah!



Muka pun dah tembam. Pinggang pun dah takde bentuk. Haishhh. Nampak sangat kehidupan tak sihat kan. Hahaha. Lain kali jangan malas bersenam ye kawan2. =)














Gambarajah manusia di atas adalah gambar I. Tak payah cakap apa2 pliss. I dah tau dah! Ok, bahagian yang I bulat bulatkan dengan warna hijau itu adalah bahagian yang mengalami masalah tahap kritikal. Bahagian ini yang menjadi punca masalah kelebihan berat badan I. (Cehh cakap je la nak kurus satu badan enn!) Tengok, banyakkan yang I kena kuruskan. So, kena la hardwork nak kembali slim macam dulu. Eiiiii. Itu dugaan yang sangat besar. Berperang dengan nafsu. Nafsu makan dengan nafsu nak excercise. Dulu2 konon macam rajin la buat seat up 100 kali pagi and 100 kali malam. Tahan dua minggu je lepas tu senak perut sebulan. Haha. Iman goyah terus stop nak buat! Boleh? Euuuuuu. Tak boleh la macam tu kan. Kita kena kuat semangat. Go Wawa go!





Memang tipu siapa2 yang cakap I kurus. Lempang nak? Cubit pipi tu karang baru tau! Nak tipu pun agak2 la. Lebih2 lagi kawan2 I dekat Shah Alam ni. Maybe awak semua tak nampak sebab I pakai baju kurung pergi kelas kot. Konon nampak slim je. Haha. Ngokngek la. Tapi bila pakai seluar semua pun pakat tanya soalan yang sama. "Badan dah naik ke?" ....~~~~~~








Baru2 ni dekat kolej Seroja ada buat program ke arah mahasiswa sihat. I antara orang yang excited nak nak join. Siapa yang taknak orang bagi ceramah pasal kesihatan. Then masa program kali pertama tu I join la. Macam best je aktiviti dia even ada penceramah tu sedikit ntah apa2. (sempat lagi bergossip tu). Eiii. Tapi lama2 I rasa macama pelik je. Malam2 bagi kitorang makan nasi yang penuh dengan karbohidrat. Dah la nisbah nasi, ayam dengan sayur langsung tak balance. Macam merepek je diorang ni ek. Kalau setakat letak sayur satu sudu besar je nak balance macam mana tu bang oiii? =P



Lepas tu untuk minggu yang seterusnya I still join lagi. Rela tak balik rumah kot nak pergi program kurus punya pasal. Family dekat rumah dah bising tak bagi I ikut program tu. Dah kurus katanya? Ye ke? Hehe. Ntah la. Macam biasa sebelum program bermula kitorang dijamu lagi dengan makanan yang tidak seimbang juga. Lapar punya pasal telan je la balance ke tak balance pun. Janji kenyang! Lepas tu ceramah lagi. Paling tak boleh blah bila masuk bab LDK, I kena perli dengan tuan punya program. Haha. Agak la. Nak berhungga hungga dengan kebaya. Terbelah pula tu. Siapa la yang tak rasa kelakar. Macam2 nak kurus ni kan!




So, nampaknya esok I kena start diet balik. Kali ni betul2 kena kuat semangat. Harap2 la I tahan. Kalau tak boleh pun kita bawa ke hari esok punya esok. Hehe.(Banyak cantikkan! Kalau macam ni sampai bila2 pun tak kurus. Makin tembun adalah.)




Jadi sebenarnya kalau nak kurus ni benda yang paling penting sekali kena disipilin dalam berexcercise. Yeah! Lepas tu makan ikut la yang piramid makanan tu bagi. Makan banyak buah buahan dan sayur sayuran juga bijirin. Air putih minum banyak2 tau. Nanti baru boleh cantik macam Fasha Sandha. Haha. Tidur kena cukup fikiran kena positif. Baru aura tu timbul. Hehe.



Jom kita sihat dan cantik sama2 jom! ^^















Love,h'wawa.























