Wednesday, March 31, 2010

Barang baekkk punye!

Last week masa I tengah sibuk-sibuk surf internet tetiba I terjumpa la satu iklan ni. Actually mula-mula tu tak teringin pun nak tengok tapi memandangkan tajuk dia yang interesting sangat-sangat tu I pun klik je la. Oh no, opss! Apakah? Hahahaha. Rasa nak menjerit kuat kuat biar semua orang tak boleh tido. Hehehhe. Well boleh caye ke mende-mende ni semua Cik Wawa? I don't know la. Hmmm, so I pun memulakan langkah pertama untuk memahami isi kandungan 7 bulan yang telah diiklankan tu. Not bad juga benda ni. At that time I pun sempat lagi berkoya-koyaan kalau la I dapat benda tu sure I buat sujud syukur punya. You all rasa benda apa yang I nak sangat-sangat ni ha? Eheeehhee. Konpem tak boleh bagi tau. Kena tengok dulu jadi ke tak. Fuh fuh fuh. Dipendekkan cerita yang tak berapa nak panjang ni benda yang I nak tu pun I dah dapat and dengan excited terovernya I pun baca la instruction yang ada tulis kat situ. Bapak complicated! Boleh ke I nak ikut satu-satu arahan benda ni. Mampukah? Alamak, nampaknya terpaksala I bekerja keras untuk memastikan I tak bermimpi 24 jam. Terrrt! Heeeheee. I decide I nak mulakan misi I ni bermula esok sempena dengan April Fool aka bulan kesayangan I. I think lepas ni I should think positive of my self la. Kalau tak hancus la bai and sia-sia je and ntah ape-ape lagi. T_T
Sekarang ni pun I tengah nervous juga takut tak mampu nak buat semua-semua tu. You all nak cakap apa pun I dont care la sebab I punya suka la. I hope my mission is success la. So doa-doakanlah untuk I ea. Nanti kalau dah berjaya I'll tell you ok! Babai sweetheart . Muah muah =)
Love, Hawa Hadrah.

Tuesday, March 30, 2010

Semalam YOU call me and I answer! heeeee.....

Opocot cot cot! Terkezut I. Adoiii! Si Oggy ni dah bunyi dah. Opss, siapa itu oggy? Jeng jeng jeng! Oggy tu I punya hp la. Nakal tau oggy ni. Cik princess tengah beradu tetiba je ko bunyi yek. Cekik kang! Ngehehe. Eh, terlupa. Tadi oggy bunyi kan? Nape ek? Siapa lak yang call I malam-malam ni even baru je pukul 10.55 malam. Hmmm, I wonder who? So dengan separuh menggelabahnya I pun bangun macam kena pijak panda and tak tau kenapa I tetiba sorokkan hp bawah bantal. Aikkk?? Terlebih sudah! Ntah la maybe si oggy ni nyanyi kuat sangat and dah tak boleh nak control and I tengah blank tak tau nak buat apa bila dia bunyi kot. Sorry oggy! =)

Bila I tengok je hp I tetiba je I rasa macam nak main lumba lari. OMG, biar betul budak ni call I. Dah dekat 3 minggu you tak call I and tetiba malam ni you call pula. Apa kes? Marah ni marah ni! Ececece, ye ke I marah. Tak la. Sebenarnya I senyum and suka gila sampai tak tau macam mana nak tekan lambang hijau tu. Heeee. Gedik sekejap. Rindu tau. Tiap-tiap malam I letak oggy kat tepi I nak tunggu you call tapi tak de pun and malam ni you tau tak hati I dah berkeping-keping dengan love kaler pink sebab I happy you call I.

See betapa banyaknya love love encik! Tak paham-paham lagi ke? You cakap semalam I tak ingat kat you, I dah ada boyfriend baru, I sombong ngan you and ntah apa-apa lagi la. Hello, apa you cakap ni? Bila masa I lupa kat you encik. I seronok sangat dapat cakap dengan you.Hehehe. Awak tu yang macam dah lupa kat kita! No no no! Tak baik tau. (-_-).

