Monday, December 5, 2022

Bersalin di Hospital Ampang (Bahagian 2)

4/8 I kena masuk wad dah. Macam biasa kena pergi PAC buat covid test lepas tu PAC suruh pergi dekat bahagian bil untuk daftar kemasukan. Dapat la wad 4D. Fidzree hantar terus sampai depan pintu wad. Bersalin kali ni ok sikit la sebab dah boleh melawat macam biasa kan. Jadi rasa nervous nak masuk bilik bedah je yang ada kat otak. Masuk wad macam biasa la, nurse terangkan semua apa yang boleh apa yang tak boleh lepastu dapat katil. Katil I betul2 tepi tandas. Ok la. Senang nak ulak alik walaupun jadi tempat laluan orang lain. Hihi, kan ada langsir ðŸŦ .


Lepas tukar baju hospital nurse pesan suruh makan dulu sebab nak buat ctg. Lepas tu dalam petang kena pergi jumpa anaesthesia pula sebab nak confirm ambil bius jenis apa. Malam dah start kena puasa sebab esok kena bedah kan! Huhu, scary mary pula tetiba. Kalau ikutkan masa jumpa aneastasia tadi, esok (5/8/22) ada tiga orang yang nak kena ceaser bersalin. 


Esoknya pagi2 lepas subuh nurse dah suruh mandi sebab nak tunggu turn. I nombor 3 dibedah. Kakak katil sebelah orang nombor 2. Dalam pukul 8 pagi macam tu kakak sebelah dah masuk OT.  Nurse suruh I standby sebab lagi sejam lebih turn I pulak. Tapi tak lama lepastu nurse cakap 'Puan mungkin orang kelima ye sebab kita masukkan patient lain dulu' . Jadi kita tunggu je la sambil mulut kumat kamit berzikir.


Nak duduk, nak baring, nak tido semua tak selesa. Takutttt walaupun dah pernah bedah sebelum2 ni T_T. Tengah duduk termenung tu Doktor pun datang round check. Doktor pakar + pelatih ke housemen ke I tak sure. Sampai je dekat katil I Doktor Liza (ketua) tanya dekat Doktor2 baru tu pasal I. I dengar la Doktor pelatih tu cakap 'patient tengah tunggu turn masuk OT. Elective ceaser'. Pastu Doktor Liza tu tanya apa details segala. Doktor pelatih tu pun cakap la bla bla bla. Sampai je dekat part cakap 'with low hb' terus ketua dia potong 'berapa bacaan hb?'. I pun tak sure berapa hb I. Kalau tak silap lepas masuk iron haritu lab hantar result dekat Doc bacaan 9.2. Ketua Doktor tu dengar je 9.2 terus la dia membebel sekarung kenapa I tak masuk OT dulu. Sumpah scary wei dengar Doktor2 pelatih tu kena marah. Kita takutt wak! Haha. I perasan. Ingatkan Doktor marah I. 'ahh sudah..apesal nak marah aku pulak' ðŸ˜‚.


Doktor yang garang tu siap suruh call LR lagi nak tau penuh ke tak. I pun tak sure sangat diorang cakap apa tapi ada la dengar2 macam sepatutnya turn I lambat lagi. Tapi Doktor Liza ni terus cakap kat Doktor lagi satu standby bilik bedah sebab nak masukkan I sekarang. Gulpp!! Hey, kita potong line okay ðŸ˜ðŸ˜. Haha. Lepas call kawan dia dekat LR, Doktor Liza terus cakap dengan I; 'puan, kita terpaksalah operate Puan dulu ye sebab darah puan rendah sangat ni..saya dah suruh kawan saya (ada Doc sebut nama tapi lupa) yang bedah puan ye. Kawan saya ni specialist juga. Sebab kita risau Puan tumpah darah nanti sebab hb rendah'. Gitulah ayatnya. Automatic lepas tu nurse semua cepat2 nak transfer katil bagai. Nasib I dah ready. Fidzree pun dah memang ada dekat Hospital. 


