Saturday, November 24, 2012

Twilight Saga - Breaking Dawn Part2 ♥




Kalau ikutkan bila dah tidur ni memang malas nak bangun! Lagi2 bila tau kawan I dengan adik Aqish cakap diorang dah tengok twilight dulu free of charge okay! Saya sangat jealous! grrrrrrrr.... Masa beli tiket online hari tu bapak excited gelak ingat I la orang pertama yang tengok twilight breaking dawn 2 tapi ada lagi orang lain yang tengok. Siap cakap free lagi!!! Mana aci neh? Diorang dah tengok dulu boyfriend vampire terhandsome I tu! Ini boleh mendatangkan kecemburuan...Mencik! 



Tapi disebabkan ini episod last twilight jadi perasaan bersemangat tu muncul kembali! Tak kisahla. Lagi best tengok Edward besar2 depan mata. Tengok Edward senyum...alahai....jadi macam coklat susu eminem... Cair di mulut dan di tangan! Hiks. Untungla Bella dapat Edward... Untungla... Untung *tiba2....




Lagipun bukannya susah2 nak kena beratur panjang2 sebab tiket dah beli dah. Tinggal nak redeem je. Tempat biasa tengok mestila dkt TGV KLCC. Senang woih naik bas bayar singgit bas jalan terus dalam 5 ke 7 minit terus sampai KLCC takpayah belok2. Wow....Proud to be KL rean :) Hehe.... Turun bas je tengok langit mendung. Ni macam nak hujan je. Angin kuat sepoi2 bahasa membelai belai rambutku ini. Guna jari pun bolehhh! Ok, merepek dah ni! I masuk je terus naik atas cari TGV. Redeem tiket. Tak ramai orang pun. Memang sengaja tengok time 11.30 sebab tau tak ramai orang nak tengok sebab laki2 kan kena pergi sambut seruan Ilahi menunaikan fardu Jumaat. Selamat bersolat ;)   Jadi yang ada dekat dalam masa tu hanyalah geng2 wanita2 dan gadis2 yang cuba mengambil perhatian Edward.  Including me =)



Twilight Saga - Breaking dawn part 2 



Start2 cerita je nampak Edward senyum.  Alahai.........tergedik sorang2. Dah tak peduli dah orang kiri kanan.  What do I care! Eheeee....Baru terasa pandainya la aku pilih tempat tengah2 dapat bertentang mata dengan vampire handsome. Betul! Kalau tak caya cuba tengok mata I masa tu. Mesti nampak Edward dekat dalam. Betapanya kedudukan mata kami serasi...Hahaha....Maaf atas keter-over-an! ;p





Overall cerita memang best! Sumpah I nanges. Nak2 time buat perhitungan antara keluarga Cullen dengan Aro tu. Perghhhh...berdebar jantung ni! Masa Bella siap2 tulis surat suruh Jacob jaga anak dia lagi I dah nanges. Ahhhh...tak kisahla if korang semua kata tak sedih! Nervous eh bila time Aro tu nak pegang tangan Edward. Ngokngek and excited terlebih punya pasal ada ke secara spontan I siap berdoa lagi dalam hati "Ya Allah selamatkan Edward...Ya Allah selamatkan Edward banyak2 kali!!"...Haha...gila ntah apa2. Lepas tu bila dah tersedar boleh tergelak sorang2...Orang semua pelik time scene yang mendebarkan tu I boleh gelak pulak! Haha...kerasukan vampire agaknya! ;p 




Edward - Bella - Renesmee 



Scene yang tu memang buat I nanges gila2 la. Gila tak nanges lepas tengok sorang2 keluarga Cullen kena bantai lepas tu geng2 serigala pulak ada yang mati sedih wooooo. Tengok pulak Jacob lari2 bawa Renesmee....Lagi la sedih! Waaaaaa....tapi at last...haha....mengongs! Tumbuk kang muka sorang2....Habis membazir air mata iolls taw! pffftttttt.....




