Friday, November 21, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

(Post entry peram masa raya. Dah masuk tahun hijrah yang baru, baru nak post entry ni)


Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan Batin! Woah... eksaitednya kemain! Malam tadi macam biasa kalau malam raya je jalan2 dekat Jalan TAR tempat permainan tanah jajahan kitorang. Saja cuci2 mata, makan2, kalau rasa nak beli apa2 ke! Nak tambah kuih raya ke, baju raya ke, tudung raya ke, bunga ke, serunding ke apa ke!  Lagipun semangat sikit! Seronok tengok gelagat orang beli last2 minute ni! Lagi berkobar-kobar rasa nak raya! Hihi....Siapa cakap raya dekat KL tak best? I dari kecik sampai la sekarang ni memang raya KL je! Pelik bila orang cakap kitorang takde kampung! Dah lahir sini, arwah maktok pun duduk dekat sini, makcik2 sepupu dekat sini, kiranya memang kampung KL la kan! Alaaaa, senang cerita contohnya awak lahir dekat tempat A, menetap pun dekat tempat A, keluarga atok nenek pun dekat tempat A so kiranya kampung awak A la kan! Haaa...macam tu la! :))


Ok, kali ni raya pertama Izz Zack kesayangan takde sebab turn raya dekat Sabah! Maksudnya kitorang berempat Syawal je la...heheh...(pengaruh cerita berlima Ramadhan). Raya pun biasa2 je tapi meriah! I asyik makan makan dan makan je keje! Sampai rasa boring makan ketupat dan rasa nak makan nasi goreng sotong pedas meletop dengan tomyam seafood yang mabeless! Haha...mengarut sangat! Makan tengok tv makan tengok tv itu je keje! Kalau raya dekat rumah orang pun macam tu la! Makan tengok tv makan tengok tv dah ngantuk tidur! Biasa buat macam tu kalau raya dekat rumah Umi.. Memang port kitorang kumpul dekat situ tak kisah la raya ke kenduri ke sedara jauh datang ke! Jadi tak kisah pun nak baring tidur semua! Lepas tu habis kena bebel dengan mak cakap jadi ular sawa. Dah kenyang tidur! Kroh krohhh...hihi.. Tengok pula Mujibur Mari, Simpul Raya, Jihan Tak Nak Buat Open House, macam2 cerita raya semua la nak tengok! Lagi best bila ada lagi orang yang sedekahkan duit raya! $$$$ pusing2 mata ! hewhew



Tahun ni baju raya kitorang kale pink! Akhirnyaaaaa....warna feveret I jadi warna tema! Sebelum tu macam2 kale dah pilih. Kuning la, merah la, biru la (erkkk...berapa kali dah pakai biru untuk raya) last2 pink! Kita sukaaaaa sangat! 


Gambar sebelum pergi sembahyang raya!



Lepas solat sunat raya! Nak wefie dekat masjid takut kena marah sebab makcik yang jaga tu macam garang je! Agaga 


Tahun ni takdapat nak ambil gambar satu  keluarga sebab semua ralit tengok tv dah petang dekat nak maghrib baru teringat nak ambik famfie! Tapi mak abah dah tukar baju lain acane tu???  krik krik



Gambar selfie sendiri je yang banyak. 

Dan yang ni ntah kenapa ntah! Sebelum pergi masjid kekonon nak ngorat imamuda! Bajet pegang monopod padahal batang langsir je pun! Huhu...



Terselit juga gambar budak cute kembar I dekat sini! Gambar satu family takde so gambar sorang2 je la...


Dengan mak je jumpa! Dengan abah tak tau dekat mana ntah! hihi...



Dah lama tak upload gambar! Macam jakun pulak tetiba upload banyak2. Semenjak dah tua ni macam malas je nak interframe lebih2.. Gambar simpan dalam handphone je banyak... :))




Bosan raya takde Izz Zack! Izz zack balik cepat!!! Ibu winduuuu...






Ok, takde idea dah nak merepek apa lagi! Nak makan jap! Selamat hari raya semua! Ampun maaf betul2 dari sudut hati kalau ada tulisan yang mengguris hati! ;) Kosong kosong kosonggggg!!! 



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!




:: Raya ketiga dah ada class! Ok





Love,h'wawa


















Wa Kena Beb!

