Monday, December 5, 2022

Bersalin di Hospital Ampang (Bahagian 2)

4/8 I kena masuk wad dah. Macam biasa kena pergi PAC buat covid test lepas tu PAC suruh pergi dekat bahagian bil untuk daftar kemasukan. Dapat la wad 4D. Fidzree hantar terus sampai depan pintu wad. Bersalin kali ni ok sikit la sebab dah boleh melawat macam biasa kan. Jadi rasa nervous nak masuk bilik bedah je yang ada kat otak. Masuk wad macam biasa la, nurse terangkan semua apa yang boleh apa yang tak boleh lepastu dapat katil. Katil I betul2 tepi tandas. Ok la. Senang nak ulak alik walaupun jadi tempat laluan orang lain. Hihi, kan ada langsir ðŸŦ .


Lepas tukar baju hospital nurse pesan suruh makan dulu sebab nak buat ctg. Lepas tu dalam petang kena pergi jumpa anaesthesia pula sebab nak confirm ambil bius jenis apa. Malam dah start kena puasa sebab esok kena bedah kan! Huhu, scary mary pula tetiba. Kalau ikutkan masa jumpa aneastasia tadi, esok (5/8/22) ada tiga orang yang nak kena ceaser bersalin. 


Esoknya pagi2 lepas subuh nurse dah suruh mandi sebab nak tunggu turn. I nombor 3 dibedah. Kakak katil sebelah orang nombor 2. Dalam pukul 8 pagi macam tu kakak sebelah dah masuk OT.  Nurse suruh I standby sebab lagi sejam lebih turn I pulak. Tapi tak lama lepastu nurse cakap 'Puan mungkin orang kelima ye sebab kita masukkan patient lain dulu' . Jadi kita tunggu je la sambil mulut kumat kamit berzikir.


Nak duduk, nak baring, nak tido semua tak selesa. Takutttt walaupun dah pernah bedah sebelum2 ni T_T. Tengah duduk termenung tu Doktor pun datang round check. Doktor pakar + pelatih ke housemen ke I tak sure. Sampai je dekat katil I Doktor Liza (ketua) tanya dekat Doktor2 baru tu pasal I. I dengar la Doktor pelatih tu cakap 'patient tengah tunggu turn masuk OT. Elective ceaser'. Pastu Doktor Liza tu tanya apa details segala. Doktor pelatih tu pun cakap la bla bla bla. Sampai je dekat part cakap 'with low hb' terus ketua dia potong 'berapa bacaan hb?'. I pun tak sure berapa hb I. Kalau tak silap lepas masuk iron haritu lab hantar result dekat Doc bacaan 9.2. Ketua Doktor tu dengar je 9.2 terus la dia membebel sekarung kenapa I tak masuk OT dulu. Sumpah scary wei dengar Doktor2 pelatih tu kena marah. Kita takutt wak! Haha. I perasan. Ingatkan Doktor marah I. 'ahh sudah..apesal nak marah aku pulak' ðŸ˜‚.


Doktor yang garang tu siap suruh call LR lagi nak tau penuh ke tak. I pun tak sure sangat diorang cakap apa tapi ada la dengar2 macam sepatutnya turn I lambat lagi. Tapi Doktor Liza ni terus cakap kat Doktor lagi satu standby bilik bedah sebab nak masukkan I sekarang. Gulpp!! Hey, kita potong line okay ðŸ˜ðŸ˜. Haha. Lepas call kawan dia dekat LR, Doktor Liza terus cakap dengan I; 'puan, kita terpaksalah operate Puan dulu ye sebab darah puan rendah sangat ni..saya dah suruh kawan saya (ada Doc sebut nama tapi lupa) yang bedah puan ye. Kawan saya ni specialist juga. Sebab kita risau Puan tumpah darah nanti sebab hb rendah'. Gitulah ayatnya. Automatic lepas tu nurse semua cepat2 nak transfer katil bagai. Nasib I dah ready. Fidzree pun dah memang ada dekat Hospital. 


Bilik bedah


Dekat bilik bedah, sebelum masuk betul2 tempat nak bius tu (adalah section2 dia I tak reti nak explain) Fidzree masuk nak sign segala agreement. Dah salam, pas handphone and say babai dekat Fidzree jantung I makin laju. Lagi2 bila masa dekat wad tadi Doktor cakap kalau tumpah darah bahaya and ibaratnya pembedahan I ni berisiko. Dah rasa ibarat nyawa di hujung tanduk. Dah la saya ni sejenis yang tak tahan sakit. Ya Allah, selamatkan hambamu ðŸĪēðŸŧ. 

Masa dekat luar LR sementara nak tunggu masuk bilik mana ada la nampak dua orang patient nak bersalin juga. Ada yang bedah ada yang normal. Dalam duk menunggu tu sempat la dengar nurse2 ni bercakap2 'patient ni Doktor abc (nama doktor tak ingat) punya ea?'. Pastu nurse LR cakap 'bukan2, Doktor Liza suruh Doktor DEF yang handle kes ni sebab kes berisiko'. Gitu dia tekankan ayat RISIKO tu ðŸĨī. 

Dah masuk LR macam biasa la masuk segala drip2 ni. I kena tebuk kiri kanan sebab anaest cakap standby kot2 darah tak cukup jadi kena masuk darah lain. Habis badanku ditebuk2. Pengorbanan Mummy untuk anaknya gittew. Tengok tangan dah kena tebuk sana sini, dengan anaest kejap nak cucuk kanan lepas tu tak jadi; cucuk pulak tempat lain, I dah redha je. Terfikir bukan2 dah, 'ntah dapat ke tak aku jumpa baby baru' , 'aku ni selamat ke tak balik rumah jumpa anak2 & Fidzree'..terus jadi anxiety sekejap. Tapi kejap je. Bila dah zikir2 and redha takde apa dah. Cuma rasa 'eh lama nau nak cucuk bius..dah la sejuk' haha. 