So agaknya lepas malam tadi bila la pula you nak call I lagi kan. Hmmm, tak pe la encik selagi hatimu di hatiku akan setia kumenanti. Fuyooo, heee...hebat tak I bermadah pujangga. Hebat kan hebat kan.



Love, Hawa Hadrah.

Monday, March 29, 2010

Sayang Umi

Waktu petang yang panas-panas plus bunyi guruh nak hujan sekarang ni adalah formal kat area KL en! Heeee. Rasa macam nak tido pun ada. Wekk.. Tanak la. Nanti I makin tembam and macam huggable bear yang kawan I selalu cakap. Tettttt! T_T Actually detik ni waktu ni and sekarang ni I sedih sangat sebab I baru dapat tau pagi tadi umi I yang I sayang disahkan stroke separuh badan. Terdiam jap. Why? Nape boleh jadi macam ni? Dulu masa umi masuk wad kat hospital Ampang sebab high blood preasure je. Tapi sekarang doktor cakap dah kena stroke. Ya Allah. I dah tak tau nak cakap apa lagi. Ini semua ujian Allah. =(

Dalam I sengaja menyibukkan diri dengan melayan facebook I tadi I sempat la juga jenguk-jenguk kat Google tadi nak cari info pasal stroke ni. Tajuknya pun dah cakap yang stroke sukar diramal. So, jangan ingat orang muda macam kita-kita ni tak terkecuali ye! Jom tengok lagi apa yang info I dapat pasal stroke ni.
Serangan stroke secara tiba-tiba membuatkan mangsa tidak mengalami sebarang amaran sehinggalah kita rasa sendiri lema-lemah anggota badan sama ada kiri atau kanan. Penyebab stroke adalah kerana otak tidak mendapat bekalan darah yang mengandungi oksigen kerana tersumbat. Itu la serba sedikit yang I tau. Kalau nak lebih detail you all surf kat google and taip stroke ea. =) Bagus-bagus. Sayang you all. Muah!

Apa yang boleh I buat sekarang hanya doa banyak-banyak supaya umi cepat sembuh. I rindu sangat dekat umi. Umi rajin masak untuk I and sepupu-sepupu I and even siapa-siapa je. Umi memang baik. Penyayang. I rindu umi. Rindu sangat-sangat. Ni gambar umi masa nak buat rawatan susulan. Kesian umi.

.


Gambar ni masa umi sihat lagi. Umi yang pakai tudung hijau. Rindu nak tengok umi senyum. Rindu nak dengar umi panggil "wawe". Rindu masa umi paksa maka banyak-banyak. Umi cakap makan banyak nanti tak lapar. Umi, bangun la! =( Awe, akak adik-adik and sepupu-sepupu semua rindu kat umi!

Sekarang kitorang semua hanya mampu mendoakan yang terbaik je untuk umi. Insya Allah. Untuk Kak In, be strong ok. May Allah bless you kak.
Love,Hawa Hadrah



Sunday, March 28, 2010

Book Fair Hari Ini

Semalam kan I bangun la pagi-pagi and terus mandi and solat and I yakin yang korang semua mesti lambat satu minit dari I en. Hehe. I menang! Ok...tak mau gedik. =P Actually I semangat-semangat ni of course la nak menjelmakan muka I yang cun ni kat book fair yang mana I confident sangat-sangat you all semua dah macam kena cucuk dengan bunga api en sebab tak jumpa I and tepat jam 10.30 pagi I pun selamat tiba di hadapan korang kat PWTC tu. Haaa, amacam? Terharu tak terharu tak? Heehee... =) Jangan mara haaaa!