Bilik bedah


Dekat bilik bedah, sebelum masuk betul2 tempat nak bius tu (adalah section2 dia I tak reti nak explain) Fidzree masuk nak sign segala agreement. Dah salam, pas handphone and say babai dekat Fidzree jantung I makin laju. Lagi2 bila masa dekat wad tadi Doktor cakap kalau tumpah darah bahaya and ibaratnya pembedahan I ni berisiko. Dah rasa ibarat nyawa di hujung tanduk. Dah la saya ni sejenis yang tak tahan sakit. Ya Allah, selamatkan hambamu ðŸĪēðŸŧ

Masa dekat luar LR sementara nak tunggu masuk bilik mana ada la nampak dua orang patient nak bersalin juga. Ada yang bedah ada yang normal. Dalam duk menunggu tu sempat la dengar nurse2 ni bercakap2 'patient ni Doktor abc (nama doktor tak ingat) punya ea?'. Pastu nurse LR cakap 'bukan2, Doktor Liza suruh Doktor DEF yang handle kes ni sebab kes berisiko'. Gitu dia tekankan ayat RISIKO tu ðŸĨī

Dah masuk LR macam biasa la masuk segala drip2 ni. I kena tebuk kiri kanan sebab anaest cakap standby kot2 darah tak cukup jadi kena masuk darah lain. Habis badanku ditebuk2. Pengorbanan Mummy untuk anaknya gittew. Tengok tangan dah kena tebuk sana sini, dengan anaest kejap nak cucuk kanan lepas tu tak jadi; cucuk pulak tempat lain, I dah redha je. Terfikir bukan2 dah, 'ntah dapat ke tak aku jumpa baby baru' , 'aku ni selamat ke tak balik rumah jumpa anak2 & Fidzree'..terus jadi anxiety sekejap. Tapi kejap je. Bila dah zikir2 and redha takde apa dah. Cuma rasa 'eh lama nau nak cucuk bius..dah la sejuk' haha. 

Masa nurse tgh siap2 kan I nak cucuk bius, sempat lagi anaest diorang ajar pelati nak cucuk mana, macam mana. Hoho..ngilu tahu tak. Bius kali ni I tak dapat epidural. Tak ingat nama apa ntah. Malas nak tengok kat bil. Dah siap berbius segala dah baring menunggu Doktor, maka Doktor yang nak bedah I pun sampai. Doktor terangkan semua siap ulang balik risiko tumpah darah. I reply ok2 je. Bersalin kali ni jantung laju teruk ok. Mungkin sebab semua dah cakap berisiko kan. Jadi takut tu terlebih sikit. Huhu.

Masa Doktor tengah godek2 perut, I rasa ngantuk betul. Buka tutup buka tutup mata ni ðŸ˜‚. Know know dengar baby nangis hee. Pastu Doktor yang bedah I ada cakap apa benda ntah tak dengar sangat sebab suaranya perlahan. Yang I dengar Doktor cakap 'pembedahan dah berjaya, darah Puan pun tak keluar banyak sangat dan anak puan bla bla bla'. Haha. Bila Doktor tinggalkan LR, nurse2 pula ambil alih bersih2 darah semua. Pastu I dengar la diorang cakap pasal Doktor yang bedah I tu. Katanya baru transfer sini. Doktor ni dulu dekat Hospital Sungai Buloh. Baru je dekat Hospital Ampang. 

Ok, selesai sudah cerita bersalin. Tata.



:: Nak letak nama anak Jaszle tapi Fidzree tak approve luls ðŸĪŠ.




Love,h'wawa

Wednesday, November 30, 2022

Bersalin di Hospital Ampang

Untuk anak kali ni I cakap dekat Fidzree nak bersalin dekat hospital yang dekat dengan rumah. Mak2  kan. Nak dekat dengan anak2 alasannya ðŸĨ°. Haha. Fidzree mula2 nak I bersalin je dekat Hospital Wanita Kanak-Kanak KL sebab anak2 sebelum ni memang lahir kat sana. Dah biasa kan. Tapi I taknak sebab fikir nanti susah pulak nak tinggal2 anak kalau nak hantar barang.


Booking Hospital


Actually masa I pergi appoinment nak booked tarikh untuk ceaser doktor dekat Hospital Ampang ni ada tanya kenapa tak bersalin dekat WCH je. Rekod semua dekat sana kan; jadi senang kalau bersalin sana terus. Pastu I cakap la dekat doktor sebab dekat dengan rumah tu yang nak bersalin sini. 