Masa nurse tgh siap2 kan I nak cucuk bius, sempat lagi anaest diorang ajar pelati nak cucuk mana, macam mana. Hoho..ngilu tahu tak. Bius kali ni I tak dapat epidural. Tak ingat nama apa ntah. Malas nak tengok kat bil. Dah siap berbius segala dah baring menunggu Doktor, maka Doktor yang nak bedah I pun sampai. Doktor terangkan semua siap ulang balik risiko tumpah darah. I reply ok2 je. Bersalin kali ni jantung laju teruk ok. Mungkin sebab semua dah cakap berisiko kan. Jadi takut tu terlebih sikit. Huhu.

Masa Doktor tengah godek2 perut, I rasa ngantuk betul. Buka tutup buka tutup mata ni ðŸ˜‚. Know know dengar baby nangis hee. Pastu Doktor yang bedah I ada cakap apa benda ntah tak dengar sangat sebab suaranya perlahan. Yang I dengar Doktor cakap 'pembedahan dah berjaya, darah Puan pun tak keluar banyak sangat dan anak puan bla bla bla'. Haha. Bila Doktor tinggalkan LR, nurse2 pula ambil alih bersih2 darah semua. Pastu I dengar la diorang cakap pasal Doktor yang bedah I tu. Katanya baru transfer sini. Doktor ni dulu dekat Hospital Sungai Buloh. Baru je dekat Hospital Ampang. 

Ok, selesai sudah cerita bersalin. Tata.



:: Nak letak nama anak Jaszle tapi Fidzree tak approve luls ðŸĪŠ.




Love,h'wawa

Wednesday, November 30, 2022

Bersalin di Hospital Ampang

Untuk anak kali ni I cakap dekat Fidzree nak bersalin dekat hospital yang dekat dengan rumah. Mak2  kan. Nak dekat dengan anak2 alasannya ðŸĨ°. Haha. Fidzree mula2 nak I bersalin je dekat Hospital Wanita Kanak-Kanak KL sebab anak2 sebelum ni memang lahir kat sana. Dah biasa kan. Tapi I taknak sebab fikir nanti susah pulak nak tinggal2 anak kalau nak hantar barang.


Booking Hospital


Actually masa I pergi appoinment nak booked tarikh untuk ceaser doktor dekat Hospital Ampang ni ada tanya kenapa tak bersalin dekat WCH je. Rekod semua dekat sana kan; jadi senang kalau bersalin sana terus. Pastu I cakap la dekat doktor sebab dekat dengan rumah tu yang nak bersalin sini. 

Mula2 doktor macam nak I bersalin dekat WCH juga sebab EDD dah dekat. I ceaser jadi kena dua minggu awal sebelum EDD. Haha. Bincang2 punya bincang at last boleh juga bersalin sini. Yaey! 


Dah confirm nak bersalin sini jadi kita ke fasa seterusnya; mencari tarikh bersalin. EDD I 24/8/22. Tapi biasa kalau kena paksa memang tak boleh ikut tarikh tu. So, masa jumpa doktor tu terus la doktor tu tanya 'you nak 8/8? Ada kosong dua slot lagi tarikh ni?'.. I pun macam eh..ok..jap.. Haha. Bestnya boleh pilih tarikh sendiri ðŸ˜. Masa bersalin Neal dulu doktor yang bagi tarikh. Know know dapat date lols ðŸ˜œ. Tapi dekat sini Doc dia macam best ehhh sebab I boleh pilih huhu. I tak terus gelojoh ye nak 8/8 sebab kalau boleh I nak bersalin terus 24 tu. Tapi Doc tak bagi sebab takut terbersalin awal. Jadi I cakap  nak 1/8. Doktor tak bagi juga sebab awal sangat nanti paru2 baby tak matang. Bincang punya bincang last2 I pilih 5/8. Sebab tak sabaq nak anak keluar awal ðŸ˜†. Lagipun berkat hari Jumaat. Maka, confirmlah tarikh bersalin 5/8/22. 


Dah dapat tarikh, lepastu I kena ambil surat pulak dari WCH pasal rekod bersalin yang lama. Disebabkan ke semua hospital2 ni sekangkang kera je dengan rumah I, jadi lepas jumpa doktor Hospital Ampang terus ke WCH nak hantar permohonan rekod lama. Pergi dah petang sangat dekat nurse2 semua nak balik jadi benda pun cepat je settle. Nurse dekat kaunter obgyn tanya lepas ni berapa kali lagi appoinment dengan hospital Ampang I cakap dah takde dah. Lepas masuk iron terus bersalin. Pastu dia macam wow cepatnya. Jadi, nurse tu terus ambil detail sebab nanti surat tu dia hantar guna emel je. Settled.


Ni la surat yang Hospital Ampang minta dari WCH.



Drip iron.


Dari tarikh I hantar surat tu maksudnya lagi tiga minggu I bersalin yeehuu. Tak sabau nak dapat anak baru! Tapi seminggu sebelum bersalin I kena pergi hospital untuk drip iron dalam badan sebab hb sangatlah rendah. Macam2 ubat dah makan. Takat tu juga. Dari anak pertama sampai anak sekarang memang rendah je bacaan hb. Sejenis yang memang hb rendah kalau mengandung. Masa nak drip ni lagi lah MasyaAllah ku takut tahu tak? Tak pernah kan. Jadi ingat kan teramatlah sakit. Siap google. Hasil google pun ramai yang cakap sakit. Ok, saya dah mula gelabah nak masukkan zat besi dalam badan ðŸĨī. Ada dua blog je yang I baca cakap tak sakit. On the way nak pergi hospital tu memang tak tenteram lah sebab terbayang yang tak best tak best je kan. Sampai hospital terus pergi PAC. Sebelum masuk PAC kena buat test covid. Dah sudah tu nurse suruh naik tingkat 4 bahagin EPAU. Nurse siap pesan lagi makan sebelum masuk drip iron sebab katanya adalah lebih kurang 3 jam juga nanti proses tu. Aishhhh..ku gelabah semula. Dah naik atas tengok ada dua orang lagi geng sama2 nak kena drip. Oh yeah! Yang sorang ni sama macam I, tak pernah kena. Ingatkan sakit. Muka pun pucat je sebab takut. Tapi yang sorang lagi ni rupanya dah pernah drip iron dah masa mengandung sebelum ni. Pastu dia cakap 'alaa, tak sakit la..macam drip masuk air je'.. Lalu kitorang pun macam oh ok ok la ..


