Monday, February 6, 2012

Please, Don't Be!

Kali ini mau serius saja. Sebab topiknya pun agak berat....kot la! Berat walaupun tak ramai yang baca blog ini. Pfftttt. Okay, pernahkah anda berhipokrit? Sengaja hipokrit atau terpaksa hipokrit? Owh, menyampah kan dengar ataupun baca word ini HIPOKRITA! Gila annoying! Kenapa perlu hipokrit? Nak jaga hati maybe? Or saja suka suki? Or memang suka jadi seorang yang hipokrit hipopotamus ni? Hmmmm, whatever! 




But sometimes hipokrit itu perlu. I sendiri pun pernah jadi hipokrit. For safe! Play safe! Tapi hipokrit yang gila annoying yang I nak mengarut malam ni is hipokrit yang ala2 cemburu. Faham kan perkataan ini. CEM BU RU. Haha. Cemburu tanda sayang ke? Owh, itu maybe cemburu about love setengah mati ni... But cemburu sebab benda yang tak necessary tu kenapa pulak? Hmmm.....lagi disaster kalau cemburu itu from people around us lebih2 lagi yang very close kan! Sangat nak pengsan kalau ada orang yang spesis ini! And yet, kita tau yang dia cemburuhipokrit ni pun from someone else yang boleh dipercayai. How come? 
Ehem, emosi pulak I ni! ;p




Ok, keep cool! Entry ni saja nak luah perasaan. Hey, takpe la kan. Ini kan belog saya...bak kata Hanis Zalikha si blogger cun tu! =)




Sakit hati! Kenapa perlu sakit hati? Of course la rasa sakit hati bila tengok kawan2 lagi up dari kita. Markah dia lagi tinggi dari kita. Dia lagi jadi kesayangan dari kita. Ramai orang yang nak kawan dengan dia berbanding kita. Dia pegang jawatan, kita tak ada apa2 and macam2 lagi la. Selagi semuanya kita tak ada memang masalah kan! Honestly, rasa macam tu memang ada but kalau kita nilai balik sebab apa kita tak dapat maybe kita tak kisah sangat kan. Tapi ini kes yang bila tak dapat lagi la dia nak cakap macam2 ntah apa2 ntah punya kerepek pisang! Bila tak dapat ayat klise disebut dah tentu2 nya yang kat bawah ni~~~




"ala, bukannya best sangat pun"  



"macam mana dia boleh dapat ek padahal biasa2 je" 



"takde la cantik sangat"  



"tipula cakap tak study"



"itu pun nasib je dapat kot!"



"biasa2 je...takde la baik sangat"



"dia tu biasa la...boleh tahan juga kadang2"






Euuuu...sumpah annoying. Kalau cakap biasa2 takpela juga kan! Ini dengan suara tak boleh blahnya. Lagi dahsyat depan2 kita tak cakap apa2. Macam tak kisah je. Tapi dekat belakang siap boleh duduk macam bincang hal penting je. Pengsan!



Kadang2 I pun ada juga terasa bila tengok kawan2 semua hebat2. Nak juga jadi macam diorang. Cipta target sendiri. Maybe tak boleh dapat perfect macam diorang tapi cuba juga. Honestly memang tak harap pun dapat yang terbaik. Biasa2 je. But it doesn't mean setakat bolehlah je. Kalau dah memang bapak susah gila nak pengsan baru la setakat dapat lepas pun ok la. So, untuk si cemburuhipokrit ni cubalah belajar terima hakikat and anggap itu semua rezeki orang. Maybe kita punya belum sampai. Masing2 punya bahagian! Kita punya lambat sikit ke...Ntah esok ke..Mana la tau kan! And tengok ni, tak pasal2 I jadi ustazah pulak di pagi yang dingin ni. Tak sesuai betul!




Kadang2 betul juga orang cakap don't judge a book by its cover kan! Actually I pun suka juga judge orang based on their appearance je. Nampak muka baik cakap lembut2 terus je assume yang dia tak suka sibuk hal orang, yang dia baik, tak buat benda nakal2 segala and semua yang baik2 je. Then bila nampak orang yang macam garang tak ada adab ni terus je judge yang orang tu tak baik tak sesuai buat kawan. Tapi itu semua totally wrong! Bila dah kenal orang tu baru la tau dia macam mana. So, bila dah jadi macam tu I pun macam ok je la selagi diorang semua tak bagi masalah! 
Hmmmm...I rasa mesti ramai yang tengok I macam tu juga ennn? Heheh...