Mula2 doktor macam nak I bersalin dekat WCH juga sebab EDD dah dekat. I ceaser jadi kena dua minggu awal sebelum EDD. Haha. Bincang2 punya bincang at last boleh juga bersalin sini. Yaey! 


Dah confirm nak bersalin sini jadi kita ke fasa seterusnya; mencari tarikh bersalin. EDD I 24/8/22. Tapi biasa kalau kena paksa memang tak boleh ikut tarikh tu. So, masa jumpa doktor tu terus la doktor tu tanya 'you nak 8/8? Ada kosong dua slot lagi tarikh ni?'.. I pun macam eh..ok..jap.. Haha. Bestnya boleh pilih tarikh sendiri ðŸ˜. Masa bersalin Neal dulu doktor yang bagi tarikh. Know know dapat date lols ðŸ˜œ. Tapi dekat sini Doc dia macam best ehhh sebab I boleh pilih huhu. I tak terus gelojoh ye nak 8/8 sebab kalau boleh I nak bersalin terus 24 tu. Tapi Doc tak bagi sebab takut terbersalin awal. Jadi I cakap  nak 1/8. Doktor tak bagi juga sebab awal sangat nanti paru2 baby tak matang. Bincang punya bincang last2 I pilih 5/8. Sebab tak sabaq nak anak keluar awal ðŸ˜†. Lagipun berkat hari Jumaat. Maka, confirmlah tarikh bersalin 5/8/22. 


Dah dapat tarikh, lepastu I kena ambil surat pulak dari WCH pasal rekod bersalin yang lama. Disebabkan ke semua hospital2 ni sekangkang kera je dengan rumah I, jadi lepas jumpa doktor Hospital Ampang terus ke WCH nak hantar permohonan rekod lama. Pergi dah petang sangat dekat nurse2 semua nak balik jadi benda pun cepat je settle. Nurse dekat kaunter obgyn tanya lepas ni berapa kali lagi appoinment dengan hospital Ampang I cakap dah takde dah. Lepas masuk iron terus bersalin. Pastu dia macam wow cepatnya. Jadi, nurse tu terus ambil detail sebab nanti surat tu dia hantar guna emel je. Settled.


Ni la surat yang Hospital Ampang minta dari WCH.



Drip iron.


Dari tarikh I hantar surat tu maksudnya lagi tiga minggu I bersalin yeehuu. Tak sabau nak dapat anak baru! Tapi seminggu sebelum bersalin I kena pergi hospital untuk drip iron dalam badan sebab hb sangatlah rendah. Macam2 ubat dah makan. Takat tu juga. Dari anak pertama sampai anak sekarang memang rendah je bacaan hb. Sejenis yang memang hb rendah kalau mengandung. Masa nak drip ni lagi lah MasyaAllah ku takut tahu tak? Tak pernah kan. Jadi ingat kan teramatlah sakit. Siap google. Hasil google pun ramai yang cakap sakit. Ok, saya dah mula gelabah nak masukkan zat besi dalam badan ðŸĨī. Ada dua blog je yang I baca cakap tak sakit. On the way nak pergi hospital tu memang tak tenteram lah sebab terbayang yang tak best tak best je kan. Sampai hospital terus pergi PAC. Sebelum masuk PAC kena buat test covid. Dah sudah tu nurse suruh naik tingkat 4 bahagin EPAU. Nurse siap pesan lagi makan sebelum masuk drip iron sebab katanya adalah lebih kurang 3 jam juga nanti proses tu. Aishhhh..ku gelabah semula. Dah naik atas tengok ada dua orang lagi geng sama2 nak kena drip. Oh yeah! Yang sorang ni sama macam I, tak pernah kena. Ingatkan sakit. Muka pun pucat je sebab takut. Tapi yang sorang lagi ni rupanya dah pernah drip iron dah masa mengandung sebelum ni. Pastu dia cakap 'alaa, tak sakit la..macam drip masuk air je'.. Lalu kitorang pun macam oh ok ok la ..