Masa nak drip tu kita kena duduk dekat kerusi besar macam kerusi business class malaysia airlines yang penerbangan bawah 5 jam tu. Maksudnya kerusi besar gedabak tu yang selesa. Sebab nak duduk lama kan. Pastu nurse pasang bendalah segala. Jadi bermulalah pengalaman masuk drip iron buat pertama kali. Betul la, takde la sakit sangat. Macam masuk air je. Tapi kalau korang fobia dengan jarum maybe takut la kot. 




Benda ni la yang dimasukkan.


I drip iron tu takde la sampai 3 jam. Sejam lebih je. Mungkin sebab dia punya drop tu laju jadi cepatlah siap. Hihi. Seronok boleh balik awal. Sebelum balik sempat la melawat baby baru dekat wad on the way nak pergi tandas. Tapi tengok dari jauh je la sebab baby baru sangat mudah terjangkit. Dah siap semua nurse bagi tanda tangan dekat buku mengandung bukti kita dah masuk iron lepas tu boleh balik dah. Babai 👋ðŸŧ.



:: Sambung post seterusnya.





Love, h'wawa




Friday, October 21, 2022

Bertunang

Tak tau macammana nak cerita ni! Hmmm.. I bertunang 31/1/2015. Sepatutnya majlis ni buat tahun lepas 1/11/2014. Tapi disebabkan I busy dengan class dengan kerja lagi nak kena siapkan plus macam tak ready lagi (opss) nak bertunang awal2 so memang I minta tunda hujung bulan satu! Memang suka sangat nombor satu ni. Tu sebab pilih 31. Pilih 1/1 pun macam tak berapa nak ready! Haha... tengok....nak bertunang pun takut! Grrrrrr :D



Proses tunang ni kejap je. Sebabnya semua benda dah setuju masa merisik hari tu. Ini saja nak buat cara formal. Walaupun kejap tapi makkkk oiiiii lama gila I tunggu rombongan nak datang. Siap baring2 lagi. Mak dah bising takut baju I komot kedut2. Orang lain pulak sibuk tanya2 tak nervous ke tak nervous ke?? Euuuu...Sumpah cakap tak rasa apa2 pun hari tu! Yang ada rasa lapar tahap maksimum sampai marah2 orang tahu tak??? 

Pink ❤️

Ok, ni baju yang I pakai tunang hari tu. Haruslah pink kan! Tak Wawa la kalau tak pink! Hehe... Dan memang saja pun taknak pilih yang bling2 liplap2 atas sampai bawah. Beli kurung kosong je. Renda dekat tangan tu pun tambah sendiri. Beli renda dekat kedai bunga reben dan pagi nak bertunang tu jugak kakak I jahitkan! Yeay..


Pelamin tiba2. 


Haa..yang ni pelamin tiba2. Kenapa tiba2? Sebabnya plan asal memang taknak pelamin. Nak suruh bakal mak mertua sarung cincin dekat sofa je. Senang. Tak payah fikir banyak2 dan takpayah nak labur duit tak payah tak payah. Tapi seminggu sebelum tu kakak I cakap buat je la pelamin sebab susah pulak nanti rombongan nak keluar masuk rumah tengok I pakai cincin (erkkk..orang kena sarung cincin pun nak tengok ramai2...hmmm). Jadi memang tangkap muat je la deco apa yang patut bagi nampak macam pelamin. Kikiki...dan nasib baik ada bestie yang jadi penyelamat bagi pinjam barang2 pelamin dekat I! Thank you awak! Sayang awak :)



Hantaran 11 dulang. Yang kosong tu kek belum ambik lagi.


Yang ni pulak hantaran I untuk lelaki. Hasil tangan kami adik beradik! Deco yang simple2 saja sebab taste kitorang memang simple dan tak suka serabut2!  Berlagak ayat I kan? Takpe...biarkan... Memang saja tak penuhkan bantal dengan bunga2. Taknak taknak. Siapa berminat sila pm. Hantaran 100% fresh flowers. Semua sekali 11 dulang.



Hantaran untuk I

Yang ni hantaran pihak lelaki untuk I. 


What else? Apa lagi yang I nak cerita? Itu je la kot! Majlis macam I cakap tadi kejap je. Tak sampai 15 minit rombongan sampai orang dah panggil I duduk dekat pelamin nak sarung cincin! Easy kan??
Dan dah berbulan bulan bertunang sekarang baru rasa nak buat entry ni! Bye...


:: Banyak soalan demi soalan yang I dapat bila dah expose tunang dekat sedara kawan2 jiran2. Dan jawapan Wawa senang je... 

 NO COMMENT. MYOB.


Haha...retis sangat kan!!! :p




Love,h'wawa






Tuesday, October 18, 2022

Laman Sosial Ku

I tak tau la apa masalah I punya socmed. Asyik ter-unfriend tiba2. Ke korang unfriend sendiri? Haha. Kita ni dah la tak jalankan kerja stalk meng-stalk macam zaman muda2 dulu, jadi kalau orang remove memang tak perasan. Tak kuasa aku nak check 😝! Yang boleh jadi tau dah tak unfriend ada dua je; 

1) bila ada suggestion suruh add friend
- haha..I macam eh, facebook/ ig / twitter baru ke? Pastu try la taip nama nak check betul ke tak sekali memang takde atau ibaratnya memang tak pernah add pun gagaga. Dan mulalah berfikir, 'eh bukan dulu dah ada dalam frendlist ke?' Hmmmm..musykil di situ ðŸĪ”.

2) bila teringat dah lama tak nampak post / story
- bila dah berumur ni kadang2 memang dah kurang post2 bagai, tapi sekali sekala ada juga ternampak dekat timeline. Tapi bila macam dah lama tak nampak apa2 tangan pun saja la search pastu tiba2 hilang luls! 😆

Lagi2 dekat twitter, cepat naw unfollow. Tapi kita husnuzonnnn. Mungkin anak2 ku yg unfriend kawan2 Mummy dia sebab tak mau Mummynya laghaa 😇. 