Tuesday, March 15, 2011

Bukan Hujan Baik =)


Tadi masa kelas macro lecturer I siap pesan lagi jangan main hujan. Ini semua kesan dari nuklear yang meletup dekat jepun tu. Effect dia memang dahsyat! So, takpayah la nak gedik2 main lari2 guling2 dalam hujan macam yang Shah Rukh Khan buat masa muda2 dulu k! Time sekarang memang tak sesuai. Gila la! Cari nahas jawabnya kalau still nak nyanyi Kuch Kuch Hota Hai masa ni. Haha.


Then bila dah dengar apa yang puan cakap tu I and Zati comel pun senyum2 gelak2 taknak kena hujan asid yang boleh membahayakan kecantikan luar dalam kitorang ni. Terfikir2 macam mana nak balik nanti bila tengok langit je dah macam awan kumulonimbus (betul ke I eja ni?). Takut la tiba2 bila ingatkan balik apa yang jadi dekat jepun zaman2 Hiroshima dulu. Haishh! Macam2 penyakit boleh dapat kalau dah terkena hujan asid ni. Nauzubillahiminzalik! Semoga kita semua dilindungi. Amin! =)


Hari ni I rasa haus terlampau. Air pun tak bawa. Nak bawa botol kosong tadi (macam la tak biasa refill air watercooler tu!) pun macam ntah apa2 la sebab botol tu bunyi krek krek. Kang tak pasal2 sepanjang jalan nak pergi fac beg I yang kaler pink tu asyik bunyi je. Tak mau tak mau! Hehe. Ok fine. Berbalik pada cerita hujan asid tadi. Dalam kelas Fin petang tadi semua pun ok je. Tambah spirit I nak belajar Fin lebih2 lagi ada air coke dengan asam yang gila hebat. Hilang sikit rasa loya yang annoying! =)))

Habis je kelas Fin mula la risau semacam tak tau nak balik macam mana. Aiyookkk..tak tau....Habis la kena hujan asid lepas ni. Makkkkk, scary nya. So I dengan Zati pun buat plan nak balik naik bas. Tak kisah la macam mana pun. Janji tak kena hujan. Heee. Then dengan penuh semangatnya jalan la nak pergi dekat tempat bas. Auchh! Belum sempat keluar hujan dah lebat. Nak tak nak kena redah juga. Kalau tak kena tinggal bas. Lagi la taknak kan! So, di bawah hujan lebat dan kilat sabung menyabung ni lalu berjalan lah keanak kesopanan kami bertiga dibawah satu payung. Haha. Konfem la basah kan. Mana nak cover high heelsnya, nak control kain belahnya, nak jaga taknak bagi tergolek nya...Haha. So bayangkan betapa kura2nya I jalan kan! Dah la sejuk pula tu. Hmmmm......




Inilah gambaran I sewaktu balik dalam hujan tadi. Haha. Comel tak? Kahkah. Awek vampira la katakan. Garis pink itu ialah garis pemisah antara basah dan kering. Ini disebabkan I berkongsi payung dan tempias terkena di sebelah kanan I k. So basah sebelah je. Keadaan menjadi kura2 bila I terpaksa jaga kasut I dari terpeleot, tergolek, tercicir atau tergelincir memandangkan heels yang I pakai ni tak ada protection dekat belakang. Lain la kalau I pakai heels grey atau heels coklat I yang dah sah2 selamat digunakan! Jalan pula dengan terketar-ketar sebab sejuk air hujan. Adoi...macam winter sonata la pulak! Pakai pula kebaya putih krim kan. Memang mudah la molekul2 air nak meresap. Haha. Dan paling best lihat pinggangku...jadi rampingkan! Terima kasih tummy trim. Haha. *Tiba2... =P
Disebabkan tak tahan dengan kesopanan I berjalan maka Cik Kaede pun berlalu meninggalkan I dan Zati. Haha. Sedih tak? Memang la tak sedih sebab dalam bas jumpa balik. Ehehe!
Sampai dekat bilik terus mandi sebab takut molekul2 nuklear ter-respirasi dalam badan. No no no. Tak nak kan!
Tau pulak takut enn. Kalau tak sebelum ni jangan harap la nak mandi bila kena hujan. Lagi suka adalah. Konon feel macam kena salji. ^^
Actually apa yang I merepek hari ni just nak bagi tau pandai2 lah jaga diri dan jangan main hujan untuk sementara waktu ni. Ececeh! Hihi. Paling utama jangan pakai high heels kalau dah tau musim hujan dan pakai lah jika anda rasa anda tidak menyusahkan orang ye. Macam I. Heheh!
Love,h'wawa.







