Sunday, October 24, 2010

Bila Abang Burger Di Depan Mata...HaHa


Cuwesss! Hari2 pun macam rasa nak habiskan duit kaler merah hijau and biru kat abang burger. Memang mengketedarah raja biawak Colombia. Ini lah padahnya kalau awak semua jual burger kat depan mata saya. Saya lah pengggkaya anda. Haha. Masuk semlam dah tiga malam saya menjadi pelanggan setia abang burger yang masih tak dapat diketahui rupa paras sebenarnya. Thanks adik yang rela menyusahkan diri nak menghadap muka abang tu tiap2 malam. Ngahngah.




Kemain lagi hari2 nak melantak burger dan yang sewaktu dengannya. Abah pun dah naik rabun tengok kitorang adik beradik mabuk pinang dengan air tangan abang burger. Hakhak. Silap ari bulan badan ni nanti sama je dengan tempayan kembung yang ada ikan puyu kat dalamnya. Mehemang mengngong metui!!!


Malam pertama terasa nikmat dengan burger ayam. Punyalah sedap roti dia bersalutkan butter yang lazat. Memang sah berjuta juta kalori bersemadi dalam badan ni. Haisssshhh, esoknya roti sosej menjadi pilihan. Sungguh menyelerakan even rotinya agak sejuk. Tapi sedap lagi 1901. Kihkih. Semalam pulak benjo yang menggunakan telur gred A. Hahaha. Terasa indahnya hidup. Lupa sekejap masalah ketakutan dan kenebesan akibat exam yang semakin mengejar. Heeeee.



Saya paling semangat nak makan burger. Sampai nak order pun kena tulis2 atas kertas. Takut adik lupa nanti terus tak boleh makan. So, tempahan pun ditulis atas kertas A4 kosong yang sedia tersedia di sebelah masa saya asyik stadi economy 415. Begitu excited menulis menggunakan tulisan bunga2. Kakak cakap mana la tau nanti abang burger tergoda. Untung2 boleh jadi macam zaman Dang Anum bercinta. Main tulis2 surat gitu. Hehehe. Ni la anak dara zaman sekarang. Ada cadangan juga suruh saya letak bedak wangi2. Nasib baik ada bedak johnson&johnson je, kalau tak dah habis separuh botol dah letak. Akikiki~~~~





Tiap2 hari masuk pukul 8.10 malam je adik turun nak menjalankan urusniaga ngan abang burger. Bersemangat sungguh dia. Hihi. Tiba2 bila dia masuk rumah sambil bawa makanan yang dibeli maka berkata lah adik.



Abang burger tu baikkk!! Adik berkata



Kenapa? Kakak2 nya bertanya....



Abang tu tanya tadi sape yang tulis ni...lepas tu orang cakap kakak saya yang tulis...abang tanya kakak dah kawen ke belum? Wan cakap tak kawen lagi....abang tu cakap lagi nak nombor telefon boleh...pastu cepat2 abang tu cakap eh tak la...maen2 je.... =)))



Ohhhh,,,, opsss....hahaha....petua menjadi jugakkkk~~~~ thehehe >_<

Wednesday, October 20, 2010

20/10/2010







Cantik comel dan cun! 20102010. Haha. Ada sape2 nak cipta sejarah pada tarikh cute ni? Kawen, exam, puasa, gaduh or kerja maybe? Heeee. Seems like tahun ni je ada empat hari yang tarikh nya very the suwit la. 01/01/10 , 08/09/10, 10/10/10 , 20/10/2010. I pun suka tengok tarikh yang comel2 macam ni. Konfem ramai yang nak rebut hari ni kan. Kalau boleh I pun nak kawen dengan orang tu hari ni jugak. Haha. Statement bongoksss~~~ Lalala.



Ok la. Actually saya teringin sangat nak buat entry pasal Wedding of the year Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Datin Dr Halina Yunos. Nak buat 10/10 hari tu tapi disebabkan busy dengan assignment tutorial segala so nampaknya kena la postpon hari ni. Heee =)))





Masa first time saya tau yang pasangan comel ni bercinta memang rasa ohhh my so sweet sangat. Haha. Sama cantik sama padan. Best kan. Dah la dua2 doktor. Sorang handsome sorang lagi cantik. Alahai....Sejuk mata tengok.