:: I suka tuwit & komen artis punya post. So kalau you all nampak I punya komen, acah2 tak kenal ok! 😚 Huhi


Love, h'wawa


Wednesday, October 12, 2022

Kek Tapak Kuda

Sempena birthday Kak Amy semalam tak pasal2 I dapat kek tapak kuda. Dah la teringin pastu dapat ahhh bestnya. Pastu yang menghantarnya pun baik hati. Hihi. Best best.

Maseh Kak Amy & baby Shaqil 😇


Kek tapak kuda peanut butter biscoff. 

Kenal masa nak bersalin. Katil sebelah2 bersalin pun hari sama. Pastu anak sama2 kena transfer wad paediatric sebab jaundice. Huhu..pastu mak masing sama2 buat BTL sebab perut asyik kena belah je. Gitulah cerita. Happy birthday Kak Amy!! 

:: Biscoff tu apa? Haha..


Love,h'wawa


Thursday, September 29, 2022

Neal Hari Ini

 

Keluar bilik, nampak Neal tengah cuba nak buka toolbox Daddy. Siap sepahkan segala bekas2 untuk masak. Pastu tengok depan; oh mai goddddd 💆ðŸŧ‍♀️💆ðŸŧ‍♀️💆ðŸŧ‍♀️ dia sepahkan dua botol vitamin Mummy. Siap pecahkan 3 biji kapsul 😭. Hahahah. 

Pastu ingatkan itu je. Dia siap tunjuk Mummy ada lagi vitamin dalam tempat lingkaran nyamuk tu. Oh shit!! 😂😂. Belum sempat kemas vitamin segala dia sepahkan pula garam dekat troli barang 🙃🙃🙃. Heyy, apa nak buat ni??



:: Nak kurus cepat sebab nak pergi hari sukan tadika Noah


Love, h'wawa

Wednesday, October 13, 2021

Bercuti di Kuala Selangor

Kak Jeja cerita pasal promo tiket airasia dah kembali. Pastu teringat la kes pergi Penang tak jadi baru ni sebab tak boleh rentas negeri. Maka berlakulah percutian tak sengaja di Kuala Selangor. Gitulah kisahnya.

Macam I cakap tadi percutian tak sengaja. Dah sampai airport pun, lepastu ada spotcheck dengan polis, disebabkan atas tujuan nak berjalan-jalan maka tak lepaslah kitorang nak pergi Penang. 5 minit je dalam airport 😅. Noah asyik tanya kenapa kitorang kena balik. Sampai di rumah Bangzul terus ambil kereta dan plan nak buat road trip. I tanya nak pergi mana dalam Selangor ni, Bangzul cakap kita jalan la mana2. Heyyy, cuti sekolah pulak tu. Semua tempat dah fully booked! 

Lepas lunch I tidur (dalam kereta). Bangun2 Bangzul cakap dah sampai Kuala Selangor. Main redah check in hotel yang ada kosong. Bilik memang terhad la sebab cuti sekolahkan. Jadi apa yang ada kita ambil. Kesian kat anak2 penat dalam kereta.

Pertama kali I pergi Kuala Selangor! Best jugak. Heehee. 
Bawah ni tempat yang kami pergi. 

Ikan Bakar Jeram - Sebagai pencinta seafood, memang tak sah tak pergi sini. I cakap kat Bangzul; tak dapat makan nasi kandar jadi kita makanlah seafood.




Bukit Malawati - Esoknya pagi2 dah bangun kejut budak2 ni. Teruja nak naik Bukit Malawati. Pertama kali I pergi sini. Jadi excited terlebih. Nak naik atas tak kuasa nak jalan maka mari beramai-ramai beli tiket train. 
Train berhenti dekat tempat meriam tu. Dekat sini ada penjual yang jual roti untuk bagi monyet makan. 
View dekat atas ni cantiknya ya ampun! Boleh nampak laut. Eiii bestnya!




Muzium Malawati - Dekat atas ni ada muzium. Masuk free. Masuk dalam boleh baca2 pasal sejarah Selangor. Excited macam tak pernah belajar Sejarah je masa sekolah kan! Dah pusing sampai habis tapi lepastu pusing balik dari tempat mula2 sebab nak masuk kuiz Sejarah anjuran muzium. Saja je nak habiskan masa jadi pusinglah satu muzium lagi sekali nak cari jawapan. I tulis, Bangzul cari jawapan. Ada la dekat dua jam dalam muzium. Adik dah tidur. Noah dah berzikir nak pergi Tesco nak pergi  Tesco sepanjang kat dalam tu. Haha, kesian dia boring.




Taman Alam Kuala Selangor - Dah alang2 sampai sini kan, jadi pergi je la. I nak pergi Kampung Kelip-kelip, nak pergi tempat bagi makan helang tu tapi Bangzul taknak bawak budak2 kecil ni naik bot jadi pergi la sini. Mula2 I macam tak yakin sebab nak bawak adik masuk hutan. Tapi Bangzul cakap ok jadi I pun ok la. Bayaran masuk berapa ntah tapi bawah RM10 (ikut tarikh I pergi April 2021). Kitorang datang haritu awal petang; panasnyaaaaa! Pastu I dengan Noah pun macam nak jalan laju2 sebab masa tu tak ada orang dekat dengan kitorang. Takut la, 4 beranak je dalam hutan. Dekat pukul 5 lebih nak keluar baru terjumpa ramai2 orang yang baru nak pusing paya bakau ni. Haha, ramai datang petang2 rupanya. 




Pantai Remis - Bawa Noah pergi sini. Kesian dia nak sangat main pasir. Nak buat sand castle. Walaupun pantai tak sesuai sangat untuk mandi2 tapi bolehla untuk main pasir. Itupun pasir penuh dengan kerang. Nasib Noah kecil lagi tak pandai demand2. Pasir banyak kerang pun dia layan je buat istana. 




