Thursday, September 29, 2022

Neal Hari Ini

 

Keluar bilik, nampak Neal tengah cuba nak buka toolbox Daddy. Siap sepahkan segala bekas2 untuk masak. Pastu tengok depan; oh mai goddddd 💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️ dia sepahkan dua botol vitamin Mummy. Siap pecahkan 3 biji kapsul 😭. Hahahah. 

Pastu ingatkan itu je. Dia siap tunjuk Mummy ada lagi vitamin dalam tempat lingkaran nyamuk tu. Oh shit!! 😂😂. Belum sempat kemas vitamin segala dia sepahkan pula garam dekat troli barang 🙃🙃🙃. Heyy, apa nak buat ni??



:: Nak kurus cepat sebab nak pergi hari sukan tadika Noah


Love, h'wawa

Wednesday, October 13, 2021

Bercuti di Kuala Selangor

Kak Jeja cerita pasal promo tiket airasia dah kembali. Pastu teringat la kes pergi Penang tak jadi baru ni sebab tak boleh rentas negeri. Maka berlakulah percutian tak sengaja di Kuala Selangor. Gitulah kisahnya.

Macam I cakap tadi percutian tak sengaja. Dah sampai airport pun, lepastu ada spotcheck dengan polis, disebabkan atas tujuan nak berjalan-jalan maka tak lepaslah kitorang nak pergi Penang. 5 minit je dalam airport 😅. Noah asyik tanya kenapa kitorang kena balik. Sampai di rumah Bangzul terus ambil kereta dan plan nak buat road trip. I tanya nak pergi mana dalam Selangor ni, Bangzul cakap kita jalan la mana2. Heyyy, cuti sekolah pulak tu. Semua tempat dah fully booked! 

Lepas lunch I tidur (dalam kereta). Bangun2 Bangzul cakap dah sampai Kuala Selangor. Main redah check in hotel yang ada kosong. Bilik memang terhad la sebab cuti sekolahkan. Jadi apa yang ada kita ambil. Kesian kat anak2 penat dalam kereta.

Pertama kali I pergi Kuala Selangor! Best jugak. Heehee. 
Bawah ni tempat yang kami pergi. 

Ikan Bakar Jeram - Sebagai pencinta seafood, memang tak sah tak pergi sini. I cakap kat Bangzul; tak dapat makan nasi kandar jadi kita makanlah seafood.




Bukit Malawati - Esoknya pagi2 dah bangun kejut budak2 ni. Teruja nak naik Bukit Malawati. Pertama kali I pergi sini. Jadi excited terlebih. Nak naik atas tak kuasa nak jalan maka mari beramai-ramai beli tiket train. 
Train berhenti dekat tempat meriam tu. Dekat sini ada penjual yang jual roti untuk bagi monyet makan. 
View dekat atas ni cantiknya ya ampun! Boleh nampak laut. Eiii bestnya!




Muzium Malawati - Dekat atas ni ada muzium. Masuk free. Masuk dalam boleh baca2 pasal sejarah Selangor. Excited macam tak pernah belajar Sejarah je masa sekolah kan! Dah pusing sampai habis tapi lepastu pusing balik dari tempat mula2 sebab nak masuk kuiz Sejarah anjuran muzium. Saja je nak habiskan masa jadi pusinglah satu muzium lagi sekali nak cari jawapan. I tulis, Bangzul cari jawapan. Ada la dekat dua jam dalam muzium. Adik dah tidur. Noah dah berzikir nak pergi Tesco nak pergi  Tesco sepanjang kat dalam tu. Haha, kesian dia boring.




Taman Alam Kuala Selangor - Dah alang2 sampai sini kan, jadi pergi je la. I nak pergi Kampung Kelip-kelip, nak pergi tempat bagi makan helang tu tapi Bangzul taknak bawak budak2 kecil ni naik bot jadi pergi la sini. Mula2 I macam tak yakin sebab nak bawak adik masuk hutan. Tapi Bangzul cakap ok jadi I pun ok la. Bayaran masuk berapa ntah tapi bawah RM10 (ikut tarikh I pergi April 2021). Kitorang datang haritu awal petang; panasnyaaaaa! Pastu I dengan Noah pun macam nak jalan laju2 sebab masa tu tak ada orang dekat dengan kitorang. Takut la, 4 beranak je dalam hutan. Dekat pukul 5 lebih nak keluar baru terjumpa ramai2 orang yang baru nak pusing paya bakau ni. Haha, ramai datang petang2 rupanya. 




