Sunday, February 27, 2011

Happy Birthday Baby ♥


Happy birthday boy! Semoga dirahmati Allah selalu, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan akal fikiran, panjang umur untuk beribadat dan semoga berbahagia. Heee. Sorry tak dapat wish awal2 pagi tadi ye. By the way you are the best la! Muaxx =)




.



Seronok dapat jumpa my beloved family tadi. Macam 10 tahun tak jumpa. Hehe. Macam biasa kalau family yang datang jumpa saya mesti diharuskan bawa makanan. Makan je kan. Mana la tak gemuk. Haishhh..Tadi pun dapat makanan lagi even lauk sardin je kot. Tak kisah la. sardin pun sardin la asal made in my home. Hehe. Kalau ikutkan hati nak je ikut balik naik kereta tadi. Dah lama tak balik. (statement mengade dari budak yang amat sayangkan rumah) >_<

Dah jumpa borak2 jap dengan keluarga terlampau tersayang. Habis semua nak cerita. Topik biasa yang selalu cerita tak habis2 isu dah gemuk dah gemuk dah gemuk. Orang lain pun naik fade up dah dengar. Tapi disebabkan adik beradik dan anak yang kesayangan yang cerita semua pun hmmmmm,ye laaaaa....Haha...Nampak sangat malas nak layan ennn...




Actually hari ni hari lahir adik saya yang gedik2 macho. Haha. Adik lelaki berkepala roti kesayangan. Hehe. Opsss, sory! Dah lama I tak sakat si budak nakal ni. Cepat je dah 11 tahun. Haishhh...so it means adik I semakin membesar. (mana la ada orang yang makin mengecil...ish ish..). Lepas tu next year dah UPSR. Next next year lagi dah masuk Form 1. Next next next year lagi dah form 2. Wahhh, lama2 makin menjadi si budak bujang la adik kesayangan I ni. Haha. Eh, apa ni? Stop mengarut Wawa. Haha.



So untuk adik kesayangan, kakak kesayangan nak cakap happy birthday again! Sayang Wa tak sayang Wa tak?? Haaa? Jawab2? Love you la baby.(abah cakap adik I dah besar tak payah panggil baby lagi)

Wahhh, birthday boy kedekut la hari ni. Tadi dalam kereta orang mintak super ring tak bagi pun. Ishhhh, mentang2 la bufday dia ea! Hehe.


Yeay! Hari ni memang best! Best sebab family datang tadi. Tapi tak best sebab mummy takde. Mummy pergi Sogo dengan kakak. Waaaa nak ikut mummy nak ikut mummy! =(((((



Muax muax,h'wawa

Wednesday, February 23, 2011

Menantu Idaman Mertua ♥





Hari ni I gembira masa dapat buka puasa tadi. Tak tau la hari ni kenapa lapar sangat. (Uitt, jangan kata I tak niat okay!) Maybe sebab penat kot sampai petang tunggu kelas insurans tapi tiba2 kelas cancel. Kecewa dalam gembira. Hihi. Tapi kan yang membuat I bertambah semangat masa berbuka tadi bukan la sebab dapat berbuka dengan mee goreng basah yang I beli dekat seksyen 2 tu tapi mostly sebab I nak pergi ceramah Menantu Idaman Mertua dengan roomate kesayangan. Cheewah2, kalau ceramah tajuk havoc2 ni laju je kan nak pergi! Lagipun lumrah budak hostel sebabnya nak kumpul kupon banyak2. Sem depan tak payah susah2 nak lemah longlai duduk dekat luar. That's it! =))))








Okay la, masing2 pergi dengan penuh keayuan dan kesopanannya. Berbaju kurung bertudung lilit2 lagi. Hehe. Ibaratnya nak jumpa bakal mertua la gamaknya. Kemain lagi kan anak dara ni. Masing2 pandang cermin pun siap senyum2 lagi. Ntah apa2 la yang difikir. I pun sama. Pergi dengan baju kebaya yang I pakai masa pergi kelas pagi tadi. Memang kantoi dengan budak kelas la kan! Nampak sangat I tak tukar baju. Haha. Tak kisah la janji cun!