P/s: Buat entry jalan2 sebab nak tolong kawan2 semua yang nak tambah info/ buat homewowk kalau nak pergi suatu tempat. Lagipun I nak tunjuk tanda terima kasih dekat blog2 yang I baca yang bagi tips bercuti dengan anak kecil. Trust me, anda punya review dan tips sangat membantu!

Pss: Antaranya blog kak illy, mat drat, kakiku jalan jalan, nisamumble, dan beberapa orang lagi 👌ðŸŧ😇

:: I dah macam tersuka pula Kuala Selangor ni 😃.


Love,h'wawa

Friday, October 8, 2021

Birthday Siapa Tu?



 

Asalnya tiba2 teringat harini birthday Kerol. Sebab bulan 10 ni ramai betul kawan2 yang sambut birthday. Semalam birthday Tasha. Pastu nak wish kat facebook Kerol macam takut salah pulak hihi. Abangzul cakap mesej je kat Kerol kalau takut salah. Dan..tadaaaa..betul lah today

Kita ni jenis ingat birthday orang yang tarikhnya simple2. Gittew..haha..nak2 lagi sedara2 semua tarikh dekat2. Ni antara kawan2 yang I ingat tarikhnya; confirm tak tipu korang. Takdenya buka kat facebook ke apa.

Fatimah 1/1, Syikin 2/1, Uu 6/1, An 21/1 - yang 4 orang ni ingat sebab dekat2..dari form 1 ingat sampai sekarang

Bella 11/1- yang ni dia cakap sama tarikh dengan tokti

Alan 1/2 - ingat sebab simple

Emi 2/3, Wea 2/5 - yang ni ingat sebab kita orang termasuk I tarikhnya 2 pastu bulan 3,4,5 ..thats why 

Claire 1/4, Mimi 6/4 , Kakmala 8/4 , Rose 9/4, Ain 10/,4 - bulan 4 biasanya I ingat sbb sama bulan dengan I

Adila 2/4 - ni lagi ingat sebab sama hari

Aa 11/5 - dekat dengan peristiwa 13 mei (patriotik kan I ☺️) pastu sama dengan Afiq husband Zati

Eileen 8/7 - sehari sebelum birthday abah

Anis 30/7 - sehari sebelum Kak Masha

Kak Masha 31/7 - ingat dia sebulan sebelum merdeka

Bella Megat 9/8 - ingat sebab dia tak dapat tarikh 8/8 hihi

Fat 17/8 - tarikhnya sama dgn Put pastu selang dua hari birthday Noah

Nad 19/8 - tarikh sama Noah heee

Emy 19/8 - sama Noah jugak

Zati 30/8 - ingat sehari sebelum merdeka

Nana 2/10, Nadie 4/10, Zaidee 6/10, Tasha 7/10, Kerol 8/10,  Izwan Firdaus 10/10, Idzwan 10/10, As 12/10 - ni semua geng bulan 10 yang tarikhnya tiap2 tahun ingat sebab diorang dekat2 tarikhnya

Arzi 3/11 - i suka no ganjil sebab tu memang ingat dari mula tau sampai sekarang 

Cikyue 6/11 - sama tarikh dgn sepupu

Nadia 24/11 - ingat sebab i suka no 24

Adli 5/12 - ingat sebab dulu tergantung kat dalam kelas birthday masing2

Ayie 31/12 - terpaling akhir tahun

Tu je lah kot yang ingat betul2. Yang lain ada yang ingat bulan tak ingat tarikh. Ada yang confuse 8 ke 18 macam tu, ada yang ingat tarikh tapi tak sure bulan berapa. Macam Izyan dengan Suhaila ingat bulan tapi tak tau berapa haribulan. Padil dengan Lin ingat bulan 6 je. 

Yang mana ingat ni kadang2 tak wish sebab busy. Kadang tu tak sesuai sebab ada yang dah jadi laki orang, kadang tu wish dalam hati je tiber 😜. 


:: Ismail Izzani 13/4 ..yang luar biasaaaa ðŸĨ°


Love,h'wawa




Tuesday, September 28, 2021

Status


Semalam saja gatal tangan buka memories dekat facebook. Eeiiiiii, apeni apeni!! Haha..menyampah pulak baca. Nasib la tak rajin. Kalau rajin baik buat facebook baru je senang ðŸĪĢ😅.

Eiiii, geli2 I baca 😝


Pastu saja pulak baca entry blog sebelum2 ni. Eiiiiii lagi sekali!! Pebenda ntah yang dimengarut ngarut tu.
 

:: Selalu sangat buat story maka tulis dalam blog pun dah pendek2 je sekarang. Malas nak menaip ke tu? 


Love,h'wawa


Monday, September 27, 2021

Sambal Hitam

Tak tau hari tu tengah cerita2 pasal masak2 dengan Kak Ujit pastu terkeluar cerita pasal sambal hitam. 

Jadi lepas tu macam tiber la teringin nak makan. Nak buat tak kuasa! Maka belilah kita sambal hitam. Dua beli dekat kawan (lain2 orang), satu lagi beli dekat shopee.


Yang ni beli dekat adik ipar Tasha. Sebab tengok dia ada buat sambal. Pastu masa baca status Tasha dulu pun ada promote sambal ni.


Yang ni pulak beli dekat Kak Tirah. Nak try dia punya beke nyior tapi haritu macam takut nak beli sebab tak pernah makan. Jadi beli sambal hitam je.




Yang ni kat shopee. Katanya original dari Pahang. Ada dua versi satu biasa satu pedas. 


Sekelip mata macam pirana bila Wa dengan Boy makan. Tak dan nak simpan2.   Hihi. 



:: Tengah cuba nasib nak beli sambal nyet Khairul Aming. Kerol cakap dia dah beli tiga kali. 



Love,h’wawa

Sunday, September 26, 2021

Happy Birthday Baby Adik ❤️

Yeay! Alhamdulillah. 23/9 haritu baby adik dah genap setahun. Mummy sayang baby adik! Mummy macam biasa lah, plan nak cari kek adik berbulan bulan tapi order nya tetap last minit. Itupun berapa kali dah Daddy ingatkan sampai tahap nak kena bebel dah haha. Nasib baik ada lagi yang sudi ambil order. 