Yang paling I suka and keep on nanges masa Edward dengan Bella duduk2 dekat kebun bunga purple yang selalu diorang dating tu and masa Bella cakap dia ada sesuatu nak tunjuk! Flashback balik kali pertama Edward jumpa Bella. Masa Bella confuse nak pilih Edward ke Jacob. Masa Bella terjun dalam laut lepas tu Edward selamatkan. Masa Bella kawin ngan Edward....Waaaaa, semua ada. Dari twilight pertama sampai la sekarang! So sweet :) 




LOVE ♥


And scene yang agak funny2 masa Edward ni gelak je masa bini dia belasah Jacob! Hahaha...comel seyh! Untungla dapat Edward handsome! Lepas tu baru rasa terharu and kesian dekat Jacob masa Jacob pergi lari masuk hutan bila Aro tak jadi nak gaduh dengan keluarga Cullen. :) Good job Jacob! Hihi.....Habis cerita pun best. Masa tulis semua nama pelakon2 tu...Duduk panggung tak nak keluar2. Nak tunggu sampai tulisan2 lagu2 tu semua habis. Baris I tinggal I sorang je. Nasib baik ada geng2 budak2 perempuan kat depan tu tak keluar lagi. Diorang bangun I pun bangun la. Takut jugak tinggal sensorang kat dalam tu. Masa bangun nak turun tangga tu sempat pulak pandang screen and cakap "babai Edrwad......bye...."  banyak2 kali siap senyum lagi. Padahal dah takde muka Edward dah dekat depan tu! Hahah...budak2 perempuan yang ada tu tengok semacam je. Takpe. Sokay! Dah biasa dah macam ni...hiks.



Jacob - Bella - Edward



Best! Juga sedih. Lepas ni dah takde la potianak Cullen dekat panggung Malaysia lagi! Mesti I rindu dekat Edward dan ayah Edward yang handsome tu. Empat tahun bersama Edward (since 2009 kan?) rasa macam sekejap je. Ooooohoi! ♥



I have died everyday waiting for you 






Eh.. Tetiba tergerak pulak nak post gambar ni lagi.. =) ♥


Last year  =)




Di- edit masa I rindukan Edward tahun 2010 dulu....


Aimissyu Cullen! 





LoveTwilight,h'wawa






Saturday, November 17, 2012

Cik Nina ♥



This is my sweetpie. Cik Nina! Been bestfriend since 6 years ago! 








Love,h'wawa






Sunday, November 11, 2012

Dia Datang ♥



I am mommy! =) Katakan cheese cepat nak ambil gambar nampak gigi ramai2 neh! Hehe....Petang tadi lepas asar kakak yang pregnant dah selamat meletop!(petang tadi means semalam la...sekarang kan dah Ahad ) Kebabom! Maka keluarlah baby lelaki yang gemuk putih gebu ewah!....Alhamdulillah! Both baby and sis selamat! Yeay ;))





At first doc said that baby will deliver on 14 Nov. But semalam masa kakak call dengan confident nya dia cakap tak rasa sakit pun and macam lambat lagi si budak kecik ni nak keluar! Siap gelak2 haha haha lagi dengan I ceritakan kenakalan ultraman mebius bersaudara yang sangat aggresive! (aggresive2 pun tetap menjadi kesayangan hati I tau!) Pagi tadi around 7am mak  call memecah mimpi yang indah. Hihi...mak cakap kakak dah masuk wad pukul 1 pagi. So, boleh agak la yang waktu bersalin dah dekat! Mungkinlah..mungkin!. Tunggu punya tunggu punya tunggu macam takde apa2 je. Cehhhh....masa I tengah tidur sekali lagi mak menelefon memecahkan mimpi yang makin indah. Aiyooo...amma...memang sengaja je nak musnahkan mimpi I dengan Remy Ishak kan! Hmmmm...mak cakap baby dah keluar! Nama takde lagi sebab amma appa baby tengah confius lagi tak tau nak bagi nama apa. Banyak sangat yang diorang reserved! Tak kisahlah! Panggil baby2 pun ok jugak..hiks! 