Bila I masuk je kat dalam tu mak datuk atuk kau!!! Bapak ramai orang! Heheh. Ter culture shocked I sekejap. T_T Kenapakah? Biasa la, nama pun pesta en so kena la ramai-ramai. Apalagi, redah je! Kasi bolos itu dinding. Ececeh, wat lawak jap. Ngehehe nak buat cam mana kan, tu la sape suruh ko pergi lambat-lambat ni! Nah, ambik. Padan muka apek jual air.Hehehe. Bila dah ramai-ramai ni tau-tau je la ada yangterselit la, terkangkang la, yang nak koya-koya wat macam tak bersalah pun ada juga and segala macam semua ada. Bagus bagus. Semangat diorang semua nak tengok buku buat I nak terkucil la. Opsss! Sorry ! Ngeh =P

Perasaan bangga riak I dapat menyibuk-nyibuk kat situ tak mampu bertahan lama coz rasa sakit hati tahap darah tinggi dengan makcik-makcik yang hobi dia suka sangat tolak-tolak and pijak-pijak kaki orang ni. Tolongla makcik plis plis plis. Adoi, sakit tau. Nanges kang sob sob sob. Nape la kat mana-mana pun makcik-makcik ni ada. Even kat pasar malam Terengganu pun I jumpa juga golongan makcik yang suka sangat pijak and tolak orang ni. Fuh! Nasib la I ni bersopan tahap maksimum; kalau tak I tolak you all balik tau! Tak sesuai! Tettttt! =P
Actually I bertambah tahap ayam mas tak ada mood ari ni sebab doktor kesayangan jiwa I tak juga menjelmakan diri. =( Awal-awal lagi I expect dapat jumpa Dr Fazley tapi sedey sangat hati ni macam kena cili burung kaler hijau. Aww, sakit mama. Huuuu. Dr Fazley tak de. Waaaa. Yang ada ni je~~~




Heee...dun mara mara....abang fazley ambik gambar ngan I la....so suwit en...en en!
So, lepas je I posing-posing ambil gambar and barsimpang-siur kat sana sini I terus decide nak balik je and sebelum tu makan dulu kat Secret Recipe(hidup kena makan) sebab sedih sangat tak dapat jumpa Dr Fazley and kene tolak ngan makcik-makcik. Waaaa. Tak sukaaaa. Huhuhu. At last, kecewa punya pasal satu buku pun I tak beli. Heeeeeee. Hebat tak I. =) Hebat kan hebat kan hebat kan! Ngehehe.
Love,Hawa Hadrah.

Friday, March 26, 2010

Aimi Oh Aimi

Terima kasih penunggu gua ! Terima kasih penuggu gua ! Opsss. Silap la pulok !...Ehehehe...Thanks Facebook. Ecececeh. Facebook memang baik. Semua bestfriend I yang dulu-dulu I dah jumpa and adalah lagi dua tiga orang yang tak jumpa and kalau jumpa sure heboh segala. Harap-harap la lepas ni ada lagi yang I jumpa. Ex boyfriend ke? Ecececeh. Nakal! =P Well luckily semalam I jumpa sorang lagi bestfriend I masa darjah 6 dulu. Heee. Rasa nak jerit je bila jumpa dia kat fb. OMG! Dayang Aimi Shahira. Actually masa dulu I panggil dia Dayang and sekarang rasa macam nak tukar panggil Aimi la sebab memang orang lain panggil Aimi and tengok la kalau I rasa nak panggil Shahira ke apa ke. Fuh fuh ! Fenat I taip ni. Haha. Suwit kan I! T_T Suka -suka hati je nak bagi nama anak orang. That's why la I ni unique and you all kena sayang I tau ! Nak tengok tak I punya cik Dayang tu? Lets chekidaut bebeh !!!


Cute en!!! I dah cakap dah kawan I semua cute-cute and slim-slim je except I yang makin tembam dari saat ke saat I cakap you ! Apa kes??? Sendiri mau ingat la Cik Wawa. Tetttt !