Makcik..ohh makcik..nak tak terima saya jadi menantu????



Then bila kitorang sampai dekat mawar tadi memang ramai gila la rakyat jelata yang datang nak dengar ceramah idaman ni. Not bad! Siswa pun ada. Semangat bakal pengantin betul diorang ni! Ni yang I suka ni. Even duduk belakang pun rasa berkobar-kobar je nak dengar. Penceramah pulak best. Memang heaven la.



So, antara yang I dapat masa ceramah tadi is most important thing adalah perempuan atau wanita atau anak gadis adalah tidak lari daripada tugas memasak dan aktiviti di dapur. Auchhh! Ni la yang memang mak mertua cari. Nampaknya betul la apa yang ibu selalu cakap kat rumah. Perempuan kalau pandai masak lagi sweet dan berseri. Macam gula kapas! Hehe. It means that lepas ni I pun kena tambah lagi la frekuensi, kekerapan dan kebarangkalian nak jadi super power bab masak2 ni. Mudah mudahan la kan! >_<





Beside that, yang paling utama semua pun tau basic agama adalah yang paling penting. Tak kisah la kita menantu perempuan ke lelaki agama kena kukuh. Barulah hidup aman. Semua orang pun sayang. Tak ada gaduh2 ni. Semua pun kiut je . Macam I! Eh, tak memasal enn. Hehe. Lepas tu semua pun kena ada tolak ansur. Nak2 menantu. Senyum je kalau mak mertua cakap apa2. Adoiii! Ni yang ramai tak tahan ni. Memang scary movie la kalau dapat mertua macam tukang kritik akademi fantasia. Ada je yang tak kena kan! Habis tu kena pandai2 la cari calon. Biar dua2 pun ok. Betul tak sayang2 semua??? =)





Overall I rasa ceramah tadi ok la. Best gila. Memang best la. Actually I sebenarnya berbelah bagi juga tadi. Tak tau nak pergi yang mana satu. Sepatutnya lepas maghrib tadi I ada pemilihan untuk tilawah Al-Quran. Sedih juga kot tak dapat pergi. =(

Harap2 esok ada lagi saringan. Aminnn! Mudah mudahan la. Dah lama kot I tak masuk tilawah ni. Last dulu pun masa zaman pakai baju sekolah dulu. Haisshh, rindu pulak tiba2. T_T





By the way, esok ada lagi ceramah. So pada siapa2 yang rasa nak mantapkan rohani sila lah ke kolej mawar ye. Weyh, ustaz Akhil Hayy tu! Promote2 walau I tak minat pun. Hehe. Dekat kolej seroja pun ada ceramah pasal maulidur rasul. Moh kita pergi moh! Ambik berkat malam jumaat. Manalah tau berkat pergi ceramah ni tiba2 I menang choral speaking sabtu ni. Waahhh, tak gitu! Hahaha.













Muahxx muahxx, h'wawa



























Tuesday, February 22, 2011

Wawa, Bonda dan Tudung! ♥

Hari ni I kena marah. Ibu marah. Puan Fatimah pun marah. Ibu cakap kalau nak pakai tudung betul2 ye nak! Tu la. Cari nahas lagi bagi tau ibu hari ni satu hari pergi kelas pakai tudung. Lepas tu cakap esok nak free hair balik. Mula2 ibu senyap je. Macam takde response je. Lama2 tengah sedap2 cakap benda lain tiba2 ibu selitkan syarahan forum perdana ehwal islam. Haha. Owh, alert juga ek. Ingatkan ibu tak dengar I cakap apa tadi. Haisshhh! Memandangkan Siti Hawa Wawa Cullen ni anak yang patuh lagi taat so I pun just "hmmm..baiklah bonda"...See, suwitkan I! =)