Maybe I macam nerd skema semua so boleh la orang cakap macam2. Nak suruh buat itu buat ini. Fikir penat diri sendiri je kan. Macam orang lain tak penat kan! Bila kita salah bagi info semua, suruh buat kerja lebih sikit mula la nak berkira mengarah orang macam apa. Tapi bila turn dia pula yang silap macam takde apa2 pulak enn. E eh, macam tu pula. Orang lain macam nak mabuk dah buat kerja tak tidur tak makan tak bersosial bagai; dia relax macam takde apa2 je! Adussss




Lagi satu ingat I lembik senyap suara tak keluar macam I ni tak boleh pegang jawatan. Lagi tepat tak layak langsung la nak pegang jawatan ni! Ehem, excuse me....Nampak sangat you tak kenal I kan. I kalau dah pegang jawatn memang dah tak berapa nak malu2 control cun macam Fasha Sandha dah. Gila kuasa lagi adalah kot! Haha. Dah tak heran dah pun. Pengawas? Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama kafa semua I jadi pengawas. Ketua kelas, penolong ketua kelas, ketua kebersihan, bendahari, setiausaha, AJK, exco, presiden kelab. Semua pernah rasa tau. Masa diploma dulu pun pernah jadi Orientation Committee. 




Tu baru jawatan. Aktiviti pulak apa je yang I tak join? Nak2 kalau yang melibatkan pentas makeup2 segala. Lagi la sakan nak join! Dari tadika lagi suka show off tau! Menari, bercerita, sajak, syair, pantun, nasyid, pentomen, drama, sketsa, koir, choral speaking, mewarna, fesyen, pom pom girl pun pernah you. Tilawah ngan hafazan pun I join okay! Korang nampak je I pakai terbelah sana, ketat sini macam tak cukup kain! Siap jadi murid contoh lagi masa sekolah agama dulu! Haaa, tengok...kan I dah riak ni. Ish2, nauzubillah. Astagfirullahhal'azim! ;p




Ye la, I kan repeaters...Tak sesuai la jadi biro akademik BESS kan! Ntah apa2 la diorang calon nama Wawa tu!






Eh, wait2...Ini bukan hal untuk mereka yang bergelar pelajar je tau, yang orang bekerja orang menganggur pun ada juga buat perangai macam neh! Ntah la...hobi kot. ;P




Baru kenal I dekat facebook blog dah pandai assume macam2. Ngokngek!





Bila tengok2 balik rasa kelakar pulak kan orang macam ni! Haha. Buat lawak je korang neh! Haishhh...Tapi bila diorang dapat lagi ok dari kita pandai pulak nak bagi kata2 nasihat bagai! Concern la kononnya. Haha, I loikeee. Pandai berlakon kan! 




Lagi nak cakap apa untuk orang macam ni? Tiba2 I dah macam takde idea je nak komen! Hmmmm




Balik2 I dengar cerita pasal ni je:



Takdela pandai sangat Wawa tu..biasa2 je...
Owh, that's true. I memang tak pandai! ;p




Haha. Dia tu pun boleh tahan juga. Banyak skandal!
Really? Skandal I tu boyfriend you ea?





Macam mana boleh pegang jawatan? Biro akademik pula tu..Bukan dia ada repeat ke?
Memang pun! Dah ada orang calon nama I...





Ni la budak berlagak tu. Pegi kelas tak boleh blah nak pakai tinggi2. Ntah apa2 la...
Haha...nak buat macam mana high heels I banyak..Nak pinjam ke?