Ok. Let's continue. I dengan Aimi ni dah dekat 9 tahun tak jumpa. Phone number pun I dah takde so macam mana nak contact bai! Setahun je la kitorang berkawan rapat and sekarang I rasa nak buat joget lambak je kat depan Arkib Negara sebagai rasa bangga terharunya I. Ohh, tidak. No camera plis plis plis. Kalau nak juga mesti yang zoom power punya ea! Anak mak cik Zah ni tak nak camera cap ayam. Awww, sorry nyah! Demand satu minit.Heehee.

Actually macam biasa la kitorang dah plan nak jumpa tapi tak tau lagi bila memandangkan I yang buat-buat busy and segala ni and terpaksa la tunggu and tengok je. Boleh? Heehee. Jangan marah nanti kena jual! Awww, tak larat mak! So Aimi jom la jumpa. Dah tak larat dah ni nak main nyorok-nyorok ngan you tau. I miss you! Tata.

Love,Hawa Hadrah.

Thursday, March 25, 2010

My Nadia

OMG! OMG! OMG ! That is the first word yang saya cakap lepas satu minit bestfren saya masa sekolah rendah dulu approve my friend request kat facebook. Macam tak caye je en ! Well ini la namanya jodoh kan? Heehee...Actually kawan I yang cute ni nama dia Nurul Nadia. She's on of my bestfriend masa sekolah rendah dulu. Kalau korang nak I cerita semua pasal Nadia ni memang kena buat 3 siri la. Banyak sangat sweet memory dengan dia. I kenal dengan Nadia ni actually dari darjah satu lagi but memang tak kawan la..Heehee...Sorry ! Bukan sebab I sombong ea tapi sebab kelas lain-lain and kitorang be bestfriend masa darjah dua. So lepas nangis-nangis and cerita macam-macam kat facebook we all decide nak date sama-sama. Almaklumlah dah 10 tahun tak jumpa without news. Heehee...macam jejak kasih en ! 13 Jan first date kitorang kat KLCC je. Actually nak ajak lagi yang lain-lain tapi semua busy and akhirnya I ngan Nadia je. Jom tengok kawan I yang cun tu~~~










Haaaa....tengok..cun kan...yang pakai baju pink tu...

First I tengok Nadia macam tak caya je. Dulu masa sekolah cik adik ni sama tinggi je dengan I but bila I jumpa dia sekarang omaigod; she's taller than me and tersangat-sangat tinggi. Ini tak boleh jadi ni. Eheheheh...she's gorgeous !






Bila dah jumpa ni macam-macam cerita yang keluar. Kita suka dia la, alamak dia suka kita la, opss kita tak kawan dia la. Heeehee...masa ni la baru berani nak mengaku hal dulu-dulu. Semua rahsia dulu-dulu habis dikeluarkan. Heehee..gossip terbaru...alamak scandal dengan budak tu semua kitorang cerita sampai pak cik kat Burger King's tu asyik toleh je kat kitorang yang ketawa mangalahkan jumpa satu sekolah. Sorry pak cik, nak wat cam mana ; dah jumpa geng !





Lepas makan-makan we all pun berposing sakan la kat taman KLCC tu. Semua tempat kitorang sapu. Nak wat cam mana masing-masing kuat bergambo ek. So nasib baik la adik I rela hati nak jadi camera woman ni kalau tak tak ada chance la nak bergambo macam ni yek ! =)
After this I really-really hope that I can meet her again and bestfriend I yang lain-lain. Well although diorang semua dah ada bestfreind yang lain-lain I always here if there need someone ! =) Ngehehe....tak kan lah nak paksa dia suruh jadi bestfriend I kan. Tk cun la macam tu and yang penting hati mesti ikhlas cik ! For Dea, I love you cute ! Tata
Love,Hawa Hadrah.

Monday, March 22, 2010

Argghh !!! Encik yang berkenaan !

