Saturday, August 28, 2010

27 kot!





Semalam lepas test economy (hehe...subjek feberet cik bad) terus masuk bilik landing2 atas katil. Fuhhh, satu kenikmatan dan kesegaran hidup yang indah di bulan puasa. Heheh. Tengah sedap2 berlanding kiri dan kanan tiba2 mata I yang dihiasi eyelinear ni pun ternampak majalah Mingguan Wanita yakni hak milik kekal Cik Nadya. Ohhhhh, bagus! Time ni la I nak happy2 baca magazine lepas dua minggu bertafakur ngan buku economy marketing segala. Hikhik. So, kita enjoyyyyy! Yeeehaaaaaa.....



Lepas satu..satu I selak. Selak lagi. Lagi dan lagi. Finally I rasa bosan.. Haha. Semuanya pasal orang dah kawin. Cara nak bahagia. Macam mana nak pikat isteri. And paling banyak memenuhkan muka surat is Anak Biodex; cara yang patut dipraktikkan oleh Ina dan Nadya untuk penghasilan anak terbanyak. Akikikiki. Bengong sebentar! >_<




Iklan glamor gila dalam mingguan wanita...untuk Ina & Nadya!





Proceed kepada keadaan berlanding di atas katil tadi sambil terus memusing musingkan mingguan wanita yang tak berapa nak excited I baca except kalau I baca Bazaar ataupun InTrend! Keterujaan di situ. Hehe. Dab tiba2 Ina si budak Kuantan pun masuk dan as usual turut berjoin untuk berlanding di atas katil bercadar lembu ini. Oh, ya...sedikit terlupa nak menginformkan dekat anda semua yang mana I dan roomate bersama-sama menggunakan cadar lembu sebagai penghias mimpi di waktu malam day and night. Hikhikhik...







Baheklah, kita sambung omelan yang mengarut ini. Kawan I, Ina turut merasa teruja untuk membaca mingguan wanita yang ada di tangan I setelah dia juga terstress di minggu test yang merunsingkan mata hati jiwa dan perut akibat kelaparan malampau. Hehe. Ok, I tipu! =P Belek dan belek dan akhirnya Ina juga merasakan majalah itu hanya sesuai untuk korang yang baru bercouple couple ni dah panggil mama papa mak ayah mummy daddy i lap u u lap i semua itu yang I rasa hahaha very klakar the suwit la korang ni. Euuuu!!!! Menggelikan untuk beberapa saat apabila perkataan itu disebutkan. Hahaha. Dan tiba2 Ina timbulkan isu kawen. Soalan " Wa bila nak kawen?" dan I pun termendiamkan mulut seperti sedang bersedih. Hehe. Omaigod? Nape tanya pasal kawen ni? Boyfren pun I tak de lagi (plisss la jangan ketawa...tau la korang ada boyfren kan kan...skandal pun berderet-deret...thehehe.. ^^)



Senyum malu2 tanak jawab soalan Ina. Nadya buat muka selamba macam tak tau apa2 (padahal I tau telinga dia dah standby nak tau jawapan I...haha). Ok la. I kena la jawab sebab tengok masing2 tunggu I jawab macam nak wat pengumuman raya. "27 ok?" Jawab dengan muka tak malu. Hehe. Ina cakap: ok kot!





Lalu bermulalah episod cerita berkawen kawen ni. Bajet la macam wedding of the year padahal cari boyfren pun tak dapat2 lagi. Nak cakap hai pun oh malunya malunya plisss plisss I segan la. Tapi kalau dah masuk bilik mula la haaaaaa dia senyum kat I la...mamat tu nak ngorat kita la...opsssss jangan marah ye kalau dia message I la...yeeeeepiiii...yabedabedu dalam hati. Ngeh ngeh!





I ingat lagi masa zaman belasan tahun hijriyah dulu I cakap nak kawen umur 29. Standard la tu en. Takde lah tua sangat. Semalam pun I cakap kat Ina kalau 29 pun ok gak. Tapi Ina cakap kakak dia kata susah sikit. Oh really? Hehe. I pun mula la buat balance sheet dalam kepala. Tambah tolak darab bahagi punca kuasa dua semua still rasa macam 29 tu ok lagi. Kot la! Habis belajar umur 24. Itu belum lagi plus terlebih pandai if kena tambah sem lagi. Haha. Lepas tu nak cari kerja. Mesti la nak kerja lama2 kumpul duit banyak2 beli high heels. Kah kah. Takkan baru kerja dah nak kawen kot. Kata nak kawen kat taman KLCC. Sigh**** (sambil senyum2 perasan hot). Lepas tu part paling merunsingkan mak abah I is bila anak tersayang diorang ni tak tau nak masak. I paling scary dengan minyak yang membuak buak dalam kuali menanti nak meloncat kat lengan I. Dan jawabnya kalau I nak masak kena pakai baju besi zaman purbakala tanak bagi minyak cium I dari atas sampai bawah. Gila habis parut2 nanti girlfriend awak ni. Hehe. So sape2 dah ada niat nak mengusha gitu2 kat I (konon la) sila la pikirkan perut anda dulu ye. Kalau tak tak makan lah jawabnya plisssss.. (-_-)








Nak kawen kat sini boleh tak wahai my future husband???? Can??? Wahaha!


Itu satu hal. Kalau nak cerita lagi pasal kebarangkalian I tak reti buat itu ini dah confirm2 korang blah tanak baca blog I kan. So, terpaksa dirahsiakan! Selamat! Hehe. Paling tak best nak kawen ni kita kena cari LELAKI. Yup, memang la lelaki. Takkan la nak kawen ngan perempuan omaigod2 gila annoying! Hishhh! Nak cari lelaki @ boyfren ni pun susah pada I. I suka dia...alamak boyfren orang la...... I suka dia....tapi dia tak suke I la....I suka dia....alaaa, budak tu anak mak kot!....I suka dia I suka dia I suka dia....tapi...tapi tapi tapi... Gila banyak tapi. Macam ni memang tak dapat2 lah kan. Banyak la demand si Wawa ni! Hehe. Ok la, kalau I tak demand pun memang tak de orang nak kot! (*malu*...statement mintak perhatian...kihkih). Nak jadi bf I mesti lahir tahun 87 plisss (dari dulu I suka tahun ni..). Hehe. 86 ok gak. 88 kebarangkalian. 89 and 90 dulu tak suka tapi sekarang akan dipertimbangtarakan. Hahahaha. Gila gewdix kot ayat macam ni. Memang tak boleh blah la kan!

Sampai sini saja kemerapuan Wawa pagi ini. Malas dah nak merapik banyak2. Hikhik. =PPP










No comments:

Post a Comment