Pantai Remis - Bawa Noah pergi sini. Kesian dia nak sangat main pasir. Nak buat sand castle. Walaupun pantai tak sesuai sangat untuk mandi2 tapi bolehla untuk main pasir. Itupun pasir penuh dengan kerang. Nasib Noah kecil lagi tak pandai demand2. Pasir banyak kerang pun dia layan je buat istana. 




P/s: Buat entry jalan2 sebab nak tolong kawan2 semua yang nak tambah info/ buat homewowk kalau nak pergi suatu tempat. Lagipun I nak tunjuk tanda terima kasih dekat blog2 yang I baca yang bagi tips bercuti dengan anak kecil. Trust me, anda punya review dan tips sangat membantu!

Pss: Antaranya blog kak illy, mat drat, kakiku jalan jalan, nisamumble, dan beberapa orang lagi 👌🏻😇

:: I dah macam tersuka pula Kuala Selangor ni 😃.


Love,h'wawa

Friday, October 8, 2021

Birthday Siapa Tu?



 

Asalnya tiba2 teringat harini birthday Kerol. Sebab bulan 10 ni ramai betul kawan2 yang sambut birthday. Semalam birthday Tasha. Pastu nak wish kat facebook Kerol macam takut salah pulak hihi. Abangzul cakap mesej je kat Kerol kalau takut salah. Dan..tadaaaa..betul lah today

Kita ni jenis ingat birthday orang yang tarikhnya simple2. Gittew..haha..nak2 lagi sedara2 semua tarikh dekat2. Ni antara kawan2 yang I ingat tarikhnya; confirm tak tipu korang. Takdenya buka kat facebook ke apa.

Fatimah 1/1, Syikin 2/1, Uu 6/1, An 21/1 - yang 4 orang ni ingat sebab dekat2..dari form 1 ingat sampai sekarang

Bella 11/1- yang ni dia cakap sama tarikh dengan tokti

Alan 1/2 - ingat sebab simple

Emi 2/3, Wea 2/5 - yang ni ingat sebab kita orang termasuk I tarikhnya 2 pastu bulan 3,4,5 ..thats why 

Claire 1/4, Mimi 6/4 , Kakmala 8/4 , Rose 9/4, Ain 10/,4 - bulan 4 biasanya I ingat sbb sama bulan dengan I

Adila 2/4 - ni lagi ingat sebab sama hari

Aa 11/5 - dekat dengan peristiwa 13 mei (patriotik kan I ☺️) pastu sama dengan Afiq husband Zati

Eileen 8/7 - sehari sebelum birthday abah

Anis 30/7 - sehari sebelum Kak Masha

Kak Masha 31/7 - ingat dia sebulan sebelum merdeka

Bella Megat 9/8 - ingat sebab dia tak dapat tarikh 8/8 hihi

Fat 17/8 - tarikhnya sama dgn Put pastu selang dua hari birthday Noah

Nad 19/8 - tarikh sama Noah heee

Emy 19/8 - sama Noah jugak

Zati 30/8 - ingat sehari sebelum merdeka

Nana 2/10, Nadie 4/10, Zaidee 6/10, Tasha 7/10, Kerol 8/10,  Izwan Firdaus 10/10, Idzwan 10/10, As 12/10 - ni semua geng bulan 10 yang tarikhnya tiap2 tahun ingat sebab diorang dekat2 tarikhnya

Arzi 3/11 - i suka no ganjil sebab tu memang ingat dari mula tau sampai sekarang 

Cikyue 6/11 - sama tarikh dgn sepupu

Nadia 24/11 - ingat sebab i suka no 24

Adli 5/12 - ingat sebab dulu tergantung kat dalam kelas birthday masing2

Ayie 31/12 - terpaling akhir tahun

Tu je lah kot yang ingat betul2. Yang lain ada yang ingat bulan tak ingat tarikh. Ada yang confuse 8 ke 18 macam tu, ada yang ingat tarikh tapi tak sure bulan berapa. Macam Izyan dengan Suhaila ingat bulan tapi tak tau berapa haribulan. Padil dengan Lin ingat bulan 6 je. 

Yang mana ingat ni kadang2 tak wish sebab busy. Kadang tu tak sesuai sebab ada yang dah jadi laki orang, kadang tu wish dalam hati je tiber 😜. 


:: Ismail Izzani 13/4 ..yang luar biasaaaa 🥰


Love,h'wawa




Tuesday, September 28, 2021

Status


Semalam saja gatal tangan buka memories dekat facebook. Eeiiiiii, apeni apeni!! Haha..menyampah pulak baca. Nasib la tak rajin. Kalau rajin baik buat facebook baru je senang 🤣😅.