So, lets meet my kesayangan hati! Anak buah pertama I tahu tak! Itu sebab kelihatan jakun yang banyak. Banyakkkk ok! Lagi jakun bila baby jauh di mata. 





Hye baby!  =)








Baby dengan mama fera ;)








He's smile! Nice =)








Hye there....This is my picture! Me wif doc =)  10-11-12...lucky right? hihi








Tired! Tak sampai pun sehari umur saya...I'm in Opss Auch Auww....Hmmmmm...Ni semua kerja mommy dedek! 






That's it! Tak sabar nak tunggu baby datang KL. Mommy dedek loves you baby! =) 







Love,h'wawa







Pesan Ayahanda ♥




Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi sebelum subuh ayahanda kesayangan warga UiTM tak pernah lupa menasihati anak2 kesayangan beliau! Nasihat ayahanda sebelum tidur 10-11-12 ;)




Nampak tak sayang2? Cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik ke jalan Allah. Amin! I wish for someone that can love me forever! Dunia akhirat...Remy Ishak maybe? Haha...saja je nak mengada!



Selamat malam dan manis mimpi semua! Lots of love 





Love,h'wawa





Tuesday, November 6, 2012

Cak Cak Hantu =)



Rabu lepas, duduk dalam bilik nak siapkan thesis. Masa tengah meng-google dok ketawa terkekek kekek sensorang!! Jakun jap! Dekat google ada pesta Halloween rupanya. Ralit main hantu2 ni lama2 tak buat kerja. Eheh...hantu mana hantu...Ada hantu mana2...Jom cari hantu jom~~~




Gambar 1: Bila tekan ada hantu pocong dalam penjara...Nampak tak ada tengkorak?






 Gambar 2: Apa beza gambar 1 dengan 2? Heheh....tengok dekat labu yang muka macam pontianak harum tu...Gambar 1 ada cahaya dalam labu...Gambar 2 labu takde cahaya.







Gambar 3: Jeng jeng jenggggg...Bila klik lagi maka keluar la hantu2 dekat semua pintu. Ada hantu sotong, hantu mata, hantu perempuan nak kawin, hantu pintu purple..dengan hantu pocong dalam penjara tadi. .Eh, tengok tengkorak tiba2 dah senget...hewhew...Tetibe dalam tong sampah dekat sebelah hantu sotong tu ada kucing hitam dekat dalam. Ehhh...scary mary!









Gambar 4: Bila klik lagi maka hantu pintu purple pun menganga...Aaaaaaaaaa...Ada lima gigi! ;p 









Gambar 5: Klik lagi.....hantu pintu purple dah senyum balik...tapi hantu perempuan nak kawin hilang terus jadi rama2...*ting! Hantu pocong dalam penjara pun hilang. Burung gagak pun dah tukar posisi ke kiri. 








Gambar 6: Klik lagi.....Hantu perempuan nak kawin ada balik. Hantu sotong hilang. Hantu pocong dalam penjara hilang. Kucing hitam dalam tong sampah lari ada dekat depan tangga hantu mata. 








Gambar 7: Klik lagi...hantu sotong, hantu mata, dengan hantu pocong dalam penjara dah hilang. Tengkorak senget balik...Kucing hitam pun dah hilang..