Hari Selasa pagi I pergi kelas memang pakai tudung sebab ada kelas arab. Biasanya habis kelas arab terus buka tudung. Tapi hari ni I maintain pakai tudung sampai habis kelas. Kawan2 kat hostel pun dah macam terkejut gembira sebab ingatkan I dah pakai tudung. Haha. Sorry. Bukan nak tipu plissss. Honestly memang ada rasa nak pakai tapi......tu la..godaan syaitan ni. Hebat betul. Orang kiri kanan pun macam dah psycho gila suruh I pakai tudung. Bagus la diorang ni. Terkesan juga dalam hati I ni nak pakai. Just nak tunggu masa yang sesuai je. Cehhh, ngade2 kan. Nak tunggu2 masa pulak! =P

Lagipun dalam almari kat bilik kat hostel I ni memang tak ada tudung. Ada sehelai je kale pink. Tu je la yang I bawak pakai pergi kelas arab. Kalau tak pun pujuk2 manja dekat roomate nak pinjam tudung. Tengok lah. Moga2 cepat2 la I terbuka hati nak pakai tudung enn. Lagipun si dia yang bukan nama sebenar pun dah usha2 secara perlahan suruh I pakai tudung. Haha. Gatai! =PP

So sorry kepada siapa2 yang terlibat ye. Insyaallah. Mana tau dalam masa terdekat ni I pakai tudung. =)) Biar I belajar dulu macam mana nak pakai tudung cun gila macam Heliza tu. Sweet je. Haha. Tetiba teringat pulak I pakai tudung masa kelas Fin tadi. Selekeh selebet serabai kot!

Friday, February 18, 2011

Me, You and Application ♥

I feel very lucky to have my friends in my life who always help me through difficult times! Muaxx...Haha. Ok la. Free2 je dapat kiss dari kita kan! Heee...So suwitnya I! By the way masa I online facebook lepas je balik dari practise sumbangsih suara tadi I nampak cik Kaede dengan si tomey Keyrol guna application ni. Friends Who Always Be There For Me Photos. Cool! Ala, dalam bahasa omputihnya kawan yang sentiasa ada untuk saya gambar! Haha. Ye ke? Whateverlah..So, I dengan tak sabarnya terus tekan klik dekat application tersebut nak tau la juga kan siapa yang paling take care dekat I. Wahhh, jantung dugdag2 laju masa nak buat ni. Debar2 you! Haha. Tak sabar2 nak tau. Iye lah, mana la tau kot2 tiba2 Dato' VC yang take care kat I. Kahkah. Femes sekejap enn!







Dan....tadaaaaa...inilah hasilnya. Ini la orang yang penting yang selalu ada untuk I!




Wink*wink! Amacam? Cun tak? Cun la kan! Haha. Wahhh, tak sangka Cik Kaede dapat seratus peratus ye. Sayang sangat2 you dekat I ye Kaede? Kantoi! Patut la dekat kelas tak boleh nak berpisah dengan I. Heee. Linlin pun sama. Hari2 jumpa pun tak pe. Semakin hari semakin sayang! Terharu I tau!
Cepat2! Lagi ada siapa lagi ekkk dekat senarai I ni. Owh, cousin ada, anak buah ada, adik ada, besties ada, coursemate ada, bekas kesayangan ada (eiiiii...haha), bakal boyfriend ada (ekkk? ada ke? ^^), skandal ada(tak lah..mana ada...euuu) dan tidak ketinggalan cik Bella dan cik Reenie yang pernah mengaku suka dekat boyfren I si Cullen tu! Hehe. Love it!
So, kali ni punya application macam best je enn! Heee. Ntah apa yang bestnya pun I tak tau. Haha. Awak semua nak tau tak kenapa I cakap best? Hmmmm...tak payah lah kan! Paham2 sendiri sudahhh. Macam la tak tau Hawa Wawa ni suka mengarut. Nak2 time2 macam ni yang mata dah ngantuk2 mamai2 ni. Haishhh, lagi banyak yang merapik merabannya kan!
Actually benda ni nak suka2 je kan. Ramai lagi yang penting dalam hidup I. Bukan setakat yang dekat gambar ni je. Amboiiii, melampau la kalau semua pun nak keluar mencapap juga. Haha. Melambak lambak lambak la nanti gambar yang keluar...Hihi. Disebabkan I dah lama tak update, so I saja je suka suki nak letak benda ni kat belog kesayangan. Sambil tu boleh perasan sorang2 jap. Haha.
Muaxx muaxxx kiri kanan...Lebiu bebeh! Ngeee.... =)
P/S : Eeehhh...kenapa budak economy yang banyak dalam senarai ni ekkk? Opsssss! Hehe.
Love,h'wawa

Thursday, February 10, 2011

Katakan Benci Kepada Monkey!