Masa nak drip tu kita kena duduk dekat kerusi besar macam kerusi business class malaysia airlines yang penerbangan bawah 5 jam tu. Maksudnya kerusi besar gedabak tu yang selesa. Sebab nak duduk lama kan. Pastu nurse pasang bendalah segala. Jadi bermulalah pengalaman masuk drip iron buat pertama kali. Betul la, takde la sakit sangat. Macam masuk air je. Tapi kalau korang fobia dengan jarum maybe takut la kot. 




Benda ni la yang dimasukkan.


I drip iron tu takde la sampai 3 jam. Sejam lebih je. Mungkin sebab dia punya drop tu laju jadi cepatlah siap. Hihi. Seronok boleh balik awal. Sebelum balik sempat la melawat baby baru dekat wad on the way nak pergi tandas. Tapi tengok dari jauh je la sebab baby baru sangat mudah terjangkit. Dah siap semua nurse bagi tanda tangan dekat buku mengandung bukti kita dah masuk iron lepas tu boleh balik dah. Babai 👋ðŸŧ.



:: Sambung post seterusnya.





Love, h'wawa




Friday, October 21, 2022

Bertunang

Tak tau macammana nak cerita ni! Hmmm.. I bertunang 31/1/2015. Sepatutnya majlis ni buat tahun lepas 1/11/2014. Tapi disebabkan I busy dengan class dengan kerja lagi nak kena siapkan plus macam tak ready lagi (opss) nak bertunang awal2 so memang I minta tunda hujung bulan satu! Memang suka sangat nombor satu ni. Tu sebab pilih 31. Pilih 1/1 pun macam tak berapa nak ready! Haha... tengok....nak bertunang pun takut! Grrrrrr :D



Proses tunang ni kejap je. Sebabnya semua benda dah setuju masa merisik hari tu. Ini saja nak buat cara formal. Walaupun kejap tapi makkkk oiiiii lama gila I tunggu rombongan nak datang. Siap baring2 lagi. Mak dah bising takut baju I komot kedut2. Orang lain pulak sibuk tanya2 tak nervous ke tak nervous ke?? Euuuu...Sumpah cakap tak rasa apa2 pun hari tu! Yang ada rasa lapar tahap maksimum sampai marah2 orang tahu tak??? 

Pink ❤️

Ok, ni baju yang I pakai tunang hari tu. Haruslah pink kan! Tak Wawa la kalau tak pink! Hehe... Dan memang saja pun taknak pilih yang bling2 liplap2 atas sampai bawah. Beli kurung kosong je. Renda dekat tangan tu pun tambah sendiri. Beli renda dekat kedai bunga reben dan pagi nak bertunang tu jugak kakak I jahitkan! Yeay..


Pelamin tiba2. 


Haa..yang ni pelamin tiba2. Kenapa tiba2? Sebabnya plan asal memang taknak pelamin. Nak suruh bakal mak mertua sarung cincin dekat sofa je. Senang. Tak payah fikir banyak2 dan takpayah nak labur duit tak payah tak payah. Tapi seminggu sebelum tu kakak I cakap buat je la pelamin sebab susah pulak nanti rombongan nak keluar masuk rumah tengok I pakai cincin (erkkk..orang kena sarung cincin pun nak tengok ramai2...hmmm). Jadi memang tangkap muat je la deco apa yang patut bagi nampak macam pelamin. Kikiki...dan nasib baik ada bestie yang jadi penyelamat bagi pinjam barang2 pelamin dekat I! Thank you awak! Sayang awak :)



Hantaran 11 dulang. Yang kosong tu kek belum ambik lagi.


Yang ni pulak hantaran I untuk lelaki. Hasil tangan kami adik beradik! Deco yang simple2 saja sebab taste kitorang memang simple dan tak suka serabut2!  Berlagak ayat I kan? Takpe...biarkan... Memang saja tak penuhkan bantal dengan bunga2. Taknak taknak. Siapa berminat sila pm. Hantaran 100% fresh flowers. Semua sekali 11 dulang.



Hantaran untuk I

Yang ni hantaran pihak lelaki untuk I. 