Eiiii, geli2 I baca 😝


Pastu saja pulak baca entry blog sebelum2 ni. Eiiiiii lagi sekali!! Pebenda ntah yang dimengarut ngarut tu.
 

:: Selalu sangat buat story maka tulis dalam blog pun dah pendek2 je sekarang. Malas nak menaip ke tu? 


Love,h'wawa


Monday, September 27, 2021

Sambal Hitam

Tak tau hari tu tengah cerita2 pasal masak2 dengan Kak Ujit pastu terkeluar cerita pasal sambal hitam. 

Jadi lepas tu macam tiber la teringin nak makan. Nak buat tak kuasa! Maka belilah kita sambal hitam. Dua beli dekat kawan (lain2 orang), satu lagi beli dekat shopee.


Yang ni beli dekat adik ipar Tasha. Sebab tengok dia ada buat sambal. Pastu masa baca status Tasha dulu pun ada promote sambal ni.


Yang ni pulak beli dekat Kak Tirah. Nak try dia punya beke nyior tapi haritu macam takut nak beli sebab tak pernah makan. Jadi beli sambal hitam je.




Yang ni kat shopee. Katanya original dari Pahang. Ada dua versi satu biasa satu pedas. 


Sekelip mata macam pirana bila Wa dengan Boy makan. Tak dan nak simpan2.   Hihi. 



:: Tengah cuba nasib nak beli sambal nyet Khairul Aming. Kerol cakap dia dah beli tiga kali. 



Love,h’wawa

Sunday, September 26, 2021

Happy Birthday Baby Adik ❤️

Yeay! Alhamdulillah. 23/9 haritu baby adik dah genap setahun. Mummy sayang baby adik! Mummy macam biasa lah, plan nak cari kek adik berbulan bulan tapi order nya tetap last minit. Itupun berapa kali dah Daddy ingatkan sampai tahap nak kena bebel dah haha. Nasib baik ada lagi yang sudi ambil order. 


Happy birthday Neal ‘Atid!

Datang taman semata nak bergambar je. Gigih bersiap laju2, pastu bawak kek pergi taman, cari tempat yang lapang sikit, pastu ambik gambar, pastu simpan balik kek dalam kereta, pastu pusing suku taman pastu balik! Tak sampai sejam pun. Takut covid punya pasal! 🤲🏻😭. Haaa, dapatlah tempat atas rumput bawah pokok. Nasib takde kerengga. Yang si Noah ni dah terjerit jerit menyampah kaki dia kena rumput. 




Adik ni ikut muka Mum ke ikut muka Dad? Kenapa mata adik tak sama macam mata Mum dengan Noah? Lol

Pergi tak plan pun. Jadinya tikar, alas apa pun tak bawak. Kerusi dekat taman ni diorang dah cabut mungkin sebab aspek keselamatan kan. Jadinya adik duduk je la atas beg tu. Sian adik! 😂


:: Haishhhh…sekarang ni jarang betul I makan kek cheese. Sebab tiga orang dalam rumah ni semua kaki coklat. Kesian I takde geng 😭😝. 


Love,h’wawa


Friday, May 17, 2019

Bercuti di Bromo & Malang


Hi, sementara ingatan masih fresh ni I nak cerita pasal jalan-jalan Surabaya hari tu. Bila cakap nak pergi Surabaya mestilah sebab nak tengok Bromo kan. Tapi nasib kitorang hari tu tak baik sangat sebab tak dapat panjat dan ambil gambar dekat2. Pakcik supir tu cakap Bromo baru meletus jadi tak boleh tengok kawah. Hahaha...excited kemain nak berjalan sampai tak tengok berita. Tu sebab Bromo meletup pun tak tau 😅😆. 

Malas la nak cerita panjang2 bila dah jarang2 berblog ni. Apa kata kita tukar style cerita bergambar?? On tak on?? Ok, tak pe. Meh teruskan baca. 

Hari pertama:

Hari pertama sampai Surabaya. Kapal landing je kitorang terus keluar cari bas Damri. Damri tu nama bas tau. Kitorang sepanjang trip ni memang tak ambil supir atau tour guide. Just guna public transport dan grab je. Tak susah ke DIY sendiri dengan anak kecil? Ikut keselesaan masing2 la sebenarnya. Ini first trip kitorang backpack dengan Noah. Kus semangat! Dah la naik turun bas, kawasan takde tren laju macam Jepun, KL bagai. Tipu lah kalau cakap Noah tak meragam. Budak kecil biasalah kalau penat, panas, letih tu mesti nak amukkan? Tapi kitorang hari tu bila tengok mood Noah agak2 nak meletup je terus alih perhatian dia. Bagi 
susu, bagi makan, main dengan dia (Mummy la jadi radio nyanyi lullaby untuk Noah)  pastu kalau dia tak selesa masa 
duduk, bangun kan dia suruh dia berdiri tengok orang depan pastu tarik rambut orang tu lol hahaha. 

