Tandas berkualiti saya puas hati. Yeay yeay! =) Tapi kalau tandas sangat menyakitkan hati saya rasa menyampah sekali! Eh, bukan sekali tapi berkali kali. Benci! I memang sangat particular kalau bab tandas! TANDAS! Tempat untuk berak kencing tu. Okey, cakap tanpa selindung! Dari dulu sampai sekarang kalau pergi rumah orang atau pergi bercuti kat mana2 hotel mesti tengok toilet dulu. Eh, tapi kalau pergi hotel first thing lonjak2 atas katil sampai berantakan dulu..hehe..then baru tengok toilet dia. Kalau bersih and wangi senyum bangga. Tapi kalau dapat yang macam disaster memang siksa la uolls!
Satu yang tak bestnya dengan manusia sekarang ni ialah tak pandai nak jaga tandas. Especially public toilet! Eh, awak semua tak reti guna tandas ea? Tak reti nak tarik flush lepas guna ea? Tak reti nak basuh air kencing tu bersih2 ea. Saja je nak jimat2 air bagai! Guna air setakat nak menyucikan tempat keluar najis depan belakang je kan? Air kencing yang ntah terpercik2 dekat tepi2 tu saja je taknak basuh ek! Lepas tu sampai sepuluh orang buat perkara yang sama. Lepas tu bila I nak buang air masuk je toilet bau dah mengannoyingkan. Takpe, ada banyak pintu dalam tandas. Pergi pintu satu baru tolak pintu bau dia rasa nak pitam seminggu. Pintu dua pulak belum apa2 dah nampak sisa najis dalam toilet bowl. Buwekkkks, muntah darah I! Masuk pintu tiga pulak tisu bersepah2 atas lantai, dalam mangkuk tandas. Euuu....lama2 tergendala hasrat I nak guna toilet. =( Very the cheesecake!
Terpaksa guna gambar katun..geli weyh nak guna gambar betul....euuuuuu....
Dekat UiTM ni pun susah I nak guna toilet. Kalau dekat fac tu kena standby tisu banyak2 and lepas tu memang nak cari tandas duduk. Tak nak yang cangkung2 ni. Masuk toilet flush dulu. Jirus air kat tepi2 lepas tu lap dengan tisu. Baru la selesa nak guna even tak comfortable sangat. Sebelum keluar flush lagi dua kali. Rasa lebih legaaa! Heeheee.
Kalau nak guna tandas cangkung pulak kena jirus satu bilik air dulu nak hilangkan bau "wangi". Pintu , dinding, lantai semua I basuh. Dah macam pekerja alam flora la pulak kesayangan awak ni kan! Haha.
Nak bersih punya pasal tak kisah la kena buat semua tu. See, suwit tak I? Heheh.
Ini adalah tandas idaman. Bersih dan wangi...
Kenapa semua pun malas nak basuh toilet? Bukannya basuh semua. Setakat yang korang guna je. Kalau rajin nak basuh semua pun tak pe la jugak. Haha. Kan rumah pun macam tu jugak ke uolls? Ish2, apa ni? Habis tu nak solat macam mana kalau tak bersih. Euuu. Tu sebab I kalau guna tandas cangkung yang public punya memang lambat. Dah tu habis basah high heels segala. Macam budak tadika masuk tandas. Thehehe....
Ok, pernah tengok tak video tandas berkualiti ni. Nak tau tak awak, I dulu benci kot lagu ni. Promote tandas tapi tak bersih2 jugak. Susah kot nak cari tandas bersih. Kalau la semua tempat macam ni konfem batu karang la I jawabnya. Tsktsk...waaaaaaa.... Lagi satu hal nak jadi kan standard tandas macam antarabangsa sampai buat tandas tak guna air. Lap2 guna tisu je. Berasap jiwa dan raga tau. Dah nama pun negara agama rasmi Islam, so buat je la tandas ada air. Grrrrrrrr.....
Eh, lagi satu I benci lagu tandas ni sebab adik I yang sekolah rendah tu suka tukar lirik lagu. Tapi semua pun nak latak nama Wa; kakak dia yang paling Jamilah ni...haha..Ngeks!
Best tak lagu ni? Haha...cepat cakap bestttt! Sila lah menghargai tandas2 yang ada wahai pengguna tandas sekalian. Sumpah nak pengsan tengok tandas kotor. So kalau awak nak ajak I datang rumah pastikan tandas bersih. Rumah tak bersih pun tak apa janji tandas berkualiti. Heeee...Nama pun tempat bersuci kan darlingsku! Kalau tempat nak menyuci pun kotor apa nak jadi? Erkkkkkkkkk
KEEP OUR TOILET CLEAN♥
"Owh uwa berkualiti...owh uwa negarati.." Ngokngek tak lirik dia ni. Adik I la ni. Dia nyanyi je habis satu rumah suara I merengek! Eiiiiii......
LoveCleanToilet, h'wawa