Senang la dia dapat hostel, ada kaki kan!
Lempang nak? I susah payah kumpul kupon dengan roomate, suka2 je cakap guna orang dalam! Ciskek cisbeger la




I tak suka la budak Hawa Wawa tu...dia macam nak rebut balik si _________ tu. Tau la dulu si_________ tu bestfreind dia. Tapi sekarang __________ bff I. Dia jealous la tu!
Ye, memang pun  _________ bestfriend I dulu. And sekarang _______ memang bff you pun. Owww, patut la you tak pernah reply if I komen dekat status you kan! You yang jealous rupanya. Hey, takde siapa nak curi kawan you tu la! Eiiiiiii





Oww, ni ke Wawa? Takde la antik sangat. Tapi apsal boyfriend aku suka dekat dia. Muka macam ni cute?
Ye, saya la Wawa tu...memang tak cantik pun! Boyfriend awak yang rabun agaknya....ntahlahhhhhh





Dia tu memang kawan tiga orang je ea. Takde kawan lain?
Ha ah. Tiga orang je...yang muka macam cina tu nama dia A'a..yang comel2 pakai tudung macam hana tajima tu Zati. Kenapa? Nak join kitorang?




Ala, Wawa tu pun sama juga. Yang dia main2 dekat library dengan orang tu boleh pulak!
Haha...gelak guling2! Cuba try tengok cctv dekat library..Nampak tak muka I bergurau senda yang teramat mesra dengan orang tu? Euuu










Inilah mangsanya yang orang asyik cakap2 tu. Tinggi 150 cm je..(tinggi ke? pendek ada la). Berat memang berat. Kulit warna nescafe tak cukup susu. Rambut takde la lebat macam Fouziah Ghous. Hidung pun tak macam J.Lo. Tak cantik pun. Tak pandai. Tak kaya. Duduk rumah kecik je. Tak pakai iphone or galaxy. Ulang alik rumah dengan kampus pun guna public transport je. Takde apa2 pun. Tak pandai nak bodek orang pun. So, setop la cakap2 benda kelakar ntah apa2. Kalau nak cakap juga cakap la. Nak buat macam mana, awek Edward Cullen kan! Haha ;p



Owh, tiba2 teringat I pernah cakap Abang Rain tu macam jahat je. Kesian dia kan! >_<




Love,h'wawa 

Friday, February 3, 2012

Raikan Cinta ♥

February? Bulan raikan cinta? ♥ Hmmm..patut pun iklan dekat tv3 tu semacam je. Haha. Gelak golek2 tengok iklan tu! Rajin pulak tu nak mengedit satu2 lagu. Sangat sabar =).






Sama enn mulut dengan lagu. Nak2 cerita sangam tu yang banyak sama. Ye ye je macam diorang nyanyi. Siap mimik muka segala. Confident je.




4 Feb- Bas Ek Pal


11 Feb- Kuch Kuch Hota Hai


18 Feb- I Hate Love Story


25 Feb- Sangam





Orite, untuk siapa2 peminat bollywood, jangan lupa date anda dengan tv3 ye. Setiap sabtu pukul 2 petang. Semestinya di TV3. Eheeee.....♥




Eh, tapi kan, orang cakap kan, siapa2 yang suka tengok hindustan ni kuat berangan! Betul ea? Habis tu awak orang yang suka tengok ni semua kuat berangan la ek? Ishhh, macam merepek je kan. Habis tu orang yang suka baca novel cinta tu pun suka berangan la kan? Kan? Hmmm, whatever!




Okehhh, jangan lupa tau. Esok petang tau. Tv 3 tau. Selamat menonton! (Tak sabar nak keluar esok! *tibetibe*)





Alamaks, SRK ♥ la...Ni yang lemah saraf tunjang neh! Haishhh.....






LoveBollywood,h'wawa

Sunday, January 29, 2012

Update Sedetik ♥

Hokay, nak try update secepat yang boleh. Ni semua gara2 AJL punya pasal. Takut nanti tengah sakan menaip tetiba AJL start kan! Never going to happen laaaa...


Malam ni yang bertanding semua lagu bapak best gila. Sumpah tak tau mana I nak pilih. Tapi pilihan hati pengarang jantung mestilah sedetik lebih. Awwwwwww....kisskiss banyak2. Tapi bila I buka twitter tadi semua cakap orang lain yang juara. Ciskek cisbeger betul la! Grrrrrr......





Dalam pada sibuk update status dekat facebook tadi sempat juga la I jadi stalker. Aktiviti yang dah lama I tinggalkan. Wah, lama rupanya tak main stalk men-stalk orang neh. Rindu weyh! Stalk punya stalk then I nampak ni haa........mana aci kan?




Tiket masuk tengok juara lagu....nak jugak!





Ade date ngan najwa latiff katanya.....