Kenapa dengan title I? Kenapa dengan I sekarang? Kenapa I rasa lain macam je? Kenapa tiba-tiba I rasa nak culik sorang mamat ni and terus tanya "sayang baik you cakap betul-betul you suka I ke tak?" ataupun I cakap " You mesti kawin dengan I tau sayang!". Tapi kenapa I tak boleh buat macam tu? Kenapa I suka tanya kenapa?
He he he. Something going wrong with me. Ok ok. Mesti korang bosan en..ok.
Sebenarnya I dengan rasa besar sebesar gajahnya nak bagi tau kat korang semua yang I suka kat sorang guy ni and at the same time menyampah sangat !
Why? What happen? Biasa la. Main tarik tali yang sampai sekarang I tak jumpa-jumpa hujung tali tu. Oh, ke korang sambung tali tu bagi panjang lagi? Siappp,, nak kene cekik ngan I en.
Nanti mama I rembat baru tau. He he he. Ok sambung. Actually I suka kat dia masa I sekolah rendah and kitorang terlost contact and kitorang berjumpa balik kat facebook and kitorang sambung balik...Opss..bukan couple tau..sambung kawan.

Sebenarnya yang I nak merepek kat sini bukan macam mana kitorang jumpa and lepas tu bila dia nak pinang I tapi I nak cakap betapa lelaki yang I kenal ni kejam sangat ! =(

Argghh... sayang you tau tak mesej you boleh buat I rasa macam nak makan selama 10 tahun non stop !
Gila ! I tak sanggup you !
Well I admit yang you dulu dah cakap yang you dah serik sebab dah clash 4 kali and lepas ni nak terus kawin je.
You dulu pun pernah cakap yang you percaya pada situasi " couple without declare" yang mana you bagi contoh between you dengan I. Encik yang berkenaan, I harap something happen with us tapi you tak cakap pun. =(

"baby" - first time you panggil I sebab you tau I suka you panggil I macam tu.

"I love you sayang...Heeehe.." - first I love you yang you cakap kat I.

"Wat ape ptg ni?" - First time you ajak I keluar dengan you.

"I can't sleep..u msti da tido kn...i just hope that i can see u in my dreams =)...paper pn tlg doakan kesihatan i sihat2 je taw...i miss u more than u know..heee..keep on smiling k..bila la nk dpt mcD ke..eskem ke..lolipop ke...Gud nyte dear...take care...sweet dream juga !"
- first msg dalam minggu ni yang mana I tunggu you yang selalu call I tiap-tiap minggu.

"Siti, I borink la" - First msg you bagi masa first day you praktikal.

" =) mlm nie tringin nak kata gud nyte! Rindu kot ngan u. Hehe...sleep tite k...Mimpikan I taw...Lav u! Sweet dream! Hiii.. Ble la dpt jmpa. =P"
- Mesej terbaru I dapat 19/3 ari tu lepas dah 2 minggu you tak call I and I rasa lepas ni mesti lagi jarang you call I atau langsung tak call I.

So encik yang berkenaan saya amat menghargai detik kita bersama. Masa you selalu call i tengah-tengah malam and bergayut sampai kredit abis and mesti seminggu 3 or 4 kali you call I and kita cakap banda yang ntah apa-apa and kelakar tak ingat macam raja lawak astro.
I akan ingat masa you bukakan pintu kereta untuk I.
I akan ingat number hp you yang mana nombor kita cuma beza satu no je and sebab u guna line lain je.

Encik yang berkenaan, I nak you tau yang;

sekarang I still lagi tunggu your magic word sampai la I rasa bosan dah nak tunggu you.
sekarang I guna gambar you yang I curi dari facebook as my phone wallpaper.
I selalu view facebook you.
sekarang...." SAYA SAYANG AWAK _ _ _ _ _ _ "
Love, Hawa Hadrah.