Kalau orang mencuri ia adalah satu kesalahan. Tetapi kalau monyet yang mencuri ia merupakan satu kesalahan yang sangat tidak dapat diampunkan dan gila menyampah. Monyet yang sangat perasan yang marasakan dirinya adalah lelaki handsome seperti Edward Cullen dan Johnny Deep juga adalah sangat mengjengkelkan perasaan sebab suka sangat curi masuk bilik anak dara seperti kami. Euuu..lempang nak?


Hari pertama I masuk di kolej seroja roomate cakap petang2 kena tutup tingkap sebab monyet suka masuk. Bila dia cakap macam tu jantung dug dag macam kuda lari. Heee...takut kot! Lama2 dah dua tiga hari jadi budak hostel kembali I dah tak rasa takut dah sebab tengok monyet tak masuk2 pun even tingkap dibuka luas seluas luasnya. Rasa lebih legaaaaa. Hehe.


Kehidupan pun bermula seperti sediakala. Pergi kelas dengan Zati, balik kelas suka hati, golek2 atas katil love2 kale pink, duduk online dengan Kaede Atikah, bergossip dengan besties, berchit chat dengan skandal...eh opsss....bergelak ketawa dengan roomate dan bercinta dengan EC. Nice!

Semuanya aman sehinggalah monyet kembali menyerang di bilik I yang indah permai ni. Haishhh, tengah sedap2 I google sana google sini tiba2 dengar bunyi bising macam segala. Perkara bising adalah common bagi I and dengan slumber badaknya I biarkan je bunyi itu berterusan. Dalam hati cakap "Rajinnya Ifa ni....balik2 terus nak buat kerja..." sambil jari jemari terus menaip. Tiba2 bunyi semakin pelik. I pun tergerak hati nak tengok...Then tiba2....opss auchhh auwwww.....its MONKEY!!!!!


Spesis monyet perasan ni la yang suka masuk bilik kami! =(






Dengan penuh perasaan semangat ketakutan dan kenevesan I terus lari loncat atas katil roomate and nyorok belakang dia. Sumpah takut! Waaahh..nasib baik la ada roomate penyelamat. Heee. Lari juga kau monyet! Fuhhh, malam tu perasaan benci kepada monyet semakin menebal. T_T



Monyet kembali menyerang...............



Semalam, Padil cakap I buat2 rajin sebab tanya library tutup pukul berapa. Maklumlah student jarang masuk library. Hehe. Then dengan langkah penuh keyakinannya I pun pergi la PTAR 1 nak teman kesayangan I stady dekat library. Cehhh, rasa macam canggeh pulak bila masuk library budak akaun ni. Teringat pula masa zaman I belajar CBS ngan CIS dulu. Best tu! Memang gila ah tengok budak2 kat PTAR ni stady. I pun tarik satu buku yang bertitle "LONDON" dan mula menggodek-godek tempat kewujudan Harry Potter adik angkat I yang femes tu. Nampak sikit macam rajin kan! =)







Budak BAIK macam I memang suka masuk library!



Balik dari PTAR tiba2 Ifa roomate I pun cakap "tadi monyet masuk....habis roti kak Wa kena curi 2 bungkus.....Ifa marah dia, dia pandang Ifa dia tunjuk gigi kat Ifa....tak nak lari monyet tu...lepas tu Ifa halau dengan tongkat....monyet tu nak halau Ifa balik..."