Kalau Anuar Zain yang nyanyi malam ni mesti I cakap "Ada date dengan Anuar Zain♥ malam ni  ahaaaa =)




Ok, nak off dah...semuanya gara2 sedetik lebih! Ailebiulah AZ♥





LoveAnuarZain,h'wawa

Saturday, January 28, 2012

Kadang-Kadang Best Juga ♥

Salam petang sabtu yang boleh tahan panas! =)  Baru hari ni I nampak matahari memancar mancarkan sinar suria nya yang terik. Cheewah...Sesuai la untuk siapa2 yang tengah jemur carpet tu. Confirm kering! Heeee.....kat sini dah empat hari berturut-turut hujan. Dari pagi sampai malam. Macam kat kutub utara. Sejuk gila nak pengsan. Erkkkk! Agaknya tu la pasal selesema I tak baik2 lagi kan! Hmmmmmmm




Empat hari hujan. Empat hari I demam. Empat hari tergolek terlentang je depan tv. Empat hari juga I nampak makanan yang bapak sedap pun macam tak sedap je. Empat hari jugak la I terkurung je dalam selimut. Jaga2 tengok tv. Bila rasa mata dah penat tido balik. Jaga lagi tengok tv lagi. Tido. Tengok tv tido tengok tv. Baring je keje. Kepala dah macam ada batu. Mata dah sembap macam panda. Euuuuu.....
Sekarang ni baru la macam ok kan! Ubat pun dah macam malas nak makan kan! Dah berapa hari asyik telan pil je. Hehe. Ishhhh, rosak buah pinggang I taw uolls! Itu yang ada kudrat upaya nak menghadap laptop ni. Inipun pinjam orang. Terima kasih abang ipar! =)






Ishhh, apa nak buat demam2 neh? Duduk je la kan! Orang sakit mana boleh buat keje kan! Haha. Tengok macam sekarang ni pun orang sibuk masak kat bawah I suka suki main taip2. Maklumlah, dah lama tak tekan keyboard. Sakan jap! Dah la kat rumah orang. Kalau ibu tau mati I. Kalau la...Ibu tak tau punya. Fuhhhh =)





Siapa cakap demam tak best? Kalau kena pada tempat dan situasinya best apa! Kalau demam sorang2 dekat rumah takde orang itu sumpah tak best. Nak merengek pun sorang2 takde orang tau! Eiiiii....Tapi kalau demam sorang2 dikelilingi orang yang tak demam yang ramai kadang kala heaven jugak kan! Macam I. Haha...Why???? Sepatutunya hari selasa hari tu I dah balik. Rumah yang sangat comel. Tapi lepas je suka suki hantar kerabat sedara semua dekat airport balik2 terus demam. Tak memasal enn! Lepas tu duduk je la berlingkar depan tv. Nasib baik ada Ahmad Suffian dekat tv.♥ Takde la bosan sangat!




 Ahmad Suffian peneman jiwa....Alalaaaaa ♥





Ingatkan sekejap je la demam tu. Melarat la pulak sampai 4 hari. Very the kesian kan! So, terpaksalah postpone balik. Tunggu sihat baru boleh balik. Now, terdamparlah I dekat sini tak balik2. Hmmmm, untungla~~~~





Ok, back to the ayat tadi. Demam kadang2 best juga! Sebabnya....Sepatutnya I balik selasa. Then baju semua dah hantar balik dulu. Tinggal sepasang je dekat I. Konon malas nak bawak banyak2 masa balik nanti. Woot woot....tetibe dah berhari-hari kat sini apa kes? Baju sepasang je. Ulang sekali lagi. BAJU SEPASANG JE! Macam mana tu. Ala, macam la tak biasa main rotate2 lepas mandi ni. Tapi rotate2 pun setakat sekali dua boleh la. Tapi kalau dah banyak2 kali memang tak lah kan! Erkkkk....




Habis tu apa lagi. Dapat la kan semua yang baru kan! Baju baru. Seluar baru. Yang tu baru. Haha. Tak lama lagi bakal dapat kasut baru pulak! Maklumlah kasut gediks baru pakai tak sampai sebulan dah rosak. Benci! Hmmmm, seronok okay...Tambah pulak demam. Alahai, betul2 seperti dalam vacation! Gila lah...Tapi yang tak bestnya I dah boleh rasa dah tak lama lagi kena pakai saiz M. Mana taknya, asyik tido je keje! Homaiiiiiii.....scary youuuuuu!