Sunday, March 21, 2010

Persona vs Kancil

Pernahkah anda ditipu, diklentong, diklepet, digurau sendakan atau apa-apa saja yang seerti dengannya yang boleh membawa maksud yang serupa? Jeng jeng jeng... Ni mesti anda susah nak paham kan. Hehe. Kenapakah? Well cubalah untuk memahaminye ye. Arghhh..tak suke tak suke tak suke. Itu ayat pertama yang I sebut lepas dapat tau yang mamat yang ajak I keluar minum petang dengan dia bulan satu ari tu lepas dia dengan muka selamba badaknye dah kenekan I hidup-hidup kat kawasan rumah I sendiri. T_T.


Apakah yang telah dilakukan oleh budak itu ye? Tetttt... Yup.. That guy telah berjaye mengenakan I yang tak pasal-pasal terpaksa buat lawak free depan makcik-makcik kat depan taman yang dah separuh senget semata-mata nak cari diri dia yang sengaja nak main pat pat siku lipat ngan I. T_T

Al kisah nya kawan I yang teramat-amat rindukan I yang kuat makan ni invite I untuk keluar together with him.

"I boring r..u free x ptg ni? Kte jmpe...I ambik u kt rmh"


And I pun jawab ;

"Ok...nanti kalau u dah sampai text I k !"
Ini baru permulaan tau. Actually I dengan member I ni dah 10 tahun tak jumpa and that day adalah first date yang telah diwujudkan secara tidak sengaja untuk kitorang berjumpa and of course la taktau apa dah jadi dengan diri masing-masing. =P

At time I tengah melawa-lawa kan diri tetibe je he called me and said that he arrived. So dengan excited plus malu sambil tersengih macam kerang basi 2 hari I pun tanya la die naik kereta kaler apa coz I tinggal kat apartment yang dah sah-sah tak boleh detect kereta siapa and beli kat mana and berapa ribu. Ehehehe.......and kawan I cakap ;

"I naik kancil warna putih yang kat depan ada warna hitam and I masuk parking tau !"


So kereta tu memang sebijik macam gambar tu (tapi bukan kereta ni ea..)




Dengan bangga riaknya I dapat gak jumpe kereta tu...tapi...oppss !!! ...musykil.. ;0 Nape takde orang pun. Oh no ! Exkusmi..I kene tipu !!! Waaaa....kejam ! Rupa-rupanya dia saja nak kenakan I and of course I dipaksa rela untuk mencari dia sampai I rasa penat macam dah berjaya panjat KLCC and akhirnya I jumpa jugak dengan dia yang mana sampai sawan dia ketawakan I sebab dia parking betul-betul sebelah I. Whatttt? Omaigod...jaga kau ! Idup-idup aku kene tipu.

Tengok ni!! Kawan I tak bawak kancil tapi Persona warna purple. From that day sampai sekarang I mesti ketawa sorang-sorang kalau nampak dua-dua kereta ni coz teringat la apa yang pernah kawan I buat kat I. Alasannya kawan I cakap I salah sebab tanya dia naik kereta kaler apa and bukannya you naik kereta apa. So lain kali pastikan pertanyaan anda itu betul ea. =) Tata...

Love, Hawa Hadrah


Saturday, March 20, 2010

Cabin Crew

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Jeng jeng jeng....haaa..you all familiar tak dengan lirik ni? Of course; ni la lirik lagu Awan Dania yang mana antara drama melayu bersiri yang suka sangat I tengok. Best sangat dapat terbang-terbang ni kan. Hehe. I ingat lagi masa I first time naik flight. Wow ! Memang excited gila la masa tu. Masa tu I baru 14 tahun. Hehe...yup, memang agak terlambat la kalau nak dibandingkan dengan you all yang dalam perut mak lagi dah merasa turun naik flight ni(kan? kan? kan?). Actually I nak story-story kat you yang mana dulu secara jujur baik hati mulia dan naifnya I mengaku yang masa zaman muda-muda I dulu (even sampai sekarang...ehehe... >_< ) memang ada la berniat sikit, eh tipu..berniat banyak sebenarnya nak jadi pramugari atau dalam bahasa omputihnya Flight Attendant la (FA). You all tanak tanya why? Kamon , cepat la ask me why? What?? Taktau nak tanya macam mana? Aiyoo...ni pun nak kena ajar ke bai???!! Tettt !! Ok.. You all tanya macam ni ea?