OMG! Mengongs punya monyet. Macam la gigi dia cantik sangat! Siap buat iklan colgate lagi...Gila annoying! Dah masuk bilik kita nak mencuri pulak...Ada hati pulak tu nak halau kita...Dah la tak malu mengawan depan orang....Eiiii....Ngok ngek...


Monyet ni suka masuk time petang2 nak dekat2 pukul 7. Dekat2 nak maghrib. Patut pun agresif sangat. Kena rasuk setan agaknya monyet ni..Stupid!

Nasib semalam masa monyet masuk I tak ada dalam bilik. Kesian kat Ifa...Haishhh, kalau la monyet tu halau I balik, agak2 nya apa I buat ekk???


Buat2 pengsan kot!






Love,h'wawa



Thursday, February 3, 2011

Saya, Mereka dan FS ♥


Suka tak nama ni? FS! Heehee. Siapa FS ni? Ini bukan shortform untuk Fazura Sharifuddin pelakon cun kesayangan I tu ea. Bukan juga Fatin Sood adik sepupu I and juga bukan Firdaus Salehan coursemate I. FS is Fasha Sandha. Haha. Gila apa tiba2 tak memasal nak post entry pasal Fasha Sandha the hottest? Hot ke? Opsss, no comment. Tak nak cakap lebih2 nanti I pulak glamour kena saman ngan FS. Ngeee.....




Actually sejak dua tiga empat menjak ni banyak pulak cerita pasal si mata cantik ni kan! Dah la kat astro ada cerita dia. Dekat tv3 pun ada jugak. Nak2 sekarang ni meletup pulak kes Jejai tu. Teeetttttttttttttt. Haha. Murai.com dah berbunyi. Okay2, berbalik kepada topik kenapa FS yang menjadi sasaran I hari ini sebab yang utama I rasa macam menarik pulak bila ramai kawan2 yang amat gila annoying menyampah kat FS kesayangan I ni. Fuhh, kesayangan tu!!!


Haha. Ada yang cakap dia seksi gila la, FS suka kebas boyfriend orang la, FS gelak macam kuda la, FS x bagus la dan apa2 aja yang sewaktu dengannya. Even dari dulu lagi I cakap je suka dekat Fasha Sandha semua pun buat muka tercekik belut jantan. Waahhh, baru I tau betapa menyampahnya mereka dekat FS ni. Hehe....Kelakar la pulokkk! >_<








Malas nak tunjuk komen lebih2...Nak tau search kat google ye!


Weyh, kenapa agaknya diorang tak suka FS ek? Sebab perangai? Pakaian? Or suara? Haha. I pun tak tau kenapa minat kat dia. Tiba2 je boleh suka. Macam tiba2 I suka dekat Edward Cullen and Daniel Wu tu la. Tak dirancang pun. Muka pun suwit. Berlakon pun boleh tahan la even kadang2 ada jugak sesetengah watak macam menyampah gila dekat dia. Suara pun sexy. Comel je macam doraemon! Hehe!!

Lumrah manusia kan! Yang baik dipuji yang jahat dikeji. Mesti la. Takkan la nak puji orang jahat pulak. Haisshhhh.....Kadang2 bila FS ni buat perangai yang tak berapa nak baik I pun tak suka jugak. Siapa yang suka boyfriend kena kebas. I pun baik juga. Tau beza yang baik buruk la my dear! Hari tu ada yang ter-emo lebih sampai I pun kena hentam sebab minat FS. Kamon la bebeh...rilek2...Tak payah la nak emosi sangat. Biasa la tu. Pilihan masing2...(kopipes ayat abang sepupu masa I form 2 dulu). Buat apa nak gaduh2 pasal I.(terharu tau awak)...Dah2..Lain kali jangan gaduh pasal I kat facebook tau. Eh, silap..Jangan gaduh dengan Fasha Sandha pasal I. Eh, silap lagi.....Jangan gaduh2 la.....Semua pun kena baik2 je. Macam I!