Tak tau la kenapa tiap2 kali cakap pasal pasangan hot ni saya mesti senyum2 bajet2 sendiri. Ambik mood nak perasan2 jap. Heee. Macam best je love story diorang ni ek! Alhamdulillah, kawin juga. Mudah mudahan berkekalan la sampai hujung nyawa. Aminnnn. Seriously suka sangat tengok pengantin ni. Hmmmm.

Psstt, awak, dulu cita2 saya kan nak jadi doktor juga tau. Tapi nak buat macam mana takde rezeki kat situ. (Tu la malas lagi...haishhhh) So nampaknya kena la teruskan dengan economy ni. >_<




cun




Siapa tengok majlis doktor ni? Haaaa, good! Cantikkan! Gila cantik la. Ingat lagi masa siaran langsung majlis persandingan ni saya kat hostel tengah sibuk nak siapkan assignment marketing and mana nak setadi untuk kuiz economy pulak. Hadoooiii. Dalam hati ni membuak-buak meloncat-loncat meronggeng-ronggeng dah nak tengok majlis kawin ni. Mula2 plan nak turun pergi bilik tv kat bawah. Lepas tu pikir punya pikir terus tak jadi sebab malas nak bawak semua barang bendaalah konon la nak stadi sambil tengok tv. Cehhh. So dengan muka sedih sayunya terpaksa la duduk kat meja buka buku baca and hafal la semua konsep economy tu. Tengah serius2 hafal sambil mata jeling sikit2 kat facebook baru teringat yang siaran langsung kat tv3 tu boleh tengok juga dekat tv3 online. Waaahh, apalagi...terus buka new tab masuk link tv3 online. Kehkeh. Rasa bangga jap sebab finally dapat gak tengok wedding angkasawan negara ni. Tapi yang tak bestnya buka dah lambat. Means dapat tengok sikit je. Starting dah terlepas. Adesss....sedih kembali...











Sesuaiiiii!



Disebabkan rasa tak puas hati sebab tak dapat tengok majlis tu dari mula then saya pun search la dekat google mana tau ada insan2 yang baik hati sudi menguploadkan majlis doktor ni kat youtube. Puas la saya tekan2 skrol2 mouse ni. Godek2 ke kiri. Godek2 ke kanan. Tak jumpa juga. Tak tau la kalau saya dah terlepas pandang ke. Hmmmm. Then opss auchh auww..hehe..Terjumpa pulak video ni. Meh tengok sini!

Haaa...best kan best kan best kan. Semuanya nya pun comel2 je. Macam yuppi burger! 10/10/10...nikah pun 10.10 minit pagi. Haha. Gila romantik. Awwwww! Suka suka suka.... ^^





Semoga berbahagia... =))))




Awak tau tak video ni saya jadikan pembakar semangat tau if tetibe je rasa bosan bila dah penat stadi. Bila tengok video ni semangat tu macam tetibe je naik balik. Arunia Exumai. Haha. Ambikk..dah keluar dah mantera Harry Potter ni. Kononnya nak bijak cantik and sweet macam Dr Halina ni. Wedding pun kalau boleh nak macam dia juga. Awesome! Hehe.







So comel kan!




Dua dua pun best! Weeee





So sweet...









Wajah ceria Dr Halina....




Selamat Pengantin Baru! =)







Banyak2 doa. Mudah2 mudahan saya pun dapat merasa macam ni jugak! Macam Dr Halina. Hee. Walaupun tak semua. Muax muax!







Love, h'wawa.










































































Tuesday, October 19, 2010

Buat Balik Ye!