Tau tak macam mana perasaan bila kita kena tipu cakap nak pergi tempat lain tapi sebenarnya kena bawa pergi tempat lain! Nak2 kalau tak sedia mental fizikal lagi! Waaaaa...nanges tahu tak? Macam tu la I rasa bila kena klepet dengan orang ni! Open house rumah kawan! Hmmmm...kawan la sangat! Patut la masa nak cakap rumah kawan yang mana lambat je nak jawab! Dah sampai elok je mati enjin tetiba dia cakap "sorry you, ni rumah I sebenarnya" !! Fine fine fine!! Sumpah kejong kaki masa tu taknak turun kereta! Nak nanges weyh. Nasib la ramai orang. Kalau takde orang mau menanges hentak2 kaki macam dalam tv selalu buat tu! Rasa taknak turun nak patah balik! Sampai hati tipu kita! Dengan baju kurungnya. Dengan muka selekehnya. Uwaaaa....sentap banyak kali! Kalau sepupu orang tu tak datang sampai dekat kereta takde nya I nak turun! Tak kisah kalau taknak hantar balik...teksi kan ada! I dah biasa buat benda di luar kawalan ni! :(


Ok, takpe..Dah sampai kan! Turun je la.. Masuk rumah sambung gelabah balik! Terkumat kamit baca doa dalam hati! Buruk gila muka tahan nanges! Masuk salam2 semua orang I dah blur malas nak fikir apa2. Main salam cium tangan je semua! Haha...bajet muda lettew! Tak tau siapa kakak siapa adik! Tapi rasanya semua kakak2 and makcik2 kot! Yang lain2 tu ada la budak2 kecik! Ada jugak yang cakap yang ni makcik, yang ni maksu, yang ni kak nana, kak didi, lepas tu macam2 kakak yang ada! Memang tak la nak ingat semua time tu! Tak kisah la...benda dah lepas pun!



Ok, dah sudah salam lepas tu duduk! Tuan rumah suruh makan I pun macam nanti dulu la sebab terkejut tak habis lagi kan (lemah semangat la katakan) so duduk2 je senyum2. Otak beku habis! Tak tau nak cakap apa! Sebab dalam otak I dah set "pergi open house kawan" jadi mind setting tu dah berinteraksi dengan semua urat saraf nak bertindak macam mana nanti! Tapi tiba2 otak terkejut tak sedia terima arahan baru so tu yang I duduk diam2 atas kerusi tu! Kalau sepupu2 adik beradik bff I tau mau tergolek diorang tengok I sopan terlebih sangat macam tu! Macam something wrong mungkin!! Kikiki...macam pelik je macam pelik je...



Dah elok2 duduk atas kerusi pergi turun duduk bawah! Sebab I rasa tak sedap la semua orang duduk bawah I je duduk atas! Macam ntah apa2! Takpe la. Lagipun keluarga dah pesan adab kena jaga dekat tempat orang! Ok... Tak sampai 10 minit duduk bawah dengan slumber badaknya I pergi tumpahkan air atas carpet orang! Subhanallah....rasa nak lari balik time tu jugak! Kalau jadi invisible lagi bagus!!! Lagi la makin laju jantung ni! Terkejut kena tipu tadi tak habis lagi tiba2 terkejut tumpahkan air pulak! Fine fine fine! Ketawalah semua...
Malu tahap apa ntah la tak tau nak cakap! Dalam toilet siap hentak2 kaki marah diri sendiri! Kalau la boleh buka tingkap kecik dekat toilet ni nak je keluar lari balik rumah! Nasib baik la I tak terror bab panjat2 ni (panjat pagar rumah pun failed) jadi kena la menghadapi realiti! Dah tumpahkan air tu rasa la bersalah sikit kan! Takkan nak lari! Hmmpphh...


Lepas je tumpahkan air I terus jadi batu sebatu batunya! Duduk tak bangun2. Orang lain datang...salam...senyum! Macam tu la. Orang lain keluar masuk bangun duduk I maintain je dekat kerusi! Macam2 rasa ada! Ajak bergambar pun taknak! Kena paksa lima kali baru bangun! Lepas ambik gambar sambung jadi batu balik! Duduk senyum duduk senyum! Cakap sikit2 je kalau orang tanya! I pun pelik kenapa otak ni tak boleh normal macam biasa! Gila sopan dan pendiam sangat masa tu! Padahal dalam kelas Dr Ismadi selalu je kena perli sebab I selalu potpet2 dengan Ina, Cikin, Fara, Taufik...Siap buat tagline "Keluarga Ismadi" lagi ala2 Keluarga Islandar tu! Haish...

Ok, gambar takde kena mengena! Sebab ni bukan di tempat kejadian! 


Dan...sampaila dekat nak balik pukul 8.30 tu. I cipta rekod jadi batu patung cendana! Haha...buat perangai betul kan! Nampak je I macam diam tapi kalau dah cakap orang sebelah sound suruh senyap! Hmmmmphhh ...




:: Dah sampai rumah ketawa puas2 teringat kepelikan diri sendiri jadi batu! Keluarga kawan I ni pun sama je dengan keluarga I jugak! Kalau dah kumpul ramai2 macam dekat pasar borong! Malu macam mana pun tuan rumah dan saudara2 kawan I semua baik2! :)






Love,h'wawa






Menunggu Bersama Abang :)

Blast Jumaat darlingsku! Currently I'm at KPJ Ampang Puteri. Teman kakak sebab dia cakap tadi macam nak bersalin dah! Orang lain yang nak bersalin I yang nervous okayh! Gelabah kemain! Heheh... 