What else? Apa lagi yang I nak cerita? Itu je la kot! Majlis macam I cakap tadi kejap je. Tak sampai 15 minit rombongan sampai orang dah panggil I duduk dekat pelamin nak sarung cincin! Easy kan??
Dan dah berbulan bulan bertunang sekarang baru rasa nak buat entry ni! Bye...


:: Banyak soalan demi soalan yang I dapat bila dah expose tunang dekat sedara kawan2 jiran2. Dan jawapan Wawa senang je... 

 NO COMMENT. MYOB.


Haha...retis sangat kan!!! :p




Love,h'wawa






Tuesday, October 18, 2022

Laman Sosial Ku

I tak tau la apa masalah I punya socmed. Asyik ter-unfriend tiba2. Ke korang unfriend sendiri? Haha. Kita ni dah la tak jalankan kerja stalk meng-stalk macam zaman muda2 dulu, jadi kalau orang remove memang tak perasan. Tak kuasa aku nak check 😝! Yang boleh jadi tau dah tak unfriend ada dua je; 

1) bila ada suggestion suruh add friend
- haha..I macam eh, facebook/ ig / twitter baru ke? Pastu try la taip nama nak check betul ke tak sekali memang takde atau ibaratnya memang tak pernah add pun gagaga. Dan mulalah berfikir, 'eh bukan dulu dah ada dalam frendlist ke?' Hmmmm..musykil di situ ðŸĪ”.

2) bila teringat dah lama tak nampak post / story
- bila dah berumur ni kadang2 memang dah kurang post2 bagai, tapi sekali sekala ada juga ternampak dekat timeline. Tapi bila macam dah lama tak nampak apa2 tangan pun saja la search pastu tiba2 hilang luls! 😆

Lagi2 dekat twitter, cepat naw unfollow. Tapi kita husnuzonnnn. Mungkin anak2 ku yg unfriend kawan2 Mummy dia sebab tak mau Mummynya laghaa 😇. 


:: I suka tuwit & komen artis punya post. So kalau you all nampak I punya komen, acah2 tak kenal ok! 😚 Huhi


Love, h'wawa


Wednesday, October 12, 2022

Kek Tapak Kuda

Sempena birthday Kak Amy semalam tak pasal2 I dapat kek tapak kuda. Dah la teringin pastu dapat ahhh bestnya. Pastu yang menghantarnya pun baik hati. Hihi. Best best.

Maseh Kak Amy & baby Shaqil 😇


Kek tapak kuda peanut butter biscoff. 

Kenal masa nak bersalin. Katil sebelah2 bersalin pun hari sama. Pastu anak sama2 kena transfer wad paediatric sebab jaundice. Huhu..pastu mak masing sama2 buat BTL sebab perut asyik kena belah je. Gitulah cerita. Happy birthday Kak Amy!! 

:: Biscoff tu apa? Haha..


Love,h'wawa


Thursday, September 29, 2022

Neal Hari Ini

 

Keluar bilik, nampak Neal tengah cuba nak buka toolbox Daddy. Siap sepahkan segala bekas2 untuk masak. Pastu tengok depan; oh mai goddddd 💆ðŸŧ‍♀️💆ðŸŧ‍♀️💆ðŸŧ‍♀️ dia sepahkan dua botol vitamin Mummy. Siap pecahkan 3 biji kapsul 😭. Hahahah. 

Pastu ingatkan itu je. Dia siap tunjuk Mummy ada lagi vitamin dalam tempat lingkaran nyamuk tu. Oh shit!! 😂😂. Belum sempat kemas vitamin segala dia sepahkan pula garam dekat troli barang 🙃🙃🙃. Heyy, apa nak buat ni??



:: Nak kurus cepat sebab nak pergi hari sukan tadika Noah


Love, h'wawa

Wednesday, October 13, 2021

Bercuti di Kuala Selangor

Kak Jeja cerita pasal promo tiket airasia dah kembali. Pastu teringat la kes pergi Penang tak jadi baru ni sebab tak boleh rentas negeri. Maka berlakulah percutian tak sengaja di Kuala Selangor. Gitulah kisahnya.