Rasanya muka ni ada potensi tak nak jadi pengkebas boyfriend orang???? =P


Dah la. Mesti semua boring asyik cakap pasal FS je kan. Meh la kita cakap pasal FS lain pulak. FS budak kelas marketing I dulu. Haaaa..Ok...Titik...Tipu..Gurau je....Hehehe...
Sebenarnya I nak cerita pasal reunion sekolah yang I pergi petang tadi. Reunion sebab nak dapat kad kawin. Kawan kelas I si Aspang tu nak kawin tau. Tu yang sanggup menggagahkan diri nak datang jumpa diorang di hari pertama tahun baru cina ni. Semata-mata kerana sekeping kad kawin. Baguskan I bagi sokongan moral dekat bakal pengantin baru ni. >_<
Tapi nak cerita banyak2 pun tak best sebab diorang tak tag lagi gambar I yang mempamerkan muka tembam tu. So cerita kena delay.....


Harap2 lepas ni takde la orang buat page dekat facebook "KAMI BENCI HAWA WAWA SEBAB MINAT DEKAT FASHA SANDHA".............siapa2 like page ni memang nak kena lempang laju2 dengan I!

P/S: Agak2 nya kalau I buat wallpost "saya minat Memey Suhaiza" ada orang nak like tak????








Love,h'wawa















Tuesday, February 1, 2011

Siapa Nak Cari Selipar...Come Come.... =)





Meh semua. Siapa2 yang ada hilang kasut, selipar tinggi (ni dalam loghat terengganu ...means kasut tinggi) selipar leseh (sandal biasa yang takde tumit tu) selipar jamban(haha...selipar jamban is selipar jamban la kan!) atau pun kasuk spok (sport shoes) meh cepat order dekat Cik Wa ye. Kat sini ada jualan fipper yang baik punya untuk awak. Hehe. Ada gaya penjual selipar kat pasar malam jalan TAR tak? Akikiki....








Uiiiii...kenapa Cik Wa sibuk nak menjual selipar pulak ni? Adoiiii, nak buat macam mana tawaran berlakon tak ada. Haha. Ok, jangan merepek Hawa Wawa. =)))


Sebenarnya Cik Wa nak menolong anak buah yang tak habis2 nak merayu rayu makcik kesayangan dia ni promote kan business selipar ni haaa. Siap merengek rengek lagi budak ni. Haaisssshhhh, nasib tak kena cili mulut tu. Kalau tak free2 je dapat bibir macam Brangelina tu. Heeeee...Garang tak garang tak Cik Wa? Haaaa...takut kan!







By the way setelah dirayu-rayu, ditangis-tangis, dironta-ronta oleh anak buah ni maka Cik Wa pun tak sampai hati la nak biarkan dia nangis merengek sampai macam tu sekali. Ternyata pemilik nama sebenar Siti Hawa atau nama femes Fasha Sandha sangat la tersentuh hatinya. Haha. Kesian pulak tengok budak tu bersemangat betul nak jual selipar. Hmmmm. Cubalah jual high heels. Boleh la jugak makcik kesayangan dia ni beli. Betul tak? T_T




Ok lah...kembali kepada tajuk. So siapa2 awak yang nak beli selipar silalah inbox Cik Wa atau Wan si anak buah ye. Kat sini ada contoh fipper. Tapi yang ni pic untuk girls. Kalau nak tengok yang lain tanya budak kecik tu la ea. Macam2 kaler tapi rupa hanya satu. Pilih2 mana yang berkenan.












Actually kan, Cik Wa nak tolong ni sebab terharu anak buah panggil kakak..Dah tak panggil dah makcik2 ni. Mentang2 la nak meniaga punya pasal. Aku pun dibodek bodek ye. Haha. Tak kisah la..Kakak pun kakak la. Terasa bertambah mudanya I. Wink2.....Ahahaha....

Oppssss, kali ni guna ganti nama Cik Wa pulak kan. Takde dah I I ni...Haha. Well, saja je. Nak tukar angin timur pulak. Haha. Tapi macam geli2 je kan. Ntah apa2 la! Gewdiks...Hikhik.... >_<

Love h'wawa