" Kenapa you dulu nak jadi FA Hawa?"

Nak tau jawapan I? Ok la...tak nak tipu. Actually Hawa kesayangan korang yang tembam dari dulu sampai sekarang ni nak sangat jadi FA coz yang pertama dah sah-sah la you all tau en...ahaks ! Yup, that's right bebeh. Ecece...sebab dah sah-sah dapat pergi cuci mata kat tempat orang. Bila dah pergi tempat orang ni the important thing yang I nak cuba is MAKAN. Rugi sangat-sangat kalau dah datang tempat orang and you all decide tanak try makanan diorang. ;P





Amacam? Suwit kan! Haa..ni lagi satu sebab Inak jadi FA. Heee..sebab pakaian diorang memang vogue you ! Nak tengok lagi? Jom ! Woot woot~~~




Haa..kan. I told you. Lagi satu ~~





Suka tak suka tak? I tau mesti suka kan. Unortunately impian I ni memang sekadar impian je kot. Dah nasib takde rezeki nak jadi FA. Kalau anda kesayangan nak tau I sebenarnya tak cukup inci untuk bergelar pramugari berjaya walaupun I dah cuba sedaya upaya untuk menambah ketinggian I dengan memakai high heels yang berinci-inci yang dah berpasang-pasang kat rumah I yang cantik tu. The latest news I heard that today akan ada walk in interview for FA Malaysia Airlines kat Kelana Jaya. So, kepada anda yang merasakan dirinya adalah klon Fouziah Ghous boleh la mencuba nasib ye. Tata !
Love, Hawa Hadrah










Friday, March 19, 2010

Finally !

Amin, amin, amin.Untuk kesekian kalinya akhirnya termakbul lah doa I nak merepek ntah ape-ape ntah kat dalam blog ni.He he...malang tidak berbau sayang !!! Blog I yang I sayang luput begitu saje you know !!! Heh...so the conclusion is jangan la merekaciptakan password yang susah gaban nak ingat or yang hampir-hampir je bunyinya k. I sedih sangat...waaaa.. =( follower follower I semua hilang macam tu je. Heheh...macam magik pun ada. Tettt !!! Sape nak jawab ni...woot woot...elo elo...jawab cepat...ececech...so di atas kehilangan blog yang dulu tu sekarang ni I berusaha sehingga berjaya (hehe...kembang jap) untuk mewujudkan semula ruang untuk I mencurahkan idea idea yang bernas. Hehehe...bernas kan? Opss !!... Bukan beras cap bernas ea (lapar la) ;P. I rasa macam culture shocked pulak tetibe ni ; ye la dah lame bebenor tak spend time ngan blog so I pun tak tau nak buat ape.
Khas untuk korang sebagai pengenalan meh sini meh I tayang gambar I yang ala ala J.Lo ni..(kalau menyampah wat bodoh je) untuk you all ingat balik kat I. Ok...c
ekidaut !






So gambar yang kat atas ni sekadar suka-suka je la. Tu la pasal I wat kecik je. Well just nak remind you all je. Haaaa !!! Ingat lagi tak I yang mana? Jeng jeng jeng..Heheh..itu yang pelik yang sorang je pakai baju hitam tu la I. Ntah apa-apa ntah atas bawah hitam. Pic ni masa I umur belasan tahun. What??? Ni mesti kes tak caye en!! Muka bapak tua dari umur...hehehe...tapi ni umur I 19...so standard la kan. =P. Nak lagi gambar? Ok lets move bebeh ~~~

Cute en. Heheh...apa ni wawa nak kene tampau. Just take my mood for koya-koya time. I harap lepas-lepas ni you all semua sudi-sudilah ziarah blog I macam suatu ketika dulu ye..ececeh..
Love, Hawa Hadrah