Ok, bas Damri bawa kitorang dekat stastion bas Purabaya. Dari Purabaya ni kitorang terus naik bas ekspress pergi 
Probolinggo. Maknanya lepas touch down je kitorang tak lepak jalan2 Surabaya. Terus nak naik Cemoro Lawang. Dekat Purabaya, cari pula bas ekspress ke Probolinggo. Bas aircond tapi macam takde je sebab tak rasa. Haha. Lagi satu jangan terkejut, dalam bas ada orang naik turun jual 

macam2. Air, makanan, mainan, tasbih segala. I tak terkejut 
pun sebab dah biasa tengok sinetron memang ada macam  





tu.. hmmm..

Sampai station, rehat jap cari makan. Empat bulan sebelum pergi Indon ni bukan main lagi I excited kekonon faham dan 

pandai cakap Indon. Cakap dengan Fidzree pun cakap Indon. Practise la kononnya. Tapi bila betul2 jumpa orang Indon terkebil-kebil tak tau dia cakap apa.  Haha. Yang tau order es jeruk je. 😝

Dari Surabaya nak ke Probolinggo 3 jam perjalanan. Tapi driver bas ni bawa Subhanallah, rasanya sejam lebih je dah sampai. Laju tak laju diorang bawa!!! Sepanjang jalan asyik berzikir je tengok bas ni boleh main potong2 dengan lori besar gedabak. Noah dengan Fidzree macam biasa. Naikbas je tidur. Tapi bagus juga Noah tidur sebab bas panas and cuaca kat luar pun panas. Sian baby Mummy! 



Dalam bas Damri






Bawah pokok tunggu bison


Dah sampai Probolinggo, naik pula bison. Nasib kitorang hari tu tak baik sangat sebab masa dekat tempat bison tu kita tiga beranak je. Jadi kena la tunggu orang lain lagi nak 
penuh kan bison. Lama juga tunggu dekat sejam lebih. Sampai nangis Noah ni sebab panas tunggu bawah pokok. 

Nak susu satu hal. Tengah duduk bagi Noah susu, ada pasangan ni tengah riki bison juga. Last2, supir bison tu bawa je kitorang lima orang sebab macam dah takde orang 
lagi nak tunggu. Naik bison nak ke Cemoro Lawang dalam sejam. Macam biasa. Jalan sempit panjat bukit pusing2, bawah gaung pun supir dia boleh bawa laju macam takde apa2 je. Kecut perut mak...nak! 
Hari kedua: 

Pukul 3 pagi dah siap2 nak tengok sunrise dekat Penajakan. Kalau ikut plan asal tengok sunrise ni tak masuk dalam plan. Kitorang laki bini ni takde la beria nak tengok matahari, tripni pun just santai2 je..tapi disebabkan pakej jeep supir ni sekali dengan tengok sunrise so ikut je la. 



Pagi pagi dah bangun kena tengok sunrise...








Amaran Bromo meletus


Bromo. Walaupun baru meletus tapi Mashaallah cantiknya pasir2 hitam tu. Dari KL lagi dah plan nak ambil gambar ala2 CheTa dekat pasir hitam tu tapi bila dah sampai lupa pula sebab asyik tengok sekeliling. Lagipun kitorang bukan kaki selfie. Ambil gambar untuk momen je simpan sendiri 
kenangan sendiri. Sibuk menikmati percutian bersama keluarga yang penting ehehe. Balik dari Bromo terus 
kemas2 mandi nak check out. Kitorang turun dari Bromo awal juga la Fidzree dan Noah sempat tidur lagi. Lepas check out cari pula bas nak ke Malang. Asalnya nak cari bas terus je tapi macam tak jumpa plus tak larat lagi tengah2 hari terik so naik je bas berhenti henti ni. Mula2 ok je. Pastu rupanya dia pusing ikut jalan jauh. Dengan ramai orangnya (kebetulan hari Ahad 😭😭) , cuaca terik lagi, jadi jeruk la dalam bas. Noah berapa kali ntah menyusu. Haha. Dah la 
dia taknak tidur. Sian dia panas Mummy pun buka kan la 
baju biar dia berlenggeng. Haha. Kitorang sampai station bas Malang dah petang pukul 4 macam tu. Lapaq kebulur punya pasal takdan nak survey tempat makan jadi makan je dekat station bas tu. Ambik kau kena sembelih makan sampai ratus ribu 😓😓!! Sebelum pergi hotel, Fidzree sempat lagi nak pergi Kampung Warna Warni Jodipan tu. Pergi dah nak Maghrib memang tak nampak la warna warni nya. Last2 jalan je pastu naik grab cari hotel.