Happy birthday Neal ‘Atid!

Datang taman semata nak bergambar je. Gigih bersiap laju2, pastu bawak kek pergi taman, cari tempat yang lapang sikit, pastu ambik gambar, pastu simpan balik kek dalam kereta, pastu pusing suku taman pastu balik! Tak sampai sejam pun. Takut covid punya pasal! ðŸĪēðŸŧ😭. Haaa, dapatlah tempat atas rumput bawah pokok. Nasib takde kerengga. Yang si Noah ni dah terjerit jerit menyampah kaki dia kena rumput. 




Adik ni ikut muka Mum ke ikut muka Dad? Kenapa mata adik tak sama macam mata Mum dengan Noah? Lol

Pergi tak plan pun. Jadinya tikar, alas apa pun tak bawak. Kerusi dekat taman ni diorang dah cabut mungkin sebab aspek keselamatan kan. Jadinya adik duduk je la atas beg tu. Sian adik! 😂


:: Haishhhh…sekarang ni jarang betul I makan kek cheese. Sebab tiga orang dalam rumah ni semua kaki coklat. Kesian I takde geng 😭😝. 


Love,h’wawa


Friday, May 17, 2019

Bercuti di Bromo & Malang


Hi, sementara ingatan masih fresh ni I nak cerita pasal jalan-jalan Surabaya hari tu. Bila cakap nak pergi Surabaya mestilah sebab nak tengok Bromo kan. Tapi nasib kitorang hari tu tak baik sangat sebab tak dapat panjat dan ambil gambar dekat2. Pakcik supir tu cakap Bromo baru meletus jadi tak boleh tengok kawah. Hahaha...excited kemain nak berjalan sampai tak tengok berita. Tu sebab Bromo meletup pun tak tau 😅😆. 

Malas la nak cerita panjang2 bila dah jarang2 berblog ni. Apa kata kita tukar style cerita bergambar?? On tak on?? Ok, tak pe. Meh teruskan baca. 

Hari pertama:

Hari pertama sampai Surabaya. Kapal landing je kitorang terus keluar cari bas Damri. Damri tu nama bas tau. Kitorang sepanjang trip ni memang tak ambil supir atau tour guide. Just guna public transport dan grab je. Tak susah ke DIY sendiri dengan anak kecil? Ikut keselesaan masing2 la sebenarnya. Ini first trip kitorang backpack dengan Noah. Kus semangat! Dah la naik turun bas, kawasan takde tren laju macam Jepun, KL bagai. Tipu lah kalau cakap Noah tak meragam. Budak kecil biasalah kalau penat, panas, letih tu mesti nak amukkan? Tapi kitorang hari tu bila tengok mood Noah agak2 nak meletup je terus alih perhatian dia. Bagi 
susu, bagi makan, main dengan dia (Mummy la jadi radio nyanyi lullaby untuk Noah)  pastu kalau dia tak selesa masa 
duduk, bangun kan dia suruh dia berdiri tengok orang depan pastu tarik rambut orang tu lol hahaha. 

Ok, bas Damri bawa kitorang dekat stastion bas Purabaya. Dari Purabaya ni kitorang terus naik bas ekspress pergi 
Probolinggo. Maknanya lepas touch down je kitorang tak lepak jalan2 Surabaya. Terus nak naik Cemoro Lawang. Dekat Purabaya, cari pula bas ekspress ke Probolinggo. Bas aircond tapi macam takde je sebab tak rasa. Haha. Lagi satu jangan terkejut, dalam bas ada orang naik turun jual 

macam2. Air, makanan, mainan, tasbih segala. I tak terkejut 
pun sebab dah biasa tengok sinetron memang ada macam  





tu.. hmmm..

Sampai station, rehat jap cari makan. Empat bulan sebelum pergi Indon ni bukan main lagi I excited kekonon faham dan 

pandai cakap Indon. Cakap dengan Fidzree pun cakap Indon. Practise la kononnya. Tapi bila betul2 jumpa orang Indon terkebil-kebil tak tau dia cakap apa.  Haha. Yang tau order es jeruk je. 😝

Dari Surabaya nak ke Probolinggo 3 jam perjalanan. Tapi driver bas ni bawa Subhanallah, rasanya sejam lebih je dah sampai. Laju tak laju diorang bawa!!! Sepanjang jalan asyik berzikir je tengok bas ni boleh main potong2 dengan lori besar gedabak. Noah dengan Fidzree macam biasa. Naikbas je tidur. Tapi bagus juga Noah tidur sebab bas panas and cuaca kat luar pun panas. Sian baby Mummy! 



Dalam bas Damri






Bawah pokok tunggu bison


Dah sampai Probolinggo, naik pula bison. Nasib kitorang hari tu tak baik sangat sebab masa dekat tempat bison tu kita tiga beranak je. Jadi kena la tunggu orang lain lagi nak 
penuh kan bison. Lama juga tunggu dekat sejam lebih. Sampai nangis Noah ni sebab panas tunggu bawah pokok. 

Nak susu satu hal. Tengah duduk bagi Noah susu, ada pasangan ni tengah riki bison juga. Last2, supir bison tu bawa je kitorang lima orang sebab macam dah takde orang 
lagi nak tunggu. Naik bison nak ke Cemoro Lawang dalam sejam. Macam biasa. Jalan sempit panjat bukit pusing2, bawah gaung pun supir dia boleh bawa laju macam takde apa2 je. Kecut perut mak...nak! 
Hari kedua: 

Pukul 3 pagi dah siap2 nak tengok sunrise dekat Penajakan. Kalau ikut plan asal tengok sunrise ni tak masuk dalam plan. Kitorang laki bini ni takde la beria nak tengok matahari, tripni pun just santai2 je..tapi disebabkan pakej jeep supir ni sekali dengan tengok sunrise so ikut je la. 



Pagi pagi dah bangun kena tengok sunrise...