Kalau tadi nervous risaukan kakak sekarang I double nervous sebab abe2 Klate ada dekat sebelah I! Kahkah...Tak tau la kenapa I addicted sangat dengan orang2 pantai timur ni! Mungkin sebab lama duduk and belajar dekat sana, makan minum tidur sebantal dengan diorang kot! Kot la... Diorang berbual bual sama2 diorang I yang sengeh2 dari tadi! Lamaaaa tak dengar orang cakap kelantan pure! Tapi sengeh dalam hati je la kang nanti diorang tengok cakap " eh eh dah kenapa budak ni jadi minah senget sengeh sorang2"... Tapi sumpah handsome orang sebelah I ni! Ada tiga keluarga kalau tak silap. Tak tau la siapa yang bersalin! Dekat depan I pulak ada makcik ni. Tengah tunggu anak dia nak bersalin. Tadi nampak menantu dia datang bawa beg akademi fantasia! Fuiyoooo, handsome gileeee! Ok, behave Wawa!! Laki orang tu =) 



Tengah dok main2 handphone tetiba kakak I message " bing2 kjp eh..dia wat ctg je ni...stgh jam, cni mmg x leh masuk  nti kt wad ok ckit..." ...Ok, setengah jam pun takpe kalau abe kat sebelah! =))


Malu I lama2 duduk dekat sini! Abang dekat sebelah ni cakap dekat anak buah dia "tengok tu kakak...kakak cantik..kakak cantik kan!" . Woah!! Gugur jantung I nasib baik sempat tarik balik!! Hehe...Oh abang!! Agak2 la nak tipu budak kecik pun takpayah la nak guna kita!!! (tutup muka) 



:: Bila la baby nak keluar :)





Love,h'wawa






Saturday, November 15, 2014

Dilema


Separuh bulan November dah pun. Kenapa ntah bulan ni macam cepat sangat. Dan pleaseeeeee UiTM... cepat2 lah settlekan student ID I tu! Sentap sangat dah dua semester kena postpone exam! Dan jadual baru untuk next sem pun dah release dan sangat suka sangat2 class almost everyday including the whole weekend! Nak sangat carry empat paper kan! Lagi kecewa kena let go banyak peluang kerja sebab orang akaun ni biasala kena balik pukul 11 malam tu kira normal lagi lepas tu kena menganak tirikan orang yang belajar PLK ni! Sigh!!! Dua pilihan je dia bagi. Kerja or study! Dan I memang pilih belajar sebab susah okayyyhhh nak pergi mohon interview daftar bagai! Pergi sorang2 pagi2 lepas subuh dah keluar berebut naik LRT! Nangis2 berdebar dalam hati tempat nak daftar buat student card semua jauh2. Nasib la ada Ain yang tolong. So, memang I marah sangat kalau UiTM block I punya ID! Nanges nanges nanges! 




:: LLB 





Love,h'wawa








Friday, November 14, 2014

Ujian

Sebenarnya lama dah terfikir benda ni. Lagi2 masa takdapat buat intersesi dengan masa buat thesis dulu! Hmmmm... Biasala time tengah sedih semua benda pun fikir bukan2.. Kadang2 tu selalu tanya dan cakap seorang2 lepas solat (macam sinetron indonesia selalu buat tu) "memang nasib aku macam ni je ke?" . Dari dulu nampak mendung je. Tak nampak pelangi pun! Kita pun solat, doa, usaha. Tapi mesti end up dapat benda yang biasa2 je. Kadang2 yang kita taknak sangat pun. Orang lain hidup gembira kadang2 nak tengok dia doa pun susah, tak usaha pun sungguh2 nak dapat sesuatu benda tapi at last senang je dia dapat semua. Tipu lah I tak jealous! Siap nanges2 lagi dekat sejadah. Doa ..tanya dekat Allah...why why why? Lepas tu rasa tawar hati nak mintak apa2 lagi. Kita doa minta minta minta tak dapat. Ok la...sebab mungkin ada hikmah. Maybe benda tu tak elok untuk kita tapi kalau contohnya sepuluh benda kita doa kita minta tapi satu pun tak dapat woah itu betul2 batu besar hempap kat dada sesak nafas sakit meleleh air mata tiga hari! (T_T) . Allah bagi ujian sebab Allah sayang kita dan Allah takkan uji kita kalau Dia tau kita tak kuat nak terima ujian yang Dia bagi! Tapi kadang2 penat. Tak larat. Kadang2 benda tu dapat tapi separuh jalan je. Dan lagi sedih sebab sebelum buat benda tu dah istikharah minta petunjuk tetapkan hati tapi dot dot dot.... Astagfirullahalazimberdosa besar bila pertikaikan benda ni! Allah adalah sebaik baik perancang!





:: Sedih tak dapat exam sem ni! La Tahzan :') 







Love,h'wawa