Hari Ketiga:

Itinerary untuk hari ni pergi melawat ladang epal. Huhu. 
Kalau ikut kan tempat ni macam 50/50 je. Nak pergi boleh taknak pergi pun takpe. Tapi Fidzree cakap dah alang2 
sampai sini jadi pergi je la. Dekat ladang epal ni tak lama pun. Datang makan epal dalam 4 biji (rasanya orang makan tiga je kot) sorang, ambik2 gambar pastu balik. Epal pun kitorang makan dekat situ je tak petik bawa balik.

Omah Kayu


Ladang Epal.



Turun je dari ladang panggil grab minta hantar dekat Omah Kayu pula. Haha. Omah kayu ni yang rasa macam ntah apa2 
sikit (pada I la) sebab supir nak hantar je pun dia ca per orangjadi IND30,000 (Noah free). Ingatkan itu je bayar jadi kitorang boleh relax lagi kira sedekah la dekat supir. Pastu nak masuk dalam kena bayar lagi IND10,000 per orang , kenapilih nak masuk Omah Kayu ke Taman Langit. Dua2 tu IND10,000 per orang. Tiket asing2. Kitorang pilih nak masuk Omah Kayu sebab I dok imagine macam rumah pokok cerita Tom Sawyer tu. Sekali pergi rumah dia berapaunit je pastu tak boleh naik ramai2. Kitorang pun macam bosan terus turun. Cari makan lagi best. Untuk kaki selfie mungkin suka kot tempat ni.

Kitorang punya iti lebih kepada santai2 je. Jadi banyak waktu free. Lepas makan pergi pula Pasar Apung. I plan pergi sini sebab ingatkan macam pasar apung dekat Thailand ada orang jual macam2. Sekali pasarnya kecil je lebih kurang macam Pasar Seni KL (lagi besar Pasar Seni) cuma atas air je. Jual sourvenir.  Jadi, cuci mata je la kita. Cari buah salak memang takde la dekat sini. Lols. Nak pergi Coban Rondo pun waktu tengah hujan jadi balik hotel je la. Lagipun Coban Rondo tak masuk dalam list sebab I tak minat air terjun..weehuuu 😎😎

Hari Keempat: 

Hari keempat dari Malang ke Surabaya. Tak naik bas dah. Try naik kereta api pula. Mula2 I underestimate sebab nak beli yang executive takpun business class punya dah habis so dapat yang economy je. Jadi otak ni dah set kereta api panas yang ada palang besi tu. Sekali aircond sejuk, bersih, tempat teratur. Haha. Malu sendiri.

Sebelum naik kereta api, kitorang datang lagi Kampung Warna Warni tu. Hari tu macam tak puas jalan and ambil gambar sebab nak cepat, malam pula tu. Jadi datang kali kedua nak gambar2 la tapi tak banyak juga pun sebab ramainya orang yang datang. Hmm.

Sampai Surabaya tempat pertama kitorang pergi shopping mall. Sebelah hotel je. Seronok sangat. Lepas tu pergi Jembatan Merah Plaza ingatkan nak cari baju batik tapi harga dia macam mengarut je terus keluar jalan2 sampai Kembang Jepun. Kembang Jepun pun tutup. Lalu dekat Sunan Ampel pun waktu dah nak Maghrib jadi banyak dah tutup nak solat. 

Hari Kelima: 

Yeay. Nak balik dah. Disebabkan semalam belum beli apa2 oleh2 lagi, jadi pagi2 lagi dah panggil grab bawa pergi Pasar Genteng. Puas hati dapat borong kerepek buah dengan salak nak bagi ahli keluarga. 

Petang kitorang punya flight balik KL. Tata Surabaya. 😁😁


Haaa..tu la cerita kami di Surabaya. Kalau tengok memang tak banyak mana pun pergi. Sebab malas nak padatkan iti lagipun niat utama nak ke Bromo je (eh, I sebenarnya nak pergi Safari. Tapi terpaksa tukar iti sebab nanti banyak transit..huhu). 


:: Gambar Pasar Apung dengan Kampung Jodipan I tak dapat nak upload. Blog apps ni buat hal pula. Hmmmmmmmmm



Love, h’wawa