Tapi sebelum demam hari tu sempat la jugak posing sakan dengan kekezen semua. Kalah pose Amber Chia nok! Nak letak kat blog pun tak dapat lagi. Biasalah, kena ikut cakap photographer. Kalau tak kang gambar kita jangan haraplah nak tengoks! Sokay lah kan!





At last, gambar ni je lah I mampu letak. Ntah zaman bila punya gambar ntah! Eh, tengok...very the gemuks kan! Rambut pun selebet jeee! OMGGGGGGG.....









Love,h'wawa

Saturday, January 14, 2012

Berehat Sebentar! ♥

Hye darlings! =)  Fuhh. Finally habis juga dua2 exam hari ni. Hehe...Now safely arrived at rumah! Tengah tengok Mr Labuci! Hanya di tv3..Heeee....Malam ni kita berehat sebentar. Tapi bukan dengan kitkat tau. Berehat sebentar dengan snickers. Sedaaappp! Tadi balik2 dah migrain. Ramai sangat pendatang asing dekat KL. Euuu...Nasib baik masa nak balik tadi naik teksi abang handsome. Hilang sikit migrain I. Ewahh!



Malam ni golek2 tengok tv dulu. Esok baru study okeh! Smile! Eh, jap2...tak boleh smile lagi. Actually charger handphone I hilang. Batery dah almost week. Tunggu masa je nak mati! Homai! :(   
Sekarang kan semua dah pakai tab lah, iphone lah, beri beri lah..Susah dah nak jumpa yang guna charger handphone biasa2 ni. Untunglaaaaaa........So, macam mana? Sekarang pun tengah sibuk menyalin number2 yang penting. Nak hafal tapi macam malas pulak..Hihi




Orite..tu je nak cakap. Ada siapa2 yang rasa nak call I ke malam ni? Siapa2 yang rindu I nanti jangan lupa tepuk bantal tiga kali and sebut nama I tujuh kali okay! Gerenti tak rindu dah!♥
*kisskiss*








Love,h'wawa

Tuesday, January 3, 2012

Owh

Sekarang ini memang tengah sakit kepala sangat2! Jantung pun jangan cakap lah berapa kali ntah berdenyut dalam seminit. Mau rasa nak tercabut. Esok dah start exam bagi kawan2 I yang dah ambik paper CTU. Homaiii, berderau darah. I exam ahad and isnin depan. Tapi sumpah baru je nak buka buku ni. Exam pulak tak boleh blah nak jugak buat sebelah2. Sehati sejiwa la konon. Moga2 cepat la otak I ni menghafal and ingat segala point2 yang penting. Semester ni subjek boleh tahan juga nakal kalau tak focus. Ishhhhh, doa yang baik2 saja.




Disebabkan minggu exam yang berleluasa I decide nak deactivate facebook sekejap. Tak boleh laaa... Stress sangat bila online tengok kawan2 sakan belajar tanya bincang soalan segala. Mula lah rasa macam nak demam kepialu pitam semua. Tau la awak semua pandai. Jangan psycho I please! 




Orite, update sekadar nak luah perasaan je. Need to focus now! I tak boleh main2 dah. If you there miss me just called my name 3 times ok! And I'll be in your heart! Ewah..haha. 






'BEST OF LUCK TO ME"

"SUCCESS IN MY FINAL EXAM"




LoveExam,h'wawa

Saturday, December 31, 2011

January - December ♥

Dalam beberapa jam lagi sampai lah kita ke penamatnya. Good bye 2011 and welcome 2012. Happy new year everyone. May this new year bring lot of happiness to us! Amin. =)




2011 ke penghujungnya? So, awak semua rasa rindu tak dengan 2011? Banyak yang best ke atau banyak yang tak best? Cepatlah cakap.... Ok la, tak nak cakap takpe. Biar I yang cakap. Eh, biar I yang taip. Hmmmm, 2011 is so memorable. Yup! Semua ada. Macam perencah nasi goreng adabi. Sama rata! Alhamdulillah, apa pun yang terjadi I still can face it dengan redha. Ecececeh, tiba2 keluar ayat sastera pulak kan! Hehe.