Amaran Bromo meletus


Bromo. Walaupun baru meletus tapi Mashaallah cantiknya pasir2 hitam tu. Dari KL lagi dah plan nak ambil gambar ala2 CheTa dekat pasir hitam tu tapi bila dah sampai lupa pula sebab asyik tengok sekeliling. Lagipun kitorang bukan kaki selfie. Ambil gambar untuk momen je simpan sendiri 
kenangan sendiri. Sibuk menikmati percutian bersama keluarga yang penting ehehe. Balik dari Bromo terus 
kemas2 mandi nak check out. Kitorang turun dari Bromo awal juga la Fidzree dan Noah sempat tidur lagi. Lepas check out cari pula bas nak ke Malang. Asalnya nak cari bas terus je tapi macam tak jumpa plus tak larat lagi tengah2 hari terik so naik je bas berhenti henti ni. Mula2 ok je. Pastu rupanya dia pusing ikut jalan jauh. Dengan ramai orangnya (kebetulan hari Ahad 😭😭) , cuaca terik lagi, jadi jeruk la dalam bas. Noah berapa kali ntah menyusu. Haha. Dah la 
dia taknak tidur. Sian dia panas Mummy pun buka kan la 
baju biar dia berlenggeng. Haha. Kitorang sampai station bas Malang dah petang pukul 4 macam tu. Lapaq kebulur punya pasal takdan nak survey tempat makan jadi makan je dekat station bas tu. Ambik kau kena sembelih makan sampai ratus ribu 😓😓!! Sebelum pergi hotel, Fidzree sempat lagi nak pergi Kampung Warna Warni Jodipan tu. Pergi dah nak Maghrib memang tak nampak la warna warni nya. Last2 jalan je pastu naik grab cari hotel.


Hari Ketiga:

Itinerary untuk hari ni pergi melawat ladang epal. Huhu. 
Kalau ikut kan tempat ni macam 50/50 je. Nak pergi boleh taknak pergi pun takpe. Tapi Fidzree cakap dah alang2 
sampai sini jadi pergi je la. Dekat ladang epal ni tak lama pun. Datang makan epal dalam 4 biji (rasanya orang makan tiga je kot) sorang, ambik2 gambar pastu balik. Epal pun kitorang makan dekat situ je tak petik bawa balik.

Omah Kayu


Ladang Epal.



Turun je dari ladang panggil grab minta hantar dekat Omah Kayu pula. Haha. Omah kayu ni yang rasa macam ntah apa2 
sikit (pada I la) sebab supir nak hantar je pun dia ca per orangjadi IND30,000 (Noah free). Ingatkan itu je bayar jadi kitorang boleh relax lagi kira sedekah la dekat supir. Pastu nak masuk dalam kena bayar lagi IND10,000 per orang , kenapilih nak masuk Omah Kayu ke Taman Langit. Dua2 tu IND10,000 per orang. Tiket asing2. Kitorang pilih nak masuk Omah Kayu sebab I dok imagine macam rumah pokok cerita Tom Sawyer tu. Sekali pergi rumah dia berapaunit je pastu tak boleh naik ramai2. Kitorang pun macam bosan terus turun. Cari makan lagi best. Untuk kaki selfie mungkin suka kot tempat ni.

Kitorang punya iti lebih kepada santai2 je. Jadi banyak waktu free. Lepas makan pergi pula Pasar Apung. I plan pergi sini sebab ingatkan macam pasar apung dekat Thailand ada orang jual macam2. Sekali pasarnya kecil je lebih kurang macam Pasar Seni KL (lagi besar Pasar Seni) cuma atas air je. Jual sourvenir.  Jadi, cuci mata je la kita. Cari buah salak memang takde la dekat sini. Lols. Nak pergi Coban Rondo pun waktu tengah hujan jadi balik hotel je la. Lagipun Coban Rondo tak masuk dalam list sebab I tak minat air terjun..weehuuu 😎😎

Hari Keempat: 

Hari keempat dari Malang ke Surabaya. Tak naik bas dah. Try naik kereta api pula. Mula2 I underestimate sebab nak beli yang executive takpun business class punya dah habis so dapat yang economy je. Jadi otak ni dah set kereta api panas yang ada palang besi tu. Sekali aircond sejuk, bersih, tempat teratur. Haha. Malu sendiri.

Sebelum naik kereta api, kitorang datang lagi Kampung Warna Warni tu. Hari tu macam tak puas jalan and ambil gambar sebab nak cepat, malam pula tu. Jadi datang kali kedua nak gambar2 la tapi tak banyak juga pun sebab ramainya orang yang datang. Hmm.

Sampai Surabaya tempat pertama kitorang pergi shopping mall. Sebelah hotel je. Seronok sangat. Lepas tu pergi Jembatan Merah Plaza ingatkan nak cari baju batik tapi harga dia macam mengarut je terus keluar jalan2 sampai Kembang Jepun. Kembang Jepun pun tutup. Lalu dekat Sunan Ampel pun waktu dah nak Maghrib jadi banyak dah tutup nak solat. 

Hari Kelima: 

Yeay. Nak balik dah. Disebabkan semalam belum beli apa2 oleh2 lagi, jadi pagi2 lagi dah panggil grab bawa pergi Pasar Genteng. Puas hati dapat borong kerepek buah dengan salak nak bagi ahli keluarga. 

Petang kitorang punya flight balik KL. Tata Surabaya. 😁😁


Haaa..tu la cerita kami di Surabaya. Kalau tengok memang tak banyak mana pun pergi. Sebab malas nak padatkan iti lagipun niat utama nak ke Bromo je (eh, I sebenarnya nak pergi Safari. Tapi terpaksa tukar iti sebab nanti banyak transit..huhu). 


:: Gambar Pasar Apung dengan Kampung Jodipan I tak dapat nak upload. Blog apps ni buat hal pula. Hmmmmmmmmm



Love, h’wawa





Tuesday, March 12, 2019

Sehari di Labuan



Hi, salam 2019. Hari ni kita nak cerita pasal pergi Labuan untuk sehari. Ye, sehari je. Actually pergi Labuan ni dah lama. Bulan September 2016. Haaa, jadi kalau ada yang lupa2 tu kira ok je la kan 😀 . Kenapa pergi sehari? Sebab sebenarnya dari KK melawat anak buah pastu cakap dekat Fidzree why not kita balik KL ikut Labuan. Jadi boleh jalan2 Labuan. Kebetulan tiket dari Labuan ke KL ada lagi yang available so kitorang proceed je plan tu.