Wednesday, March 9, 2011

Love and Liar ♥



Ibu dulu ada cakap jangan suka2 sangat. Nanti kita menangis. Ustazah masa dekat sekolah agama rakyat dulu pun cakap benda yang sama. Termasuk juga makcik jiran sebelah pun suka repeat ayat yang sama. So it means betul la tu kan. Takkan ramai2 pakat nak kelentong guna ayat yang sama. Jadi harus percaya disitu. Maksudnya setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni kena berpada-pada. In other words kena balance semua. Tak boleh terlebih or terkurang mana2 bahagian. Ingat itu! Tapi kadang2 memang tak akan balance la. Termasuk I. Ada je yang terlack dekat mana2.
Mari menangis! T_T




Sekarang ni what I'm going to tell you is tadi I gelak macam banyak je. (Ok..tak dapat diteruskan lagi kerana pada detik ini. Waktu I tengah menaip ni la tiba2 monyet masuk bilik lagi. Dah tak boleh jerit terus mengengsot separuh dan lari keluar bilik sambil tutup pintu tinggalkan roomate dua orang dengan monyet. Haha. Mengong punya monyet!) Ok sambung balik ayat tadi. Lunch hour tadi I gelak macam banyak je. Actually gelak2 malu beralas sebab I dengan dua orang kawan I ni tadi cerita2 la pasal kisah love story dulu2. Ishhh, semangat betul budak berdua ni nak tau kisah iloveyou I. Seronok bila buka balik kisah dulu2 ni. Tiba2 rasa sedih macam nak nangis. Sentap kot bila ingat balik detik perpisahan tu. Ewah ewah. Jiwang jap. Tapi nak cover punya pasal buat2 gelak je even dalam hati dah menangis macam berbulan bulan I tak nangis. Haha. Kantoi!




Macam biasa bila dah cerita benda2 ni semua mesti nak tau siapa tinggalkan siapa. I kan baik. So kalau tak jawab pun mesti orang tau siapa yang mangsa kan. HAHA. (gelak jahat tiba2). I bagi tau dekat dua orang classmate I ni yang I nak jadi jahat nak rampas balik exboyfriend I. Ingatkan bila cakap macam tu ada yang nak sokong tapi dua2 pun tak bagi I buat macam tu. (Konon lah berani sangat nak rampas balik kan!). Diorang cakap WHAT GOES AROUND COMES AROUND. Sabar je. Seyes touching gila masa ni.
Mari menangis lagi. T_T




Ok. Sampai disini saja cerita kekasih lama. Titik. Then move pulak ke cerita GOLONGAN LELAKI YANG SUKA BERMAIN TARIK TALI. Kali ni I dengan cik K je yang bergosip berdua. Parking kereta tepi surau and start bercerita. Semua pun jeling nak tau la apa yang budak berdua ni buat dalam kereta. Tadi I cakap hari ni kitorang macam banyak gelak. So sebagai balasannya masa tengah cerita dalam kereta I nangis. Waaaaaa. Sedih kot! Tiba2 je. Tau2 air mata dah bergenang. Tahan lagi. Taknak menangis depan Cik Kaede. Haha. Then masa Cik K ni pergi solat I pun layan diri sorang2. Wahhh. Lastly kantoi juga sebab ada bukti yang I nangis. Noob.