Macam I cakap tadi percutian tak sengaja. Dah sampai airport pun, lepastu ada spotcheck dengan polis, disebabkan atas tujuan nak berjalan-jalan maka tak lepaslah kitorang nak pergi Penang. 5 minit je dalam airport 😅. Noah asyik tanya kenapa kitorang kena balik. Sampai di rumah Bangzul terus ambil kereta dan plan nak buat road trip. I tanya nak pergi mana dalam Selangor ni, Bangzul cakap kita jalan la mana2. Heyyy, cuti sekolah pulak tu. Semua tempat dah fully booked! 

Lepas lunch I tidur (dalam kereta). Bangun2 Bangzul cakap dah sampai Kuala Selangor. Main redah check in hotel yang ada kosong. Bilik memang terhad la sebab cuti sekolahkan. Jadi apa yang ada kita ambil. Kesian kat anak2 penat dalam kereta.

Pertama kali I pergi Kuala Selangor! Best jugak. Heehee. 
Bawah ni tempat yang kami pergi. 

Ikan Bakar Jeram - Sebagai pencinta seafood, memang tak sah tak pergi sini. I cakap kat Bangzul; tak dapat makan nasi kandar jadi kita makanlah seafood.




Bukit Malawati - Esoknya pagi2 dah bangun kejut budak2 ni. Teruja nak naik Bukit Malawati. Pertama kali I pergi sini. Jadi excited terlebih. Nak naik atas tak kuasa nak jalan maka mari beramai-ramai beli tiket train. 
Train berhenti dekat tempat meriam tu. Dekat sini ada penjual yang jual roti untuk bagi monyet makan. 
View dekat atas ni cantiknya ya ampun! Boleh nampak laut. Eiii bestnya!




Muzium Malawati - Dekat atas ni ada muzium. Masuk free. Masuk dalam boleh baca2 pasal sejarah Selangor. Excited macam tak pernah belajar Sejarah je masa sekolah kan! Dah pusing sampai habis tapi lepastu pusing balik dari tempat mula2 sebab nak masuk kuiz Sejarah anjuran muzium. Saja je nak habiskan masa jadi pusinglah satu muzium lagi sekali nak cari jawapan. I tulis, Bangzul cari jawapan. Ada la dekat dua jam dalam muzium. Adik dah tidur. Noah dah berzikir nak pergi Tesco nak pergi  Tesco sepanjang kat dalam tu. Haha, kesian dia boring.




Taman Alam Kuala Selangor - Dah alang2 sampai sini kan, jadi pergi je la. I nak pergi Kampung Kelip-kelip, nak pergi tempat bagi makan helang tu tapi Bangzul taknak bawak budak2 kecil ni naik bot jadi pergi la sini. Mula2 I macam tak yakin sebab nak bawak adik masuk hutan. Tapi Bangzul cakap ok jadi I pun ok la. Bayaran masuk berapa ntah tapi bawah RM10 (ikut tarikh I pergi April 2021). Kitorang datang haritu awal petang; panasnyaaaaa! Pastu I dengan Noah pun macam nak jalan laju2 sebab masa tu tak ada orang dekat dengan kitorang. Takut la, 4 beranak je dalam hutan. Dekat pukul 5 lebih nak keluar baru terjumpa ramai2 orang yang baru nak pusing paya bakau ni. Haha, ramai datang petang2 rupanya. 




Pantai Remis - Bawa Noah pergi sini. Kesian dia nak sangat main pasir. Nak buat sand castle. Walaupun pantai tak sesuai sangat untuk mandi2 tapi bolehla untuk main pasir. Itupun pasir penuh dengan kerang. Nasib Noah kecil lagi tak pandai demand2. Pasir banyak kerang pun dia layan je buat istana. 




P/s: Buat entry jalan2 sebab nak tolong kawan2 semua yang nak tambah info/ buat homewowk kalau nak pergi suatu tempat. Lagipun I nak tunjuk tanda terima kasih dekat blog2 yang I baca yang bagi tips bercuti dengan anak kecil. Trust me, anda punya review dan tips sangat membantu!

Pss: Antaranya blog kak illy, mat drat, kakiku jalan jalan, nisamumble, dan beberapa orang lagi 👌ðŸŧ😇

:: I dah macam tersuka pula Kuala Selangor ni 😃.


Love,h'wawa