Masuk kelas kene marah. Awww. Kesian I =( Mula2 macam seronok sangat nak buat presentation tade orang. Wink2*... bergumbira dalam hati. Excited nak mempresent. Then, oppss awwww...berkatalah Cik Bada yang juga mama angkat kebanyakan student Economy "Macam mana boleh salah tajuk ni? Hey, korang semua buat kerje cam mana ni" lalalala.....sentap tahap pertama. Hakhak. Ok, masih mampu terasa comel sebab I dengan kawan2 still boleh present lagi. Then dengan semangat waja satu Malaysia nya kitorang pun mengeluarkan nada suara yang paling indah untuk memulakan pembentangan yang diharapkan. Smooth...semuanya berjalan lancar tanpa bantuan minyak pelincir. Haha. Memang la enn sebab just baca article je. =0 Next, soalan dan jawapan yang harus dipertontonkan. Tadaaa~~~ Soalan petame article satu; masih boleh terkawal even salah satu perkataan yang tiba2 macam nak jadi isu besar. Chill! Soalan kedua; boleh la...lalala.... =))) Soalan ketiga; "kenapa soalan awak lain jawapan lain ni?" Keadaan yang agak tegang menghampiri kawasan gunung berapi kalahari aktif. Perasaan agak terkawal la masa tu. Maybe ingat salah sikit je. Hokey, sambung lagi...Soalan empat " hishhhhhh, ......dot dot dot...tut tut....(maaf, dialog ini tidak boleh ditulis kerana dikhuatiri akan melukakan, menggores, menoreh, menarah, membunuh dan mencederakan perasaan mereka yang terlibat >_< ) "buat balik...hari khamis ni you all present dalam bilik saya!!!" Ha? Ha? What happen? Kene reject? Waaaaa~~~~~ Dari muka comel macam Paris Hilton dapat boyfren kaya turun satu stage macam muka Maya Karin sakit...Last2 terus macam muka hantu sakit perut. Booooo~~~~ Conclusionnya group kitorang kene reject. Sila bersedih...Sob sob~~~ Group project yang kena reject tapi I yang sentap terlebih macam nak kena hukum sula. Alasannya dah lama tak kena marah. Agak bertahun-tahun juga la tak kena marah macam ni last2 di kala umur penghujung 22 (hehe...sape cakap I tua memang tipu la kan) tiba2 kena marahhh....Adoyai...Kahkah...lawak Pak Kordi dengan lembu beliau...




contoh muka kena marah yang agak tembam (haha..padahal muka kenyang pergi birthday dinner)
Penuh semangat I pakai baju pink yang melambangkan keceriaan riang ria hidup. (eleh, tiap2 hari pun kale pink *) Presentation dengan berbaju pink. Hehe. Tipu, semalam lebih kepada putih sebab I berjaya mengcoverkan baju pink itu disebalik cardigan putih suci kerana baju pink yang agak sexy di mata Cik Bada. Nampaknya keceriaan pink yang diharapkan tak kesampaian maybe sebab semalam I pakai pink yang agak pekat warnanya except sepit rambut dan kasut yang berwarna pink muda semuda I. Dadada....memang tade kene mengena langsung!!!
I ada something nak bagi tau korang. Meh sini nak cakap.... Sebenarnya kan masa lecturer cakap kitorang salah tajuk and kena buat balik saya tak kesah pun. Haha. Tapi muka sebek macam panda cacat tu sebab terpikir halamak malasnya aku nak datang khamis ni wat presentation lagi..ngahngah...tapi ada la juga 5% sedih sebab kena marah...agagaga...memang tak bley blah la kan....hehe...... =PPP
Hoho...I balik rumah semalam sampai dekat stesen Lrt Ampang pukul 4 petang. Heeee. Penuh semangat nak bagi tau semua orang assignment I direject. Dengan ekspressi yang sangat semulajadi sampai I rasa nama I boleh tercalon sebagai pelakon gadis harapan Festival Filem Malaysia 2010 dan seterusnya I pun cerita la step by step without stop. Tiba2....oittt, kenape semua orang macam tade perasaan je ni. Haiihhh, I mula musykil. Keraguan menyelubungi...Last2 kakak cakap hmmm, biasa la tuu kalau assignment kena reject. Buat je la....
Adussss, it look likes semua orang dah tasayang I...penat je I cerite panjang lebar........ -_-


Ohhhh, batu belaaaahhhhhh...batu bertangkuuupppppppp........