1st January till 31st  December. Macam2 ada. Sedih, gembira, marah, takut, stress, sakit, sihat, cemburu, cinta, wang, ilmu, hiburan, pangkat dan darjat (macam dalam filem p.ramlee la pulaks..ehee) are mixed. Normal la kan. Nama pun kehidupan. Lagipun I hidup dekat bumi. Bukan dekat planet of the aps tu. Macam Alien workshop. Haha.




12 bulan. 12 cerita. Ye ke? Tak, tipu je. Banyaaaaak cerita...zasssssssss......




JANUARY

I masuk semester tiga. Bachelor of business economics. Best. First time duduk rumah sewa since degree. Ala, duduk seksyen 7 je pun. Petang2 balik dengan honey madu cik bunga sampai dekat bus stop. Lepas tu jalan la terkedek-kedek dekat gerai2 tepi2 tu. Lepas tu ada la pulak orang nak ngorat I. Haha, perasan jap! ;p
Tapi duduk rumah sewa tak lama. 2minggu je. Lepas tu I lari masuk seroja. Sebabnya suatu hari tu I terlambat pergi kelas. Bas penuh. Pergi kelas statistik 8.50 pagi. Boleh?



Cik bunga dan Zati tomey...Always together gether okay!


FEBRUARY

Holiday with my beloved family. Sabah, here I come. Dah bertahun-tahun I tinggalkan Sabah. Last dekat Sabah masa tahun 2004. Lepas tu abah kena tukar Pahang. So, jadilah rakyat Pahang sekejap. Sempat sekolah tiga tahun je dekat sabah. Love you Kota Kinabalu. Hehe. Jauh beza sabah dulu dengan sekarang. Masa I pergi dulu tempat buruk je.Sekarang dah cantik. Tanjung Aru pun dah cantik. Dekat Putatan pun dah ada Burger King. Besarrrr punya. Heee... Bulan February jugak I tuition dengan Mr Daniel Ashton yang kacak bergaya. Owh, really miss my sir very much. Comel bila dengar sir cakap melayu. Kalau la Edward Cullen macam tu...Pengsan!



Tanjung Aru? Best wooooo





MARCH

Have an affair with me? Auch aww! Ehem ehem. Nak tau gossip tak kawan2? Tak payah la..hihi. Ok, gossip I dengan "Fasha Sandha" tu ye? Tipu je. Just a friend. Teman tapi mesra. Moral of the story jangan excited sangat. Nanti tak jadi cover lah muka sendiri ye! 

Chipsmore oh chipsmore...teringat pulak long conversation I dengan  Cik Bella...very the sama uolls!








Monyeetttt....Kes monyet berleluasa semakin menjadi jadi di seroja. Suka2 hati je nak curi makanan orang. Lempang kang! Monyet datang I jerit. Monyet jerit I lagi kuat jerit. Syhhhhh....





APRIL


Happy birthday to me! 21 ke 22 ke 23 ke I still macam ni. Tak membesar. Tapi melebar ada la. Nanti awak semua dah ada anak jangan lupa bagi minum susu secukupnya okay. Bagi sihat sempurna. Jangan macam I minum milo je. Kulit pun jangkit kale milo. Sexy!♥





Picture taken sempena birthday I hari tu..Thankie guys!!♥







MAY

Final exam. Sumpah teruk kalau exam time demam. Macam I hari tu. Hasilnya....faham2 je lah kan! :(

By the way, I ikut seroja punya opkim dekat Langkawi. Best gila. Dah 10 tahun tak pergi Langkawi. Pergi2 dapat pulak big family yang baru. Sempoi gila. Tiba2 rasa nak tukar nama jadi Mahsuri pulak. Ehehe. Ok tak?



My second rock family! *Langkawi*






JUNE

Semalam I call you you tak answer! Tett tettt... Bangun2 tengok ada misscalled. Esoknya bangun pun sama jugak. Selang 3 hari bangun pun sama jugak. Hehe. Asyik ter-misscalled je. Nak buat macam mana, midnight call. Time I tunggu takde pulak call yang masuk. Hmmmm... Tapi tu dulu. Sekarang tak ada dah. Senyap sunyi sepi je phone I.Pffffttttttt♥


 

Ok, dah start cuti 4 bulan. Hey, apa nak buat???