Dari KK ke Labuan ada tiga cara sebenarnya. Cara pertama, naik flight. Memang cepat la. Lagi pula kalau dapat grab tiket murah lagi best. Mudah dan murah. Kitorang tak ikut cara ni. Sebab masa tu dari KK ke Labuan takde waktu yang kitorang nak. Cara kedua, naik bas sampai Menumbok lepas tu naik bot dalam lebih kurang sejam lebih dah sampai Labuan. Cara ni pun kitorang tak ikut sebab malas nak cari tiket bas (padahal ada je). Cara ketiga, naik feri dari Jesselton Point terus sampai ke Labuan. Dalam 3 jam perjalan atas air. Haaaa yang ni la kitorang buat. Pagi2 lepas subuh, Abang Am dengan Abah hantar pergi port lepas tu cari tiket on the spot. Tiket boleh beli class evonomy atau business (tak ingat sebenarnya business ke first class) . Kitorang beli yang business. Dapat duduk tingkat atas. Perjalanan smooth je. Lagi pula laut Sabah kan cantik. Crystal view je airnya. Nangis tengok kagum sangat 😭. MashaAllah. Dalam feri siap pasangkan video/ dvd untuk penumpang tak rasa bosan sangat. Lepas tu ada orang jual2 makanan dalam feri. Alaa, macam airasia tu. Kita punyalah skema ingatkan tak boleh bawa makanan dalam feri, jadi makan siap2 sampai kenyang takut lapar 3 jam dalam perjalanan. Haaa, sampai nak termuntah perut makan banyak. Sekali tengok orang sebelah selamba je tapaw makanan dan makan dalam feri.  Pastu dua2 laki bini yang skema ni pun ketawa. Hahaha. Jadi, kalau rasa taknak beli dalam feri boleh la tapaw makanan bawa bekal ok!

Sampai je Labuan lagi sekali jakun sebab orang dia lebih kepada orang semenanjung. Sebab orang KK/tempat sekitar macam lain sikit. Sepet2 sikit macam tu. Lepas tu orang dekat Labuan ni tak suka bunyi hon. Maksudnya kalau kita terjalan dekat tengah jalan ke, nak melintas terkedek kedek ke pemandu diorang wat lek wat peace je tunggu kita. Tau2 bila toleh belakang ada kereta ikut slow2 belakang but kita haaa macam tu la lol 😂😂.

Actually, tiket balik kitorang ke KL pukul 7.00 malam. Jadi, kiranya memang ada masa la untuk kitorang pergi dua tiga tempat. Tapi masa dekat KK lagi kita dah cakap dengan Fidzree nak pergi Taman Burung Labuan. Ntah kenapa la minat sangat pergi tengok2 haiwan dan binatang ni padahal diri ini bukanlah penyayang kepada haiwan. Kucing pun takut. Hmmmm...

Nak tau kitorang pergi mana dekat Labuan? Meh sambung baca. Tapi gambar tak banyak sebab masa tu lebih kepada jakun pastu handphone tu pegang je dekat tangan tak ambik gambar pun! ðŸ˜Ģ


Taman Burung Labuan


 

Taman Burung Labuan

Burungku Fidzree 💘

Masa kitorang pergi ni ingatkan tutup sebab dalam 15 orang pelawat je yang terserempak. Haha. Mungkin sebab tetengah hari. Siapa yang nak pergi tengok burung kan!


Taman Damai  &  Tugu Penyerahan Jepun.


Lepastu ada lagi pergi tempat lain. Pergi pantai depan Tugu Penyerahan ni.

Duduk makan2 dekat pantai. Masa kitorang lepak dekat pantai ni ada orang temgah buat karnival apa ntah macam hari keluarga. Alang2 tu join je la sekali. Rasa macam dah habis banyak masa tapi tengok jam alahai lambat lagi nak kejar flight. Lepas dah tak tau nak pergi mana cakap dekat Fidzree kita pergi Ujana Keewangan je la. Sebab siapa2 yang nak beli barang duty free macam coklat tu sini la tempanya. Dari pantai nak ke Ujana ni kita orang try naik bas. Ye bas. Sebabnya sebelum ni pergi setiap tempat naik teksi. Lepas tu rasa macam ntah apa2 sebab jarak tempat dekat2 tapi sekali naik RM30 lebih tambang. Tiga kali naik teksi dah RM100 ++ waaaa nangis. Padahal jaraknya 15 minit je. Disebabkan nak jimat duit yang ada untuk beli Hershey’s banyak2, jadi untuk ke Ujana Keewangan ni Fidzree dan kita nekad nak naik bas. Naik bas alahai dua orang RM2 ++ je. Bila pakcik bas cakap dua ringgit (dan beberapa sen) je terus kita ketawa tak ingat sebab kalau dari awal tadi nak bas dapat dah save duit dekat situ. Hmmm... Takpe, anggap je takde rezeki dekat situ and rezeki pakcik2 teksi tu 💁🏞.

Ni gambar dalam bas. Gambar buruk sebab snap dari laptop dan masa ni belum pakai tudung lagi tu yang conteng2 tu. 🙏ðŸŧ


Habis dah shopping coklat segala terus gerak pergi airport sebab masa tu pun dah pukul lima lebih. Naik kapal and bye2 Labuan.

P/S: Gambar tak banyak sebab semua dah transfer dekat laptop tapi tak boleh buka pula kenapa ntah.
P/S/S: Entry macam gelojoh je sebab dah ingat2 lupa peristiwanya dan kali pertama berblog kembali setelah private account selama 3 tahun. Haha. Lols sangat!! 

:: First time tulis entry pasal jalan2. Tak tau nak share pasal apa sebenarnya 😎


Love, h’wawa