Tadi dalam kelas insurans pun puan ada cakap kalau kita tak suka someone kena doakan yang baik2 je. Tak kisah la betapa kejamnya orang tu pun. Jadi tiba2 terpadam la niat I nak jadi pengkebas macam Fasha Sandha. Yawwwww! =)))




Apa Kes Pula dengan Lelaki yang Sengaja Cari Pasal

Kali ni I nak cakap pasal lelaki punya perangai yang buat girlfriend diorang rasa tak tenteram. Memang sangat tak sabar2 I nak cakap benda ni sampai tak boleh tunggu esok nak buat entry baru. Hehe. Actually ada la beberapa kawan I dekat fb ni yang tiba2 macam nak baik2 je dengan I. Ok fine. Semua pun I layan biasa je. Tapi tiba2 masuk empat lima mesej dekat inbox. Memang menguji tahap ketahanan jiwa betul bila baca mesej2 ni. Semuanya luahan hati girlfriend2 kepada lelaki2 yang menjadi friendlist I dekat fb. Terror tu. Stalker jangan cakap la. Add I semata mata nak baca info comment segala then remove balik. Paling tak boleh blah ada seorang ni siap cakap semoga I dengan boyfriend kesayangan dia bahagia. Opsss? Apa ni?







Baru la I tau yang mamat2 ni semua saja2 gatai2 gedik2 la. Kesian gf diorang. Nampak sangat player! Haha. Tapi yang tak bestnya I jadi mangsa keadaan. OMG! Sula sorang2 kang baru tau. Gf2 diorang pun boleh tahan juga. Ada yang dah surrender. Ada juga yang siap marah2 perli2 I dekat fb. Dahsyat ye penangan cinta ni. Hadoi la.....Ini termasuk la pakcik2 atok2 yang dah tua kerepot tak sedar diri. Pelis la. Awak salah orang ye. Euuuu...Golisssss la...Yang bajet handsome pulak gatai dah ada gf taknak mengaku. Aiyooooo....Laman sosial yang tersangat sosial. Lain kali siapa2 nak singgah fb I nanti I kena buat to do list.



1)Bf/ suami/ atok/ tunang orang are not allowed.
2) Orang kurang bersopan are not allowed
3) Playboy are not allowed.
4) Siapa2 yang perasan hot nak test market are not allowed.
5) Yang tak hormat perempuan are not allowed.


Ok...ni baru 5 dari 150 list. Lain kali I tulis lagi. Malas nak layan korang2 yang senget ni. Kesian I!



Ni mesti kurang baca doa baik budi pekerti ni. Ish ish. Susah sangat baca ayat kursi dah cukup. Selamat dari bahaya! Hehe.



Kepada scandal2...I HEART YOU lah! Hahahah......








Love,h'wawa



Tuesday, March 8, 2011

Tak Selamat Kalau Menipu =)

Minta maaf kepada siapa2 yang terlibat. Owh, ini sangat bermakna untuk adik2 choral speaking I dan juga siapa2 yang percaya cerita kerepek pisang ni. Hehe. So please jangan tanya I lagi pasal cerita tunang ni lagi ye. Itu semua propaganda saja. Ishhh, kali ni Wawa Cullen tak tipu. Haha. Memang patut pun kalau orang kata tak baik menipu kan! Tapi I tak tipu pun. Tak sangka la pulak ada yang percaya I ni dah bertunang. Gila hebat. Masin mulut diorang betul2 I bertunang kang! Heheh.






Ok la. Mula2 memang seronok tengok orang percaya. First soalan.."Akak dah bertunang ke?"...Senyum je..Then diorang assume betul la I dah bertunang. Next, tanya lagi..."Tunang orang mana?"....Diam jap. Terpikir pikir nak jawab apa. Semua mata pandang macam I ni buat kesalahan yang tak dapat diampunkan. Ok fine. Jawab dengan penuh confident. "Orang sini je"...Hehe..Suka2 tipu anak orang kan!