JULY

Bangun pagi yoga. Sidai kain. Sapu sampah. Mop lantai. Basuh pinggan. Angkat kain. Lipat kain. Again and again. Eh, ada lagi. Buat susu budak kecik. Mandikan dia. Gaduh dengan 3 hero. Berebut remote astro. Makan. Golek2 dalam bilik. Itu kerja I 4 bulan duduk rumah. Beauty at home!


Amor Hero pujaan!♥








AUGUST

Salam ramadhan! Dah lama tak puasa sebulan penuh dekat rumah. Even puasa time cuti sem tapi ada je jemputan iftar dekat luar. Terasa dihargai sangat. Hehe. Kad raya lelong2. Siapa nak kad DM I alamat. Eh, ramai yang nak kad raya rupanya. Pecah kaca pecah gelas.. =)





SEPTEMBER

Selamat hari raya. Wow, umur 23 pun boleh tahan jugak dapat duit raya. Boleh la. Boleh kot! Alhamdulillah! Alasan orang yang bagi "takpe, belajar lagi". Amin. Semoga murah rezeki orang yang memberi. Hehe.

Gambar raya? Ntah kat mana ntah!


Tup tap tup tap. Eh, dah masuk semester baru rupanya. I dah semester 4. Dah jadi senior. Tapi still ada yang ingat I junior. Nak buat macam mana. Always awet muda. Even dah semester 4 tapi high heels dengan kale pink tetap maintain!!!♥







 OCTOBER

Duduk seroja lagi! Satu bilik 6 orang. Bilik besar punya! Betul2 depan dining. Habis bilik kitorang ubah jadi macam rumah. Semua pun ada. Tak balik rumah pun takpe. Roomate semua sempoi otak senget. Tapi baikksss sangats! Tahan pulak tu dengan muka I yang stress setiap kali ada quiz and test! Stady sampai jadi zombie. Itulah yang diorang cakap dekat I.


Sewel.....Datin......Baby L....Gih Dah...Fish and chips......Ustazah





 My buddies







NOVEMBER

Owhhhh...subject this sem susah gila nak pengsan! Economtrics, Macroeconomics, Monetary Economics, Managerial Economics, Investment Analysis, E-Commerce and Arabic Language! Fuhhh....ada siapa2 volunteer nak ajar I?


Paling best, group assignment kena reject! Sumpah kejong nak nanges. Tapi orang lain macam relax je. Kenapa ntah! 


Tapi dr Fazley cakap jangan cakap susah! Cakap senang je semua. Orite doktor Fazley, subjek this sem semua senang2. Mudah mudahan! Amin =) ♥




 Semoga kami tabah! Ayat feberet I dekat twitter..dan disokong oleh Izwan Firdaus =)






DECEMBER

Ho ho ho. Orang lain holiday kitorang kena stady! Culture shocked jap. Dulu cuti sem mesti sama dengan budak cuti sekolah. Semenjak dah tukar sesi ni habis semua pun tak sama. First time belajar bulan December. Tiba2 nak new year pulak. Macam pelik je enn?


Jadual exam pun dah ada. I exam 8 9 14 19 20. Very the superb! Tapi satu habuk tak stady lagi. Sangat pemalas kan saya ni? Annoying sangat! Sama2 lah berdoa agar I pun rajin macam awak semua yang dapat DL every sem! Amin..Sem ni I boleh jawab semua. Semoga dipermudahkan! Insyaallah! =) ♥




Exkusmi...jangan cakap apa2 pliss bila tengok gambar I ni!



Eh, lagi satu. My family dah bertambah! I dah ada abang.....ipar! Welcome to our family wahai abang ipar! Semoga anda tahan dengan karenah adik2 ipar yang sentiasa baik ni. Eheee...Ehem, agak2 bila pulak boleh dapat anak buah ye? Counting the days...lalala~~~~♥







Lots of love! Will miss all the memories. New year new hope! May Allah bless me. I love you! I love everybody around me. I love those who supports me! Kadang2 kalau tak reti nak give tangible expression tak bermakna tak sayang kan? Tak percaya? Operate lah dada gio ray lah hati. Opss, silap. Operate lah dada x-ray lah hati. Hihi♥




♥Happy New Year 2012♥






Love2011,h'wawa