Friday, October 21, 2022

Bertunang

Tak tau macammana nak cerita ni! Hmmm.. I bertunang 31/1/2015. Sepatutnya majlis ni buat tahun lepas 1/11/2014. Tapi disebabkan I busy dengan class dengan kerja lagi nak kena siapkan plus macam tak ready lagi (opss) nak bertunang awal2 so memang I minta tunda hujung bulan satu! Memang suka sangat nombor satu ni. Tu sebab pilih 31. Pilih 1/1 pun macam tak berapa nak ready! Haha... tengok....nak bertunang pun takut! Grrrrrr :D



Proses tunang ni kejap je. Sebabnya semua benda dah setuju masa merisik hari tu. Ini saja nak buat cara formal. Walaupun kejap tapi makkkk oiiiii lama gila I tunggu rombongan nak datang. Siap baring2 lagi. Mak dah bising takut baju I komot kedut2. Orang lain pulak sibuk tanya2 tak nervous ke tak nervous ke?? Euuuu...Sumpah cakap tak rasa apa2 pun hari tu! Yang ada rasa lapar tahap maksimum sampai marah2 orang tahu tak??? 

Pink ❤️

Ok, ni baju yang I pakai tunang hari tu. Haruslah pink kan! Tak Wawa la kalau tak pink! Hehe... Dan memang saja pun taknak pilih yang bling2 liplap2 atas sampai bawah. Beli kurung kosong je. Renda dekat tangan tu pun tambah sendiri. Beli renda dekat kedai bunga reben dan pagi nak bertunang tu jugak kakak I jahitkan! Yeay..


Pelamin tiba2. 


Haa..yang ni pelamin tiba2. Kenapa tiba2? Sebabnya plan asal memang taknak pelamin. Nak suruh bakal mak mertua sarung cincin dekat sofa je. Senang. Tak payah fikir banyak2 dan takpayah nak labur duit tak payah tak payah. Tapi seminggu sebelum tu kakak I cakap buat je la pelamin sebab susah pulak nanti rombongan nak keluar masuk rumah tengok I pakai cincin (erkkk..orang kena sarung cincin pun nak tengok ramai2...hmmm). Jadi memang tangkap muat je la deco apa yang patut bagi nampak macam pelamin. Kikiki...dan nasib baik ada bestie yang jadi penyelamat bagi pinjam barang2 pelamin dekat I! Thank you awak! Sayang awak :)



Hantaran 11 dulang. Yang kosong tu kek belum ambik lagi.


Yang ni pulak hantaran I untuk lelaki. Hasil tangan kami adik beradik! Deco yang simple2 saja sebab taste kitorang memang simple dan tak suka serabut2!  Berlagak ayat I kan? Takpe...biarkan... Memang saja tak penuhkan bantal dengan bunga2. Taknak taknak. Siapa berminat sila pm. Hantaran 100% fresh flowers. Semua sekali 11 dulang.



Hantaran untuk I

Yang ni hantaran pihak lelaki untuk I. 


What else? Apa lagi yang I nak cerita? Itu je la kot! Majlis macam I cakap tadi kejap je. Tak sampai 15 minit rombongan sampai orang dah panggil I duduk dekat pelamin nak sarung cincin! Easy kan??
Dan dah berbulan bulan bertunang sekarang baru rasa nak buat entry ni! Bye...


:: Banyak soalan demi soalan yang I dapat bila dah expose tunang dekat sedara kawan2 jiran2. Dan jawapan Wawa senang je... 

 NO COMMENT. MYOB.


Haha...retis sangat kan!!! :p




Love,h'wawa






Tuesday, October 18, 2022

Laman Sosial Ku

I tak tau la apa masalah I punya socmed. Asyik ter-unfriend tiba2. Ke korang unfriend sendiri? Haha. Kita ni dah la tak jalankan kerja stalk meng-stalk macam zaman muda2 dulu, jadi kalau orang remove memang tak perasan. Tak kuasa aku nak check 😝! Yang boleh jadi tau dah tak unfriend ada dua je; 

1) bila ada suggestion suruh add friend
- haha..I macam eh, facebook/ ig / twitter baru ke? Pastu try la taip nama nak check betul ke tak sekali memang takde atau ibaratnya memang tak pernah add pun gagaga. Dan mulalah berfikir, 'eh bukan dulu dah ada dalam frendlist ke?' Hmmmm..musykil di situ 🤔.

2) bila teringat dah lama tak nampak post / story
- bila dah berumur ni kadang2 memang dah kurang post2 bagai, tapi sekali sekala ada juga ternampak dekat timeline. Tapi bila macam dah lama tak nampak apa2 tangan pun saja la search pastu tiba2 hilang luls! 😆

Lagi2 dekat twitter, cepat naw unfollow. Tapi kita husnuzonnnn. Mungkin anak2 ku yg unfriend kawan2 Mummy dia sebab tak mau Mummynya laghaa 😇. 


:: I suka tuwit & komen artis punya post. So kalau you all nampak I punya komen, acah2 tak kenal ok! 😚 Huhi


Love, h'wawa


Wednesday, October 12, 2022

Kek Tapak Kuda

Sempena birthday Kak Amy semalam tak pasal2 I dapat kek tapak kuda. Dah la teringin pastu dapat ahhh bestnya. Pastu yang menghantarnya pun baik hati. Hihi. Best best.

Maseh Kak Amy & baby Shaqil 😇


Kek tapak kuda peanut butter biscoff. 

Kenal masa nak bersalin. Katil sebelah2 bersalin pun hari sama. Pastu anak sama2 kena transfer wad paediatric sebab jaundice. Huhu..pastu mak masing sama2 buat BTL sebab perut asyik kena belah je. Gitulah cerita. Happy birthday Kak Amy!! 

:: Biscoff tu apa? Haha..


Love,h'wawa