Move lagi. Soalan lain. "Tunang dah kerja ke belajar lagi?"....Dah mula rasa tak baik menipu. Heee. Still senyum. Dan diorang semua tak habis2 nak tau lagi. Bantai je la. Kerja dan belajar. Selamat kan jawapan macam ni. Seronok pulak wujudkan orang yang tak wujud. Dan.......makin lama makin tersiksa dengan soalan2 berkaitan pertunangan ni. Serius I rasa tertipu dan menipu. Ayat yang selalu diorang cakap..."Awak tu dah bertunang. Tak payah la scandal2 ni. Tak baik."


Eh, macam tu ea? Owwww......


Di sini, dengan rela hati I nak buat confession yang I tak bertunang pun. Sorry ye adik2. Dan juga kepada salah seorang coursemate I yang memang percaya gila I dah bertunang. Haha. Siap tanya berapa dulang hantaran lagi. Sumpah I terharu. Rasa nak bertunang time ni juga. Jom la awak siapa2 yang nak bertunang dengan saya. Especially awak yang saya maksudkan la.(Euuu, gila tak malu kan!)


Kita memang akan rasa tak selamat kalau menipu. Nak2 kalau isu macam ni. Nak buat nakal2 sikit semua remind yang I dah bertunang. Paling tak boleh blah bila ada kawan I ni siap bagi I tips nak jadi isteri terbaik. Suruh belajar masak. Belajar nak handle suami. Belajar kawal emosi. Lepas tu siap suruh I bersedia mental fizikal takut husband I nak pasang dua. Euuuuu. Boleh? Haha. Adoiiiiii....Sedih pulak I dah tipu diorang. Opsss, ini kesalahan yang tak disengajakan tau. Salah faham untuk memahami apa yang I cuba nak fahamkan diorang. Hehe. Belit2 pulak ayat ni! Itu tandanya I tak biasa menipu. Waahh, baik kan I ni! Tepuk sikit. Yeah! =))))


Eh awak, tak mungkinlah I bertunang time2 macam ni. Macam terkejar-kejar pulak. (Ntah apa yang dikejarnya pun tak tau la) Haishhh. Kalau nak tunang pun I nak bertunang sehari je. Hari ni tunang esok kawin. Boleh kan! Hehe. Cincin pun I nak kale pink tau. Macam gambar ni. Suwit je kan! Ish2..tengok2..kan Hawa Wawa dah mula mengarut ni. ^^




So, pengajaran untuk hari ini "TAK SELAMAT KALAU MENIPU" okay! (tajuk ni I kopipes geng blogger I punya..ngee) Orang akan attack soalan bertubi-tubi yang buat kita rasa nak gelak guling2 masa nak jawab soalan diorang tu. Muka masing2 penuh pengharapan nak dengar jawapan dari orang yang dah bertunang ni. Memang fun la kan! But once situasi dah semakin parah kita sendiri yang akan rasa nak stop dan betulkan semua. Trust me! This is fact! Haha.


Sekarang I tak payah remind myself yang I ni tunang orang. Yeay!




Love,h'wawa.

Bosan Bosan Bosan Bosan Bosan dengan Sikapmu (>_<)



Sekarang mood nak siapkan homework membuak buak macam maggi panas dalam periuk. Sedap kan! Kalau takde mood pun kena buat jugak. Nak lagi best masa tengah ada mood macam ni kita layan pulak lagu best2. Lepas satu satu lagu I dengar. Tiba2 rasa nak dengar dangdut pulak. Then masa search dekat youtube I nampak lagu ni. Besttt tu! Lagu ni I tujukan betul2 punya betul kuasa tiga dekat si dia yang dulu jadi boyfreiend I. Lagi sekali..."yang dulu jadi boyfriend I ok!"....Peace!



Klik lagu ni...Robek hatiku (malas nak upload video sebab broadband tak bayar lagi...hehe)



"Dulu engkau berjanjikan setia nyatanya kau berdusta"


Kalau baca lirik dia memang kena la sangat2. Aduh aduh aduh aduh aku tertipu kan! =)

By the way cerita lama tak payah nak ungkit2 lagi. Lagipun I saja je merapu malam2 ni. Taknak bagi mengantuk. Kalau bukan sebab dia pun I memang suka dangdut. Paling best Amelina la kan! Pelik2 je kan Hawa Wawa ni. Jom kita layan lagu ni. Lepas ni I nak study macro pulak!