Klik lagi....Eh..dah takde....heheh....kelakar tak? Haha...I sorang je yang rasa kelakar!Tak pernah tengok hantu! ;p






Love,h'wawa






Thursday, November 1, 2012

Satu Sebelas ♥



Hari ini untuk kali ke berapa ntah saya di ngorat lagi! Awww..ini betul2 tak tipu punya. Apa perasaan kalau orang cakap nak kawin depan mata kita dengan kita selebet selekeh serabainya baru nak mandi dan rambut macam nenek bunian! Oh, tidak! Mak mertua tengok pun muntah tiga hari! Kesian! :(



Cerita hari ini. Nak update juga walaupun tengok jam dah 9.37 malam waktu Malaysia bukan waktu Kathmandu. Satu-sebelas-dua belas. Eh, dah November kan! Yeayess! =) Sambung balik cerita I dingorat tadi. Kejadian berlaku tengahari tadi. Around pukul dua something2 tak ingat (tv slow pulak..at least kalau tv kuat boleh la tau pukul berapa berpandukan sinetron Dia Jantung Hatiku). Kejadian berlaku di depan bilik air rumah sendiri. Rumah sendiri tau bukan rumah sepupu ke ,kawan baik, makcik jiran dan jauh sekali rumah musuh (eh, manade musuh). Kebarangkalian berlaku di bilik air Suria KLCC pun mungkin juga sebab ini adegan mengajak kawin kan? Kan kan? Tapi tak ada pun. Semuanya berlaku di rumah manis rumah! (ok, no wonder la semut dengan nyamuk asyik giget I je...rumah manis kan! *tsk). 



Everything was unplanned! I tak tau pun. I pergi dapur nak mandi tengok bilik air tetiba teringat ada cicak degil duduk semalaman dalam toilet buat macam toilet sendiri tak nak keluar. Eiiii...Jadi cari alternatif lain suruh hero keluarga yang disayangi tolong halau cicak degil. Permintaan ditolak! Fine. Cari alternatif lain. *ting. Suruh pulak ultraman mebius kesayangan tolong pastikan yang bilik air bebas cicak. 



Me: Qy, tolong Wa qy...Cuba tengok dkt belakang2 sabun cermin baldi semua ada cicak tak?

Qy: Ok....


Habis satu bilik air ultraman mebius geledah. Fuh, nasib ibu dia tak tau kalau tak memang habis la kena tangkap dengan teledera sebab menganiaya kanak2! Eh, bukan aniaya...tadi I cakap tak habis.. Ada lagi sambungannya. 


Me: Qy, tolong Wa Qy..Cuba tengok dekat belakang2 sabun cermin baldi semua ada cicak tak? Wa bagi singgit.

Qy: Ok....



Clear! Tiada gangguan cicak! =) Eh, tapi itu dekat bawah2 je..Dekat shower atas tu mana dia sampai. Budak 4 tahun kot! Hmmm..tiba2 hero keluarga disayangi datang.


"Meh orang tengok..tapi bagi singgit aaaaa"


I pun "ok"



Settle masalah cicak! Boleh mandi. Yeay! Tapi tadi ada cakap kawin2 kan?


Ok, rewind balik yang tadi yang I cakap mintak tolong dekat Qy lepas tu I nak bagi singgit kan! Qy cakap "ok.....Wa kalau Adzrul tengokkan cicak boleh tak Adzrul nak kawin dengan Wa?" Eh, ahahaha...sengal! 


Me: Haaaa? Kenapa Qy nak kawin dengan Wa?


Qy: Takpela...sebab Adzrul sayang Wa


Me: Haha...kawin tu ape?

Qy: Kawin la....yang duduk2 atas kerusi pakai baju cantik tu...


Me: Owh...kalau macam tu Wa nak kale pink

Qy: Ok...Wa pink...Adzrul nak baju super car!


Erk, super car? Memang sah budak kecik...


Beli bunga untuk Wa...Beli baju untuk Wa...Nasi lemak untuk Wa....Beli cincin nak bagi Wa....aiyoooo!


Hye...untung nya la Wa! Eheh...kakak, adik, dan Wan...sila jangan jealous! Qy sayang Wa lebeyh! 




Masa ni Adzrul Ridzqy 3 tahun. Nnyanyi lagu Maher Zain...InsyaAllah versi sengau mengau! =)




LoveQy,h'wawa