P/s: Eh awak, kita kawan kan kawan! Kirim salam dekat girlfriend baru tau! =))))








Muaxmuax,h'wawa.











Saturday, March 5, 2011

One Happy Family At Home ♥




Pukul 10 pagi.....


Handphone pun berbunyi....



HW: Ibu, hari ni orang ada presentation...hehe..takut la pulak...

Ibu: Apsal pulak nak takut? Cakap je kan?

HW: Ye la..tapi takut lupa apa nak cakap....

Ibu: Ala, selawat banyak2...baca doa ni.... Rabbi Yassir wal tu'assir rabbi tammim bilkhoir...tau kan doa ni..baca sampai habis..

HW: Ye2..tau2..orang hafal..birokhmatikaya arhamarrohimin...hehe....adik mana?

Ibu: Adik ada ni ha..tengah makan. Esok balik tak?

HW: Ntah..tak tau lagi...macam tak kot..kalau balik pun petang..Esok ada program yang nak kurus2 tu...

Ibu: Aikk,, tak cukup kurus lgi ke? Awak ni!!!! Nak kurus apa lagi?

HW: Mana ada...gemuk la...peha besar ni..lengan pun gemuk...aahhhhhhhhhhhhh....hahaha...abah mana?

Ibu: Ishhh, apa la budak ni...abah ada ni...nak cakap?

Abah: Hello..haaaa...kat mana ni? Esok balik tak?

HW: Dekat hostel...ntah macam tak balik...tak tau la..petang kot..petang ni orang ada presentation tau...pukul 5...

Abah: Owh, habis tu..ok?

HW: Mana tau..tak buat lagi.

Abah: Sebelum present baca selawat banyak2..jangan gugup...baca doa asy syura tu...cuba tengok balik ayat tu...

HW: Ye la..nanti orang tengok...

Abah: Buat elok2...esok balik la...

HW: Haha..nape ni? Semua rindu kat orang ea? Minggu depan balik muar ke?

Abah: Dah orang suruh balik tak nak balik...haa..minggu depan balik muar..tapi pergi bukit kepong dulu...

HW: Owh...ok2...

perbualan diteruskan..............ok bye sume.. =)




Kesayangan I..mami dedi...




Beberapa minit sebelum Ibu call...


Handphone berbunyi...


Kakak: Awak kat mana mek? Esok balik tak?

HW: Dekat hostel la..hari ni kan takde kelas..esok tak kot...nak pergi program kurus...hehehe...

Kakak: Weyh, awak nak kurus apa lagi? Pipi pun dah jatuh..mengarut je budak ni.,
Bold
HW: Ahh, manade...takde maknanya...korang semua saja je enn...taknak bagi orang kurus..haha...

Kakak: Ala, cukup2 la rebut kupon tu...esok balik la...best...ada party...

HW: Party pe? Taknak..orang diet...

Kakak: Party la...makanan banyak..jom balik jom...

HW: Cakap la party apa? Birthday mak kan next week...birthday wan last week...apa ni?

Kakak: Nak tau kena balik...haha..dah ok bye...






Petang tadi masa kelas bel....


Kak Ngah pulak call...tapi taknak angkat...takut puan nampak...


Dapat mesej...

"Mek, mu balik tak?"


Semalam subuh2 dapat mesej...

Adik; "Wa, balik tak?"

Nampaknya semua orang dah rindu I. So, esok confirm kena balik..Hehe..Best tu...Pukul lapan pagi esok dah siap2 nak balik (haha..kalau la bangun awal kan!). Lepas tu macam biasa singgah pasar malam kat jalan TAR dulu. Baru best!


Actually tiap2 minggu pun semua call tanya balik ke tak...Hahaha....Home sweet home la... =)









Muaxmuax...h'wawa